mereka yang hebat

Thursday, June 23, 2011

aku pun ada dato' k



sekarang ni aku suka betul belek benda ni sebelum nak pergi beli barang. sekarang ni aku dah pandai sikit. hehe. eh. betul la. kalau nak beli apa apa barang mesti buat senarai barang apa nak beli dulu. lepas tu kalau dah ada katalog ni, senang la sikit kerja aku. boleh bajet dulu. boleh tau barang apa yang tengah sale, barang apa yang murah, berapa banyak diskaunnya dan lain lain lagi la.

sekarang dah tak sama macam dulu. kalau dulu beli barang barang kering je. sekarang barang barang basah pun beli jugak. lepas tu simpan dalam peti ais. terima kasih la banyak banyak kat tuan rumah yang baik hati letak peti ais kat rumah baru ni. heaven gila. atleast kalau nak minum air sejuk ke apa boleh amik je terus dari peti ais.

lepas ni katalog kesayangan seperti ini akan jadi bahan bacaan utama aku selain komik.

terima kasih dato' k!






(K = Katalog pasaraya) :)


Sunday, June 19, 2011

picture of the month


19.06.2011.
selamat hari lahir ke-2 tahun, aina adani.
semoga kau cepat besar.
:)

Thursday, June 16, 2011

di sebalik angry birds


korang pernah main angry birds? ya. application kat iphone tu. actually selain iphone atau whatsoever, angry birds juga ada versi google chrome. anda boleh klik kat sini untuk try main game application ni kat pc. kalau dah download benda alah ni, nak main time offline pun takde hal.

oke. since angry birds ni dah jadi macam satu fenomena sekarang, aku terasa macam nak buat satu entri yang agak berkaitan la jugak dengan permainan angry birds ni. misi angry birds ni ialah menghapuskan musuh yang telah mencuri telur kepunyaan budak budak angry birds ni iaitu makhluk mughallazah yang berwarna hijau. makhluk ni macam macam saiz ada. dari sekecik keciknya sampai la atuk atuk dia pun ada jugak. yang pakai helmet besi pun ada jugak.

so, seperti semua sedia maklum, permainan ni banyak menggunakan kemahiran fizik di mana seseorang tu perlu bijak menganggar jarak dan strategi yang betul untuk runtuhkan kubu makhluk hijau tu. lepas tu kena tahu kelajuan, daya pecutan dan arah balingan yang tepat supaya dapat hapuskan semua musuh musuh tu.

dusyumm!

oke. angry birds ni jugak banyak menggunakan kemahiran spatial iaitu kemahiran menggunakan ruang. ruang dari segi jarak, ketinggian, arah dan lain lain lagi. maksudnya pemain kena pandai mengagak cara apa yang perlu digunakan untuk melastik burung angry birds yang cute tu supaya makhluk hijau tu boleh mati lebih dari sekor dalam satu satu masa.

angry birds yang nampak je cute tapi brutal.

jadi, kita boleh simpulkan yang permainan angry birds ni banyak menggunakan logik atau dengan kata lain mencabar pemikiran otak sebelah kiri (HOKI - hemisfera otak kiri) dan ada sikit gabungan daya kreativiti (untuk strategi / berfikir di luar kotak) ataupun kita panggil juga pemikiran otak sebelah kanan (HOKA - hemisfera otak kanan). so, angry birds ni boleh jugak disimpulkan sebagai 90% HOKI dan 10% lagi ialah HOKA.

so, apa kaitannya angry birds dengan kemahiran spatial la, kemahiran fizik la, HOKA la, HOKI la dan lain lain lagi tu?

ya. jawapannya ialah pemain angry birds ni sebahagian besarnya ialah lelaki. aku ulang. sebahagian besarnya lelaki. itu bermaksud bukan la semua yang main angry birds ni lelaki. perempuan pun ada jugak. tapi kenapa ramainya lelaki? sebab lelaki ni rata ratanya banyak menggunakan otak sebelah kiri diorang iaitu pemikiran logik. lagi satu, permainan ni memang mencabar minda tambah lagi kalau dalam satu satu sublevel tu kubu yang makhluk hijau tu bina tak runtuh, tambah pulak makhluk hijau dalam kubu tu boleh buat muka rilek je takde apa efek langsung tergambar kat muka dia, memang boleh menaikkan kemarahan. bukan angry birds yang marah, tapi kita yang naik marah sebenarnya sebab tak dapat habiskan satu satu sublevel tu. geram gila. ya. aku pun pernah alami perasaan tu. memang.. ggrr.

