mereka yang hebat

Saturday, October 29, 2011

merakam kisah alam


23 - 25.10.2011
lokasi : johor bharu ke kota bharu

stesen keretapi kulai, johor.
6.30 pagi.

peringatan.. merakam KISAH ALAM, ya. bukan DUA ALAM filem dr. rozmey tu. huhu. oops! sori ddr!

dua hari sebelum cuti seminggu sempena deepavali ni, mak aku hantar mesej kat aku. katanya nak melancong pergi kelantan dari johor bahru. tapi naik keretapi. kalau korang nak tau, ini memang antara impian mak, ayah, dan keluarga aku. untuk naik keretapi sambil melancong satu Malaysia. ehem. keluarga aku memang aneh sikit. suka berjalan jalan melihat alam macam ni. ala ala destinasi bajet macam yang Qi buat tu.

tujuan berjalan jalan kali ni ialah saja nak tengok tempat orang. mana la tau entah entah esok lusa aku dipostingkan kat area kelantan ke, pedalaman pahang ke. takde la terkejut sangat nanti. aku ni dah la tak boleh terkejut terkejut sangat. lemah semangat i tau noks!

disebabkan aku takde 'senjata', maka aku telah meminjam 'senjata' kepunyaan housemate ku iaitu Canon Ixus. terima kasih nyok. sebab kau housemate aku yang baik hati, aku dah belikan sesuatu untuk kau. usah khuatir. hehe.

dipendekkan cerita, rancangan perjalanan ni sebenarnya tiba tiba je. tak rancang pun. kitorang cuma beli tiket hari sabtu, kemudian awal awal pagi pukul 5 hari ahad esoknya dah bertolak dari rumah. abang aku yang kedua (abang amin) dengan kakak ipar aku kak linda yang hantar kitorang naik keretapi dekat stesen kulai.

tambang sehala untuk orang dewasa ialah RM 42.00. kitorang bertolak pukul 6.30 pagi. perjalanan pulak makan masa dalam 12 jam. jadi gambar gambar yang akan aku upload lepas ni kebanyakannya aku amik masa dalam train. haaa. jangan tanya macam mana aku amik ya. dalam kelajuan dan graviti tak stabil yang menyebabkan aku terhuyung hayang sendiri, aku cuma pakai intuisi aku yang tak berapa tajam je ni. haha. harap maaf kalau gambar tak cantik. biasalah. amatur.

lepas ni biar alam yang bercerita. silalah menikmati kehijauan ciptaan Allah yang aku sempat rakam ni.

berani

cabang

sungai

perjalanan selama 12 jam tu ada jugak berhenti kat beberapa stesen. gila ke tak berhenti? huhu. jadi masa train berhenti kat salah satu stesen iaitu stesen bukit abu (kat kelantan), ayah dengan baik hatinya telah membelanja minum air panas. kasi segar sikit. terima kasih ayah. ayah memang hensem.

one for all, all for one.

pulang ke sarang

senja di Tanah Merah, Kelantan

stesen keretapi wakaf bharu, kelantan.
7.30 malam.

jejak je kaki kat stesen keretapi wakaf bharu tu, kitorang amik teksi ke kota bharu dan bermalam dekat salah sebuah hotel dekat riverfront. malam tu lepas mandi, solat semua, kitorang pun jalan jalan cari makan. ni antara panorama malam di KB.

klasik

menara jam depan riverfront

keesokan paginya lebih kurang pukul 7.00 pagi, kitorang discover satu tempat makan ni. berhadapan betul dengan deretan hotel kat riverfront tu. tempat ni unik. unik la. sebab restoran ni terapung. haa. macam mana yang terapung tu? korang bayangkan korang makan atas bot. hoho. romantik bukan? eish. geli gila sebut 'romantik' bagai ni. urgh. geli. geli. GELI.

yang warna biru

kita close-up sikit..

nak makan sarapan pagi ingat senang ke?

yang menariknya, dekat dataran menara jam sebelah restoran terapung tu, ada orang buat taichi pagi pagi. peh. gigih betul.

