mereka yang hebat

Wednesday, March 27, 2013

kapal terbang kertas


tarikh : 21.03.2013, khamis.

pagi isnin itu merupakan hari terakhir dia di sekolah. aku langsung tak sangka dia akan pergi tinggalkan kami semua tanpa pamit segala.

hari khamis yang permai tempoh hari ialah khamis yang terakhir sebelum cuti sekolah. aku datang lagi ke kelas itu dengan harapan 'dia' hadir hari ini. aku nak tanya terus padanya, kenapa tulis 'cikgu batista mengamuk'. siapa cikgu batista? persoalan yang gedik mengacau fikiran aku sejak minggu lepas perlu segera aku hapuskan. semua dalam kelas berdiri memberi ucap selamat sejahtera. tapi aku langsung tak nampak kelibat dia. mana pulak dia pergi kali ni?

"mana hakimi?" (bukan nama sebenar)

"dia tak ada cikgu"

"dia pergi mana?" aku tanya zul.

"dia tak hadir, cikgu"

"kenapa dia tak hadir?"

"dia dah kena buang sekolah, cikgu"

satu kelas senyap tiba tiba macam ada malaikat lalu.

"awak biar betul.."

"betul, cikgu."

"eh.. takkan la dia kena buang sekolah."

"betul cikgu.." 

senyap lagi. dia yang aku tunggu sehingga hari ini, dah dibuang sekolah.
aku?
terdiam tanpa kata.

sumber : [link]

sebagai seorang cikgu matapelajaran sivik, aku dah gagal membentuk minda siviknya ke arah yang lebih baik.

mengenali dia seperti harapan aku yang dahulu pun belum terlaksana lagi. dia dah pun pergi.
suatu masa yang indah di lain hari, aku harap dapat bertemu dengannya lagi.
tanggungjawab aku masih belum selesai. dia tetap murid aku walau tak belajar lagi di sini.


tolong doakan perjuangan aku.

Monday, March 11, 2013

ini sungguh epik..



sangat epik. 
ngam ngam ho je susunan dia.

Sunday, March 10, 2013

senyumlah. senyumlah. ahaii cik mek molek!


semalam, buat kesekian kalinya, kesabaran aku teruji lagi. sampai satu tahap, aku rasa mahu buat tak tau je dengan pelajar aku yang seorang ini. pelajar lelaki itu. perangainya yang suka mencabar itu memang boleh buat sesiapa pun sakit hati. muka selamba tak rasa bersalah kalau masuk lewat. siap boleh keluar masuk kelas sesuka hati macam aku tak wujud depan kelas ni.

setiap kali aku tanda buku kawalan kelas yang dah memang tersedia atas meja kelas tu, mesti nama dia dulu yang ada dekat 'kes laporan khas'. buat bising. masuk lewat. kacau kawan. ada saja. tak sah kalau tak ada. hari hari dia juga jadi 'bintang' dalam kelas. tak sah sehari kalau dia tak berlegar tawaf satu kawasan sekolah.

suatu hari, buat kesekian kalinya, aku masuk lagi ke kelas itu. aku hadiahkan juga senyuman paling manis untuk anak anak murid kesayangan aku dalam kelas itu walaupun hakikatnya terasa sukar juga bila memikirkan terpaksa berhadapan dengan dia. aku tak benci dia. cuma aku tak tahu apa yang boleh melembutkan hati dia untuk terima aku sebagai cikgu barunya. tuhan tolong.. lembutkan hati dia.. *selingan*. nak pandang mata aku bila bercakap pun susah. 

tiba tiba seorang pelajar lelaki yang duduk tepi pintu tanya aku satu soalan.

"cikgu, cikgu dah gaji ke hari ni?"

aku pandang dia dengan muka pelik. 

"kenapa awak tanya macam tu?"

"sebab cikgu senyum je hari ni. tak pernah sekali pun saya nampak cikgu senyum macam ni dalam kelas kami" balasnya dengan senyuman yang lebar.

lepas tu, sekalian kelas tanya aku macam macam soalan.

aku senyum lagi. buat kesekian kalinya. rupanya pelajar aku ni suka kalau aku senyum. entah apa yang istimewa sangat pada mereka, aku pun tak tahu.

"kenapa? selama ni cikgu garang sangat ke?"