sesiapa yang rasa permainan angry birds ni senang, tu maksudnya keupayaan spatial dan pemikiran logik dia sangat tinggi.

untuk kukuhkan lagi kesahihan fakta yang aku bentangkan ni (cheh! perkataan 'bentangkan' tu macam la ni teori yang satu dunia boleh pakai kan), aku ada terbaca dalam sebuah buku ni. bunyi dia macam ni :

keupayaan spatial adalah kebolehan menggambarkan dalam mindanya bentuk objek, dimensi, koordinat, nisbah, pergerakan dan geografi. ia juga kebolehan menggambarkan objek yang diputar dalam satu ruang, mencari arah di kawasan yang mempunyai halangan dan keupayaan melihat objek dalam perspektif tiga dimensi. tujuannya bagi menganggar pergerakan sasaran dan tahu bagaimana cara menangkapnya.

kanak kanak lelaki lebih baik dalam ujian koordinasi tangan dengan mata. ini menjadikan mereka lebih baik dalam permainan yang melibatkan bola. itulah sebabnya lelaki lebih obsesif dalam permainan kriket, golf, bola sepak, bola keranjang dan apa jua sukan yang melibatkan anggaran koordinat, melontar, mengejar, ataupun menembak kepada sasaran.

... keupayaan spatial lelaki terletak pada otak kanan. mereka juga perlu mengagak kelajuan yang diperlukan bagi menangkap mangsa. mereka turut mengira berapa kuat tenaga yang diperlukan bagi membunuh binatang buruan dengan batu ataupun anak panah. keupayaan wanita pula terletak di kedua-dua belah hemisfera otaknya. walau bagaimanapun, ia tidak terletak di lokasi yang khusus serta tidak dapat diukur seperti otak lelaki. hanya 10% wanita memiliki keupayaan spatial yang setanding dengan lelaki.

(allan & barbara pease, 2011)

oh. rupanya macam tu. sebab tulah lebih ramai lelaki dekat kawasan arked game dekat kompleks beli belah berbanding perempuan. dan sebab tu jugaklah lebih ramai lelaki yang jadi mekanik, jurutera, arkitek, dan juruterbang.

sebenarnya ada banyak lagi, tapi korang pandai pandai la nak google sendiri. masing masing dah besar kan.

tapi yang bagusnya, permainan ni boleh menajamkan tumpuan menyerang secara tepat. lepas tu kena ada strategi yang brilliant untuk menumpaskan musuh. so boleh meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. kemudian kena banyak 'think out of the box'. jadi, selain boleh release stress, boleh la meningkatkan kemahiran kemahiran logik. jangan sampai sendiri yang jadi angry sebab angry birds sudah. haha.

dah habis. sekian terima kasih.

gambar semua pakcik google punya.

Monday, June 13, 2011

tribute to nana-to


12.13 a.m.
pertandingan berbalas sms.

a message received.

dia : hai, leh knal:P
aku : ?
dia : (aku dah delete pulak sms ni)
aku : hahaha dah xpayah la kau nana. haha :D
dia : sy bkn nana la.. siapa nana tu? nana mane ni?
aku : haha. dah2. td kata ngantok la.. nak mandi la.. cpt no kau mandi noks?
dia : mandi? awk ni kn, bila plak sy ckp nk mandi? sy tunggu awk mandi bru sy mandi..

geli gila. oh? taknak mengaku ye..

aku : haha. saje je ko ni kan? aaa lawaknye lawaknye. hahaha..
dia : (disebabkan ayat dia geli, sms ni pun aku dah delete jugak)

geram sekejap.

aku : ggrr. weh, mane ko dpt number johor ni?
dia : lah, sy mmg org jhor la.. awk ni ckp psl nana mane?