waaaaahhhhh...

kitorang bersarapan nasi dagang dan nasi berlauk. teh tarik. nescafe. sambil bersarapan, kitorang tengok pemandangan indah dari atas bot. ada disediakan khidmat bot penambang untuk ke tempat tempat berdekatan. bayarannya seringgit ke dua ringgit je untuk perjalanan sehala! gila kentang murahnya hatoi!




lepas sarapan kitorang berjalan jalan sekitar kota bharu. singgah dekat pasar siti khadijah. beli la apa yang patut kemudian duduk bilik sampai malam. lepas maghrib pergi ke wakaf che yeh. takde nye shopping sakan. biasa biasa je. selebihnya jalan jalan tengok apa yang patut.


menara jam waktu siang

istana jahar, kota bharu

gambar dekat pasar siti khadijah dengan wakaf che yeh tak amik. bateri kong sudah.

esoknya pukul 6 pagi lepas subuh kitorang check-out hotel. train berlepas pukul 7.15 pagi. sempat jumpa pak andak dengan mak andak aku yang stay sana. dan juga sepupuku zulaikha dengan zubair. tapi tak amik gambar jugak. hmm. sebab aku terlupa. adeh.

perjalanan balik mengambil masa 13 jam. memang flat la duduk kat dalam train tu. perhentian paling lama dekat kuala lipis dan gemas. oke la tu. sempat minum air panas. kebetulan cuaca pulak sejuk je sebab sepanjang jalan hujan. hadoi sejuk menggigil kau tapi tahan je la. gambar yang di bawah ni diambil masa perjalanan balik. yang mana sempat sahaja ye sebab lepas sampai gua musang bateri pun *pling* .. tido.


tuu dia kabus tebal

sekawan lembu sedang menikmati rumput segar

gua musang

gua musang close-up


antara stesen yang dilalui

itu saja. sampai di johor dalam pukul 8.20 malam. fuh. tiga hari dua malam yang indah. menikmati keindahan alam boleh menenangkan fikiran yang serabut. aku ni dah la serabut. haha. walaupun percutian ni ringkas takde apa yang mewah pun, tapi, inilah kitorang. simple je. lagi simple laaaagi bagus. karang kalau plan panjang panjang takut tak jadik pulak.

sebenarnya masa dekat wakaf che yeh aku ada beli buah bidara. kalau nak tau macam mana bentuknya, nanti la aku upload ya. tak amik lagi gambarnya.

sekian terima kasih.

Wednesday, October 26, 2011

siti nurhaliza dan ungu


aku syak dato' siti nurhaliza suka kaler ungu la. tema album dengan KD pun kaler ungu. tema birthday ke-31 pun kaler ungu. baju raya pun kaler ungu.















susah jadi orang terlebih observant ni. haish.

p/s : entri ni takde kaitan dengan yang hidup atau yang mati. sekian.

Thursday, October 20, 2011

bertambah setahun


semalam hari lahir siblingku ejad yang ke-22. tahniah ejad. welcome to the club.


malas nak salin balik resipi. klik je link kat bawah ni :

semoga panjang umur, murah rezeki.
semoga menjadi lebih matang dalam berfikir dan bertindak.
terima kasih sebab jadi bro aku. huhu :)

menganyam harapan


jawapan kepada kesibukan dan senyap sunyi aku selama ini.


amali seni yang perlu aku siapkan. mengambil masa seminggu lebih untuk siap. yang ini belum siap framing lagi. esok baru siap framenya. medianya pensel warna dan soft pastel. saiznya lebih kurang 23" x 20". aku olah semula gambar ini dengan memberi pelbagai warna. aku kan suka warna warni.

gambar ini diambil dari link ini :

credits to Nangz. gambar yang dia shoot semua lawa lawa.
simple yet nice and meaningful.

Friday, October 14, 2011

one in a million


kalau dapat jadi one in a million kan bagus. huhu *berangan*


p/s : argh! lagu ni asyik bermain dalam kepala aku. toloooongg!

