mereka yang hebat

Sunday, January 15, 2012

yo, jenny!


semalam.. aku, housemate tersayang dan kak ngah pergi makan kat kedai bola. ala, kedai yang jual menu nasi goreng ikut nama kelab tu. aku order nasi goreng barca sebab nasi goreng barca sedap. mira order nasi goreng liverpool, kak ngah order nasi goreng man u. bila nasi goreng tersebut sampai, kitorang pun makan. walaupun aku sekarang sedang menderita ulser penangan makan mcd dengan gelojoh haritu, tapi aku gagahkan jua diri ini untuk menghabiskan nasi goreng yang telah aku order itu sebab dah hampir dua hari aku tak makan. kalau masuk hari ni aku tak makan jugak, mau demam dua tiga hari jugak nanti. tak sanggup pulak rasanya nak demam bila fikir hari isnin ada kuliah. (bajet pelajar cemerlang)

dipendekkan cerita, masa balik daripada makan kat kedai bola tu, tetiba ada la seekor makhluk Allah iaitu seekor kucing sedang melintas jalan tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. macam anak ayam. tapi ini kucing ya. bukan anak ayam. lepastu, nasib baik sempat elak. mira pun berhentikan kereta dan kak ngah pergi amik kucing yang berbulu lebat tu bawak masuk dalam kereta. kesian dia. hidung dia ada luka. nasib baik dia tak buta. badan kurus kering. tinggal tulang je. tak tau la dah berapa hari tak makan. bila pegang macam pegang feather duster yang warna warni tu je rasanya. ringan sangat. sedih betul. kitorang pun decide untuk pergi klinik haiwan kat senawang sebab doktor haiwan kat situ baik hati. lagipun tu je klinik haiwan yang ada kat seremban ni. nasib baik klinik tu tak tutup lagi.

sampai kat klinik tu, kitorang pun jumpa la doktor tu. doktor tu diam sekejap. dia pandang kitorang tiga orang dengan pandangan penuh tanda tanya.

doktor : baru jumpa ke ni?
aku : ha'a doktor. kenapa? dia dah nak mati ke?


doktor tu senyum. meleret.


doktor : eh. taklah. saya cuma syak dia ada fungus. tapi mungkin jugak tak. kita andaikan dia ada luka biasa. mungkin boleh sembuh lagi dua tiga hari. sebab kalau fungus, dia akan ada luka luka kat bahagian badan yang lain.  
kami bertiga : oohhhhhh..
doktor : takpe. saya bagi ubat. nanti bagi dia makan. lagi dua minggu datang kat klinik ni lagi sekali, ya.
kami bertiga : oke.


macam biasa. setiap kali aku terjumpa kucing terbiar tepi jalan, aku suka betul bagi nama john. sebab aku suka johnny depp. sebab johnny depp cool.

tapi, rupa rupanya kucing tu betina la pulak. jadi, daripada elok elok nama johnny, nama dia terus bertukar jadik jenny. simple. tak pasal pasal jadik jenny.

dan oh, kucing tu baka mix. kacukan parsi dan siberia aku rasa. warna kelabu campur perang. mata bulat warna gold. kelas kau maria! aku syak dia pernah dibela. yelah. baka mahal kot. mungkin dia sesat atau tuan dia buang dia. kesian jenny.

comel gila. harap harap dia cepat sembuh. boleh jadi peneman aku dengan housemate aku. taklah sunyi sangat rumah nanti bila ada jenny. lain kali aku upload gambar jenny bila dia dah sihat sikit. kalau aku upload sekarang nanti ada yang menangis karang.

welcome home, jenny.

Saturday, January 7, 2012

tips menangkis godaan buaya darat



perempuan yang single memang selalu jadik tumpuan dan rebutan jejaka jejaka single mahupun yang double. maksud aku, yang dah berpunya ataupun yang dah berkahwin. biasalah. perempuan single kan hot stuff. zaman sekarang ni, kalau perempuan single yang berumur pun masih dikira hot stuff lagi. contohnya rozita che wan. sebab tu sekarang kita asyik dengar yang pengantin perempuan lebih berumur dari pengantin lelaki. dah macam trend dah. contohnya zaquan adha dengan ayu raudhah. tapi tak salah pun. ada je perempuan tua tapi berjiwa muda. sebagai contoh, dah tua tua pun maintain ayu lagi. dah tua tua pun larat nak jogging keliling padang lagi. dah tua tua pun main farmville lagi. *erk*

