mereka yang hebat

Wednesday, June 26, 2013

a thousand words


review movie di malam hari. bagaikan pungguk rindukan bulan. supermoon. superman. dan lain lain.

intro ni bukan puisi. aku tak jiwang kali ni. aku memang suka merepek pun. biarlah.

aku nak review sebuah movie yang bertajuk a thousand words. filem ni telah dikeluarkan secara rasminya pada mac 2012. filem ini aku nak review sebab ianya mendapat rating yang sangat teruk di website rotten tomatoes dan gagal box-office. but, you know what? aku rasa filem ni taklah seteruk rating yang diberikan oleh orang awam. it's just a rating, right? 

and it won't affect me after all until i watch it for myself. peduli la dengan rating ke apa. ada apa dengan rating?


bayangkan kalau anda hanya ada seribu perkataan sahaja lagi. what would you speak?

filem ini telah diarahkan oleh Brian Robbins pada tahun 2008. selepas 4 tahun produksi, barulah filem ini diterbitkan secara rasmi pada tahun 2012. barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah eddie murphy, cliff curtis, kerry washington, dan clark duke. genrenya ialah komedi / drama. durasi filem ini ialah 1 jam 31 minit dan mendapat 3 pencalonan dalam 33rd Golden Raspberry Awards iaitu worst picture, worst actor (eddie murphy), dan worst screenplay.

filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama jack McCall (eddie murphy) yang merupakan seorang ejen yang mencari penulis untuk sebuah syarikat penerbitan buku. beliau juga suami kepada caroline (kerry washington) dan bapa kepada seorang anak. jack McCall merupakan seorang yang berlagak gila, berkeyakinan tinggi, suka bercakap dan akan menggunakan apa jua cara untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya.

takdirnya berubah apabila jack cuba untuk mendekati seorang pakar motivasi yang bernama dr. sinja (cliff curtis) untuk mendapatkan manuskrip hasil tangan dr. sinja untuk diterbitkan. tapi, nasib jack malang apabila jack 'berjodoh' pula dengan pokok ajaib iaitu pokok bodhi yang akhirnya mengubah seluruh hidup jack dan keluarganya. you know.. pokok yang pelik. yang mendatangkan masalah pada jack dan keluarganya.

ini bukan cerita jack and the beanstalk, ok. aku serius ni.

ini la dr. sinja. memang shincha-bayo.


 PA beliau, aaron (clark duke)





aku jarang menonton genre seperti ini tetapi i give it a try sebab terkejut dengan rating yang rotten tomatoes bagi pada filem ini. di manakah silapnya? penonton menyalahkan bintang utamanya iaitu eddie murphy yang memang terkenal sebagai 'verbal actor' yang sangat berkesan dalam filem filem yang telah dibintanginya sebelum ini. a thousand words telah menarik hak keistimewaan beliau untuk bercakap, menyebabkan penonton merasakan filem ini hambar dan kurang daya penarik. tapi bagi aku pula, tak salah eddie mencuba sesuatu yang baru. biarlah dia. lakonan beliau pun bukannya teruk sangat dalam filem ni sampai boleh dikategorikan 0 oleh rotten tomatoes. sesuatu yang sangat tidak adil buat eddie murphy. 


filem yang dikatakan teruk ini, masih mengangkat mesej yang bertemakan kekeluargaan walaupun mesej itu agak tersembunyi dan tidak ditonjolkan secara 100%. boleh dikatakan bahawa kita bukan hanya disuap dengan komedi slapstik dan cerita kosong semata mata, tetapi sebaliknya sebuah hiburan yang bermakna bagi penonton. namun begitu, aku tak nafikan bahawa filem ini adalah hiburan ringan dan tidak memerlukan intuisi atau daya fikir yang berat.

walaupun rating filem ni sangat teruk dan banyak dapat komen yang negatif, tapi percayalah, filem ini sebenarnya berbaloi untuk ditengok. tak la seteruk yang disangka. so-so. aku tak boleh bagi full star, sebab masih ada kurang di sana sini dan mungkin sebab genrenya bukan my cup of teaso, aku bagi 3.5 / 5 untuk cerita ni. 

untuk trivia, boleh pergi ke link berikut :
http://en.wikipedia.org/wiki/A_Thousand_Words_(film)

selamat menonton!


Tuesday, June 18, 2013

gurindam gula-gula


22022013

pertama kali bersua muka
pertama kali bertentang mata
pertama kali mengatur bicara
pertama kali mengenal mereka

hati mempersoal sejuta tanya
mata memerhati seribu gaya
bibir menguntum senyum bermakna
kata berbicara penuh rasa

tidak siap kerja sekolah
buku teks tertinggal di rumah
tidur bila datang sekolah
melawan bila disuruh diarah

pelbagai alasan pelbagai hujah
cikgu mendengar penuh hikmah
denda diberi pada yang salah
nasihat diberi memperbetul tingkah

menjadi guru bukanlah mudah
sabar melayan bermacam kerenah
walaupun hati panas dan marah
berdendam sekalipun tidak pernah


