mereka yang hebat

Friday, July 29, 2011

cita-cita


28.07.2011
lokasi : kelas 2C

aiman : cikgu, cikgu. bila besar nanti saya nak jadi bomba.
haikal : (duduk di sebelah aiman) eh. aku pun nak jadi bomba jugak.
azmi : aku la nak jadi bomba.

aku : oke oke. siapa kat sini nak jadi bomba angkat tangan?

6 orang murid. lelaki semuanya.

aiman : ala sibuk je. taknak la jadi bomba. nak jadi askar la.
haikal : eh. sama la. aku pun nak jadi askar jugak!
aiman : eh. tadi kau kata nak jadi bomba?
haikal : tak. aku dah tukar cita cita aku.
aiman : cikgu, cikgu. dia nak jadi askar tapi kena cubit sikit pun dia dah sakit cikgu. mana boleh jadi askar, kan?

aku senyum je.

syahirah : cikgu, cikgu. saya nak jadi cikgu.

aku senyum lagi.

aku : berapa ramai yang nak jadi cikgu?

4 orang budak perempuan kelas semua angkat tangan.

aku : izzati, awak nak jadi cikgu jugak? awak nak jadi cikgu apa?
izzati : saya nak jadi cikgu PS. macam cikgu.

ehem. blush sekejap. ehe.

ikhwan : cikgu, cikgu. saya rasa kalau izzati jadi cikgu mesti dia garang dengan anak murid dia cikgu.
aku : hmm? kenapa awak cakap camtu?
ikhwan : dia ganas cikgu. dengan lelaki pun dia boleh pukul. kalau jerit pun kuat cikgu.
aku : eh. bagus la. jadi cikgu memang la kena garang (ayat nak mengusik diorang)
aiman : tapi dia tomboy, cikgu.
haikal : ha'a cikgu. dia tomboy.

izzati dah menjeling.

izzati : korang nak kena eh dengan aku?
aiman, haikal, ikhwan : tengok cikgu. betul kan saya cakap?

haha.

aku : ish. betul la. izzati memang garang. takpe izzati. cikgu doakan awak jadi cikgu ye suatu hari nanti. awak belajar pandai pandai tau!
izzati : hehe. terima kasih cikgu. saya memang nak jadi cikgu PS. macam cikgu.

*blush*

Wednesday, July 27, 2011

kepada peminat dato' siti nurhaliza


*you know who you are*

23.07.2011
lokasi : seremban parade, seremban.

met eye an eye with dato' siti.
err. not so eye an eye actually. hihi.

alkisah maka tersebutlah kisah. hujung minggu ni aku sepatutnya balik kajang untuk berjumpa baby aira mardiah. ada mission sebenarnya. tuan rumah aku iaitu kak fauziah yang baik hati telah menghadiahkan hamper newborn kepada aira. so aku kena la jadi transporter untuk menyampaikan hamper ni dengan segera sebab kalau lagi lama karang baju dalam hamper tu takkan muat lagi dipakai. kesian.. aku. cuti hujung minggu pun kena jadi posmen tak bertauliah. haha.

dipendekkan cerita, aku tak jadi balik hari jumaat tu. sebelum nak datang kajang, aku call abang dan kak ti, tapi tak berjawab pun. aku pun kuciwa lalu membawa diri (ayat yang sangat lame dan geli). so aku membuat keputusan untuk tinggal kat rumah sewa kat seremban je.

esoknya iaitu hari sabtu, aku dah mintak tolong member untuk tumpangkan aku pergi KTM. tapi pagi pagi lagi dia ada hal kat sekolah so mungkin agak kelewatan jugak la aku gerak. kebetulan hari yang sama ada kelas pukul 4.30 petang. alang alang dah camtu aku pergi je la kelas sebelum amik komuter untuk balik kajang.

bla bla bla. kelas.

habis kelas dalam 5.30 petang, member aku pun drop aku kat KTM. *thanks jaja*.

aduh. lapar la pulak. aku pun decide untuk makan mcD je kat seremban parade. sampai je kat entrance, ramai orang tercangak dok berkumpul kat situ. aku kepelikan sendiri. kenapa? kenapa? ada apa? what's going on? kataku dalam hati.

aku : err, tumpang tanya. ada apa ramai ramai ni?
anonymous : siti nak datang.
aku : oh? nape dia datang?
anonymous : dia datang watson. promote simplysiti kot.
aku : oh. thanx.

aku takdela kudut tunggu kat situ. aku pun masuk seremban parade. meneruskan mission untuk makan mcD. tapi aku amik port baik punya yang betul betul menghadap entrance. lepas order dan dapat set spicy chicken mcdeluxe regular, aku pun duduk. beberapa minit berlalu dan..

