mereka yang hebat

Wednesday, September 28, 2011

kegembiraan


ilham datang mencurah curah.

semua masalah dah settle. sekarang fokus untuk siapkan assignment yang banyak gila tu je. terima kasih kepada my besties kesayangan, ateh.. (i lep you so damn much!) dan housemate kesayangan, miramiramira. dan sibling tersayamku.. sallezad salleh.. (jangan marah nooo.. huhu..) 

thanks for being there when i'm in such a hectic mind. :)

hari ni shopping groceries. banyak barang dapur dah habis. gas masak pun macam sayup je. haritu baru je berbual dengan ilah, intan, dan krew villa angsana yang lain bahawa gas masak tu sebenarnya boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya (?) hmm. i guess not. (korang.. maybe dalam tempoh 2 minggu ni kitorang kena tukar gas masak yang baru weh. haha). cheh cheh.. memang tak boleh disebut sebut tau.. betul betul dah hampir kena tukar..

balik shopping, kemas peti ais macam biasa. beli sayur dan barang kering sampai penuh peti ais (peti ais kecik je pun) tapi puas hati aku. haha. barang yang dah tak boleh pakai semua buang. kegembiraan sekejap. sangat mak mak kan percakapan aku? eh. someday somehow aku dengan housemate akan jadik mak mak jugak kan.. (insyaAllah). so, kena la praktis dari sekarang.


tak sebanyak ni. sikit sikit sudah.

esok plan nak masak lagi. sup ABC ala oriental. kentang, lobak merah, crab stick, dan suh-un. makan dengan nasi putih. kalau nak best lagi tumbuk la sambal belacan. simple sudah. korea kan kami? ergh. gedik sekejap.

rakyat jelata pembaca blog yang dikasihi sekalian, tolong doakan aku dapat inner peace untuk siapkan semua kerja bagai aku ni dengan sabar ek.

sampai nanti.
diharap sabar menunggu sehingga aku kembali tenang dan bebas daripada segala kerja.
sekian terima kasih. :)

Sunday, September 25, 2011

izinkan aku



tiba tiba benda ni terlintas dalam kepala aku.

korang ada seorang kawan. korang sayang kawan korang ni. masalahnya, kawan korang ni cuma share perkara perkara gembira je dengan korang. tapi segala problem dan masalah bagai dia tak pernah pulak nak cerita kat korang.

apa pendapat korang? pernah jumpa orang macam ni tak?

as for me, aku suka kalau kawan aku luahkan masalah diorang kat aku. perlu ke pendam sorang sorang? dah nama pun kawan. mesti la baik dan buruk dia aku terima. kalau yang baik je terima, yang buruk tak terima, baik tak payah jadi kawan.

dalam dunia ni semua orang ada masalah. ada ke yang langsung takde masalah? kalau ada aku teringin nak jumpa. boleh la aku ucapkan tahniah. *mata ke atas tangan di bahu* come on.. mana ada manusia yang perfect je memanjang. tolonglah. kesempurnaan bukan terletak pada semua kebaikan yang ada pada diri kau. tapi kekurangan yang ada pun satu kesempurnaan jugak. contohnya korang pendiam. itu mungkin kekurangan. tapi kekurangan kau sebagai seorang pendiam tu mungkin kelebihan bagi orang lain. kau pendiam, so kau tak sakitkan hati orang lain dengan kata kata pedas dan berapi. pelengkap. balance. ada baik. ada buruk. blessing in disguise.

tapi kau tahu? kekurangannya pulak ialah kau pendam masalah kau sorang sorang. dan itu membuatkan aku rasa diri aku tak penting pun dalam hidup kau. sebab apa? sebab bagi aku, dengan mendengar masalah orang lain tu mungkin aku dapat ringankan beban masalah yang orang tu tanggung. mungkin kadang kadang aku tak dapat nak selesaikan masalah tu, tapi still, atleast aku boleh menjadi seorang pendengar yang baik. yang boleh dengar segala gala masalah yang kau pendam tu. kau masih ada aku. kau lupa ke? atau kau takut aku busy? lepas tu akan stressed out bila dengar masalah kau tambah pulak aku busy? ohhhh. macam tuu. tapi kan, aku rasa, dengan memikirkan kenapa kau tak cerita masalah kau kat aku pun dah cukup buat aku stress. kenapa ya? oh. mungkin aku ni spesies terlebih prihatin kat kau kot. yalah. kita kan kawan. sedikit sebanyak mesti terasa jugak.