disebabkan perempuan single ni hot stuff, maka perempuan single yang hot stuff ini perlulah pandai menjaga diri supaya tak terperangkap oleh godaan syaitan mahupun godaan sweet talker ataupun lebih dikenali secara saintifiknya buaya darat. buaya darat ni bahaya. sebab apa dia bahaya? sebab, buaya darat ni ada satu hobi unik iaitu suka mengungkapkan kata kata manis penuh pengharapan sampaikan korang, perempuan single yang hot stuff lagi suci mulus ni, cair macam coklat cadbury dan terpedaya dengan kata kata manis buaya darat ni. lepastu, tiba tiba yang perempuan single yang hot stuff pulak jadi tajuk utama dalam paper pasal bunuh diri la, lari ikut boyafren pergi lombok la, dan macam macam lagi. yang peliknya, buaya darat tetap maintain reputasi yang cemerlang. itulah beza perempuan single yang hot stuff dengan buaya darat.

ini tidak adil, tidak adil baginya.. (nyanyi macam yuna)

jadi, sebagai salah seorang warga Malaysia yang prihatin, aku telah membuat sedikit kajian tentang cara cara untuk perempuan single yang hot stuff menangkis godaan buaya darat. biar padan muka buaya darat tersebut.


1. hot stuff, sila jual mahal. tak payah nak buat jualan murah Y.E.S sangat. tak ke mananya. just play hard-to-get. bukan dibuat buat, tapi jadikan benda tu satu kebiasaan. jual mahal yang macam mana? macam ni. andai kata si buaya darat ajak keluar dating berdua, sila buat buat tak dengar ataupun bagi je alasan yang korang dah nak kahwin esok jadi tak boleh keluar dating dengan dia. korang tak tau ke? kalau keluar berdua je, senanglah sikit si buaya darat ni nak jadikan korang stok geli geli diorang. pegang sana pegang sini. lepastu korang jadi stok second hand. lepastu senang la yang si buaya darat ni bagitau satu dunia yang korang ni easy person. teringin ke macam tu? solutionnya, kalau buaya darat ajak keluar, korang ajak la segerombolan bala tentera (kawan kawan korang) mengiringi korang pergi dating. lagi bagus kalau pergi satu bas. insyaAllah selamat. mesti buaya darat akan bertukar menjadi tikus rattatouille lepas tengok bala tentera yang korang bawak. ataupun kalau nak lagi bagus, mintak je ayah korang temankan sambil bawak senapang gajah. habis cerita.

2. tak payah layan mesej atau call yang tak penting. buaya darat ni ada macam macam jenis. ilmu yang diorang pakai ni tinggi. ada penggoda kelas diploma, kelas degree, dan kelas PhD. just name it. bersepah ada kat luar sana. lagi manis kata kata diorang tu, lagi tinggi la tauliah diorang. dan setiap pertemuan yang dirancang oleh buaya darat tu selalunya bermula dengan sms ataupun call. bila ditanya siapa, mulalah bagi alasan lame macam..

'oh sori salah nombor'
'oh sori salah hantar mesej. ingatkan nak hantar kat adik saya tapi terhantar kat awak pulak. alang alang dah tersalah hantar ni, boleh saya tau siapa nama? hehehehehehehehhehehehehe'


rasa macam nak sumbat je mulut dia yang tengah ketawa tu dengan tauhu sumbat.

anda anda yang hot stuff, silalah mengerti bahawa tak rugi pun kalau tak layan orang orang macam ni. kalau dia betul betul ikhlas nak kenal dengan anda, dia akan approach guna cara yang terbaik dan paling gentleman contohnya dia jujur mintak sendiri nombor telefon daripada anda dan secara face-to-face bagitau yang dia nak berkawan dengan anda, ataupun lagi bagus jumpa mak ayah anda dan masuk meminang terus. bukannya dengan cara pass nombor telefon anda sana sini, dapat nombor anda secretly daripada kawan anda, lepastu dia sms atau call, menyamar la nama yang bukan bukan contohnya farid kamil ke, aaron aziz ke, aliff aziz ke, aziz satar ke.. dan lain lain la. ingat cool sangat ke? geli gila dan sangatlah tak cool.

3. nyatakan pendirian dan sebab kenapa anda tak layan mereka. kenapa kena buat macam ni? sebab..

