mereka yang hebat

Wednesday, July 24, 2013

mencari sempurna


dalam bisu dan sepi mencari erti sebuah kesempurnaan
sempurna tak bererti, jika hati menidakkan kekurangan
sempurna pada mata, tak bermakna sempurna pada jiwa
sempurna bukan lumrah, bukan fitrah,
bukan juga lambang megah
sempurna bukan kita, sebaliknya milik Yang Maha Esa
manusia tipikal mengejar kesempurnaan
banyak mana sempurna kita, jika ada hati yang terluka?
sempurnakah kita?

sempurna itu penyatuan
penyatuan daripada dua kekurangan
kekurangan yang hadir daripada khilaf insan
insan biasa yang sujud menyembah pencipta-Nya

khabarkan pada seluruh alam
hadirkan sempurna bukan segalanya


Tuesday, July 16, 2013

how to tie your tie



macam ni la cara aku selalu ikat tie masa zaman sekolah rendah dulu. heh. kecik kecik dah belajar ikat tie. mula mula memang la tergeliat jugak tangan nak buat. lama lama dah biasa dah ikat tie sendiri. 

terima kasih kat ayah. orang pertama yang ajar aku cara cara nak ikat tie.






p/s : teringat nak tulis entri ni bila tengok pengawas sekolah pakai tie. sekarang ni zaman dah maju. tie pun pakai main zip je. kan?

Sunday, July 14, 2013

ulangtahun kedua


i'm sooo sorry darling!

makcik lupa semalam birthday kamu. argh! bad aunty!


happy 2nd birthday, aira mardhiyah.
may Allah bless you. :)

Saturday, July 13, 2013

kontradiksi


bahagianya rasa bila tak lagi digelar 'penganggur', walaupun sebelum aku posting dengan rasminya, aku masih seorang cikgu kepada 317 orang murid yang aku ajar di SAAS.

dah dua minggu aku bertugas di sekolah. setiap hari adalah hari baharu. ada je aktiviti kat sekolah aku. dan antara benda yang paling tak pernah terlintas dalam fikiran aku ialah..

TUGAS MELATIH PASUKAN SORAK.


arghh! *mimpi ngeri*

pehhhh. tudiaaa. serius weh. dulu bukan main lagi aku mengutuk kaw kaw pasukan sorak time aku sekolah dulu. sekarang ni. ha. amekaw. kahkah. padan muka aku. bergelumang dengan pompom yang berambu rambu aneh dengan kostum yang sangat ladies oi. aduhhh. kalau bagi kat aku benda benda macam ni memang satu cabaran besar bagi aku la jawabnya. nasib korang la dapat cikgu pasukan sorak yang 'kayu'. ahahah.

aku tak pernah terfikir langsung untuk mengajar kat sekolah perempuan. sebab masa sekolah dulu aku sekolah perempuan selama 6 tahun. praktikum pertama pun di sekolah perempuan. kemudian mengajar pun di sekolah perempuan. bak kata jiji..

"dah memang jodoh kau dengan sekolah perempuan agaknya. terima la dengan redha." 

ohhh menyentuh kalbu sangat ayat tu. aku selalu bayangkan aku masuk mengajar di sekolah co-ed. dalam otak ni dah macam macam perancangan aku susun baikk punya. aku berangan nak melatih pasukan sofbol sekolah, sedangkan sekolah yang aku mengajar sekarang jangankan kata pasukan sofbol, peralatan sofbol pun tak ada. benda bukan semudah yang aku fikirkan. tak semestinya sekolah di bandar, semuanya ada. banyak lagi yang aku kena fikirkan bila mengajar di sekolah yang hanya ada satu gender je.

hakikatnya, pasukan sorak dan pasukan sofbol adalah sangat kontra. persoalannya, bolehkah aku?
aku perlukan masa untuk adapt situasi ini.

