mereka yang hebat

Tuesday, March 22, 2011

crazy is beautiful maria. kelas kau maria!


17.03.2011
lokasi : PICC, putrajaya.

tajuk di atas..apakah?? hmm. whatever.

hari ini hari khamis. semua bekas pelajar IPG satu malaysia ni datang kat PICC. sebab? sebab mereka mereka ni datang untuk berkonvo. ala, majlis yang kalau kat negara omputih tu bajet main baling baling topi konvo kat angkasa tu.

hari yang istimewa ni jugak, aku datang. dengan roommate tersayang, ruziathul amira binti mazlan (ehem. full name tu). pelencongan kali ni agak mencabar. dari johor bahru ke putrajaya. dan aku rasa, hmm, aku. dah. buat. satu. kerja. gila. dengan datang ke majlis konvo ni. mana taknya..

gila ke nak redah highway all the way from johor bahru dari pukul 4 pagi semata mata sebab nak sampai ke putrajaya tu tepat pukul 8 pagi??

aku rasa mesti skru kat otak aku dah loose kot.. hmm oke fine whatever la kan. yang penting aku dah pun pergi dan dah selamat sampai dan selamat balik pun. huhu. mestila. kalau tak takdenya entri blogpost ni.. kan? kan? oke sangat lame. lame, lame, lame semua lame. so, abaikan jela.

pada hari kejadian aku bangun pukul 3 pagi. ceh. padahal tak pernah pernah pun sebelum ni. selalu bila mak dah bukak kuliah subuh barulah rasa insaf sikit nak bangun. tapi hari ni aku jadik budak baik pulak. rasa macam tiba tiba dah transform bajet macam transformers la. alkisah perjalanan aku dari johor bermula tepat pukul 4 pagi. naik kereta sampai la ke tol tangkak. sampai kat tangkak dalam pukul 5.45 pagi. kat tangkak, switch pulak naik kereta mira. kesian roommate aku. dah la kena paksa dengan aku suruh bangun awal. tiba tiba aku pulak yang sampai awal kat tol tangkak. padahal roommate aku tu baru nak bersiap dari rumah beliau yang memang kat tangkak tu. maka terkejar kejar la beliau. hatoiyai pun. nasib baik sempat mandi bagai. dan yang lagi best, sempat make-up lagi, you. kelas kau maria!

dari tangkak, dah lebih speed limit tak payah cakap la. aku pun tak dapat bezakan masa tu aku naik kereta ke atau naik roller-coaster. amacam. over tak statement aku? over sangat kan? tamprio karang.

sampai je kat PICC, dah ngok ngek ngok ngek, tiba tiba tak boleh pulak masuk dewan. ah sudah. dah tu nak tunggu sampai pukul 12 time konvo dah habis ke? 4 jam tu! uh. so wasting time.. ni yang leceh ni. tiba tiba :

"semua yang kat luar ni silalah masuk. penuhkan tempat duduk dalam dewan." kata seorang puan yang sangat ayu. yelah. sangat ayu dan terbaik wok la sebab beliau memberi peluang bagi kami-kami yang penyibuk ni menjoinkan diri dalam majlis konvo tersebut. ceh! *tiba tiba*.

jadi, inilah gambar gambar yang sempat diambil masa hari kejadian. credits to roommate sebab bawak kamera. yelah, aku ni kamera pun tak ada. kereta lagila takde. nasib baik ada roommate yang penyayang. terbaik la kau wok! kelas kau maria!








habis.
aku dan mira singgah makan makan kat alamanda, putrajaya sebelum balik. makan nasi ayam kat rasamas. nyam nyam nyam sedapnya.
sori sebab entri kali ni macam pendek. em, ni pun curi masa waktu malam nak tulis sebab siang busy memanjang dengan praktikum. eh. biasalah. sekolah kluster kena la balik office hour. *ayat sarkastik*.

kepada encik syed azman, tahniah sebab dapat ijazah kelas pertama ya.. kelas kau maria! semoga lepas ni jadi cikgu yang cemerlang pulak. :)

oke dah. jumpa lagi di lain entri oke. sekian terima kasih.