OKE. DIA DATANG DENGAN LENGGANG LENGGOKNYA. DIA DATANG DENGAN LEMAH GEMALAINYA. AMIK ESCALATOR PERGI WATSON.

oh ya. ada satu benda yang aku tak buat lagi.

aku keluarkan handphone.
aku taip mesej.

aku : guess what? dato' ct dtg seremban parade. in front of me. haha.

dia reply.

gosh! nak sign die.. suh tulis nama sy.. hahahahhahahahhahahhaha

and the story goes on. itu rahsia. tak perlu cerita. haha. dan beberapa minit kemudian lepas habis ngap, aku ingat nak terus balik je. eh. what for duduk lama lama kat situ kan? tapi bila lalu escalator, aku teringat mesej dia tadi. tak salah kalau aku nak try test amik sign dato' siti tu kan? haha. memang kerja gila nak meredah orang ramai kat watson tu tau. never try this at home, kids.

aku naik tingkat atas. mak datuk. lautan manusia depan watson. aku mencelah la hai sampai aku yang gemuk ni terasa dah jadi papan lapis dah meredah orang ramai tu *ayat over*. dari celah cermin watson tu, aku tengok dato' siti. yang sebenarnya, ini memang bukan aku. urgh. seriously. tak pernah, oke. macam stalker pulak aku rasa. tiba tiba ada orang buat announcement..

"lagi 3 orang saja.. beli barang simplysiti berharga rm60 dan ke atas akan dapat peluang beramah mesra dengan dato' siti"

what? 60 hengget? oke fine. memang ada sekarang. tapi, wait-seminit. aku boleh je beli. tapi, siapa nak pakai barang tu? aku? hahahahaha sangat lawak kalau aku yang memakainya.

oke la. kalau aku beli, aku bagi je dekat housemate kesayangan. habis cerita. sudah tentu dia akan terharu nanti. hebat tak idea aku? terima kasih.

eish. memang gila kalau aku beli betul betul. tapi kalau beli, aku taknak beramah mesra dengan dato' siti, aku cuma nak sign dia je dan terus balik. boleh? sebab aku bukan big fan of her. so sorry.

aku : kak, saya nak beli boleh?
akak pekerja : (pandang atas bawah) tak boleh la dik. promotion just ended.

what the..

kot ye pun jangan la pandang aku camtu kot. ggrr. fine. aku tau aku memang nampak weird dengan pakai t-shirt, sweater hitam, jeans, beg galas, dan.. hamper newborn dekat tangan. sorang sorang pulak tu. so pathetic. tiba tiba request nak beli simplysiti pulak kan.. dia ingat aku main main ke? dah habis serius dah ni tau.

dah la. orang tak sudi kan *ayat sadis*. dari kejauhan, aku cuma sempat snap gambar dato' siti dari jauh. aku admit dato' siti memang cantik. tapi aku lebih prefer dia tanpa mekap kot sebab lebih natural.

alalalalalalatok


kasi close-up sikit.

maaf kualiti buruk.

kesimpulannya, sampai dato' siti balik pun aku tak dapat signature dia. kepada orang yang aku mesej tu, berbanyak banyak maaf ye. cuma gambar yang bad quality ni je untuk jadi pengganti signature tu. boleh? eh. jangan la merajuk sebab tak dapat tunaikan mission yang diamanahkan tu. tapi kalau nak merajuk jugak, merajuk la lama lama sikit ye? hihi.

lepas dato' siti balik, aku pun balik (ceh! bajet macam la balik sama sama kan). sempat jugak aku call mak cerita pasal benda ni. mak terkekek kekek je gelakkan aku.

padan muka. siapa suruh pakai sememeh? awak tu cikgu!

erk. terkena lagi. dush!

terima kasih kat abang sebab tak angkat call haritu. disebabkan balik hari sabtu la dapat jumpa dato' siti kan walaupun bukan big fan sekalipun. by the way, motif entri ni? saja. nak bagi jeles. apa? tak jeles? tak jeles sudah.

sampai sini dulu. sekian terima kasih.