eh? tanya aku pulak nana mane?

aku : heishh.. pak'kal je aku xde kedit nk call ko tau.. hang nak kena cincang jdk daging burger ka? (ha amik kau)
dia : aish, jgn la cincang sy. sy serius ni. awk slh org kot? sy xknal nana..

heii.. nak kena ni.. masalahnya aku dah tau la kau siapa! puhahahaha!

aku : hahaha. mcm aku xtau. sudah la. renti2 kn la wei nana ooii. hahaha lawak gle. saje je nk wt aku skt perut memalam bute ni.

dia tak reply sms aku.
seminit.
5 minit.

a message received.

dia : wahahaha benci la aku.. bwat2 la lyn aku skit tgah2 mlm ni, bru bes. ha3 wei, rndu kt ko.. bek ko dtg mlawat aku klau x aku jual num ko kat toilet laki, hahaha

terus aku guling guling siap tekan tekan perut tahan ketawa.

aku : hahahaha! lawak la ko ni weh! ape? melawat ko? gaye2 ko ckp mcm ko kt sepital je. hahaha. ko la datang melawat aku. bru rock!

and the rest is our history.

wehh nana.. ish.. kau ni kan dude.. lain kali kalau nak prank aku pun agak agak la. baru lepas berapa saat aku inbox nombor handphone aku kat facebook kau kot? hahaha. terus kantoi. ya aku tau aku lampi nana.. tapi aku dah ada peningkatan sedikit sepanjang cuti sekolah ni. ya. aku dah 'memuhasabahkan' diri dan aku berjaya untuk mengurangkan kelampian dalam diri aku ni dan..

YES!!

*cheh! confident je lebih! sekali last last classmates aku akan cakap aku blur dan lampi jugak naik cuti ni.. huhu.. :) *

sorry nana. ni je yang keluar kat google images lepas aku taip nama kau..


rindu nak gaduh dengan nana macam masa zaman sekolah tak matang dulu dulu.

Thursday, June 9, 2011

alkisah bubur nasi saranghae


07.06.2011
lokasi : rumah.

minggu lepas campur hari ni aku sakit gusi. entah. agaknya gusi geraham belakang ni buat hal sebab petanda nak tumbuh gigi bongsu kot. haish. shincha-bayo. hilang nikmat makan tahu tak? seksa gila rasa nak makan.

disebabkan aku ni mengalami kesukaran nak makan, so semalam aku masak la bubur. biasalah. bubur ala kadar pakai main campak. aku ni mana reti masak. tapi hari ni tiba tiba mak aku buatkan aku bubur nasi. patut la sebelum mak pergi pasar, mak aku dah pesan awal awal tak payah masak bubur.

hehehe.

padahal aku cakap kat mak dari semalam lagi yang aku rindu nak makan bubur nasi yang mak buat. argh. gedik pulak aku ni tiba tiba. nyampah. rasa macam anak manja pulak bila mak buatkan bubur time aku merana tak boleh makan ni.

aku: huiyyo. dah siap mak buburnya? pantas gila.
mak: dah. ni ha.

masa tu aku nampak adik aku tengah potong daun sup.

aku: nak buat apa ni?
mak: nak tabur atas bubur ni ha.. kejap.

beberapa minit kemudian..

mak aku cakap nama bubur ni 'bubur nasi saranghae'.
kejap.
saranghae. kat. tengah. tengah.. (?)


erk? what the..? baru aku sedar yang mak aku ni suka jugak buat benda cheesy macam ni ek? haha. pengaruh korea banyak sangat ni mak.. siapa la yang ajar ni.. aigoo shincha.. oke oke aku admit aku ni suka sangat tengok cerita korea.

tapi.. saranghae.. (?)

aigoo. AIGOO. *menggaru garu kepala yang sedikit gatal*

tapi yang ajaibnya, esoknya gusi aku yang sakit tu terus baik pulak tu. magic betul la. entah apa la jampi serapah yang mak pakai masa masak bubur ni agaknya ha? (hehe jangan marah mak!) ke.. sebab..

