mereka yang hebat

Tuesday, March 1, 2011

fadhilat selawat


kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat ke atas nabi. hai orang orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya"
Surah Al-Azhab : 56

antara hadis hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah :

1. "barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat." - (Riwayat Tabrani)

2. "barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." - (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

3. "barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya." - (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al-Hakim)

4. "berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan pembersih dosa) bagimu." - (Riwayat Ibnu Murdawaih)

5. "barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya." - (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

6. "barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga." - (Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

7. "orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku." -(Riwayat Tirmizi)

di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu :

1. memperoleh selawat dari Allah.
2. memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad.
3. mendapat pimpinan dari malaikat.
4. menghapus dosa.
5. mendapat pertolongan.
6. tercapai keperluan hidup.
7. menjadi pembeza dengan orang munafik dan kafir.
8. memperoleh nur zahir dan batin.
9. mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
10. memperoleh ucap selamat dari Allah.

*sumber daripada pamphlet sempena majlis sambutan maulidur rasul peringkat negeri sembilan 1432h.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...