kesian jugak bila mengenangkan nasib kawan kawan yang dah tercampak ke kepulauan borneo seberang sana. aku sebenarnya teringin gila nak join diorang. tu kan memang minat aku. sarawak dan sabah kaya dengan alam semulajadi yang sangat indah. teringin nak rakam pengalaman setiap hari kalau aku mengajar di kawasan pedalaman. serius. teringin nak rasa cabaran hidup kat kawasan pedalaman. duduk dikelilingi pokok, sungai, dan gunung. mesti tenang je duduk sana diam diam.

tapi aku tau, mesti ada hikmah aku tercampak kat tengah hutan batu sekarang ni. walau aku belum pasti apa hikmahnya, tapi aku harap walau kat manapun aku mengajar, aku dapat berbakti dengan seikhlas hati. setiap hari adalah hari yang baharu dan aku akan terus cuba melakar kenangan manis bersama anak anak murid aku yang baharu ini setiap hari.

aku nak kumpul duit banyak banyak. satu hari nanti aku teringin nak realisasikan impian aku. backpacking satu dunia. guys, wait for me. nanti aku nak pergi melancong tempat korang! yeah!

lain kali aku tulis lagi. sekian terima kasih.

Wednesday, June 26, 2013

a thousand words


review movie di malam hari. bagaikan pungguk rindukan bulan. supermoon. superman. dan lain lain.

intro ni bukan puisi. aku tak jiwang kali ni. aku memang suka merepek pun. biarlah.

aku nak review sebuah movie yang bertajuk a thousand words. filem ni telah dikeluarkan secara rasminya pada mac 2012. filem ini aku nak review sebab ianya mendapat rating yang sangat teruk di website rotten tomatoes dan gagal box-office. but, you know what? aku rasa filem ni taklah seteruk rating yang diberikan oleh orang awam. it's just a rating, right? 

and it won't affect me after all until i watch it for myself. peduli la dengan rating ke apa. ada apa dengan rating?


bayangkan kalau anda hanya ada seribu perkataan sahaja lagi. what would you speak?

filem ini telah diarahkan oleh Brian Robbins pada tahun 2008. selepas 4 tahun produksi, barulah filem ini diterbitkan secara rasmi pada tahun 2012. barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah eddie murphy, cliff curtis, kerry washington, dan clark duke. genrenya ialah komedi / drama. durasi filem ini ialah 1 jam 31 minit dan mendapat 3 pencalonan dalam 33rd Golden Raspberry Awards iaitu worst picture, worst actor (eddie murphy), dan worst screenplay.

filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama jack McCall (eddie murphy) yang merupakan seorang ejen yang mencari penulis untuk sebuah syarikat penerbitan buku. beliau juga suami kepada caroline (kerry washington) dan bapa kepada seorang anak. jack McCall merupakan seorang yang berlagak gila, berkeyakinan tinggi, suka bercakap dan akan menggunakan apa jua cara untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya.

takdirnya berubah apabila jack cuba untuk mendekati seorang pakar motivasi yang bernama dr. sinja (cliff curtis) untuk mendapatkan manuskrip hasil tangan dr. sinja untuk diterbitkan. tapi, nasib jack malang apabila jack 'berjodoh' pula dengan pokok ajaib iaitu pokok bodhi yang akhirnya mengubah seluruh hidup jack dan keluarganya. you know.. pokok yang pelik. yang mendatangkan masalah pada jack dan keluarganya.

ini bukan cerita jack and the beanstalk, ok. aku serius ni.

ini la dr. sinja. memang shincha-bayo.


