mereka yang hebat
Monday, June 3, 2013
tips pembelajaran matematik style cikgu hush
ya. aku bukan seorang guru opsyen matematik. tapi disebabkan aku mengambil alih tugas dan diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek matematik bagi pelajar tingkatan 3, maka aku dengan rasa rendah diri ingin berkongsi beberapa tips mengajar matematik yang dapat aku rumuskan daripada pengalaman aku mengajar subjek ini. tak suka tak apa, ini cuma teknik dan cara aku mengajar subjek ini khususnya untuk murid yang berada pada tahap penguasaan matematik yang lemah.
1. terangkan konsep. beri pemahaman asas bagi setiap topik. bila dah ada asas yang betul, murid senang faham benda atau isi yang kita ajarkan. sebagai contoh, kita nak ajar bab isipadu pepejal dan geometri. kita mesti terangkan dulu apa itu isipadu? kenapa disebut isipadu? apa yang membezakan isipadu dengan luas atau perimeter? bila murid faham konsep, dia akan dapat membezakan dan tahu cara untuk buat jalan kerja. gambaran tu lebih kurang ada bila kita sebut sekali lagi tentang sesuatu topik yang kita ajarkan tu lain kali.
2. beri contoh ABM yang maujud. contohnya, kalau nak ajar graf, bawa sekali graf gabak sebesar 1/3 papan putih tu dan gantung depan kelas. jangan malas nak bawak mak nenek pembaris panjang, atau blok bongkah kayu pepejal geometri, atau kotak untuk ajar topik bentangan. tak kira la kita mengajar kelas depan atau kelas belakang. sebabnya, bagi aku, subjek matematik ialah subjek yang memerlukan daya kognitif yang tinggi. jadi, tak salah kita guna pendekatan visual untuk tingkatkan pemahaman pelajar. learning maths should be fun, bukan stressful.
3. elak buat perbandingan tahap IQ murid. pisang setandan masaknya tak sama. begitu juga murid dalam kelas. tak bolehlah expect semua murid punya tahap IQ sama. kita tak boleh expect penerimaan semua murid atau pelajar adalah sama. tak semestinya kalau kelas depan, dia cepat tangkap semua yang kita ajarkan depan kelas. ada juga pelajar yang akan tertinggal di belakang dan memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan sesuatu latihan matematik. mungkin dia kurang kat subjek matematik, tapi lebih kat subjek lain. kognitif untuk memahami matematik adalah lebih tinggi kerana memerlukan jalan kerja dan pengiraan yang kadangkala kompleks. so, kesabaran seorang guru dalam mendidik amatlah diperlukan. apa salahnya ulang sesuatu topik atau jalan kerja yang murid tak faham sampai dia jadi faham daripada mengajar laju macam shinkansen tapi pelajar tak faham sepatah haram. itu namanya pembelajaran yang sia sia. kalau dia tak faham faham juga, jangan paksa. beri masa. sebaiknya beri pemahaman kepada topik yang lebih mudah. biar sedikit yang dia faham daripada langsung tak faham apa apa.
4. beri contoh atau analogi yang dekat dengan pelajar. contohnya, ajar topik algebra, kita boleh bagi contoh jiran atau keluarga. kalau indeks, boleh bagi analogi adik angkat/ kakak angkat/ abang angkat. atau kalau pelajar suka makan, bagi analogi yang berkaitan dengan makan. usia remaja macam sekarang ni, biasa la. lagi dihalang lagilah dibuat. ye dak? daripada kita sekat sekat, baik la kita create the situation jadi satu analogi. gelak memang la gelak jugak time P&P dalam kelas, tapi atleast apa yang kita ajarkan tu masuk la jugak dalam kepala. tak ada la boring je. sebenarnya bila kita buat analogi yang fun, kita akan gelak. bila gelak, hormon adrenalin akan terangsang menyebabkan darah akan circulates satu badan dengan lebih pantas. maka, otak akan berfungsi dua kali ganda lebih baik menyebabkan apa yang kita pelajari akan lebih senang nak faham. lagi satu, analogi yang berkesan menyebabkan pelajar lagi senang nak relate dengan kehidupan seharian dan kemudian, dia akan automatik ingat macam mana nak jawab bila berhadapan dengan soalan yang sama lain kali. simple kan?
5. buat sendiri lembaran kerja mengikut tahap. macam aku, aku suka buat secara topikal (ikut topik). jangan ambil bulat bulat terus daripada buku. pilih soalan mengikut tahap murid dalam kelas. sebabnya kita buat pengukuhan secara masteri. kita detect sendiri kelemahan pelajar kita mengikut susunan topik. beri penekanan lebih pada topik yang mereka paling lemah. tetapkan bilangan soalan. contohnya bagi 15 soalan dan bincangkan bersama dalam kelas. pecahkan soalan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi (ikut taksonomi Bloom). kemudian, buat survey peratusan kasar yang boleh menjawab ikut nombor soalan. kadang kadang, ada juga soalan yang berkaitan konsep pun tetap salah. kita ingat benda tu senang tapi biasalah, careless mistakes.. careless mistakes everywhere. bila agak agak pelajar boleh buat soalan yang kita bagi tu, naikkan lagi aras jadi lebih susah sampai kita yakin pelajar boleh jawab soalan tanpa bimbingan guru.
6. last sekali, macam biasa, baru buat soalan past years. soalan past years ni bagus dibuat sebab kita boleh tau corak soalan, kehendak soalan, skema pemarkahan dan sebagainya. nak kata exam oriented tu, nak buat macam mana kan.. memang tak boleh elak. kalau ikutkan aku memang nak buat soalan topikal je sampai habis tapi mengenangkan yang PMR tu dah tunggu bulan 10, memang kena juga bagi pelajar buat past years question. selain untuk ulangkaji bagi ingat, pelajar akan lebih yakin untuk jawab soalan matematik sampai satu tahap 'ala, kacang goreng je ni u'olls'. hah. gituuu.
setakat sini dulu tips daripada cikgu hush. aku bukan guru opsyen matematik. tapi apa salahnya aku kongsi sikit apa yang aku tahu. lain orang, lain cara mengajarnya, ye dak? haha. whatever.
dan buat pengetahuan anda semua, aku dulu selalu gagal matematik. dan sekarang aku tak nak murid aku gagal sebab aku bagi ajaran yang salah. jangan takut. kalau susah, kita belajar la sampai pandai. mustahil dan bodoh tu tak wujud, yang wujud cuma malas atau rajin sahaja.
lain kali aku share lagi.
sekian terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tips pembelajaran matematik??? ... sgt berkesan... ehem...
ReplyDeleteehem. dah pernah try ke? huhuu..
Delete