Tuesday, March 15, 2011

kasut tumit tinggi jejas kesihatan



wanita dan dunia fesyen tidak dapat dipisahkan. ada segelintir wanita gemar bergaya sehingga sanggup membelanjakan banyak wang semata mata untuk mendapatkan rekaan terkini kasut, beg tangan, atau pakaian.

namun, antara sedar atau tidak fesyen mampu menjejaskan kesihatan kita apatah lagi ia boleh menyebabkan beberapa penyakit sampingan yang boleh mengganggu kehidupan seharian.

kasut tumit tinggi contohnya, adalah aksesori mesti ada bagi kaum wanita. terdapat pelbagai rekaan, warna, dan jenama dengan harga berbeza dijual di pelbagai pusat beli belah. kasut tumit tinggi memberikan tekanan kepada lutut dan kajian dilakukan Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak pada jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesihatan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.



bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi dua sm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.

menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit'.

keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala, malah keguguran rambut.


visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui 'mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran.

menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan kepada tulang.

kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. untuk mengatasinya, anda boleh cuba menggunakan beg sandang belakang yang mampu memuatkan pelbagai barangan secara seimbang pada kedua dua belah bahu.

jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu.

satu lagi kaedah yang dapat membantu adalah usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.

dipetik daripada : harian metro. selasa, 8 mac 2011.
gambar ihsan pakcik google.

macam ngeri je bunyinya, kan?
cheh! baru je terfikir nak melaram dengan kasut tumit tinggi dan beg tangan yang cantik cantik. *ayat sarkastik*

kawan kawan, jom kita ramai ramai pergi praktikum kat sekolah nanti pakai kasut 'mcdonald'..!
hehe~

Sunday, March 13, 2011

cerita kedai kopi



12.03.2011.
lokasi : dapur rumah aku.

aku : hmm. sedapnya bau. buat kopi ke?
adik : ha'a. nak ke?
aku : takla. saje tanya. buat kopi apa?
adik : kopi.. jap (sambil tengok bungkusan kopi) . kopi cheng.
aku : kopi cheng? tak pernah dengar pun.
adik : ada la.
aku : tak ada.
adik : ada la.
aku : eh. mana ada? saje je kau nak kelentong kan?
adik : oh oh. bukan bukan. bukan kopi cheng. kopi aik cheong.
aku : ah.. kopi aik cheong. tu la orang cakap mana ada kopi nama kopi cheng.
adik : nama tempat buat kopi tu kat cheng, melaka. sebab tu orang panggil 'kopi cheng'.

aku buat muka blur tak paham.

adik : eh. sekarang ni kalau orang panggil nama kopi, orang panggil berdasarkan nama tempat. (sambil angkat kening pandang aku)

aku pandang adik terpinga pinga. hah?? tak paham.

aku : contohnya?
adik : kalau ayah nak minum kopi, orang tanya ayah 'nak kopi tanah pamah ke, kopi tanah tinggi'?
aku : hah??
adik : yela. kopi tanah pamah tu kopi cheng.
aku : habis tu, kopi tanah tinggi pulak?
adik : kopi tenom.

aku gelak macam sandra bullock gelak dalam kapal terbang dalam cerita 'the proposal'.

aku : heh.. dol, kau ni memang macam macam.
adik : hehehe. biasala. macam tak kenal pulak.

haila adik aku ni.

Monday, March 7, 2011

sungai lui


tak tahu la kenapa tapi aku suka gila lagu ni.
jadi, meh aku share lagu ni. layan.


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini


Thursday, March 3, 2011

10 perkara pelik yang bebudak classmate aku suka buat


1. mencipta trend baru. kalau boleh yang terbaru semua nak jadi trend. trend kak limah dah tentu tentu la banyak. dari tagline 'ceciter ceciter' tu sampai la 'buat tangan macam saya'.. 'kita bakor' *cakap dengan penuh semangat waja*. lagi satu trend 'mata ke atas, tangan ke bahu'. sentap hati mak, nak! *mata ke atas, tangan ke bahu*.


usop *angkat tangan macam saya*

2. gaya princess. kalau sebut je gaya princess confirm confirm la cuma ada sorang je princess dalam kelas aku. aku pelik betul la dengan member aku tu. suka nyanyi sorang sorang sampaikan kalau aku pergi bilik dia karang senyap senyap dia tetiba je nyanyi. entahla aku pun tak paham. memang dah hobi dia kot. dah la tak bagi warning dulu. sebijik macam princess sesat dalam cerita enchanted tu. *haa-aa-aa~~ haa-aa-aa ~~ nyanyi tepi tingkap*
asal boleh.

3. cakap nak ulang je. - redundant. repetition. err.. yang ni. ah. malas la nak cakap. korang tengok je la vlog maria elena ni. biar dia terangkan bagi pihak aku. hehehe.


nah aku bagi link blog dia. http://peliks.blogspot.com/. kot kot korang nak follow blog dia ke apa ke. blog yang memang sempoi gila. you rock, maria!