1. supaya buaya darat ni faham dan tahu yang anda bukan type type perempuan murahan mahupun stok geli geli.
2. supaya tak beri harapan atau tak membuatkan buaya darat ni menunggu anda macam menunggu buah durian yang tak gugur sebab memang takkan gugur langsung pun.
3. supaya buaya darat ni ada rasa hormat dan takkan main main dengan anda anda yang hot stuff, tambah pulak kalau anda yang hot stuff ni ada black belt.

senang kata, anda yang hot stuff perlulah memberitahu secara direct kepada buaya darat kerana selalunya buaya darat tak faham bahasa kiasan. nama je sweet talker, tapi kalau perempuan berkias tak pulak nak faham. itu yang aku tak faham. jadi, bila buaya darat faham, dia akan berundur cara baik dan takkan ganggu anda dengan taktik taktik lame yang anda dah lama tahu dah. biarlah buaya darat tu bazirkan masa diorang dengan perempuan hot stuff lain pulak.

berdasarkan tips menangani buaya darat yang aku dah bagi ni, aku harap semua perempuan yang single lagi hot stuff ni dapat mempraktikkan ilmu dan tips ni pada masa akan datang. kalau perempuan single yang hot stuff macam anda ni diperdaya free free je oleh sang buaya darat, maka akan berkurang la perempuan single yang hot stuff kat dalam dunia ni. jangan rasa rugi kalau korang tak layan golongan buaya darat ni. jangan rasa takut jadi single atau tak laku kalau korang yang hot stuff ni tak layan buaya darat ni. percayalah, kalau korang jual murah lelaki memang suka. tapi suka buat stok geli geli jelah. bukan stok buat bini.

anda anda yang hot stuff, silalah mengerti bahawa kalau seseorang lelaki tu baik, dia takkan simplicity ajak korang pergi tempat yang bukan bukan, dia takkan sms atau call tengah malam dan bergayut lama lama just nak dengar suara korang baru bangun tidur sebab katanya seksi, dia takkan cakap pakaian korang yang macam sarung pembalut nangka tu cantik, dia takkan keluar suka suki dengan korang berdua, dia takkan pegang raba sana sini, dan dia takkan berjalan macam belangkas ke hulu ke hilir tapi tak nikah lagi. sebab dia akan berusaha memelihara kehormatan diri perempuan yang dia sayangi. kalau dah diorang pun sayang nak rosakkan anda yang hot stuff, apatah lagi anda sendiri yang menjadi hot stuff ni. kenalah lebih sikit protect diri anda sendiri. mak ayah bukan sentiasa berkepit dengan anda 24-7.

pendek kata, simpan je perkara terbaik dalam diri korang untuk suami korang nanti. you're not that cheap after all, hot stuff.

itu sahaja untuk kali ini. sekian terima kasih.

Monday, January 2, 2012

i'll make it short


bila masuk final year nak habiskan study ni, serius terasa di sudut hati aku yang kecik ni, aku rasa dah tua. ya. kadang kadang ada rasa nak cepat je habis belajar. tapi bila asyik dengar orang lain cakap yang masa study ni la best, aku terus rasa, emm. oke fine. enjoy la puas puas sebelum habis belajar. bila dah kerja nanti tunggu cuti panjang baru boleh enjoy. nak melancong oversea korea setahun sekali pun boleh. kan?

kepada sesiapa yang ada request entri kat aku, harap bersabar ya pakcik dan makcik sekalian. in progress. aku sedang usahakan. anyway, rome doesn't built in a day, kan? macam tu jugak entri dalam blog aku. semuanya ditapis dan dicop sirim terlebih dahulu sebelum di publish. hehe :)

kepada semua, selamat menikmati pertambahan umur lagi setahun. bersyukurlah kita diberi nikmat menghirup udara percuma kat dunia ni.

kepada aku, aku harap berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. looking forward to my last practicum bulan 2 nanti. hope it will be another great memories to be carved in my life.

itu sahaja. kan aku sudah kata, i'll make it short. cubalah percaya.

sekian terima kasih.

Thursday, December 29, 2011

a separation



selalunya kalau kita sebut tentang filem iran, apa yang bermain di fikiran korang? ya. kebiasaannya filem iran ni..
1) mempunyai dialog yang teramat ciput sekali bilangannya. contohnya filem where's my friend's home, childrens of heaven, dan the song of sparrow.
2) kebiasaannya mengetengahkan kanak kanak sebagai watak utama.
3) banyak berkisar kepada masyarakat kelas bawahan.
4) low-key dan minimalis. subject matter simple macam cerita pasal kasut, pasal pulangkan buku sekolah, etc.
5) bajet rendah tapi kualiti first class.
6) ada mesej yang tersirat yang mampu buat kita berfikir dalam dalam baru faham maksud di sebalik cerita tu.

tapi filem iran yang aku baru habis tengok yang bertajuk 'a separation' ni ada sikit kelainan berbanding filem filem iran yang lain iaitu :

1) filem ni ada dialog yang banyak. ya. maksud aku, serius BANYAK.
2) mengetengahkan pertembungan masyarakat antara kelas pertengahan dengan kelas bawahan. sesuatu yang jarang aku lihat dalam filem iran. tapi masih tak tipikal macam cerita melayu yang biasa kita tengok.