ya. mungkin ada yang akan kata 'ada sebab la tu kenapa tak nak cerita. private kot'.

ya. mungkin.

atau.. mungkin jugak sebab aku tak diperlukan. ataupun kau tak percaya pada aku. ataupun kau fikir aku takkan faham pun masalah kau. dengan kata lain aku tak penting pun. eh. siapa aku? buat apa nak share masalah bagai dengan aku, kan? tak perlu pun semua tu. right? kalau tu yang terbaik untuk kau, teruskanlah. teruskanlah memendam dan tampal senyuman plastik kau di mana mana. orang tak tahu pun kan? yang orang tahu kau sentiasa happy je. segalanya nampak perfect je. tapi kau kena tahu satu benda. i can read between the lines.

ya. aku memang menyeramkan. sebab diri kau sendiri pun misteri. jadi terpaksa la aku buat macam ni. misteri nusantara sama sama. itu yang kau suka agaknya.

maaf kalau buat kau terasa. terima kasih untuk segalanya. dan satu lagi..

aku ada dua bahu. bahu kanan dan bahu kiri. kau pilih la mana mana untuk jadi shoulder to cry on. cukup kuat untuk support kau. jangan risau.

izinkan aku menjadi orang penting dalam hidup kau. kalau bukan VIP, VVIP pun takpelah.

hehehe. gurau je.

Tuesday, September 20, 2011

10 ways to win my heart


Day 9 : 10 ways to win my heart.

1. berjaya ingat nama penuh aku dengan ejaan yang betul.

2. menolong dengan ikhlas bila aku mintak tolong.

3. berjaya buat aku rasa kesian.

4. coklat beryl's bittersweet.

5. budak kecik.

6. menghargai dan menerima aku seadanya.

7. masih call / hantar sms kat aku walaupun aku tak balas satu pun.

8. boleh convince aku supaya buat sesuatu
walaupun aku malas / tak nak buat.

9. seseorang yang selalu kata 'mesti boleh punya'
bila semua yang lain kata 'impossible'.

10. perkataan 'terima kasih' dan 'maaf'.

Saturday, September 10, 2011

sesi apresiasi


masih ingat lagi pada entri aku yang bertajuk 'bukan tin kosong'? aku ada cakap yang aku akan letak hasil karya anak anak murid aku. jadi, berikut adalah gambar hasil karya yang sempat aku pilih secara rawak kerana terlalu banyak. maaf atas kelewatan. aku mulakan dengan kelas adik adik hinggalah ke kelas abang abang kakak kakak sedara sedari.


gambar di atas ialah hasil karya izzati huda dari 2C. tajuk P&P haritu ialah corak tampalan kertas. bidang membuat corak dan rekaan. aku gunakan teknik 'ayah, mak, anak' untuk buat tampalan secara bertindih tu. credits to emak sebab ajar guna teknik ni. thanx mak. :)

cara-cara : guna tiga helai kertas warna yang berlainan warna. kemudian, satu warna 'ayah', satu warna 'mak', dan satu warna 'anak'. warna 'ayah' kita buat koyakan besar, warna 'mak' buat koyakan sederhana besar, dan warna 'anak' buat koyakan kecik. hasil karya yang izzati buat ni dikira memenuhi kriteria sebab ada penindihan warna, mengikut tiga saiz berlainan seperti ditetapkan dan yang paling penting sekali memenuhi ruang kertas lukisan.

berikut adalah hasil karya murid kelas 2C yang lain :

ini azhad punya hasil karya. ada 'ayah', ada 'mak', dan ada 'anak'. tapi warna 'mak' dengan 'anak' tu tak bertindih. kalau diikutkan, kriteria tu dah lengkap walaupun warna 'emak' dengan 'anak' tak bertindih. sebab masih berlaku tindihan warna pada corak yang dihasilkan. kiranya dia gunakan kreativiti sendiri instead of hanya ikut balik apa yang cikgu dia tunjuk ajar depan kelas.