"hehe. garang.. tapi sekarang baru tahu yang cikgu ada lesung pipit kat pipi. patut la cikgu tak nak senyum selalu. mahalnya lesung pipit cikgu." anak murid aku senyum lagi.

aku nampak 'dia' senyum jugak bila dengar kawannya cakap macam tu.

"cikgu, hari ni kita nak belajar apa?"

suara tu. ya. dia. dia tanya aku soalan. aku pandang dia dengan rasa tak percaya.

"hari ni kita nak belajar apa, cikgu?" dia mengulang soalan yang sama pada aku.

aku senyum. "unit 2, membuat keputusan"


***

"kita ni cikgu, kena selalu senyum dengan anak murid. wujudkan budaya mesra dengan pelajar dan warga sekolah. baru wujud rasa sayang pelajar pada kita. belajar pun jadi mudah."

"pakailah pakaian yang melambangkan kredibiliti seorang guru. pakai kasut bertutup dan bertumit. tak tinggi pun tak apalah, cikgu. janji nampak sopannya seorang guru dengan berkasut tutup. pakailah baju dengan kemas dan cantik. kalau datang sekolah dengan selekeh, nanti murid pun rasa tak semangat nak belajar. pakaian melambangkan diri kita, cikgu"

***

kata kata pengetua dalam mesyuarat petang semalam buat aku muhasabah diri balik. benar. ada banyak kurangnya pada diri aku. mungkin sebab tu anak murid pun macam tak suka bila aku masuk kelas. mengajar di sekolah menengah lain rupanya berbanding mengajar di sekolah rendah. pendekatannya berbeza. mereka ini insan insan yang perlu aku sentuh hatinya. terlalu rapuh. pernah aku rasa nak menangis depan kelas disebabkan 'dia'. tapi tak jadi. sebab aku terlalu geram. sebab aku tahu aku yang dah gagal sebenarnya dalam mendidik anak anak ini. aku seorang guru yang perlu melenturkan rebung di penghujung ini sebelum terlambat menjadi buluh.

"kalau kita rasa nak menangis sekalipun dalam kelas, tahan dulu cikgu. jangan tinggalkan kelas macam tu saja. sabar. mendidik anak anak ni untuk jadi baik bukan sehari dua, cikgu. kalau rasa nak menangis sangat, habis kelas pergilah ke bilik air. menangislah. jangan sampai anak anak murid nampak air mata kita sebagai seorang guru ni, cikgu. sebab nanti anak anak murid akan hilang percaya pada kita, gurunya"

sungguh aku terasa. 

sungguh. bila aku nampak si 'dia' yang satu sekolah tahu 'hardcore'; senyum pada aku, ibarat satu penawar yang aku tak boleh gambarkan dengan kata kata. macam air sejuk yang mengalir memadamkan semua bahang yang aku rasa dalam hati selama ini. kemudian, baru aku perasan. seteruk teruk dia, tak pernah lagi dia ponteng sekolah. malah semua kerja sekolah yang aku suruh buat, dia buat dengan tekun dalam kelas. tak pernah angkat kepala kalau tangan dah pegang pen untuk menulis latihan. aku yang terlepas pandang sebenarnya. aku yang khilaf hanya kerana tingkahnya pada aku yang sambil lewa. kalau tak ada buku teks, dialah orang pertama yang akan keluar kelas dan mencari buku teks sampai jumpa. itu puncanya dia hilang tiba tiba kalau masuk waktu aku mengajar.

hari itu, aku senyum sepanjang hari. 

aku tahu aku tak mampu untuk mengubah hati manusia. tetapi aku nampak keikhlasan di matanya. aku tak mahu dia berubah sebab aku. tapi aku harap dia berubah kerana dia sendiri yang mahu untuk berubah. bukan sebab terpaksa, atau bukan sebab takutkan aku.

sumber : [link]

dan cikgu minta izin untuk mengenali diri kamu. dan semua anak anak murid cikgu yang lain.






itu baru satu kes. kebanyakan kelas yang aku mengajar adalah kelas penghujung. tapi tak apa.

sesungguhnya pengalaman mendewasakan.










sekian terima kasih.