filem ni ditayangkan di iran pada 15 februari 2011. pengarah filem ni ialah asghar farhadi. beliau telah menerbitkan beberapa buah filem sebelum filem ni, dan filem sebelum 'a separation' ni (yang bertajuk about elly) juga memenangi banyak award. walaupun baru enam hari filem 'a separation' ni ditayangkan di iran, tapi filem ni tetap berjaya merangkul banyak gila award di seluruh dunia. ternyata hasil tangan pengarah ni ada magisnya yang tersendiri.

ceritanya mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang nak berhijrah ke luar negara. tapi disebabkan ayah kepada si suami yang bernama nader (peyman moaadi) mengalami alzheimer tahap kritikal, maka nader membatalkan rancangan untuk berhijrah sebab nak jaga dan rawat sendiri ayah dia. disebabkan perkara ni, si isteri yang bernama simin (leila hatami) memfailkan perceraian dan ingin berpindah ke rumah keluarganya (keluarga simin). beliau juga telah menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun bernama termeh (sarina farhadi). walaubagaimanapun, disebabkan undang undang di iran mengatakan bahawa anak kepada pasangan yang bercerai tidak boleh dibawa ke mana mana melainkan izin daripada bapanya, maka mahkamah tidak memberi hak penjagaan tersebut kepada simin.

masing masing buat muka blur tak faham

termeh (sarina farhadi)

nader bekerja sebagai pegawai bank. disebabkan desakan pekerjaannya itu, dia telah mengupah seorang perempuan yang berulang alik untuk menjaga dan merawat ayahnya yang tinggal berseorangan kat rumah sepanjang tempoh nader bekerja. perempuan tu namanya razieh dan direkemen bekerja oleh kawan simin. razieh nak jugak bekerja walaupun masa tu sebenarnya razieh tengah mengandung. jadi, cuba korang bayangkan kalau perempuan mengandung buat banyak kerja dalam sekaligus. kerja berat pulak tu. tapi tulah hakikat yang berlaku kat negara iran.


konflik berlaku apabila pada suatu hari, lepas nader balik daripada kerja, dia dapati yang razieh takde. dan dia terus check bilik ayah dia sebab ayah dia ditinggalkan sorang diri dalam rumah. punyalah terkejut beruk nader dan termeh bila ayahnya yang alzheimer dan bergantung pada tangki oksigen tu dah diikat kat palang katil dan terjatuh daripada katil. duit dalam bilik nader pun hilang. mengamuk la nader. beberapa minit lepas tu baru razieh balik ke rumah nader dari somewhere-only-she knows. disebabkan terlampau marah, nader pun usir perempuan tu keluar rumah tanpa mendengar penjelasan daripada razieh. akibatnya, nader secara tak sengaja tertolak razieh dan menyebabkan razieh keguguran.

kat sinilah turning point cerita

disebabkan hal itu, razieh dan suaminya pun ingin menyaman nader atas tuduhan mendatangkan kecederaan sekaligus membunuh bayi itu. so, nader pun datang ke tribunal dan menjelaskan semua permasalahan yang melibatkan pergaduhan antara dia dan razieh.

oke. cerita ni sebenarnya bertemakan kasih sayang antara keluarga, desakan mencari duit demi sesuap nasi, dan ada sedikit berunsurkan politik. dalam cerita ni, pada pertengahan cerita, kita akan dapat lihat bahawa secara realitinya, semua orang dalam dunia ni akan ada persepsi pada orang lain tambah lagi kalau melibatkan pertembungan golongan kelas masyarakat. sebagai contoh, disebabkan desakan mencari duit yang memerlukan razieh bekerja, dia telah dituduh oleh majikannya (nader) kerana mencuri duitnya semasa ketiadaan nader di rumah. dan disebabkan taraf hidup rendah yang dialami oleh razieh sekeluarga juga menyebabkan keluarga nader dan simin menganggap bahawa razieh sekeluarga mahu mendakwa nader disebabkan inginkan pampasan dan duit untuk membayar hutang yang ditanggung oleh suaminya. persoalan seperti ini memang biasa kita dengar dan memang berlaku dalam kehidupan seharian. maksud aku bukan pasal wang pampasan, tapi persepsi yang wujud antara satu sama lain berdasarkan kelas sosial. kita sendiri pun selalu jugak ada tanggapan pada orang lain. kalau orang miskin je, kita anggap dia tak pandai atau takde etika. kalau orang kaya je, kita anggap dia tak beradab atau pandang rendah pada orang yang lebih rendah status sosialnya. persepsi yang tipikal. betul tak apa yang aku cakap ni? korang boleh fikir sendiri.