12062013

tak terkarang ayat yang indah
tak tersusun bicara bermadah
tak sempurna kata yang terluah
tak tertafsir hati yang gundah

berat hati menanggung resah
berat kaki mengatur langkah
tak terasa penat dan lelah
mengakhiri semua teramat payah

meninggalkan bukan perkara yang mudah
rindu di hati tak pernah kebah

pelajarku,
jadilah hamba-Nya yang taat setia
jadilah anak yang memberi bahagia
jadilah pelajar yang mendengar kata
jadilah sahabat gembira dan duka
jadilah manusia berpekerti mulia

walau siapapun gurumu
tuntutlah ilmu tanpa jemu
hormatilah guru ibarat ibu
taatlah pada gurumu itu
kerana di situ letaknya keberkatan ilmu

walau di mana kamu berada
cikgu doakan sihat sentiasa
cikgu doakan aman sejahtera
cikgu doakan kamu bahagia
cikgu doakan kamu berjaya
di dunia hingga akhirat sana

kenangan bersama mungkin singkat 
jauh di mata, di hati dekat
terpahat di ingatan sepanjang hayat
berpisah di sini bukanlah penamat

maafkan cikgu andai terasa
cikgu juga insan biasa
merindu cikgu janganlah selalu
rindulah pada Allah yang satu




salam sayang,
cikgu hush.
18062013, 3.50. a.m.
johor bahru.

Monday, June 10, 2013

irreplaceable


this moment will never be replaced.
thank you so much.
*teary eyes*



i hate goodbye.

Monday, June 3, 2013

tips pembelajaran matematik style cikgu hush


ya. aku bukan seorang guru opsyen matematik. tapi disebabkan aku mengambil alih tugas dan diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek matematik bagi pelajar tingkatan 3, maka aku dengan rasa rendah diri ingin berkongsi beberapa tips mengajar matematik yang dapat aku rumuskan daripada pengalaman aku mengajar subjek ini. tak suka tak apa, ini cuma teknik dan cara aku mengajar subjek ini khususnya untuk murid yang berada pada tahap penguasaan matematik yang lemah.

1. terangkan konsep. beri pemahaman asas bagi setiap topik. bila dah ada asas yang betul, murid senang faham benda atau isi yang kita ajarkan. sebagai contoh, kita nak ajar bab isipadu pepejal dan geometri. kita mesti terangkan dulu apa itu isipadu? kenapa disebut isipadu? apa yang membezakan isipadu dengan luas atau perimeter? bila murid faham konsep, dia akan dapat membezakan dan tahu cara untuk buat jalan kerja. gambaran tu lebih kurang ada bila kita sebut sekali lagi tentang sesuatu topik yang kita ajarkan tu lain kali.

2. beri contoh ABM yang maujud. contohnya, kalau nak ajar graf, bawa sekali graf gabak sebesar 1/3 papan putih tu dan gantung depan kelas. jangan malas nak bawak mak nenek pembaris panjang, atau blok bongkah kayu pepejal geometri, atau kotak untuk ajar topik bentangan. tak kira la kita mengajar kelas depan atau kelas belakang. sebabnya, bagi aku, subjek matematik ialah subjek yang memerlukan daya kognitif yang tinggi. jadi, tak salah kita guna pendekatan visual untuk tingkatkan pemahaman pelajar. learning maths should be fun, bukan stressful.

3. elak buat perbandingan tahap IQ murid. pisang setandan masaknya tak sama. begitu juga murid dalam kelas. tak bolehlah expect semua murid punya tahap IQ sama. kita tak boleh expect penerimaan semua murid atau pelajar adalah sama. tak semestinya kalau kelas depan, dia cepat tangkap semua yang kita ajarkan depan kelas. ada juga pelajar yang akan tertinggal di belakang dan memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan sesuatu latihan matematik. mungkin dia kurang kat subjek matematik, tapi lebih kat subjek lain. kognitif untuk memahami matematik adalah lebih tinggi kerana memerlukan jalan kerja dan pengiraan yang kadangkala kompleks. so, kesabaran seorang guru dalam mendidik amatlah diperlukan. apa salahnya ulang sesuatu topik atau jalan kerja yang murid tak faham sampai dia jadi faham daripada mengajar laju macam shinkansen tapi pelajar tak faham sepatah haram. itu namanya pembelajaran yang sia sia. kalau dia tak faham faham juga, jangan paksa. beri masa. sebaiknya beri pemahaman kepada topik yang lebih mudah. biar sedikit yang dia faham daripada langsung tak faham apa apa.

4. beri contoh atau analogi yang dekat dengan pelajar. contohnya, ajar topik algebra, kita boleh bagi contoh jiran atau keluarga. kalau indeks, boleh bagi analogi adik angkat/ kakak angkat/ abang angkat. atau kalau pelajar suka makan, bagi analogi yang berkaitan dengan makan. usia remaja macam sekarang ni, biasa la. lagi dihalang lagilah dibuat. ye dak? daripada kita sekat sekat, baik la kita create the situation jadi satu analogi. gelak memang la gelak jugak time P&P dalam kelas, tapi atleast apa yang kita ajarkan tu masuk la jugak dalam kepala. tak ada la boring je. sebenarnya bila kita buat analogi yang fun, kita akan gelak. bila gelak, hormon adrenalin akan terangsang menyebabkan darah akan circulates satu badan dengan lebih pantas. maka, otak akan berfungsi dua kali ganda lebih baik menyebabkan apa yang kita pelajari akan lebih senang nak faham. lagi satu, analogi yang berkesan menyebabkan pelajar lagi senang nak relate dengan kehidupan seharian dan kemudian, dia akan automatik ingat macam mana nak jawab bila berhadapan dengan soalan yang sama lain kali. simple kan?