yang ni pulak aizad punya hasil karya. berbanding dengan hasil karya izzati dan azhad, saiz koyakan kertas untuk ketiga tiga saiz adalah besar dan tak sekata antara satu sama lain. penggunaan ruang juga tak terkawal dan corak juga tak tersusun. asal boleh. pada mulanya, masa dia buat hasil karya dia ni, dia nak hantar tapi separuh kosong. katanya "penat la cikgu nak koyak banyak banyak". aku sambut hasil karya separuh siap tu sambil berkata.. "oke. tapi cikgu bagi B jelah". terus dia capai semula kertas yang aku dah amik dari tangan dia tu dan sudahkan kerja tampal menampal atas kertas lukisan tu. hahaha. oke lah tu kan daripada hantar hasil kerja yang separuh siap?


haa. yang ni special case sikit. ya. tidak aku nafikan memang ada tindihan warna. ada 'ayah, mak, anak'. ada tiga warna. dan ada tiga saiz yang berlainan. tapi.. dia betul betul buat ikut tiga figura yang aku sebut tu. satu 'ayah', satu 'mak', dan satu 'anak'. haila. kudut bebenor anak murid aku yang sorang ni. aku datang kat meja dia masa dia tengah buat. aku pun tegur dia.."kenapa buat macam ni?". dia diam je dan sudahkan kerja sampai habis. inilah hasilnya. haha. memang di luar pemikiran aku. namanya faddly. gila kreatif!



yang ni pulak namanya nota bunga. bidang membentuk dan membuat binaan. fungsinya adalah untuk menggantung nota pesanan atau things-to-do. bersungguh sungguh betul diorang ni buat benda ni sampaikan masa dah habis pun cepat cepat siapkan sebab nak hantar jugak macam kawan kawan lain. mungkin sebab masa apresiasi yang berlangsung 10 minit sebelum habis kelas tu, aku gantungkan tali kat depan kelas dan kemudian diorang akan datang dan sepit sendiri nota bunga yang diorang dah hasilkan ni. jadi, masing masing seronok tengok nota bunga diorang tergantung. bangga la tu dengan hasil kerja masing masing. kemudian pandai pulak tu buat comparison sesama diorang. tahu bezakan yang mana cantik, yang mana layak dapat A. jangan risau. walaupun kena kritik diorang open kot. tak kesok langsung. sesi apresiasi berjalan dengan aktif. wajib la. dah murid murid pun aktif. huhu.


yang ni pulak hasil karya kelas 2A. ohh oh oh. ni bukan kuih raya betul ye. harap maklum. idea buat kuih ni datang daripada classmate aku iaitu ilah dan encik yaakob. credits and thanx to both of them. seperti biasa, kuih kuih bagai ni dibuat pakai doh yang terdiri daripada tepung, garam dan air. gigih betul menguli waktu malam sebelum mengajar keesokan hari tu.

*credits jugak kat ejad sebab tolong memantapkan doh tu. kau memang gagah perkasa, dol!*

P&P dijalankan oleh roommate kesayangan, ruziathul amira sebab aku tak mengajar PSV 2A. memang seronok gila. budak budak pun enjoy buat tambah lagi siap pasang lagu raya lagi untuk hadirkan mood raya tu. budak budak siap menyanyi nyanyi pulak tu sambil buat. murid yang selalunya tak pernah duduk diam terus fokus sebab buat benda alah ni. kelass kau maria!

habis dah kelas darjah 2. sekarang kita tengok hasil karya darjah 4C pulak.

yang ni namanya marakas. colourful gila, kan? ajaib betul bila budak budak kelas ni bawak barang barang yang aku pesan. sebabnya, sebelum sebelum ni, kelas ni la yang paling liat sekali nak bawak barang seni. mungkin diorang dapat agak yang minggu depannya aku nak buat marakas, sebab tu diorang excited nak bawak barang yang aku pesan kot? hahaha. entah. berjoget sakan kot anak anak murid aku keliling kelas dalam barisan kereta api sambil menggoncang marakas yang dah siap ni masa sesi apresiasi. waka waka eh eh! jangan memain noks!