selain tu, aku terkesan gila dengan watak utama dia iaitu nader. nader melambangkan seorang anak yang taat kepada bapanya dan sanggup menjaga bapanya walaupun bapanya tu tak boleh menguruskan diri sendiri dan ada alzheimer yang kronik. disebabkan kasih sayang seorang anak yang sangat mendalam itu, nader sanggup untuk jaga bapa dia dan sanggup untuk tak berhijrah ke luar negara dan lagi dahsyat, sanggup memenuhi permintaan simin untuk berpisah walaupun dia sendiri masih sayangkan simin.

aku menangis bila tengok part nader jaga dan uruskan bapak dia. terus aku teringatkan seseorang. pengarah dia kejam la sebab dah buat aku menangis. sengal.


hairan jugak aku sekejap. sebab, selalunya kalau aku layan filem iran, mesti akan timbul syak wasangka di hati kecil ini sama ada aku ni sebenarnya tengok filem atau tengok dokumentari kehidupan sebenar masyarakat iran sebab tak nampak langsung yang diorang ni berlakon. memang pelakon yang terbaik wok dan kelas kau maria! tambahan lagi jalan ceritanya kemas dan ada suspens yang mengikut flow dan membuatkan aku tertanya tanya. bila membuatkan aku tertanya tanya dan selepas tu ada pula peleraian yang aku kira sempurna, itu maksudnya filem itu telah berjaya menawan hati aku. dan aku rasa, pengarahnya menjalankan kajian yang banyak sebelum menerbitkan filem ni. tabik kat asghar farhadi!


untuk filem ni, aku bagi lima bintang. jangan tanya aku kenapa aku bagi full star untuk movie ni. kalau nak tau lima bintang ke tak, tengok la sendiri. best wok cerita ni. rugi tak tengok.

trivia untuk filem ni : http://en.wikipedia.org/wiki/A_Separation

nah aku bagi link kot la korang nak download cerita ni. jangan risau. high quality baik punya.
http://www.mediafiremovie.org/720p/a-separation-2011-iran-720p-brrip-mkv/

sekian terima kasih.
*gambar semua ihsan google*

Wednesday, December 21, 2011

kenapa aku teringin nak pergi korea




baru baru ni aku tengok variety show 1 night 2 days kat KBS World. kali ni team dia pergi tengok autumn foliage kat lima buah tempat yang berlainan kat korea. seriously, bila aku tengok rancangan tu, menambahkan lagi keinginan aku untuk pergi korea. tapi aku nak pergi masa musim luruh sebab nak tengok daun mapel yang unik dan berwarna warni tu. even kat seoul pun ada autumn foliage cuma kebanyakannya warna kuning. kalau pergi dekat kawasan yang ada gunung, warnanya banyak yang merah dan memang banyak sangat pokok mapel bersusun dalam hutan siap kat tanah ada banyak gila daun mapel. waaaaaaaaaaahhhhh! teringin betul nak rasa golek golek kat atas daun tu. mesti best!


daun mapel kat asia dengan daun mapel kat barat ada beza sikit. kalau kat asia macam kat korea, jepun ni kebanyakan daun mapel dia runcing kat hujung dan saiz dia kecik.





yang ni daun mapel kat barat. saiz dia besar sikit dan bentuk dia macam kat bendera kanada tu.


kat bawah ni antara scenery autumn foliage yang ada kat korea. cantik kan?






teringin jugak nak berbasikal bawah pokok mapel macam gambar kat bawah ni..

 

kalau nak tau tempat menarik dan cantik kat korea, boleh pergi blog ni.

http://ajummasjournal.blogspot.com/2010/10/quintessential-autumn-colours-of-korea.html

doakan satu hari nanti aku dapat pergi korea. hehe. :)


*semua gambar google yang punya*

Friday, December 16, 2011

cinta si penjual burger



biar jual burger. jangan jual dadah.


seseorang telah request kat aku untuk tulis entry pasal ni. pertama sekali, aku nak tanya korang yang perempuan. berapa ramai antara korang yang pernah mengalami situasi di mana korang dah jatuh cinta dan declare couple, tapi after sometimes, tahun demi tahun berlalu, korang rasa menyesal yang korang couple dengan pasangan korang tu?

well, bagi aku, benda ni bukan satu benda yang baru. aku ada ramai kawan kawan yang pernah mengalami situasi macam yang kat atas ni. tak kisah la pihak mana pun yang regret dan turn down the relationship dulu. macam mana agaknya benda ni boleh terjadi? biar aku huraikan satu persatu antara faktor penyebab hubungan korang boleh jadi macam yang kat atas ni.

