mereka yang hebat

Thursday, November 24, 2011

jangan putus asa kalau korang lampi atau blur


otak manusia memang unik. kalau ikut fakta, ada lebih kurang 100 juta saraf dalam otak manusia yang dipanggil neuron dan digerakkan oleh impuls yang melakukan segala aktiviti yang kita buat setiap hari. oke. itu cuma salah satu fakta basic yang aku ingin terangkan. yang lain boleh google sendiri. jangan malas malas.

apa yang aku ingin kongsi kali ni ialah kepantasan otak kita untuk menerima sesuatu perkara dalam kehidupan kita. otak manusia ni berbeza beza antara satu sama lain. korang selalu tak dengar kawan kawan korang cakap korang ni cepat pick-up ke, atau.. 'weh, lampi la kau ni', atau apa apa jelah yang melambangkan tahap kepantasan korang berfikir.

kenapa tahap kepantasan otak manusia berfikir ada yang cepat dan ada yang lambat? sebenarnya itu semua bergantung kepada seseorang individu tersebut jugak. kadang kadang faktor persekitaran. contohnya kalau seseorang tu dicop 'lampi', atau 'blur', sebenarnya benda benda tu adalah psikologi yang selalu orang sekeliling ulang ulang, jadi bila dah selalu orang ulang ulang benda tu kat korang, korang pun akhirnya percaya yang korang memang seorang yang lampi mahupun blur. sama jugak kalau ada yang kata korang ni genius atau pandai. sebenarnya kalau nak pandai boleh je belajar. boleh je amik kelas. pergi berguru ke. ataupun cara yang paling senang korang suruh je member member korang cakap ulang ulang atau panggil korang 'pandai'. lama lama benda tu akan jadi psikologi yang korang akan pegang dan last last korang sendiri akan percaya yang diri korang tu memang sejak azali dah memang pandai. senang kan?

ada jugak manusia yang duduk dalam kategori 'ketinggalan zaman' atau 'ketinggalan keretapi'. contohnya, group korea DBSK (ada yang panggil TVXQ) dah wujud sejak tahun 2003 yang mana salah seorang ahlinya ialah kim jaejoong. ya. 'wangja' yang agak charming itu. (charming sebab dia boleh tulis lirik dengan cipta lagu sekaligus). waktu tu dan yang paling kemuncak tahun 2006, bermulalah hallyu wave bila diorang ni jadi topstar satu dunia. semua yang gila korea waktu tu sibuk cerita pasal DBSK. jaejoong.. jaejoong.. sampai naik rimas aku. masa tu jaejoong jadi lead vocalist tapi ada aku kesah? muka hensem? cute? tang mana tu? jambu adalah. tak minat pun DBSK. oh. sangat 'ter'jujur pulak pengakuan aku tu. haha. apa yang charming nya sangat si jaejoong tu? tolonglaaaa.

eh kejap, kejap.. kau MIMING ke jaejoong?
(betapa sarkastik dan prejudisnya aku pada jaejoong..pada masa tu)

huh. apakah??

tapi lepas 8 tahun dah berlalu, DBSK pun dah bubar, jaejoong muncul sebagai cha mu won dalam 'protect the boss'. oke. ehem. persoalannya sekarang..

kenapa setelah sekian lama berlalu, baru sekarang ni aku rasa yang jaejoong tu sebenarnya agak charming rupanya..
kenapa? KENAPAAAA??? *argh! chongmal..*

realitinya dia seorang komposer. macam tak percaya pulak aku.

itu sebabnya aku kata otak manusia ni unik. tambah lagi kalau yang kategori kura kura, lampi.. uh. lepas 8 tahun baru ada kesedaran nak tengok jaejoong tu betul betul? hadoi. mungkin sekarang nampak jaejoong makin matang. tapi tak jugak. muka jambu aku tak kisah sangat. sebab hakikatnya aku tak pernah nak amik tau pasal jaejoong. tak pernah nak google pun. rupanya latar belakang dia pun bukan lahir lahir terus kaya. banyak je kerja part time yang dia buat sejak umur dia 15 tahun lagi. basuh pinggan mangkuk, cuci lantai, emcee tv show, sampai jadi askar extra dalam filem taegukgi pun dia buat rupa rupanya. kiranya dia dah rasa kesusahan hidup dan dia pun capable untuk buat sesuatu macam tulis lirik atau compose lagu. tulah. tak kenal maka tak cinta. dah cinta asyik mimpi jaejoong je pulak. haish. masalah betul.