5. buat sendiri lembaran kerja mengikut tahap. macam aku, aku suka buat secara topikal (ikut topik). jangan ambil bulat bulat terus daripada buku. pilih soalan mengikut tahap murid dalam kelas. sebabnya kita buat pengukuhan secara masteri. kita detect sendiri kelemahan pelajar kita mengikut susunan topik. beri penekanan lebih pada topik yang mereka paling lemah. tetapkan bilangan soalan. contohnya bagi 15 soalan dan bincangkan bersama dalam kelas. pecahkan soalan mengikut aras rendah, sederhana dan tinggi (ikut taksonomi Bloom). kemudian, buat survey peratusan kasar yang boleh menjawab ikut nombor soalan. kadang kadang, ada juga soalan yang berkaitan konsep pun tetap salah. kita ingat benda tu senang tapi biasalah, careless mistakes.. careless mistakes everywhere. bila agak agak pelajar boleh buat soalan yang kita bagi tu, naikkan lagi aras jadi lebih susah sampai kita yakin pelajar boleh jawab soalan tanpa bimbingan guru.

6. last sekali, macam biasa, baru buat soalan past years. soalan past years ni bagus dibuat sebab kita boleh tau corak soalan, kehendak soalan, skema pemarkahan dan sebagainya. nak kata exam oriented tu, nak buat macam mana kan.. memang tak boleh elak. kalau ikutkan aku memang nak buat soalan topikal je sampai habis tapi mengenangkan yang PMR tu dah tunggu bulan 10, memang kena juga bagi pelajar buat past years question. selain untuk ulangkaji bagi ingat, pelajar akan lebih yakin untuk jawab soalan matematik sampai satu tahap 'ala, kacang goreng je ni u'olls'. hah. gituuu.


setakat sini dulu tips daripada cikgu hush. aku bukan guru opsyen matematik. tapi apa salahnya aku kongsi sikit apa yang aku tahu. lain orang, lain cara mengajarnya, ye dak? haha. whatever.

dan buat pengetahuan anda semua, aku dulu selalu gagal matematik. dan sekarang aku tak nak murid aku gagal sebab aku bagi ajaran yang salah. jangan takut. kalau susah, kita belajar la sampai pandai. mustahil dan bodoh tu tak wujud, yang wujud cuma malas atau rajin sahaja.

lain kali aku share lagi.

sekian terima kasih.

Sunday, June 2, 2013

hikmah angka 5


"peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah"


5 penyakit orang berharta :
  • panjang angan-angan
  • tamak
  • bakhil
  • tiada sifat warak
  • lupa akhirat
5 penawar kepada hati :
  • bergaul dengan orang soleh
  • membaca Al-Quran
  • mengosongkan perut
  • qiamullail
  • bermunajat kepada Allah pada waktu dinihari
5 perkara yang mesti dijaga :
  • agama
  • jiwa
  • maruah dan keturunan
  • akal
  • harta
5 pertanyaan yang mesti dijawab :
  • apakah anda mampu menegur tanpa menimbulkan kemarahan?
  • apakah anda mampu menolak tanpa mengecilkan hati?
  • apakah anda mampu tertawa bersama apabila kelucuan itu bersangkut dengan diri anda sendiri?
  • apakah anda mampu memelihara semangat jika menghadapi suatu kegagalan?
  • apakah anda mampu tenang ketika menghadapi sesuatu darurat?
5 punca kecelakaan iblis :
  • tidak mengaku berdosa
  • tidak menyesal terhadap dosa
  • sombong dan tidak rasa diri hina
  • enggan bertaubat
  • putus asa terhadap rahmat Allah
5 pesanan Allah kepada Rasulullah s.a.w :
(pada malam Baginda dimikrajkan, Allah berpesan kepada Baginda dengan lima perkara)
  • janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  • jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  • bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  • putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  • rajinlah mengerjakan solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.
5 rukun kecemerlangan :
  • amanah
  • kemesraan
  • kepimpinan unggul
  • akhlak mulia
  • keperkasaan jiwa
5 perkara yang tidak boleh ditangguh :
  • melayan dan menjamu tetamu
  • menguruskan jenazah
  • melunaskan hutang
  • mengahwinkan anak perempuan apabila dia baligh
  • segera bertaubat

*dipetik daripada majalah 'Anis' bil. 190, edisi bulan Jun 2013.
artikel ialah sumbangan Allahyarham Ustaz Rujhan M. Razali. Al-Fatihah.


semoga kita sama sama mendapat manfaatnya.
sekian terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...