1. tak letak agama sebagai nombor satu. beragama ni tak semestinya yang lelaki kena pakai kopiah, berjubah atau berkain pelikat sepanjang masa, bela janggut, setiap kali solat wajib pergi surau. yang perempuan pulak tak semestinya bertudung labuh. Islam ialah sebuah agama yang praktikal dan universal. maksudnya di sini, bila kita sebut 'beragama', ia merujuk kepada cara kita mengamalkan agama dalam kehidupan seharian. kita tahu kalau bersentuh berpegang pegang dengan bukan muhrim tu haram. kita tahu kalau kita dedah aurat pada bukan muhrim tu haram. kita tahu kalau berdua-duaan sesama bukan muhrim boleh mendatangkan fitnah dan mendekatkan diri dengan maksiat dan zina. kita tahu jaga diri dan jaga maruah. kita tahu yang mana halal dan yang mana haram. itulah maksud sebenar beragama. bukan sekadar cakap atau luaran je nampak beragama, tapi hati tak mengamalkannya. kita pun tahu yang dalam Islam ada menganjurkan umatnya supaya bersederhana. jadi, disebabkan itu kita perlu letak agama sebagai kriteria yang nombor satu kalau kita berniat nak cari pasangan. bukannya berlandaskan asal hensem, cantik, kaya, ataupun sebab nafsu semata mata.

2. tak bersyukur dengan apa yang dah ada depan mata. firstly, berdasarkan situasi kat atas ni, diorang berdua ditakdirkan jumpa dan bercinta, kemudian bertunang. but after a period of time, perempuan ni secara secretly pasang lain dan menyebabkan dia nak putuskan pertunangan antara dia dengan lelaki yang bernama samad tu. kenapa boleh jadi macam tu? jom kita kaji semula sama sama. pada mulanya, mungkin perempuan ni rasa samad tulah yang terbaik. samad tulah yang paling hensem. samad tulah cinta hati. samad tulah cinta mati.. etc.. etc.. tapi bila jumpa orang lain yang lebih baik sikit dari samad, dia pun mulalah rasa samad la yang hina, samad la yang miskin, samad tak mampu nak sara hidup dia, dan samad tak mampu nak bahagiakan dia lepas dia kahwin nanti. ceritanya sama la macam cerita guru yang menyuruh anak muridnya mencabut rumput yang terbaik kat sebuah padang yang luas. boleh google untuk baca cerita tu. famous kot cerita tu. lagi famous dari cerita ombak rindu.

well, aku nak tanya balik kat korang. apa beza sara hidup dengan kemewahan hidup? ya. sara hidup maksudnya kau cukup makan, cukup pakai, bersederhana dalam segala hal dan bersyukur dengan apa yang korang ada. yang penting basic living things mesti ada. kalau susah, sama sama susah dan kalau senang pun sama sama senang. kalau kemewahan hidup pulak, korang bukan setakat cukup makan dan cukup pakai, tapi korang siap boleh pilih kualiti dan jenama yang korang suka, tak kisahlah berapa mahal pun janji korang puas hati. kalau rumah nak yang paling besar. kalau kereta pun nak yang import, lagi mahal lagi bagus. kalau nak makan pun kat tempat high class. lima bintang. paling cikai pun yang ada plak jalan jalan cari makan. tak main la makan kat mapley, gerai, warung tepi jalan, atau cendol yang tarik pakai basikal tu. tak bersih. tak standard, kata korang.

kepada golongan perempuan, memilih tak salah. tapi kalau korang terlalu menjaga standard sampai macam tu sekali, yang susah akhirnya nanti ialah korang jugak. sebab tu, bagi kaum perempuan, jangan pilih seseorang disebabkan harta je. sebab kalau asas agama pun zero, yang lain pun insyaAllah ke laut jugak. lelaki yang korang pilih tulah yang akan memimpin korang dan bakal anak anak korang pada masa depan. yang lelaki pun sama. jangan la cari yang cantik je, tapi tak reti nak urus hal hal rumah tangga macam masak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, sapu sampah, jaga anak, bla bla.. nanti korang jugak yang merana. ni aku cakap berdasarkan fakta ni. kalau tak caya tanya la kawan kawan perempuan korang. kesian la kat kaum perempuan yang duduk dalam kategori biasa biasa ni. (macam tuan punya blog ni jugak)

kalau korang bernasib baik, ditemukan jodoh yang hampir perfect.. iaitu yang beriman, kaya, hensem pulak tu, jawatan tinggi, kereta dan rumah ada empat lima bijik, melancong oversea paling kurang setahun sekali.. dan bla bla.. sebenarnya, bertemu jodoh seperti itu adalah disebabkan dua faktor je :