4. mata tutup, tapi telinga dengar. (bukan mata ke atas, tangan ke bahu ye). classmate aku tahu siapa gerangan putera katak ni. ini memang spesies putera katak dari sem foundation lagi. yang sebenarnya, ramai je dalam kelas aku yang buat gaya 'mata tutup, telinga dengar' ni. termasuklah tuan punya blog ni. eh? haha. oke tak kelakar. apa apalah labu janji kau bahagia.

lepasni bolehlah buat style cenggini pulak.

5. setiap kali kelas pj atau gerko mesti ada yang sakit. yang dah lama jatuh sakit. yang baru jatuh sakit. dan yang jatuh sakit pada hari kejadian. malang memang tidak berbau. bak kata kawan aku ni. kalau ada bau dah lama boleh detect yang malang akan datang. right, mi amigos?


6. rehat wajib ada sejurus lepas waktu kelas yang pertama. kalau tak masing masing pakat mogok lapar. termasuklah tuan punya blog ni pun sama dengan la jugak. takpun muka masing masing akan *pling* bertukar jadi macam muka zombie dalam game 'plants vs zombie' tu. takpun kalau yang cun sikit, macam kak limah. eh? oke sangat lame. lame, lame, lame semua lame.

5 saat je boleh habis ni. macam piranha.

7. open table dalam kafe. mesti turun satu batalion. bukan tak boleh nak turun kafe asing asing, tapi kalau masuk bab makan je, bebudak classmate aku automatik jadi manusia paling punctual dalam dunia. takde sorang pun yang tak makan. paling cikai pun mesti minum air suam 20 sen tu. harus penuh dua meja dalam kafe tu untuk kelas kitorang je. dan yang paling penting, port bawah kipas. hehe..
sampai makan kat luar pun nak buat open table jugak.

8. hobi berjalan jalan melihat alam. dalam satu sem mesti nak ada kembara luar. mesti punya. kalau boleh yang luar tu mesti yang betul betul luar. taknak yang dalam negeri. maksud aku, negeri sembilan. agak agak kalau masing masing dah kaya, bilalah agaknya nak pergi ke tempat dalam gambar ni? *berangan*

menara eiffel, paris. 'A' for 'Eiffel'.

9. buat makan-makan. potluck. kalau boleh ajak sekali lecturer. macam buat parti tupperware pulak. oke. aku tak pernah pergi pun parti tu. sem lepas je entah berapa kali entah buat makan makan. mana la taknya bebudak classmate aku jadi insan yang sihat sihat belaka. termasuklah tuan punya blog ni. err.. ehem.

sekadar gambar hiasan.

10. beri gelaran pada setiap orang. dan gelaran akan sentiasa bertukar tapi yang lama tu akan tetap kekal. contohnya member aku si princess dah dapat satu nama baru iaitu kak limah - aku yang bagi. member aku yang bernama 'jiji' pun - aku yang bagi. eh. apa ni? dah semua aku yang bagi? takkk.. ada jugak member aku yang lain bagi nama gelaran pada classmate yang lain. contohnya 'datin', 'mek bungo', 'ruzi', dan 'che yaya' dan macam macam lagi la. lagi satu, tagline. ada je 'moto hidup' yang banyak tak terkira dalam kelas aku. yang terbaru ni macam biasa la. kalau tengah bergosip pasal harga makanan kat kafe yang semakin 'murah', confirm confirm keluar gaya 'mata ke atas, tangan ke bahu' tu. dah macam trademark pulak. maksud aku, trademark yang berlaku di mana mana dalam maktab ni. entah lepas ni tagline apa la pulak yang korang nak pakai ye..

kalau dah namanya orang, mesti la ada je buat benda pelik ye tak? kalau takde, bukan manusia kot? err.. oke fine tak kisah la kan. yang penting, aku.. err.. aku.. err.. err..

sayang classmate aku.

oke dah. habis.
itu saja untuk hari ini.
sekian terima kasih.

*gambar semua ihsan google kecuali untuk gambar no.7*

Tuesday, March 1, 2011

fadhilat selawat


kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat ke atas nabi. hai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya"
Surah Al-Azhab : 56

antara hadis hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah :

1. "barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat." - (Riwayat Tabrani)

2. "barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." - (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

3. "barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." - (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al-Hakim)

4. "berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan pembersih dosa) bagimu." - (Riwayat Ibnu Murdawaih)

5. "barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya." - (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

6. "barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga." - (Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

7. "orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku." -(Riwayat Tirmizi)

di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu :

1. memperoleh selawat dari Allah.
2. memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad.
3. mendapat pimpinan dari malaikat.
4. menghapus dosa.
5. mendapat pertolongan.
6. tercapai keperluan hidup.
7. menjadi pembeza dengan orang munafik dan kafir.
8. memperoleh nur zahir dan batin.
9. mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
10. memperoleh ucap selamat dari Allah.