Thursday, July 21, 2011

jolobu!



maaf. agak kelewatan mengupdate blog. pada entri lepas aku ada menyebut tentang nak update tentang majlis berendoi, berzanji, dan cukur jambul cucu kepada tuan rumah aku. so, bagi menunaikan janji manisku itu maka silalah teruskan membaca.

pada pagi ahad yang permai bersamaan 10 julai 2011, aku, housemate kesayangan, tuan rumah, dan daus anak tuan rumah berlepas ke jelebu. ada kenduri berendoi, berzanji dan cukur jambul cucu kepada tuan rumah. pergi berkonvoi dengan suku sakat kak fauziah yang duduk rembau. dalam 3 buah kereta jugak la. selepas lebih kurang sejam perjalanan ke jelebu..

lalala boring. forward cepat sikit please.

sesampai di jelebu, kami dihidangkan dengan panorama kampung kuala pah, kira kira 10 minit dari pekan jelebu. huish. cantik gila pemandangan kat sini. hijau di mana mana. memang terbaik.

majlis ni meraikan tiga orang baby cute serentak. semua baby girls. comel gila. rasa nak picit picit pipi diorang sampai lebam. ish! geram ni!

cakap banyak pun tak guna. membazir current je. jadi, silalah tengok gambar gambar berikut.

tiga dak kecik

berendoi dan berzanji

cukur jambul

jamuan

pisang

keramaian

rewang

podeh

kukur kelapa. masih dipakai lagi.

menanti

kayu api

dari bawah pokok manggis

damai

kampung boy

kenapa?

rayyan

tuan ghumah

dah jadi wan

suku sakat

drama sebabak

begitulah ceritanya. seronok jugak berkenduri kat jelebu. makanan banyak gila kot. sedap sedap pulak tu. terima kasih tuan ghumah! hehe!

dah habis. sekian terima kasih.

fairah says tata!

Saturday, July 16, 2011

selamat lahir ke dunia




credits to abang and kak ti for the photos


13.07.2011
rabu

selamat lahir ke dunia, aira mardiah. semoga menjadi insan solehah dan adik yang baik.
jangan nakal nakal.
acik nina sayang kamu.
xoxo.
:)

Thursday, July 14, 2011

terima kasih tuan tanah. eh. tuan rumah.


pengalaman tinggal dengan keluarga angkat memang suatu pengalaman yang baru bagi aku dengan housemate kesayangan. aku tak pernah expect dalam hidup ni aku akan lalui benda benda macam ni. entah ya. satu benda yang baru dan berbeza. tapi aku suka. suka sebab dapat belajar budaya orang, kenal masyarakat, bahasa, makanan dan lain lain lagi la.

aku dengan mira menumpang sewa dekat rumah kak fauziah. rumah tipikal kampung. rumah papan dan tandas pun kat luar rumah. tapi tandas nak buang air besar jela. bilik air still kat dalam. so pandai pandai la nak hidup kalau sakit perut memalam buta kan. rumah ni beratap zink. jadi kalau tengah hari sampai pukul 4 petang tu kalau panas terik jawabnya berbahang la macam duduk dalam oven. waktu waktu macam tu nak tidur pun tak boleh sebab panas gila dalam rumah. tapi kalau tidur malam, ish ish ish macam tidur dalam igloo kot. gila sejuk. masa bermalam hari pertama kat rumah ni, aku dengan mira bukak la kipas siling tu sampai 3-4 jugak la. bajet nak tidur sejuk dingin la. sekali pukul 3 pagi dua dua menggigil gigil kau kesejukan. ni bukan sejuk dingin lagi dah. ni dah tahap sejuk beku kot. ada selimut pun rasa macam tak ada je. padan muka kitorang. nasib baik tak demam. selalunya pasang 1 je pun dah sejuk pepagi buta. automatik pukul 3 ke 4 pagi terbangun dan terus tutup kipas. sejuk gila weh tak tahan! macam air-cond. tapi tulah. tak boleh nak set panas sikit pulak kalau 'air-cond semulajadi' ni. jadi kesimpulannya masing masing akan mengerekot la macam udang bakar atas toto sampai ke pagi.