Monday, March 4, 2013

belajar untuk menghargai


manusia memang tak pernah puas dengan hidup. kita kena ingat satu benda :
rezeki kita ini, Allah yang beri. bukan manusia. kalau sesuatu itu memang dah tertulis menjadi rezeki kita, buatlah macam mana sekalipun, takkan ada tangan yang boleh menghalang rezeki itu daripada sampai kepada kita. dengan apa cara sekalipun.

ya. peluang dan rezeki itu bukan datang selalu. usaha. dan belajarlah untuk menghargai.

semenjak dua menjak ni, rezeki untuk aku tak putus putus datang. macam air sungai. deras. lepas satu, satu. alhamdulillah. aku rasa hidup jadi terlalu sempurna. terlalu cukup. walaupun sekarang ni hebat diperdebat isu penempatan guru yang masih kabur lagi hujung ceritanya, tapi sekali pun dalam hidup ini aku tak pernah rasa kekurangan. aku tak pernah menyesal memilih untuk menjadi seorang guru. malah bersyukur.

aku masih hidup hari ini, dan masih diberi peluang untuk mendengar perkataan keramat 'cikgu' dari anak anak murid. masih diberi peluang untuk mencurah ilmu dan mendidik anak anak bangsa. masih diberi peluang menjadi seorang guru, walaupun hakikatnya tauliah pun belum lagi.

masih diberi peluang untuk mengenal dunia yang luas. masih diberi peluang untuk mengenal kemahuan anak anak remaja. masih diberi peluang mengenal senyuman ikhlas huluran tangan seorang kawan.

masih lagi.

yang tinggal hanyalah belajar untuk menghargai.

dua minggu lepas, 22.2.2013, hari jumaat. aku mula bertugas. semua ahli keluarga menyokong. gembira yang teramat sampaikan baru lepas dapat panggilan untuk bertugas serta merta, terus sanggup kedua dua orang tuaku berdesup meredah lebuhraya utara selatan pada hari yang sama. mak memborong baju kurung untuk aku. katanya buat temuduga dan mengajar. biar jangan selekeh. biar jangan sememeh. belikan palang penggantung baju kurung. katanya gosok baju siap siap untuk seminggu. biar lebih bersedia.

esoknya, abang aku belikan ironing aid dan penyangkut pewangi untuk digantung. dua dua wangi. abang macam tahu aku suka benda yang wangi wangi. abang tak cakap apa apa. tapi aku tahu abang pun bagi sokongan moral sebenarnya.

aku tak tahu nak cakap apa. terima kasih semua.

aku ini ibarat patah sayap. baru belajar untuk terbang semula. benar. kita hanya manusia biasa. dan kita tak boleh tagih janji manusia. kita hanya boleh berusaha yang terbaik untuk diri kita. selebihnya urusan Allah. Allah tahu siapa yang berusaha. dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

sabarlah.

dan belajarlah untuk lebih menghargai.

sumber : [link]


sekian terima kasih.

p/s : takziah kepada pejuang negara yang terkorban di lahad datu. al-fatihah.

Wednesday, February 20, 2013

my way


dah lama rasanya aku tak buat review movie (tak habis habis, itu mukadimah aku setiap kali nak review movie. hehehe). kali ni aku nak review sebuah filem korea yang dibuat berdasarkan sebuah kisah sebenar. tajuknya 'my way'. sebuah filem tahun 2011. diarahkan oleh kang je-gyu. watak utama dibintangi oleh joe odagiri dan jang dong-gun.


filem ni mengisahkan tentang dua orang manusia yang dikurniakan dengan kelebihan berlari iaitu tatsuo (joe odagiri) dan kim jun-shik (jang dong-gun). kat mana mana ada pertandingan larian atau maraton, mesti mereka berdua ni ikut serta. disebabkan itu, mereka berdua selalu bersaing untuk jadi nombor satu dalam pertandingan larian yang mereka sertai. tatsuo selalu iri hati dengan kim jun-shik sebab kim jun-shik lebih terer berlari daripada dia. dan benda ni berlarutan sampai la mereka dewasa.


dipendekkan cerita, bila dah dewasa, disebabkan rasa tak puas hati, tatsuo mencabar kim jun-shik untuk menyertai maraton untuk pemilihan ke sukan olimpik. selepas bersetuju, akhirnya mereka bertanding. disebabkan keputusan pertandingan yang berat sebelah, berlakulah rusuhan yang akhirnya menyebabkan mereka yang terlibat dalam rusuhan tersebut (termasuk la kim jun-shik dan rakan rakan) dihantar untuk menyertai angkatan perang di bawah naungan tatsuo. dalam sekelip mata, plingg.. kim jun-shik dan rakan rakannya pun bertukar menjadi askar jepun.