cara-cara : mula mula lipat dua kertas warna. kemudian potong berjalur jalur. tampal atas botol air yang dah dibuang label. kemudian tampalkan bahan bahan terbuang atau hiasan macam labuci / manik / glitter (gunakan gam UHU). akhir sekali masukkan pasir / beras / kacang hijau. tadaaa! dah siap. dah boleh goncangkan sambil menari.

aku pilih tiga marakas ni sebab ketiga tiganya budak lelaki yang buat. selalunya yang kita tahu budak lelaki ni kerjanya tak teliti. tak kemas. asal boleh. asal siap. kan? mungkin lepas ni kita kena ubah persepsi tu. sebab anak murid aku yang lelaki lelaki ni dah buktikan yang tanggapan tu salah. cuba tengok cara diorang tampal hiasan tu. detail gila kot. yang ada manik kaler magenta tu hasil kerja ketua darjah kelas 4C. namanya izham. siap susun manik tu satu satu untuk hasilkan corak baru. inovasi dan kreatif. so, jangan ingat kelas 'belakang belakang' tak boleh buat, oke? anda salah sama sekali.


yang ni dibuat oleh hazwan. murid aku yang sorang ni susahnya la nak datang sekolah. sampai la satu hari aku pesan dekat kawan dia yang bernama ramdhan supaya suruh dak hazwan ni datang waktu kelas aku esoknya. sekali.. betul betul dia datang esoknya! terperanjat betul aku. aku cakap je. tak tahu pun dia datang sekolah betul betul. lepas dari tu dia selalu datang sekolah. seronok betul aku. selalunya hasil kerja dia cantik. dia ni kita ajar sikit tapi faham banyak. gambar yang kat atas ni tajuknya 'ikan di dasar laut'. bidang menggambar. teknik resis. *credits to mira untuk idea ni*. masa dia tengah warna, aku tanya dia.. "nape pilih warna pink?". aku pelik sendiri. yela. gaya macam brutal tapi suka kaler pink? apakah? dia jawab sebab dia suka kaler pink. hazwan. suka kaler pink. owwww so sweet! muka legend tapi hati cute rupanya. hee :)

(aku sendiri pun tak suka kaler pink.. huhu..)

oke. kita beralih pula ke kelas 5A. untuk kelas ni aku buat capan bunga sakura. bidang menggambar. teknik tiupan dan capan pakai kertas suratkhabar guna warna air / warna poster. untuk set induksi aku ajarkan tarian ringkas kemudian menari dengan iringan muzik. lagu para para sakura, tarian trauma by ayumi hamasaki.


ni cikgu dia punya.


ni anak murid cikgu dia punya.
dari kiri : siti sufiah, muhd syazani, syafiqah husna.

tiga karya ni dipilih sebab ketiga tiganya unik. maksud aku, yang paling unik antara karya karya lain. sebelum diorang hasilkan karya ni, aku terangkan dalam kelas tentang campuran warna. kaedah soal-jawab dan brainstorming. jadi warna ungu yang kita lihat tu adalah hasil campuran warna yang diorang berjaya buat sendiri.

diorang bebas untuk pilih warna yang diorang nak guna. kalau tengok, setiap murid hasilkan dengan cara yang berbeza. macam sufiah, dia combine dua warna iaitu biru dan ungu. cara dia buat capan pun besar besar, rapat, dan secara rawak. nampak macam ala ala bunga dandelion sikit. syazani pulak tak combine warna, tapi hasil kerja dia kemas. kalau tengok sekali imbas, macam cikgu dia punya kan? huhu. memang anak murid yang taat. syafiqah husna pulak combine tiga kaler. mencapah sungguh pemikiran dia ni. capan bunga yang dia buat pun nampak sebijik sebijik.

untuk kelas 5B, salah satu P&P yang dibuat ialah fail poket. kira yang ni teknikal sikit sebab ada pengukuran yang perlu dibuat. aku pilih fail poket yang dibuat oleh azli azrul sebab dia letak biodata. aicheceh.. siap letak makanan dengan minuman kegemaran lagi tu. moto hidup dengan ucapan pun ada? haish. macam macam. yang mickey mouse tu pun dia lukis.