tuan rumah aku ni peramah pulak tu orangnya. setiap 5 minit ada je nak panggil nama kitorang. kalau call pun sama. selagi tak angkat handphone selagi tu dia akan call. kalau lepas angkat pun 3 minit kemudian pun dia boleh call lagi. ingatkan itu ingatkan ini. hebat la akak ni. haha. ya. kami memang pelupa kak! ampun! hehe. mula mula asyik lupa banyak benda je. jemur baju lupa, masukkan kasut dalam rumah lupa, tutup lampu luar lupa. eh. macam macam lagilah. lupa sebab tak biasa. lama lama bila dah biasa ni bolehlah ingat nak buat semua benda tu sebelum keluar rumah atau sebelum tidur. nasib baik tuan rumah ni jenis tak mengomel. senyum je sambil usik usik sikit kalau dah terlupa tu.

malam malam kalau aku takde kerja, akak tu selalu mintak aku urut tangan atau kaki dia sebelum dia tidur. walaupun dia asyik asyik panggil nama kitorang setiap 5 minit, sampai kadang kadang aku pun naik rimas (sebab aku tak suka orang panggil aku banyak kali dalam satu masa), tapi aku kesian jugak dengan dia. akak tu kerja dekat majlis daerah rembau. penat kot hari hari sapu sampah satu daerah rembau tu. tu tak kira OT lagi. ada satu hari tu akak tu kerja dari pukul 6.30 pagi sampai 12 tengah malam. cuba bayangkan kalau dia mak kita. mesti sayu je rasa hati kan? yang sebenarnya aku ni takla pandai mengurut pun. tapi aku urut jugak la sebab kesian akak tu balik kerja letih. tambah lagi nak melayan kerenah dua orang penyewa dia ni. haduiyai. kesian kak fauziah.

kak fauziah ni jenis teliti pulak tu. kalau lipat baju sama je bentuknya. kemas je. pukul 4.30 petang sharp selalunya dah angkat kain. kalau lepas makan terus salin lauk dalam bekas tu masuk bekas lain. kalau sapu sampah tu tak tinggal habuk pun. aku pulak yang rasa malu dengan dia sebab aku rasa aku takdela teliti gila camtu kot. tulah yang aku cakap tadi. bila aku duduk rumah orang ni, automatik aku belajar sekali budaya dia. cara hidup dia. memang agak berbeza. bertuah rasanya dapat kenal dan belajar budaya orang ni. bukan selalu kot.

sebelah rumah kak fauziah pulak tinggal wan dengan atok. entah. dah kak fauziah panggil 'wan' dengan 'tok', aku ikut jelah. belakang rumah wan pulak ada ayin, babab, dengan mat. disebabkan praktikum kat area situ jugak, diorang dok menyewa kat situ. dah macam anak angkat wan pulak diorang sekarang. petang petang jenguk wan kat rumah wan. pastu suka sangat buat tea-party petang petang. kalau masing masing dah takde kerja waktu petang, apa lagi. bukak laptop dan bersenam seni kat depan rumah kak fauziah. ajak la anak tuan rumah si daus tu, ajak kak fauziah sekali. havoc gila kot. haha. meriah betul.

tapi satu jela yang aku tak boleh handle dengan kak fauziah ni. kak fauziah ni die-hard-fan stacy. minat gila kot kat stacy. alaa.. stacy AF tu. jahatnya kamu jahatnya kamu tu. sampai ringtone pun lagu stacy. masuk kereta pun dengar lagu stacy. nak bersenamrobik dengan kitorang pun kalau boleh nak lagu stacy jugak.