perjalanan cerita ni mengisahkan tentang dua orang pesaing (rival) yang akhirnya bertukar menjadi musuh, dan kemudian menjadi sahabat baik. sebuah kisah perang yang sangat menyayat hati. bila aku tengok cerita ni, aku terus teringat cerita taegukgi (juga sebuah filem arahan kang je-gyu), yang mana jang dong-gun juga yang menjadi teraju utama dalam filem tu. siapa siapa yang dah tengok filem taegukgi mesti tahu betapa hebat dan besarnya impak filem tersebut. bezanya, taegukgi adalah sebuah kisah benar antara dua orang adik beradik, manakala cerita my way pulak adalah tentang dua orang rival yang akhirnya menjadi sahabat baik. namun kedua dua filem adalah cerita sebenar dan berlatarkan zaman perang yang berlaku pada awal abad ke-20 antara tahun 1938 - 1950.

filem ni banyak mengajar kita erti sebenar sebuah persahabatan. seseorang yang tidak akan meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan walaupun sahabatnya itu banyak menimbulkan masalah, sombong, dan keras kepala. filem ini jugak banyak mengajar erti kesusahan hidup pada masa zaman perang berlaku. masa tu nak mintak tolong dengan orang lain pun susah. makanan dan ubat ubatan dicatu. dan sakit akibat luka dan kesan perang yang banyak sekali secara fizikal dan mental. kecelaruan emosi dan psikologi. dan banyak lagi. filem ini mendesak kita supaya turut sama merasai sakit dan peritnya orang yang berjuang bukan sekadar untuk mempertahankan sebuah negara, tapi juga perjuangan untuk meneruskan sebuah kehidupan. 








aku tidak kira siapapun pengarahnya, berapa bajetnya, ataupun berapa banyak filem ini menang anugerah. apa yang pasti, filem ini lima bintang. serius.

link : http://en.wikipedia.org/wiki/My_Way_(2011_film)

aku sarankan filem ini. selamat menonton. sekian terima kasih.



p/s : tak putus putus aku terima banyak undangan perkahwinan, pertunangan dan random events daripada sahabat handai di facebook. aku terharu. walaupun dah berzaman waktu zaman belajar di sekolah dan maktab dah berlalu, tapi ingatan sebagai seorang sahabat tu tak pernah putus. syukur alhamdulillah. dan terima kasih sebab masih ingat dan sudi menjemput aku untuk meraikan majlis korang.

Sunday, February 10, 2013

kebahagiaan adalah hak milik setiap insan


aku baru selesai mengulang baca novel 'tunas' karya hlovate. entah kenapa, euforia dalam badan boleh meningkat kalau baca novel ni. mungkin sebab aku rindu zaman sekolah. mungkin sebab aku rindu kawan kawan. atau mungkin juga sebab aku rindu 'benz alif'. haha. rindu 'benz alif' takkan mungkin. sebab aku all girls school. hahaha. tak kelakar.

ada seseorang request kat aku untuk tulis sebuah entri tentang happiness. kebahagiaan. apakah kau sedang dilamun cinta, sahabat? hehe. tak. aku saja saja je meneka. mungkin aku salah. tapi kalau betul pun apa salahnya, kan?


kebahagiaan, suatu definisi yang sukar untuk digambarkan dengan kata kata. kebahagiaan, hanya boleh diinterpretasikan dari dalam hati. kalau kau rasa kau bahagia, bahagialah jadinya. kalau kau rasa sedih, sedih la jadinya. kalau kau rasa gembira, tepuk tangan. kebahagiaan itu suatu perasaan. suatu emosi. sesuatu yang kadang kadang terzahir dengan perlakuan fizikal seperti senyum, ketawa, buat perkara gila, dan sebagainya.