SARANGHAE.. (?)

aigoo. AIGOO. *betulkan urat leher*



korang,
cute kan mak aku?

p/s : kalau masa demam dapat makan bubur nasi panas panas pun mesti sedap kan?

Tuesday, June 7, 2011

10 items i can't live without

Day 6 : 10 items i can't live without.

1. pakaian.

2. air.

3. berus gigi.

3. laptop.

4. internet.

5. cerita korea.

6. komik.

7. hard disk aku yang penuh dengan cerita korea.

8. cerita korea.

9. cerita korea.

10.cerita korea.



sekian terima kasih.

Friday, June 3, 2011

bermanja di art section, kinokuniya


03.06.2011
lokasi : kinokuniya, klcc.

hari ini hari jumaat. dan minggu ni cuti sekolah. oh. masa cuti ni la nak pergi memanjakan diri. bukan dekat spa atau salun. nampak sangat itu bukan aku kot. ya. aku memanjakan diri kat kinokuniya, klcc.

first time aku jejak kaki kat kinokuniya ialah pada bulan 5 tahun 2006. masa tu aku form 5. sejak aku pernah beberapa kali pergi situ, aku terus jatuh cinta kat kedai buku tu. kalau dah duduk kat situ memang boleh hanyut terus. lupa diri jap. tempat tu ialah aku punya favourite bookshop lepas MPH kat midvalley. entah ek. maybe sebab tempat dia besar kot. maybe. oh ya. siap ada satu section ni khas untuk manga sahaja. semua komik manga tu siap ikut abjad dan harga sebuah komik manga boleh cecah rm30.00 ke atas untuk sebuah. bayangkan la kalau bersiri siri? erk. huiii. kalau otaku yang pergi sini memang heaven la jawabnya.

tapi satu benda yang aku perasan. sebenarnya, kinokuniya dah rombak semula susun atur buku buku ikut section. so maybe dia khaskan tingkat atas untuk art section je kot. hmm. memula pening jugak tengok tapi nampak lebih kemas dari yang sebelumnya la. kalau dulu masuk entrance je dah jumpa novel melayu. sekarang section novel melayu dekat belakang. novel inggeris dekat 'island'. dua dua section dah terpisah jauh dah.

yang kelakarnya, lepas beberapa tahun aku discover tempat tu, baru semalam aku tau yang art section wujud rupanya kat tingkat atas. selama ni aku pergi kinokuniya, aku tak pernah pulak terfikir yang kedai buku yang sebesar besar alam tu ada lagi rupanya bahagian tingkat dekat atas. pulak tu, tingkat atas ni dikhaskan untuk art section sahaja. cool gila kan? siap ada kafe bagai kat situ. tak sempat pulak aku nak amik gambar. excited sangat bila dah nampak art section kat atas tu.

sebahagian daripada art section kat tingkat atas.

dekat art section ni ada banyak bidang dia pecahkan. ada interior design, photography, fine art, fashion design, architecture, dan macam macam lagi la. aku dengan adik aku sempat explore subsection fine art je. sejam lebih dekat fine art je. memang tak cukup kalau sejam lebih je kat art section tu. buku untuk fine art je dah memang banyak gila. rambang mata weh tengok buku buku kat situ. cuma biasa la. buku dalam negara untuk seni memang sikit sangat yang diterbitkan. kebanyakannya dapat daripada balai seni lukis negara punya penerbitan.

salah sebuah rak fine art.

dah lepas merambangkan mata dan soaked kat situ, aku, adik aku, dengan mak aku beli buku pastu balik. heh. aku rasa lain kali aku mesti nak datang sini lagi. lagipun, koleksi komik gempakstarz memang sentiasa ada stok kat sini. so kalau teringat nak beli yang mana takde pun boleh datang je beli kat sini lain kali. untuk semua jenis buku kat sini, mana yang takde stok tu, boleh order dulu. kakitangan yang jaga bookshop ni pun makin ramai. so senang la kalau nak cari buku yang kita nak tu.

untuk masa sekarang ni, pembelian rm500 ke atas dapat baucer rm50. so, memang berbaloi baloi ah.

persoalannya, kenapa la kinokuniya ni ada satu je kat malaysia?
haish. kalau ada kat jb kan best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...