 PA beliau, aaron (clark duke)





aku jarang menonton genre seperti ini tetapi i give it a try sebab terkejut dengan rating yang rotten tomatoes bagi pada filem ini. di manakah silapnya? penonton menyalahkan bintang utamanya iaitu eddie murphy yang memang terkenal sebagai 'verbal actor' yang sangat berkesan dalam filem filem yang telah dibintanginya sebelum ini. a thousand words telah menarik hak keistimewaan beliau untuk bercakap, menyebabkan penonton merasakan filem ini hambar dan kurang daya penarik. tapi bagi aku pula, tak salah eddie mencuba sesuatu yang baru. biarlah dia. lakonan beliau pun bukannya teruk sangat dalam filem ni sampai boleh dikategorikan 0 oleh rotten tomatoes. sesuatu yang sangat tidak adil buat eddie murphy. 


filem yang dikatakan teruk ini, masih mengangkat mesej yang bertemakan kekeluargaan walaupun mesej itu agak tersembunyi dan tidak ditonjolkan secara 100%. boleh dikatakan bahawa kita bukan hanya disuap dengan komedi slapstik dan cerita kosong semata mata, tetapi sebaliknya sebuah hiburan yang bermakna bagi penonton. namun begitu, aku tak nafikan bahawa filem ini adalah hiburan ringan dan tidak memerlukan intuisi atau daya fikir yang berat.

walaupun rating filem ni sangat teruk dan banyak dapat komen yang negatif, tapi percayalah, filem ini sebenarnya berbaloi untuk ditengok. tak la seteruk yang disangka. so-so. aku tak boleh bagi full star, sebab masih ada kurang di sana sini dan mungkin sebab genrenya bukan my cup of teaso, aku bagi 3.5 / 5 untuk cerita ni. 

untuk trivia, boleh pergi ke link berikut :
http://en.wikipedia.org/wiki/A_Thousand_Words_(film)

selamat menonton!


Tuesday, June 18, 2013

gurindam gula-gula


22022013

pertama kali bersua muka
pertama kali bertentang mata
pertama kali mengatur bicara
pertama kali mengenal mereka

hati mempersoal sejuta tanya
mata memerhati seribu gaya
bibir menguntum senyum bermakna
kata berbicara penuh rasa

tidak siap kerja sekolah
buku teks tertinggal di rumah
tidur bila datang sekolah
melawan bila disuruh diarah

pelbagai alasan pelbagai hujah
cikgu mendengar penuh hikmah
denda diberi pada yang salah
nasihat diberi memperbetul tingkah

menjadi guru bukanlah mudah
sabar melayan bermacam kerenah
walaupun hati panas dan marah
berdendam sekalipun tidak pernah


12062013

tak terkarang ayat yang indah
tak tersusun bicara bermadah
tak sempurna kata yang terluah
tak tertafsir hati yang gundah

berat hati menanggung resah
berat kaki mengatur langkah
tak terasa penat dan lelah
mengakhiri semua teramat payah

meninggalkan bukan perkara yang mudah
rindu di hati tak pernah kebah

pelajarku,
jadilah hamba-Nya yang taat setia
jadilah anak yang memberi bahagia
jadilah pelajar yang mendengar kata
jadilah sahabat gembira dan duka
jadilah manusia berpekerti mulia

walau siapapun gurumu
tuntutlah ilmu tanpa jemu
hormatilah guru ibarat ibu
taatlah pada gurumu itu
kerana di situ letaknya keberkatan ilmu

walau di mana kamu berada
cikgu doakan sihat sentiasa
cikgu doakan aman sejahtera
cikgu doakan kamu bahagia
cikgu doakan kamu berjaya
di dunia hingga akhirat sana

kenangan bersama mungkin singkat 
jauh di mata, di hati dekat
terpahat di ingatan sepanjang hayat
berpisah di sini bukanlah penamat

maafkan cikgu andai terasa
cikgu juga insan biasa
merindu cikgu janganlah selalu
rindulah pada Allah yang satu




salam sayang,
cikgu hush.
18062013, 3.50. a.m.
johor bahru.

Monday, June 10, 2013

irreplaceable


this moment will never be replaced.
thank you so much.
*teary eyes*



i hate goodbye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...