bagi aku, kebahagiaan itu datang bila hati kita merelakan sesuatu perkara itu dibuat tanpa paksaan. contohnya pergi sekolah untuk belajar. kalau kau rasa pergi sekolah itu suatu paksaan, maka kau tak rasa bahagia. kalau kau rasa main bola sepak itu satu paksaan, maka kau takkan rasa bahagia. pokoknya, perkara yang kau buat dengan paksaan sebenarnya membuatkan kau rasa tak bahagia. cuba kalau buat dengan rela hati, mesti rasa bahagia je, kan? contohnya, kau ada crush. dan crush kau buat perkara yang menyakitkan hati kau. tapi sebab kau suka dia, kau rela hati kau disakitkan. malah kau rasa bahagia pulak tu. haish. pelik memang pelik. tapi sebab rela. bila kita rela melakukan sesuatu tanpa paksaan, maka kita akan rasa bahagia.





aku tak reti sangat nak define erti kebahagiaan. sebab bahagia itu sesuatu yang subjektif. definisi bahagia berbeza bagi setiap manusia. ada juga manusia yang bahagia bila kena paksa. ada yang bahagia bila duduk bersendirian. ada yang bahagia bila duduk dalam keramaian. ada yang bahagia bila dapat membeli belah. ada yang bahagia bila dapat makan sedap sedap. ada yang bahagia bila dapat keamanan. dan ada yang bahagia bila dapat tidur dengan lena tanpa gangguan. setiap kebahagiaan tak boleh diukur dengan material dan wang ringgit. sebab kadang kadang, kalau kita ada duit dan harta yang banyak pun, tapi kalau hati tak tenang, pun tak bahagia jugak. ye dak? maka, kalau nak hati tenang, dekatkanlah diri dengan Allah. makanan rohani kena cukupkan jugak. dalaman kena kuatkan jugak. barulah luaran tu nampak ceria sentiasa. in sha Allah akan bahagia walaupun tak ada harta. sebab Allah akan cukupkan rezeki kepada hamba-Nya yang merasa cukup. err.. faham tak maksud yang aku nak sampaikan ni? harap harap la faham. hehe.



aku harap perkongsian dan pendapat aku yang tak seberapa ni dapat memberi manfaat untuk kita semua.
kepada yang request entri ni, terima kasih.
kepada waiting list entry yang lain, harap bersabar.
idea tak boleh dipetik terus dari pokok macam tu je.
hehe.

sekian terima kasih.

Friday, January 4, 2013

panduan memilih bottle cleaner


kali ni aku nak share cara cara nak pilih bottle cleaner. bottle cleaner ni digunakan untuk memudahkan proses mencuci botol susu bayi dan juga memberikan impak kebersihan seratus kali ganda daripada biasa. macam over sangat ayat aku kan? memang pun.

selain untuk mencuci botol susu bayi, bottle cleaner ni jugak boleh digunakan untuk membersihkan botol air (water tumbler) yang bentuknya macam tupperware tu. ala, yang selalu orang beli kaler kaler terang striking yang boleh ikut warna baju tu. so, kira 2 in 1 la jugak benda alah bottle cleaner ni.

pertama sekali, ada beberapa jenis bottle cleaner yang ada di pasaran. lemme introduce and explain to you macam mana jenis jenis bottle cleaner ni..

1. bottle cleaner jenis span.
pros : bottle cleaner jenis ni memang banyak kat pasaran. kelebihan menggunakan bottle cleaner jenis span ni ialah ianya senang digunakan dan spannya boleh dibeli berasingan dan ditukar ikut suka hati kita yang menggunakannya. bottle cleaner jenis span juga tidak meninggalkan kesan calar akibat menggunakan berus  di dalam botol (siapa yang biasa cuci botol susu mungkin akan faham maksud aku) sebab span bersifat lembut. disebabkan sifatnya yang kembang, bottle cleaner jenis ini paling sesuai untuk mencuci botol yang ada mulut yang lebar contohnya botol susu untuk newborn dan boleh juga digunakan untuk mencuci gelas tinggi yang selalunya susah untuk dicuci dengan cara biasa.
cons : kalau span dah worn out, ianya akan jadi lembik dan menyukarkan proses mencuci botol susu dengan efektif. and the worst part, ianya akan tertinggal dalam botol susu tanpa kita pinta atau sedari. kemudian, bottle cleaner jenis span lambat untuk kering sebab ianya bersifat menyerap air. lepas tu, kalau kita basuh botol susu atau botol air dengan menggunakan bottle cleaner span yang belum kering atau masih lembap, ianya akan menggalakkan pembiakan bakteria dalam botol, sebab botol susu atau botol air sifatnya enclosed dan ada celah yang melengkung dan sukar untuk dibersihkan. lainlah kalau benda yang kita cuci itu bersifat terbuka contohnya macam cawan atau gelas tinggi (contohnya gelas untuk minum jus). disebabkan itu, bottle cleaner jenis span adalah kurang sesuai untuk tujuan travelling sebab sifatnya yang lambat kering. bila lambat kering, ianya sukar untuk disimpan dalam beg travelling.