sekarang kita pergi pulak kelas 5C. kelas paling famous kat sekolah. sebab apa? sebab murid muridnya special. bukan kanak kanak istimewa ya. nakal dia lebih sikit je dari orang lain. tapi takpe. aku suka. haha. :)

aku tak ajar PSV 5C. aku ajar PJ je. gambar ni credits to mira. dia amik masa sesi P&P kostum guna kertas suratkhabar. buat secara berkumpulan. budak budak bergiat aktif masa aktiviti buat baju bagai ni. sesi apresiasi pulak ada fashion show. wuhuu! kelass kau maria! P&P ni bersempena hari merdeka. bebudak enjoy gila. yang buat aku terharu tu..

cikgu. amik la gambar.. nak bagi cikgu ami tengok..

hehehe. terharu seh!


dari kiri : fawwaz, luqman, isma, diana hanim.

walaupun aku tak ajar PSV kelas 5C, tapi aku still rapat dengan diorang sebab aku ajar PJ kelas diorang. diorang suka seni. jadi dipendekkan cerita fawwaz tanya aku macam mana nak buat hiasan dinding macam kawan kawan darjah 5A dengan 5B buat. aku pun cakap kalau nak belajar bawaklah lidi dua batang sorang. mula mula cuma fawwaz dengan idzham je pun yang datang belajar buat. kemudian adwa, lepastu afiq, lepastu rafizi, lepastu rumie, saifullah, jayakumar, lepastu terus satu kelas 5C belajar buat benda tu. hafifi yang jarang datang sekolah tu pun boleh buat.


ada gambar lain sebenarnya.. tapi.. data dalam kad memori hilang.. huuuuu!

pergi mana mana pun diorang buat. masa perhimpunan pun buat. dalam kelas cikgu lain pun diorang dok menganyam la benda tu sampai siap. dah macam zombie kena pukau dah aku tengok. sekejap je dah dapat pick-up. ralit betul. lepas siap satu, diorang buat lagi, lagi, dan lagi. cikgu cikgu lain sampai naik pelik. aku lagi la pelik. mula mula tu aku provide benang bulu sebab diorang taktau benang bulu tu apa. tak pernah tengok macam mana rupanya. sekali bila dah tau, diorang sendiri yang pergi beli benang bulu tu kat pekan. sanggup tu mintak mak diorang belikan. bila tengok kesungguhan diorang sampai macam tu sekali, aku memang tak percaya yang diorang ni nakal nakal. diorang ni lembut hati sebenarnya. masih boleh dibentuk.




hasil kerja murid tahun 5A, 5B, 5C.
kelas 5A buat anyaman ni pakai reben.

itulah dia serba sedikit tentang hasil karya dan perangai murid murid kesayangan aku ni. macam macam ragam. ada sekali tu, masa hantar hasil karya, dekat belakang kertas lukisan tu dia tulis macam ni..


alolololo comel gila! :)

p/s : setiap orang ada bakat masing masing. bersyukur la kerana kita menjadi diri sendiri hari ini. sayangi anak anak murid anda. mungkin diorang bakal perdana menteri pada masa akan datang. siapa tahu?

Saturday, September 3, 2011

final destination 5



dengan ini aku mengisytiharkan kepada satu dunia bahawa aku sudah menonton final destination 5. muahahahahahha *gelak jahat sambil cekak pinggang bahu terjongket jongket*

(eleh. padahal download haram kat mediafire file je pun. low quality pulak tu. huh)

filem ni release bulan ogos 2011 seluruh dunia. pengarahnya ialah steven quale dan genre yang diketengahkan pula ialah thriller/seram. seperti siri final destination yang lain, filem ni mengisahkan tentang seseorang yang mendapat bayangan berlakunya kemalangan maut yang bakal menimpa sekumpulan manusia beberapa minit sebelum kemalangan tu berlaku. pelakonnya macam biasalah, takde sorang pun yang famous atau yang aku kenal melainkan seorang je yang ala ala cameo jugak la iaitu tony todd. tony todd ni pernah muncul kat final destination 2 sebagai coroner (pergi check sendiri dalam kamus). dalam FD yang lain aku tak pasti la pulak sama ada dia ni muncul atau tidak.