1. sama ada korang yang perempuan ni adalah dalam kalangan perempuan yang baik baik sebab tu Allah temukan dengan jodoh yang hampir perfect macam tu, ataupun

2. Allah bagi semua tu sebagai satu ujian. bayangkan, mungkin hari ni korang dapat seorang husband yang hampir perfect, tapi lepastu terjadi sesuatu yang menyebabkan husband korang hilang keupayaan sampai jadi OKU, jatuh bankrap, rumah terbakar, duit kena tipu, syarikat rugi besar, dan macam macam lagi la kemungkinan, pada masa tu, adakah korang yang perempuan ni akan simply tinggalkan husband korang macam tu je? dekat situlah Allah nak tengok sejauh mana seseorang hamba-Nya itu bersabar dan melalui dugaan yang macam tu. seperti mana firman Allah :

"..Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah buahan. dan khabarkanlah berita gembira kepada orang orang yang bersabar.." -Surah Al-Baqarah : 155-

3. rasa diri sendiri dah bagus sangat. sebenarnya, kalau kita nak pilih pasangan terutamanya pasangan hidup, kita kena jugak amik cermin dan cermin diri kita. orang yang macam mana yang sesuai dengan diri kita? orang yang macam mana yang dapat terima baik dan buruk kita? orang yang macam mana yang dapat tahan dengan perangai kita? semua tu bukan benda remeh makcik dan pakcik oi. sebab kita kahwin bukan sehari dua. tapi kalau boleh sampai akhir hayat atau bak kata faizal tahir, sampai syurga. besar maknanya tu. kalau macam kes di atas, aku rasa ada hikmahnya bila samad putus tunang. Allah nak bagi kat dia perempuan yang lebih baik. kaum lelaki, dengar sini, kalau pasangan anda cari lain disebabkan faktor kebendaan macam tu, lebih baik anda redha dan cari pengganti yang lebih baik. kalau sebelum kahwin pun dah mintak macam macam walaupun lelaki tu bukan suami dia, apatah lagi kalau dah kahwin. confirm mintak benda lain yang tak terfikir dek akal seorang suami pun.

kerja biasa biasa pun boleh bahagia, asalkan suami isteri saling memahami dan membantu antara satu sama lain. kalau isteri jenis yang bekerja, jangan asyik suami je yang kena keluar duit. buat la deal, separate dua segala mak nenek pembayaran macam bil, kereta, rumah, etc.. ewah ewah. macam la aku dah kahwin. tak ah. ni bercakap berdasarkan pengalaman je ni. eh. ni kan preparation sebelum kahwin. tak salah kan? hehe.

jadi, lepas kita kenal pasti faktor faktornya, macam mana pulak nak selesaikan masalah macam ni? hmm. ni antara solution yang aku dapat fikirkan untuk situasi ni :

1. buat solat istikharah. benda ni bukan untuk jodoh saje ye. harap maklong. solat istikharah ni kita buat kalau kita diberi beberapa pilihan, tapi kita taktau yang mana satu ialah pilihan yang terbaik. andai kata apa yang kita harapkan tu bukan pilihan yang terbaik, mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi kita apa yang kita nak tu. sebab, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. pernah dengar tak, Allah takkan bagi kita apa yang kita mahukan, sebaliknya memberi apa yang kita perlukan. kalaulah yang kita dapat tu seorang yang panas baran, takde kerja tetap, takde kereta mewah, mesti ada sebab yang hanya Allah je tahu. mungkin hikmah yang tersembunyi tu ialah dengan mendapat pasangan yang macam tu, kita belajar untuk bersabar. kita belajar untuk menerima hakikat yang takde sorang pun manusia dalam dunia ni adalah perfect. kita belajar cara menyelesaikan masalah bersama sama. kita belajar untuk tidak membazir. dan kita belajar untuk hidup bersederhana.

2. cari pasangan yang sekufu. sekufu ni maksudnya yang sama taraf. sama taraf dari segi keturunan. sama taraf dari segi harta. sama taraf dari segi pendidikan. mesti ada yang pelik. habistu kalau tak sekufu maksudnya tak boleh kahwin la? eh. sape kata tak boleh. mesti la boleh. tapi, dikhuatiri perkahwinan tu tak serasi dan berlaku masalah yang tak diingini di kemudian hari. masa tulah nanti timbul soal sekufu. melainkan kalau pasangan tu bersedia untuk menerima keburukan dan kebaikan masing masing dan tak kisah sama ada diorang sekufu atau tak janji dapat kahwin dan hidup bahagia together-gether. dalam hadith pun dah sebut,

daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu." -Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim-
kalau rasa pasangan kita tak boleh terima kita kerana tak sekufu, cuba belajar untuk terima hakikat tu. mungkin kalau hubungan tu diteruskan pun tak membawa bahagia sebab takut jugak kalau lepas kahwin pasangan kita akan ungkit tentang sekufu. masa tu nak nangis bergelen gelen macam air terjun niagara pun dah tak guna dah. jadi, beringat sebelum kena.