*sumber daripada pamphlet sempena majlis sambutan maulidur rasul peringkat negeri sembilan 1432h.

Monday, February 21, 2011

ini bukan cerita balik kampung



19.02.2011.
lokasi : SS2, petaling jaya.

19.02.2011 haritu ialah hari sabtu. hari sabtu merupakan hujung minggu. disebabkan hari sabtu merupakan hujung minggu, maka aku, azni, dan roommate ku yang tercinta, iaitu mira telah membuat keputusan untuk pergi berjalan jalan sambil celebrate birthday maru. maru ialah seorang apak. beliau merupakan 'apak no. 2' selepas 'apak no. 1' kami iaitu hubby azni.

hehehe. jangan marah roommate! :)

fyi, birthday apak no.2 ni kitorang celebrate awal dua hari dari tarikh lahir beliau yang sebenar. oke fine tak kisah la kan.

rancangan perjalanan kitorang ni kalau ikutkan simple aje. iaitu pergi petaling jaya, nyanyi nyanyi lagu birthday, makan kek, kemudian pergi kajang tengok aina, ngok ngek ngok ngek sekejap, kemudian dah. habis cerita. TAPI. ehem. nak buat macam mana, kalau dah masing masing keluar berjangok, ha, jadilah macam cerita lepas ni.

mula mula kitorang dah beli kek americano chocolate kat baker's cottage. lepas tu kitorang isi minyak kat shell. ala, shell yang dekat dengan mobil sebelah shopping complex tak jadi tu. ya. kitorang isi minyak kat situ. tetiba je masa nak isi minyak, mira pun berkata :

mira : ajni, cuba call apak, tanya dia jalan shortcut nak pergi petaling jaya.

calling apak.
sambil tu..

mira : alamak, kenapa ha jarum yang kiri sekali ni tunjuk kat 'H'? (sambil jari telunjuk kudut tunjuk kat dashboard)
azni : entah.
mira : cuba tanya apak.

azni : hai apak. dah makan? sihat? (takde kaitan)
apak : er..
(tak sempat habis cakap, tiba tiba..)
azni : apak, jalan shortcut nak pergi petaling jaya macam mana? amak dah lupa la.
apak : oh. jalan tu. mula mula..
(tak habis cakap lagi..)
azni : eh kejap. apak, ni kenapa jarum kat dashboard ni tunjuk tanda 'H'?
apak : jarum? jarum apa?
azni : jarum kat dashboard.
apak : jarum kat dashboard? (redundant)
mira : ajni, biar aku la cakap dengan apak.
azni : apak, cuba try cakap dengan mira ni.

mira : hello, apak.
apak : ha. ye. kenapa?
mira : ni kenapa jarum kat dashboard tunjuk kat 'H' ni? nervous ni tetiba. kereta nak meletup ke apa ni?
apak : oh, tu temperature high. cuba park kereta kat tepi shell tu dulu. pastu bukak bonet kereta.

kitorang pun buat seperti yang apak cakap. tunggu la apak beramai ramai kat tepi shell.
tunggu 5 minit.
10 minit.
15 minit.
30 minit..
__________ ...
ikk.. ikk.. ikk..
*bunyi cengkerik*


aku : nak beli air la.
mira : aku nak jugak. (sambil hulur RM1).
azni : aku pun nak. (sambil hulur RM1).
aku : oke fineeee. (berjalan sambil buat muka bosan)

dah beli air. apak tak datang lagi. jadi inilah kerja yang dapat kami lakukan.
kids, i'm warning you. DON'T try this at home.



model tak berbayar eksklusif dari hana tajima. :)

mokcik princess.

dan sebenarnya ada lagi tapi aku tak masukkan sebab.. err.. malas nak edit. hehehe.

oke. lepas habis sesi menggila-gambar, tiba tiba datang la seorang pakcik yang baik hatinya menuju ke arah kereta roommate aku tu. berpakaian kemas pakai t-shirt biru berkolar siap tuck-in. gaya macam ayah ayah. beliau pun memulakan mukadimahnya dengan :

inilah pakcik best.