tony todd aka coroner

kenderaan yang bertindak sebagai 'watak utama' untuk FD5 kali ni ialah sebuah bas pelancongan. bas tersebut dinaiki oleh kakitangan sebuah syarikat. termasuklah sekumpulan pekerja satu aras yang sama dalam syarikat tersebut dengan gf masing masing semuanya 8 orang. lokasi kejadian ialah sebuah jambatan gantung. beberapa minit sebelum kemalangan, seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai sam ni dapat vision yang semua orang kat jambatan tu akan mati dengan sadisnya. tapi, disebabkan dia dapat vision tu, maka apa lagi, dia pun suruh la semua orang turun dari bas. then, macam biasa, sebab diorang mengelak daripada mati dalam kemalangan tu, beberapa hari lepas tu sorang sorang mati dalam keadaan yang mengerikan. tak payah aku ceritakan macam mana, korang boleh tengok dan nilai sendiri sama ada cara kematian diorang ngeri ataupun tak.



well. firstly, lepas aku menonton filem ni, ada beberapa kesimpulan yang dapat aku buat :

1. beberapa scene dilihat berlaku secara tiba tiba dan tergesa gesa. seolah olah macam nak cepat habis. oke, bagi aku for the first one hour aku rasa jalan cerita dia smooth dan suspense sequence dalam skala memuncak untuk tiga kematian yang pertama. tapi, bila masuk orang keempat, kelima, dan seterusnya, kematian berlaku secara sekejap, terlalu pantas dan tiba tiba. contohnya, aku baru nak hirup milo panas yang aku baru buat sambil konon konon tiup manja asap nipis tu sikit sikit, tapi lepastu, bila aku angkat kepala tengok tengok orang tu dah mati. eh. what the.. tak suspense langsung oke? terpaksa aku rewind balik part yang aku miss tadi. kan dah membazir 30 saat lebih.

2. jalan cerita agak bercelaru bila masuk part last untuk ending. geram betul aku. selama aku menjadi die-hard-fan filem final destination ni, ini la pertama kali aku tengok cerita ni macam agak kelam kabut khasnya part yang last. oke fine, maybe ada orang tak boleh terima babak sam dengan gf dia mati yang kononnya macam ada kaitan dengan final destination 1. well, aku boleh terima yang tu. yang aku tak boleh terima tu ialah cara ianya berlaku terlalu pantas. no suspense at all. ending lagi la. hampes gila. baik aku reka ending sendiri. huh. geram. geram. GERAM!

3. aku check jugak kalau ada spoiler, tapi aku tak dapat pastikan pulak kalau ada. mungkin aku tak kisah atau tak alert sangat kalau ada spoiler kot. cuma, bagi aku, efek CGI dia kurang menjadi kot. tambah lagi time vision atas jambatan dan semua scene yang berlaku kat atas jambatan tu. nampak tak real. nampak macam kaku dan sangat la dibuat buat dan bukan shooting atas jambatan yang betul. pelik betul aku. selama ni CGI untuk semua FD sebelum ni cantik je. err. kali ni punya nampak sangat kot plastiknya. hmm.. adakah ianya nampak ketara sebab aku tengok yang low quality punya? atau adakah orang yang buat efek CGI untuk setiap FD berbeza beza? entah la. i also don't know what to do lah.

berikut adalah antara babak yang terdapat dalam filem ni.






dah. tunjuk lebih lebih karang tak suspens pulak.

sebab excited punya pasal, trailer pun aku dah tengok sebelum aku tengok filem ni. lepas tu dah macam macam review dan feedback yang aku baca kat internet tentang cerita final destination 5 ni.

bagi aku, start final destination 4 jalan ceritanya dah menjadi kurang best berbanding final destination 1, 2, dan 3. cerita final destination 5 ni tak la seperti apa yang aku harapkan. tak berapa memuaskan. kali ni kurang menyengat sikit. jadi aku cuma mampu bagi 3/5 bintang.

untuk trivia lanjut dan plot cerita secara keseluruhan, boleh berkunjung ke link ni :

*kepada sesiapa yang faint-hearted dan mabuk darah, sila jangan tengok.*

sekian terima kasih.


selamat hari raya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...