2. bottle cleaner jenis berus yang ada span (BAS).
pros : bottle cleaner jenis BAS adalah yang paling famous dan common dalam pasaran. ianya bertindak dwi aksi, yang mana ianya membersihkan botol dengan gaya paling agresif tanpa mencalarkan bahagian dasar botol susu. mak oi ayat aku. macam iklan ubat gigi dengan berus gigi pulak. hahaha. oke tak kelakar. sifatnya yang separa berus sebenarnya adalah satu kelebihan sebab berus nilon cepat kering selepas digunakan. ianya tak memerangkap bakteria dan kadar pembersihannya mencapai tahap 90% efektif.
cons : disebabkan bahagian bawah BAS ni adalah span, maka macam biasa, kalau worn out, ianya akan tertanggal dan membuatkan hati kita membara bara apabila span yang kecik cinonet tu tertinggal dalam botol susu. kalau senang nak keluarkan takpe jugak. sabor je la. once kalau span kecik tu dah tertanggal, ianya irreplaceable. lainlah kalau korang seorang mcgyver yang berbakat, mesti dalam 10 saat je korang boleh replace span kecik tu dengan mudah. *sarkastik*. lepas span kecik tertanggal, ianya akan menyebabkan dawai berus yang lebih kat bahagian bawah BAS tu jadi togel. bila togel, ianya akan mencalarkan permukaan dasar botol susu apabila botol susu dicuci. kesan susu kat bahagian dasar botol susu pun akan menjadi sukar untuk dibersihkan.






3. bottle cleaner jenis berus nilon
pros : pada pendapat aku, bottle cleaner jenis ni adalah yang terbaik. sebab? sebab ianya fully nylon. takde span. jadi ianya cepat kering selepas digunakan dan juga efektif. dah la efektif, jimat pulak tu. ianya lebih murah dan berbaloi untuk digunakan. sifatnya yang keras menyebabkan kita boleh mencuci botol susu tanpa perlu menyental. (oke. yang ni macam iklan harpic pun ada). kemudian, disebabkan bentuknya macam fiber optik, ianya tidak memerangkap bakteria dan cepat kering. bottle cleaner jenis ni tidak mudah worn out dan bertahan dalam tempoh masa yang lama.  
cons : kalau korang jenis yang cuci botol susu style hercules atau iron man (jenis yang sental kuat kuat), maka ianya akan meninggalkan kesan calar yang teruk pada botol. disebabkan aku ialah seorang lovely lady-gadis ayu-dan bersopan santun, maka aku tak guna kekerasan bagai ni untuk mencuci botol *sarkastik lagi*. takde la. aku acah je weh. kalau korang sental gaya iron lady sekalipun, botol susu takkan calar kalau pakai bottle cleaner jenis ni. serius best pakai bottle cleaner ni. chewah aku ni. promote lelebih pulak. haha.



yang ni cantik.. tapi ada iras iras toilet brush pun ye jugak..



uuuu.. yang ni my faveret. perfect brush to clean a bottle.
yang kecik sikit tu namanya teether. untuk membersihkan puting botol susu.


botol susu atau botol air perlu dibersihkan sebersih bersihnya untuk mengelakkan bakteria. sebab bakteria punca sakit perut dan keracunan makanan. tambah pulak kalau ianya berpunca dari susu yang dah basi. kalau orang tua macam kita ni boleh lagi pergi klinik mintak ubat kat doktor. tapi kalau budak budak, camno nak buek haa? susah nak paham pelat budak budak ni melainkan sign language je la. itupun nasib la kalau faham. kalau tak? hmm..

entri ni aku tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku je. tak. aku tak kahwin lagi. aku tak beranak lagi dan aku ada tiga orang anak saudara yang comel comel.

boleh isi borang kalau nak.

haha. aku gurau je. apa? tak boleh bergurau? tak boleh bergurau pergi tangkap ikan kurau.

sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...