mereka yang hebat

Saturday, July 13, 2013

kontradiksi


bahagianya rasa bila tak lagi digelar 'penganggur', walaupun sebelum aku posting dengan rasminya, aku masih seorang cikgu kepada 317 orang murid yang aku ajar di SAAS.

dah dua minggu aku bertugas di sekolah. setiap hari adalah hari baharu. ada je aktiviti kat sekolah aku. dan antara benda yang paling tak pernah terlintas dalam fikiran aku ialah..

TUGAS MELATIH PASUKAN SORAK.


arghh! *mimpi ngeri*

pehhhh. tudiaaa. serius weh. dulu bukan main lagi aku mengutuk kaw kaw pasukan sorak time aku sekolah dulu. sekarang ni. ha. amekaw. kahkah. padan muka aku. bergelumang dengan pompom yang berambu rambu aneh dengan kostum yang sangat ladies oi. aduhhh. kalau bagi kat aku benda benda macam ni memang satu cabaran besar bagi aku la jawabnya. nasib korang la dapat cikgu pasukan sorak yang 'kayu'. ahahah.

aku tak pernah terfikir langsung untuk mengajar kat sekolah perempuan. sebab masa sekolah dulu aku sekolah perempuan selama 6 tahun. praktikum pertama pun di sekolah perempuan. kemudian mengajar pun di sekolah perempuan. bak kata jiji..

"dah memang jodoh kau dengan sekolah perempuan agaknya. terima la dengan redha." 

ohhh menyentuh kalbu sangat ayat tu. aku selalu bayangkan aku masuk mengajar di sekolah co-ed. dalam otak ni dah macam macam perancangan aku susun baikk punya. aku berangan nak melatih pasukan sofbol sekolah, sedangkan sekolah yang aku mengajar sekarang jangankan kata pasukan sofbol, peralatan sofbol pun tak ada. benda bukan semudah yang aku fikirkan. tak semestinya sekolah di bandar, semuanya ada. banyak lagi yang aku kena fikirkan bila mengajar di sekolah yang hanya ada satu gender je.

hakikatnya, pasukan sorak dan pasukan sofbol adalah sangat kontra. persoalannya, bolehkah aku?
aku perlukan masa untuk adapt situasi ini.

kesian jugak bila mengenangkan nasib kawan kawan yang dah tercampak ke kepulauan borneo seberang sana. aku sebenarnya teringin gila nak join diorang. tu kan memang minat aku. sarawak dan sabah kaya dengan alam semulajadi yang sangat indah. teringin nak rakam pengalaman setiap hari kalau aku mengajar di kawasan pedalaman. serius. teringin nak rasa cabaran hidup kat kawasan pedalaman. duduk dikelilingi pokok, sungai, dan gunung. mesti tenang je duduk sana diam diam.

tapi aku tau, mesti ada hikmah aku tercampak kat tengah hutan batu sekarang ni. walau aku belum pasti apa hikmahnya, tapi aku harap walau kat manapun aku mengajar, aku dapat berbakti dengan seikhlas hati. setiap hari adalah hari yang baharu dan aku akan terus cuba melakar kenangan manis bersama anak anak murid aku yang baharu ini setiap hari.

aku nak kumpul duit banyak banyak. satu hari nanti aku teringin nak realisasikan impian aku. backpacking satu dunia. guys, wait for me. nanti aku nak pergi melancong tempat korang! yeah!

lain kali aku tulis lagi. sekian terima kasih.

6 comments:

  1. Replies
    1. best? hahaha. yelah tu. nak kena banyak praktis pasal cheer lepas ni.. hoho

      Delete
  2. teringin nk tengok cikgu nina ajar pompom girl ^^ woah~

    ReplyDelete
  3. wah, cikgu aminina ajar pasukan sorak. hebat tu. semoga berjaya ya, cikgu.
    P/s: klakar la bila pikir balik. huhu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahah. tu la pasal. in sha Allah. tengah fikir juga macam mana nak buat ni.
      memang kelakar.. bidang jauh beza gila ni aduiyai hahaha.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...