3. belajar terima kelemahan dan perbaiki diri. kenapa Allah temukan kita dengan pasangan yang salah? muhasabah balik diri. ada baiknya kalau kena reject macam kes samad atau kes sape sapelah. korang rasa adakah pihak perempuan je yang salah? jawapan aku, tidak. kaum lelaki, kalau anda terjebak dalam situasi macam ni, tolong jadikan itu sebagai satu cabaran. tak kaya pun takpe. janji anda yang lelaki lelaki ni boleh berubah ke arah yang lebih baik. jadi lebih beriman. jadi lebih bertanggungjawab. jadi pandai mengurus kewangan dengan baik. dan lain lain lagi la.

kalau ikut rakaman x-fm ni, kita dengar banyak cerita daripada sheryl (tunang samad) sebaliknya kita tak tahu cerita sebenar dari samad. mungkin samad bekerja pagi petang siang malam tapi tak pernah pun banyak duit sampai boleh beli kereta. cuma cara sheryl tu sendiri tak kena. ini apa yang aku lihat dari sudut seorang perempuan la. apa yang sheryl cuba luahkan ialah dia rasa tak secure sebab samad seorang penjual burger. dia risau kalau samad tak mampu nak tanggung hidup dia lepas kahwin apatah lagi kalau dah ada anak berderet nanti.

cuma silapnya di sini ialah apa yang sheryl nak ialah kemewahan which is apa yang samad tak dapat nak bagi dalam masa yang terdekat contohnya dalam tempoh dua atau tiga tahun. tapi, sebagai seorang perempuan yang sepatutnya memberi support kepada orang yang akan menjadi ketua keluarga dia one fine day, dia boleh je bagi galakan dan motivasi sampai la samad tu boleh cari duit sampai jadi kaya. benda tu tak mustahil pun. sebab korang mesti pernah dengar pepatah, di sebalik kejayaan seorang lelaki adalah seorang perempuan. seorang perempuan yang macam mana? seorang perempuan yang boleh bertolak ansur, seorang perempuan yang rasional dan tahu mana kepentingan yang perlu didahulukan dan mana yang dikemudiankan, seorang perempuan yang tahu merancang kewangan dan perbelanjaan untuk keluarganya, seorang perempuan yang boleh menyenangkan hati seorang suami, seorang perempuan yang akan menjadi ibu yang baik kepada anak anaknya. kalaulah seorang perempuan tu sendiri high maintainance, memang la tak dapat nak dipenuhi hajat kalau si lelaki kerja biasa biasa. barang mekap, baju, kasut je dah berapa. belum lagi untuk keperluan keluarga macam groceries dan pendidikan anak anak lagi.

kesimpulannya, sebab tu la Islam menggalakkan sederhana dalam semua hal. kalau tak bersederhana inilah akibatnya. material mengatasi rasional. dalam hidup ni kena pandai bersyukur. sebab bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup. kita takkan rasa kekurangan. memang la duit tak boleh beli cinta. duit tak boleh beli bahagia. tapi duit boleh menyebabkan seseorang bahagia. cuma bergantung kepada cara seseorang menguruskan duit dan macam mana orang menilai sesuatu dengan duit. kalau rasa duit tu banyak, jadilah banyak. kalau rasa duit tu sikit, jadilah sikit. tu je. simple tak? simple kan? macam simple plan.

oke. cukup panjang entri aku ni. aku bukan ustazah. dan aku sekadar berkongsi pendapat aku. maaf kalau korang penat nak baca dan scroll sampai bawah. berikut ialah link yang aku amik sebagai rujukan. kalau masih tak cukup, korang boleh google lagi ya. jangan segan segan.


akhir kata, jadilah Islam pada hati. bukan pada nama dan rupa semata mata.
sekian terima kasih.

Tuesday, December 13, 2011

feedjit lebih hebat dari kata kata




i maybe don't know who you are miss anonymous, but thanks sebab letak blog saya dalam bloglist awak, ya.
serius saya terharu.

selamat berkenalan! terima kasih sebab sudi baca blog saya. :)




*maaf. sepatutnya saya nak tulis kat ruangan comment ataupun chatbox tapi tak ada pulak. hehe.*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...