"nina, ekau download la lagu 'pakai buang' dengan 'jahat' . buleh kita poco poco pakai lagu tu ha"

tapi macam mana ni? aku tak minat stacy. haha. aku dengan mira layan jela. asal kak fauziah bahagia.

dua bulan ni aku nak belajar masak masakan negeri sembilan. banyak based on penggunaan cili padi kot. takpe. belajar dengan kak fauziah dengan wan sebelah rumah. taktau la apa rasa nanti kalau aku yang masak.

entri lain aku akan update pasal adat berendoi, berzanji dan cukur jambul anak along dengan kak long. kiranya cucu kak fauziah la. along tu anak kak fauziah. majlis tu pulak diadakan kat kampung kat jelebu. lain kali aku cerita eh. maybe aku akan letak gambar sekali. sorry la entri kali ni takde gambar. tak sempat la nak masukkan dan edit. please anticipate for my next entry. hehe.

tu je untuk kali ini. sekian terima kasih.

Friday, July 8, 2011

perkara best bila korang ialah seorang guru PJ


bila aku fikir fikir balik, best jugak jadik cikgu PJ ni.
sebab apa ek best?
sebab ni kot..

1. dapat mengasah bakat melukis mambang. ala. yang orang lidi macam yang sudin lukis dalam cerita pendekar bujang lapok tu. mambang tanah, mambang api, mambang air, mambang angin. mambang mabuk minum brandy. haha. sebenarnya aku pelik dengan cara penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) pendidikan jasmani. siap lukis mambang bagai. comel je. masa mula mula aku nak buat RPH dulu, aku sibuk la refer buku rekod senior yang lepas lepas. lepastu boleh pulak aku gelak guling guling dengan mira baca RPH diorang. eh. bukan. bukan aku gelakkan lukisan organisasi dalam buku RPH tu.. err.. oke fine. aku gelak sebab lukisan diorang. aku memang jahat. haha! eleh. gelak gelak last last dalam buku rekod aku pun ada gak mambang semua tu bagai. aku rasa kalau ada yang nak pinjam buku rekod aku pasni, mesti akan gelak guling guling macam yang aku buat sekarang ni jugak kot. *berangan macam ada la yang nak pinjam kan haha*. padan muka aku.



bukan wisel sebenar.

2. x-factor pada wisel. beli wisel satu seringgit kat kedai uncle sepah je pun. walaupun seringgit tapi berkuasa tuuu. masa mula mula aku ajar budak budak ni PJ, saja la aku nak test power wisel yang nampak macam wisel mainan tu. nak tau bunyi dia kuat ke atau bunyi macam kucing tak makan seminggu. tengah testing tu, tiba tiba budak kelas aku boleh pulak alert pastu datang berkumpul depan aku. fuhh. harga je kecik tapi bunyik power oo! sekarang ni kalau aku nampak je wisel mesti rasa nak tiup. macam dah takde kerja lain dah. haha. aku memang excited terlebih kalau jumpa benda benda yang aku tak pernah buat ni. terima kasih wisel uncle sepah.

3. waktu mengajar 30 minit sahaja satu sesi. 30 minit tu kalau ikut sekolah tempat aku berpraktikum ni la. aku pun taktau masa yang pendek ni ialah pros atau cons bagi seseorang cikgu PJ. kalau ikutkan, 30 minit memang tak cukup. alasan yang sama untuk subjek lain jugak sebenarnya. bagi sejam pun kadang kadang rasa tak cukup. betul tak? budak budak kan perangainya macam macam. tambah lagi kalau ajar PJ. haiii lagi la. kena sabar tu tinggi macam gunung everest oo. budak budak ni kalau dah nampak padang takde benda lain. balik balik..

"cikgu, nak main bola" siap dah bukak kasut berlari lari bagai.

takdenya aku nak layan der. aku suruh budak budak tu pakai kasut diorang balik. terus aku panggil pakai wisel keramat aku. mengada ngada betul.