pakcik best : kenapa dengan kereta anak ni?
mira : temperature high, pakcik.
pakcik best : nak, pergi amik bekas air kat tempat isi minyak tu. (sambil pandang azni).

azni pun kudut pergi amik.

pakcik best : kereta siapa ni?
mira : kereta saya, pakcik. (sebenarnya nak cakap "kereta bapak saya, pakcik").
pakcik best : orang kecik tapi bawak kereta. hmm. (muka kagum).
mira : hehehe (hanya mampu tersengih 'hehehe' sahaja).
pakcik best : patutnya kereta anak ni kena servis setiap minggu. ni air tak cukup. sebab tu temperature jadi high.
mira : oh. saya tak tahu pakcik. saya tahu isi minyak lepas tu drive je. hehehe.
pakcik best : patutnya orang perempuan yang bawak kereta macam anak ni kena tahu cara nak jaga kereta. baru la senang kalau apa apa jadi nanti.
mira : hehe. selalunya ayah saya yang bawak pergi servis.
pakcik best : tak apa. lepas ni belajar la sikit sikit. tahu tak nak check minyak hitam macam mana?
mira : hehehe (lagi sekali. hanya mampu tersengih 'hehehe' sahaja).
azni : saya tahu pakcik. (tiba tiba azni ada. kat tangan dia ada bekas air).
pakcik best : yang ni. (sambil tangan bukak benda yang macam lidi untuk check paras minyak hitam).

and the story goes on..

lepas tu apak pun sampai. kami tukar kereta for the sake of safety precaution.

dan yang sebenarnya, pakcik best itu merupakan owner stesen minyak shell itu. aku baru tau semalam. haha.

lepas mengucapkan terima kasih dan memberi babai babai kepada pakcik best dan apak, kitorang pun meneruskan pelencongan. sebab konon konon nak jimat punya pasal, kitorang pun decide nak lalu jalan dalam. tapi adat la kan. kalau dah namanya sambil bawak kereta sambil tanya kat apak nak lalu jalan mana nak lalu, lepas tu pulak jalan mana nak lalu, confirm confirm la blur. tak tau nak ikut jalan mana. pakai main belasah je. asal boleh. pening jugak duduk dalam kereta. sebabnya jalan dalam tu memang la best. ada pemandangan yang cantik. ada rumah hak milik UKM yang cantik. ada kawasan kubur cina yang cantik. eh? oke fine. tapi kalau dah sesat memanjang takdenya jadi best lagi weh! jadik lagi penat, pening semua ada. dengan bahang terik tengah hari yang menggila. aku rasa aku dah jadik udang lobster panggang dah kat seat belakang tu.

tepat pukul 1.30 petang, akhirnya. AKHIRNYA. kitorang selamat sampai jugak kat SS2, petaling jaya. mira dah pakat jumpa dengan apak no.2 kat mcD. azni dan mira dah kat dalam mcD. aku sebagai watak tambahan merenung nasib kat luar sambil dalam hati fikir 'bila la nak masuk ni.' konon konon sambil buat ala ala surprise la dengan kek di tangan yang dah macam nak cair. siapa yang tukang bawak? biasala. siapa lagi kalau bukan aku si udang lobster panggang. *ayat sarkastik*. oke fine tak kisah la kan. janji lepas ni dapat makan kek. hehe. kek yang panas bajet baru keluar dari oven padahal panas sebab bahang matahari dalam kereta je pun. hehe lagi.

selepas ngok ngek, kitorang pun membuat surprise kepada apak no.2.

happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday to apak no.2.
happy birthday to you.

*nyanyi dengan penuh semangat tanpa memikirkan insan lain dalam mcD*

apak no. 2 apa lagi. muka terharu la. speechless. eleh apak. malu malu konon. haha. (aku tahu kau tengah baca blog aku). apak pun tiup la lilin walaupun separuh daripadanya kipas angin mcD dah tolong tiupkan.

ni gambar gambar yang aku sempat edit. credits untuk azni jugak sebagai pembantu photographer. hehe.

inilah orang tuanya. maksud aku, apak no. 2.

ini kek apak no.2.

snapshot bersama apak no.2.

selepas tu kitorang doze-off ke kajang. stop by there main dengan aina dan aku stay kajang. azni dan mira balik beronggeng di seremban. mereka dating berdua pulak together gether.

habis.
entri ni ditujukan khas untuk roommate aku yang tersayang sebab dia yang request aku blogpost ni. harap kau suka blogpost yang tak seberapa ni, ya? :)
kepada apak no.2, selamat hari tua.

sekian. terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...