Tuesday, October 11, 2011

terima kasih


sedar tak sedar dah nak masuk dua tahun aku menulis blog. lebih kurang umur anak sedara aku jugak. bermula dengan dua entri berbahasa inggeris yang aku tulis, kemudian beralih angin menulis dalam bahasa kebangsaan kita semua. malah review filem antarabangsa juga aku menulis dalam bahasa Melayu. walaupun aku masih rojakkan dan sulamkan juga dengan bahasa asing yang lain, tapi tetap aku utamakan menulis dalam bahasa ini.

tahu kenapa?

kerana aku tahu ada pembaca aku yang datang bukan setakat dari Malaysia, tapi juga negara negara lain. kepada yang berbangsa asing, aku mahu memperkenalkan tulisan bahasa ibunda kita kepada mereka. dan kepada orang orang Malaysia yang menetap di luar negara, aku harap sedikit sebanyak tulisan aku ini mampu mengubat kerinduan mereka yang hampir setiap hari akan berbahasa asing dan menghirup udara di sisi lain dunia selain Malaysia.

apa salahnya kita berbahasa Melayu? tak ada apa yang kita perlu malukan dengan bahasa sendiri. sebaliknya malulah jika kita lupa asal usul kita sendiri.

di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada 10,846 (dan seterusnya) pembaca blog aku selama ini. mungkin 10k tu jumlahnya tak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi aku cukup besar nilainya. kalau tak ada yang baca blog aku, aku pun mungkin tak ada hati lagi nak menulis.

teruskan membaca blog aku. sebab blog aku ditulis dalam bahasa Melayu. boleh tak macam tu? hehe.

ada apa apa cadangan entri yang korang nak aku tulis / review, boleh tinggalkan kat ruang komen kat bawah ni (kalau nak la)

akhir sekali, terima kasih semua. *terharu*

nah. untuk korang.

Thursday, October 6, 2011

resipi kuih keria


minggu lepas aku balik kampung. menghadiri majlis kahwin kawan baik aku.

*illeeyany, in case if you're reading this.. congrats for your wedding!*

dan aku dapat beberapa biji keledek putih free daripada abang aku dan emak. aku bawak balik seremban. terima kasih abang amin. terima kasih mak.

keledek putih yang chubby.

balik rumah sewa kat seremban, aku pun search la kat internet untuk resipi kuih keria. teringin nak buat sendiri memandangkan aku suka makan kuih ni. rupanya senang jugak nak buat. aku cari dekat website faveret aku iaitu MyResipi. ini link untuk resipi kuih keria tu.


jom tengok bahan bahan dan cara membuat.

bahan-bahan :

1/2 kilo keledek putih (ni kalau ikut resipi sebenar. sebenarnya masa aku buat ni aku pakai main agak je)
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

cara-cara :
1. memula kupas kulit keledek. bersihkan. kemudian potong kecik kecik.
2. rebus keledek dengan air. air jangan banyak sangat, cukup untuk tenggelamkan keledek je.
3. bila dah empuk (lebih kurang 15-20 minit rebus), angkat dan toskan air.
4. lecekkan keledek dengan sedikit garam sementara masih panas. bukan apa. kalau dah sejuk nanti keledek akan jadi tak lembut sangat dan susah nak dilecek.
5. lepas siap lecek, tunggu sejuk sekejap.
6. tambahkan 1 cawan tepung gandum. uli adunan sampai sebati. memang agak melekat lekat sikit. kalau suka keras sikit, tambah lagi tepung gandum tapi jangan la banyak banyak. masukkan sikit sikit.
7. bentukkan adunan menjadi gelang gelang yang comel. proses ni agak leceh sikit sebab dia melekat lekat. so untuk elakkan melekat lekat kat tangan, bubuh minyak kat tapak tangan dan mula buat gelang gelang tu sampai habis adunan.
8. goreng gelang tu. lebih elok kalau goreng garing / kuning keperangan.