4. boleh pakai baju PJ dari mula sekolah sampai waktu balik. ini kes khas untuk orang orang yang malas gosok baju kurung atau baju kemeja, jenis bangun tak berapa nak awal, dan mandi selama setengah jam pada waktu pagi. heaven gila rasanya dapat pakai baju PJ. selesa pun selesa. tak payah sibuk fikir tudung ni match tak dengan baju ni, tie ni match tak dengan kemeja ni dan lain lain lagi la. malas aku nak senaraikan satu satu.


kanak kanak ribena

5. boleh jadi budak budak sekejap. agaknya tak puas jadi budak budak masa kecik kecik dulu. sekarang join la budak budak geng bas sekolah kalau nak main sukan. haha. jadi cikgu ni macam jadi role model jugak. tapi ada jugak benda yang cikgu PJ boleh buat sekali dengan anak murid, contohnya regangan. tapi kalau dengan cikgu cikgunya sekali sibuk berebut bola sepak sampai tolak tolak, itu aku rasa lebih baik cikgu tu masuk balik prasekolah. erk.

hmm. setakat ni tu jelah kot yang aku terfikir. tapi, sebenarnya kan, syok jugak waktu kelas PJ ni. tengok budak budak main lepas tu kita pun join sekali jugak kadang kadang. terasa sentiasa muda di hati la pulak. chewah! hehehe. oke kawan kawan. jumpa lagi di entri lain ya. (peh. ayat lame gila)

sekian terima kasih.

Monday, July 4, 2011

oh-oh! speechless..

04.07.2011.
lokasi: sekolah.

macam biasa hari pertama. tak perlu aku cerita dengan gaya klise. jumpa GPK, jumpa cikgu cikgu dan bla bla. itu semua tipikal. semua guru pelatih melaluinya.

apa yang menarik perhatian aku ialah salah seorang cikgu senior ni. aku tak tahu ejaan namanya yang sebenar macam mana tapi yang aku tahu namanya ialah cikgu M (bukan nama sebenar). bakal bersara bulan 9 ni. tengah hari tadi aku dan mira berjalan jalan merata rata di kawasan sekolah. yang sebenarnya nak melawat blok sekolah yang lagi satu. sekali tiba tiba cikgu M yang duduk kat dalam makmal kemahiran hidup itu panggil kitorang. terbalik pulak. beliau pulak yang panggil kitorang, bukan kitorang yang ada kesedaran sivik sendiri nak pergi tegur beliau dulu. ish ish ish. jangan buat macam tu ye kawan kawan.

cikgu M ni peramah orangnya. biasalah cikgu senior pangkat mak mak. beliau cikgu bahasa inggeris. lembut je orangnya. lepas tanya macam macam kat kitorang, sesi soal jawab, tiba tiba tanpa disangka sangka beliau cakap macam ni kat kitorang berdua..

cikgu M: eh, you all ni dah berpunya ke?

kami berdua pandang pandang sesama sendiri. tersengih sekejap. pelik betul soalan cikgu ni. soalan 'who wants to be a millionaire' pun tak susah macam ni kot.

cikgu M: bukan apa.. you better go and find a good guy for yourself kat maktab tu sebelum you habis study. nanti bila you dah kerja, dah takde masa to find you know..

hahaha. lawak la cikgu ni. (aku gelak dalam hati je la)

cikgu M: dulu time zaman zaman kami dulu, if sekolah dah habis, we all will grab our handbags and keluar berdating you know. sekarang ni habis sekolah pun banyak kerja kena buat. kesian aunty tengok cikgu cikgu zaman sekarang. yelah kan. zaman dah berubah.

ada lagi sorang cikgu lelaki lingkungan 40-an pun angguk angguk je. agaknya setuju kot dengan cikgu M. yang seorang lagi cikgu lelaki separuh usia pun angguk. ni semua geng mesyuarat tingkap ke ni?

eh? wait-seminit.

aunty?

aku diam jela dengar cikgu M berbual. banyak betul nasihat beliau kat kitorang berdua. ada la duduk duduk dalam makmal kemahiran hidup tu dalam 10 minit. tiba tiba budak budak darjah 5 masuk.

cikgu M: students, salam la cikgu baru ni..