masalahnya bukan jaejoong je. semua benda aku ni jenis lambat nak suka. macam lagu 'love story' yang taylor swift nyanyi tu pun. dah ulang 174,868 kali kat radio pun aku masih tak faham kenapa la semua orang suka betul dengan lagu ni. apasal? apasal korang suka? tolong la jangan suka lagu tu. tapi, 6 bulan lepas tu bila lagu tu pun mula orang dah tak nak dengar, dah nak muntah hijau la, nak tutup telinga la, nak tukar radio la, apa la.. masa tu la aku baru suka lagu ni. tengok. orang dah lama suka sampai naik bosan, aku pulak baru sibuk nak mencuba. zaman dah berlalu. memang lampi.

banyak lagi examples lain. tapi malas nak elaborate satu satu. mesti korang pun pernah melalui apa yang aku rasa jugak kan?

aku rasa antara faktornya ialah, kalau kita tak suka sesuatu, jangan terus terus nak pangkah je. buat biasa je sudah. jangan benci sangat. tapi kalau kes geli takpe. contohnya kau tak suka dia sebab dia asyik asyik nak tuju cheesy line je kat kau. padahal kau tahu benda tu meaningless. memang haruslah dipangkah habis habisan. hahahah. oke fine tak kelakar pun.

kalau sesuatu tu ada keburukan, mesti jugak ada kebaikannya. kenapa kita kalau dah benci sesuatu, kita tak nampak langsung kebaikannya? sebab, bila kita dah benci, benda benda baik pun nampak buruk je kat mata kita. ye dak? eleh. tak payah nak tipu. kadang kadang dalam otak aku pun ada terfikir gak benda benda jahat camtu. hehe. jadi, cuba belajar menerima keburukan dan kebaikan sesuatu tu tanpa syarat. kalau tak boleh terima banyak, terima sikit pun jadiklah. nanti tak pasal pasal jadik macam aku. dulu sikit sikit.. 'apa? jaejoong? yang jambu tu? oh pleaseeee la kau muka cute je nak buat apa?'. sekarang ni jaejoong la 'wangja', jaejoong la intan payung ye.. pandai la aku. amekaw!

solusinya, boleh tuju lagu? lagu bencinta dari faizal tahir. untuk pengajaran kita semua. haha. memandai je aku. dah la baik aku berhenti sebelum aku merepek lagi panjang.

sekian terima kasih.

12 comments:

  1. sebab tu kat dunia ni enjin guna kuasa kuda..bukan kuasa orang.. hehehe..

    agak2 kuda yang mana punya diorang resmikan?

    kuda padi? kuda arab? kuda morgan? atau lain2 spesis kuda? kuda ferari mahupun kereta kuda itu sendiri? hehehe...

    ReplyDelete
  2. mungkin kuda kuda kot?!
    kalau enjin kuasa orang dah lama give up. haha.

    ReplyDelete
  3. nabihah : hehehe. give me five! :)

    ReplyDelete
  4. nak tuju soalan?
    lagu aliff aziz sayang sayang sayang tu ko da mule suke x?
    heheheh
    =P

    ReplyDelete
  5. mira : haha. yang tu bukan tak pernah cuba nak suka.. tapi walaupun dah cuba nak suka pun tetap tak suka jugak sampai la sekarang. hahaha.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. kenapa? anda lampi dan blur jugak ke?
      relaks. saya ada temankan awak.
      hahaha!

      Delete
  7. Hahaha betul sngt.smlm sentap jap ade yg ckp sy lampi.hahahaa gara gara sy tk kenal spe2 nama yg kwnkwn duk gosip.hahaha mana nak kenal bebudak af.artis msia bnyk bnyk klau tiap hri duk mngadap lagu korea je.drama korea.lol.dpt title lmpi jugak eh lagu tu ? Lol mnusia.lawak .tp kisah awk mmg nk dkt sama dgn sy.sy pun jns tk suka time org rmai suka.hjahaha bila dh surut.dh xfemes mulalah terhegeh2 nk kenal.😂

    ReplyDelete
  8. Hahaha betul sngt.smlm sentap jap ade yg ckp sy lampi.hahahaa gara gara sy tk kenal spe2 nama yg kwnkwn duk gosip.hahaha mana nak kenal bebudak af.artis msia bnyk bnyk klau tiap hri duk mngadap lagu korea je.drama korea.lol.dpt title lmpi jugak eh lagu tu ? Lol mnusia.lawak .tp kisah awk mmg nk dkt sama dgn sy.sy pun jns tk suka time org rmai suka.hjahaha bila dh surut.dh xfemes mulalah terhegeh2 nk kenal.😂

    ReplyDelete
  9. Aku sakit hati bila asyik mention korea je ... dahlah aku tak suka dorng sbb opress prmpuan mcm apa, bagilah analogi lain. Sakit hati aku. Lagi satu, korea semua muka sama

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...