9. untuk sira, masukkan gula dan air (jangan banyak sangat. cukup untuk buat gula tu basah / tenggelam sikit). panaskan dalam kuali tanpa minyak sampai gula jadi pekat.
10. lepas gula dah pekat, tutup api. nak tau pekat atau tak, gula akan berbuih mendidih. kemudian angkat sudip yang kacau gula tu. kalau gula lambat jatuh dan tak mengalir macam air, maksudnya gula dah pekat.
11. masukkan gelang gelang tadi dalam kuali. balik balikkan gelang dengan gula pekat sampai semua gelang disira sepenuhnya.
12. angkat dan hidang dalam pinggan yang comel.
13. sedia untuk di'ngap'.

tadaaa! inilah dia kuih keria yang dah siap.


petua :
1. jangan rebus keledek terlalu lama. bila dah empuk je terus angkat. kalau terlalu lama direbus, warna keledek akan jadi kurang cantik, isi akan jadi terlalu lembik. bila lembik, akan guna banyak tepung. bila guna banyak tepung, kuih akan jadi keras. bila kuih jadi keras takde orang nak makan dan akan komplen 'weh, keras la kuih keria ni..'
2. lebih baik lecek keledek sementara masih panas sebab tekstur kuih akan jadi lebih lembut dan senang dibentuk.
3. boleh guna keledek merah / oren sebagai alternatif, tapi kurang sedap berbanding pakai keledek putih. keledek merah / oren lebih lembut teksturnya berbanding keledek putih. jadi keledek merah / oren sangat sesuai dibuat kuih cucur badak. sukatan untuk buat adunan cucur badak masih sama dengan keria cuma kena tambah inti.
4. goreng gelang dengan garing. kalau tak garing warna kuih akan jadi pucat dan bila kuih dah sejuk ia akan jadi lembik.
5. masa nak buat sira, jangan guna air banyak sangat. kalau air banyak, sampai tahun depan pun takkan pekat punya gula tu. kalau air terlalu sikit pulak, gula tu akan jadi gula hangus (karamel) so kalau terlebih masak karamel tu akan jadi pahit. dan mengikut petua kawan aku yang bernama ilah, pakai gula halus instead of gula pasir biasa. disebabkan aku taktau pakai gula halus akan nampak lagi cantik, aku bedal je gula pasir biasa. hehe. agak fail jugak la nak menyira tadi. menyirap ada la. cuba banyak kali baru boleh. haha.

first time buat kuih keria. so buat sikit je. adunan di atas dapat buat lebih kurang 30 biji kuih keria. mula buat pukul 4 pagi sampai pukul 6 pagi. (biasalah. beginner macam aku memang lampi sikit. hehe). makan sebagai sarapan pagi bersama classmates aku. nasib baik habis. dan nasib baik kuih tu tak keras. alhamdulillah.

apapun, selamat mencuba. majulah kuih keria untuk Malaysia!

Tuesday, October 4, 2011

musim yang datang dan pergi


ye. tajuk yang.. ergh. abaikan.

musim apa agaknya? ya. musim membuat kerja kursus. sekali datang macam tsunami banyaknya. tak putus putus. kalau la assignment tu macam hadiah hari jadi kan best. haha. oke itu sudah pasti takkan mungkin berlaku.

musim musim macam ni jugak, jadual makan aku dah tak teratur. ikut sempat je. kadang kadang satu hari terus tak makan then drag sampai waktu supper terus. rasa kenyang je mengadap assignment. serius. tak tipu. *mata ke atas tangan ke bahu*

sambil bertemankan lagu lagu koleksi within temptation, lagu hindustan, lagu korea, lagu china dan macam macam lagi, aku bertahan jugak. aku kan sayang gila kat assignment. tu sebab tak boleh berenggang. hadap laptop pun nampak assignment. tido pun mimpi assignment.

memang cinta matiku.

maaf aku curi masa korang dengan membaca entri picisan hari ni. saja. entah apa entah aku merepek pepagi buta macam ni. lain kali aku tulis sesuatu yang lebih mencabar minda korang pulak.

salam kabare *lagu pengakap*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...