oke. kitorang berdua bersalam salaman dengan budak budak tersebut. lepas tu kitorang pun mintak diri. tu pun cikgu M kata boleh je nak duduk kat makmal KH tu lagi. bila bila pun takde hal.

lastly..

cikgu M: tak usah la panggil 'akak'.. panggil aunty je dah la.. aunty pun dah ada dua orang cucu dah pun.. hihi.

hehe. kitorang terdiam tak kata apa. tapi takde la gedik pulak kitorang terus nak panggil aunty. macam pelik je.

aku & mira: oke cikgu. kami pergi dulu. bila bila nanti kita jumpa lagi ya. (senyum)

dia lambai.
kami pun lambai.

Sunday, July 3, 2011

selamat berjuang bakal pendidik sekalian!


sekarang ni aku tengah mengemas barang barang nak pergi rembau. aku dan housemate kesayangan akan 'merantau' ke rembau dan berkampung kat sana selama dua bulan.

praktikum kali ni agak mencabar. tak pernah pernah dibuat lagi batch pismp kena merantau luar daerah seremban untuk praktikum. tambah pulak kat kawasan kampung pure baik punya. akhirnya berpeluang jugak nak menghirup udara semulajadi kat kawasan kampung negeri sembilan ni. merasa jugak mengajar dalam suasana kampung. kalau nak berulang dari seremban ke rembau memang harapan la. tak payah la mengada ngada nak berulang kalau jenis tak punctual macam aku ni ha.

kat sini aku dan housemate aku dah jumpa dah keluarga angkat. peramah betul orang orang kat rembau ni. loghat nogori memang pekat gila sampai aku dengan housemate aku pun terkebil kebil nak faham.

lagi satu pengalaman yang akan kami rasai ialah kami bakal berpuasa di tempat orang. yelah. dah la jauh daripada keluarga, lepastu pengalaman pertama di tempat yang agak asing pulak tu. harap harap semuanya oke je. alah bisa tegal biasa.

aku nak kemas barang lagi. lain kali cerita lagi.

sekian terima kasih.

zaman muda mudi

Saturday, July 2, 2011

al-fatihah buat puan adibah


02.07.2011
7.45 pagi.

aku dikejutkan dengan berita pemergian puan adibah pagi ni.

tersentap sekejap. terpinga pinga.

minggu ni puan adibah ambil alih kelas dr. khairuddin. beliau pensyarah baru. kami sempat belajar dengan beliau dua hari je. dua hari yang sangat bermakna. muka beliau ada iras iras sikit dengan ustazah roslina. gaya cakap pun hampir sama.

beliau sangat sporting. walaupun usia beliau 44 tahun, tapi gaya beliau macam muda belia. ceria. sporting. bersahaja. kelakar. aku pasti di rumah juga beliau ialah seorang ibu yang baik kepada dua orang puterinya yang masih kecil lagi.

sayangnya kami tidak sempat bersama masa hari jumaat iaitu kelas terakhir bersama beliau. ada hal yang perlu diuruskan katanya. beliau ada amanatkan kerja yang perlu kami siapkan melalui ketua unit kami. pesanan terakhir beliau kepada kami..

"saya takut tak sempat nak beri kerja ni pada awak. yelah. lepas ni kita dah tak jumpa lagi. sampaikan salam saya pada kawan kawan awak yang lain ya. selamat berpraktikum. hati hati bila bawak kereta nanti.."

bila mengenangkan bahawa itu ialah kerja terakhir yang beliau berikan kepada kami, aku terdiam sendiri. walaupun sekejap tempoh kami bersama, namun segala senyum, cerita, dan gurauannya masih terngiang ngiang lagi di ingatan. tak sempat rasanya nak berkenalan lebih lanjut. Allah lebih sayangkan beliau. perginya beliau dengan cara yang senang dan wajahnya juga bersih dan tenang. kami sekelas sempat memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

dan pemergian beliau pada petang jumaat semalam membuktikan betapa agungnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. ya. semalam, 1 julai 2011, merupakan hari lahir anak bongsunya.

al-fatihah buat puan adibah. semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...