mereka yang hebat

Sunday, August 28, 2011

love is in the air



23.08.2011
lokasi : rembau, negeri sembilan.

pertandingan membuat 'love' di udara menggunakan bunga api.

pertama kali merasai kemeriahan menjelang hari raya di tempat orang. syok jugak. yang menariknya, kat sini masih mengekalkan tradisi pasang pelita. lepas tu pacak kat luar rumah biar laman rumah terang. seronoknya! baiklah semua, tanpa membuang masa lagi (ayat skema habis) sebelum tengok hasil karya para 'peserta' pertandingan membuat 'love' di udara menggunakan bunga api, jom kita tengok dulu sketsa pendek ni.


mula mula, kita pasang pelita dulu.

jangan pasang satu je. pasang la lebih dari satu.

lepas tu, kira berapa banyak bunga api yang kita ada..

kiri : itu dia cara cara menyalakan bunga api.
kanan : wajah riang kanak kanak istimewa bermain bunga api.

gadis rembau berwajah nan suci juga turut bermain sekali.

anak tuan rumah sedang 'warming up' dengan bunga api
sebelum bermain mercun.


oke habis. sekarang, pertandingan sebenar bermula.

ni 'love' babab. oh membara bara, tapi bentuk 'love' yang tak sempurna.
(background music : hati yang kau sakiti - rossa)

ni 'love' ayin. macam patah hati je?
(background music : patah hati - lagu melayu klasik)

ni 'love' mira. setelah beberapa kali percubaan, kali ke-3 baru nampak bentuk.
huhu.
(background music : cinta sabun mandi - lagu dangdut)

ni 'love' aku. kejap. apasal nampak macam buah epal je?
siap macam 'bocor' je 'love' tu?
(background music : cinta antara benua - arni nazira)

haha. ni la juara pertandingan. sekali buat terus jadik!
berbakat betul! PERFECT!
berikan tepukan gemuruh kepada kanak kanak riang aka MAT ROMEO!!
(background music : selamat jalan romeo - ramlah ramramram)

15 minit kemudian. ada sesi luahan perasaan.
disebabkan mat romeo sangat pandai membuat bentuk 'love', maka dia dilantik secara rasmi oleh kitorang untuk mengetuai sesi luahan perasaan.

patutnya 'i love u'. tapi sebab sengal, jadik 'u love i'.

i love you too. tapi kelam kabut.
tak terharu langsung.
haha.

konon konon nak buat smiley.
mungkin ni smiley alien dari planet lain punya kot.
nampak aneh dan pelik semacam je. haha.

sailorbabab dengan dunianya sendiri.


keseluruhannya memang best setelah sekian lama kitorang tak merasa main bunga api. semua bunga api disponsor oleh tuan rumah yang baik hati. hehe. apa salahnya. asyik main farmville je. sesekali teringin gak nak lepas rindu main bunga api ye dak? adui. tetiba teringat kenangan main bunga api dengan sedara mara masa zaman kanak kanak ribena. isk isk. eh. 'ter'emo pulak.

dah habis. lain kali tulis lagi.
sekian terima kasih.

Thursday, August 18, 2011

i hope she would read this


dia ialah seseorang yang perlu aku ucapkan terima kasih.
to a special student of mine, i dedicate this entry for you. :)

pertama kali dalam hidup cikgu, seseorang menulis satu entri khas untuk cikgu dalam blog mereka sendiri. mungkin orang lain akan kata 'sebab satu entri pun perlu ke excited terlebih?' atau 'orang lain pun masuk jugak dalam entri tapi tak heboh pun macam kau?' tak kisah la apa orang nak kata sebab jujur cikgu katakan, cikgu terasa sesuatu lepas baca entri ini dari blog kamu. satu perasaan yang cikgu tak pernah rasa, sebab selama ini cikgu yang menulis entri yang ditujukan khas kepada orang orang di sekeliling cikgu. barulah cikgu faham apa rasanya apabila orang menulis tentang diri kita dalam blog mereka. way of appreciation.

terima kasih kerana memberi cikgu rasa itu. terharu. gembira. dan teruja. semua jadi satu.

terima kasih kerana berjaya mengeja nama cikgu dengan betul walaupun cikgu tak pernah mengajar kelas kamu walau untuk sekali pun.

terima kasih kerana berusaha untuk mencari facebook cikgu walaupun kita tak pernah berkomunikasi dan bercakap antara satu sama lain sebelum cikgu mengenali kamu lagi.

terima kasih kerana masih mengingati quote 'all work and no play makes jack a dull boy' walaupun masa tu cikgu hanya relief kelas kamu hanya untuk satu jam.

terima kasih kerana menyukai lagu 'senaman si tommy' (ada kaitan ke? hehe :) )

nurul nabihah, tahniah sebab dapat 5A untuk pra-UPSR yang lalu. jangan berhenti setakat di situ. way to go. jauh lagi perjalanan kamu. semakin lama semakin banyak cabaran yang kamu akan hadapi, dan cikgu tahu kamu pasti boleh melalui dengan kuat dan tabah.

cikgu doakan kamu jadi seorang murid dan anak yang terbaik. make your parents feel very proud of you dan rasa tidak sia-sia kamu dilahirkan ke dunia ini.

cikgu doakan segala yang terbaik untuk kamu.

cikgu doakan segala keinginan dan hajat kamu tercapai.

sebenarnya, cikgu nak letak gambar kamu dalam entri ini. nak amik dari facebook kamu, tapi mungkin sebab cikgu ni buta IT, maka hajat tak kesampaian. lagipun cikgu tak mintak izin kan? hehe. jadi, biarlah cikgu letak link blog kamu dalam entri ni.


err, tapi.. jumpa gambar ni kat google images. jangan marah! haha. (eh.. famous jugak ye kamu ni? hehe!)


terima kasih kerana menjadi salah seorang pembaca blog cikgu yang tak seberapa ni.
kalau ada apa apa berita terbaru, post la dalam blog. cikgu nak baca juga update terbaru tentang kamu nanti. cikgu pun salah seorang follower kamu, kan?
harap harap kita dapat contact lagi walaupun cikgu dah habis praktikum nanti ya?

lastly,
terima kasih untuk segalanya, nurul nabihah! :)

Friday, August 12, 2011

bukan tin kosong


minggu ke-5 dan ke-6 praktikum.
lokasi : sekolah

never underestimate other people's talent.
let's see the proofs.


nama dia amirul. a special boy i would say. tengok hasil seni dia.
hebat, bukan?



budak nakal tapi buat hasil kerja seni,
memang nampak comel di mata aku. :)



ni lagi sorang. nampak baik je, kan?



kelas 2C.
yang bising dan suka kacau orang aku bagi duduk berdua.


selalunya murid yang paling nakal siap paling cepat. cantik pulak tu. sebab apa?

1. kadar metabolisma tinggi. jadi diorang ni lebih aktif berbanding murid lain.
2. imaginasi dan kreativiti diorang memang tinggi. diorang tak takut nak ekspresikan apa yang diorang rasa.

nakal nakal budak. biasa la. macam kita dulu dulu jugak. apa? dulu baik je tak pernah nakal? hahaha. geli tekak aku dengar.

lain kali aku upload gambar dan lukisan mereka pulak sebagai bukti.

berikut ialah tips yang aku selalu guna bila masuk mengajar kelas seni :

1. banyakkan guna lagu, pergerakan, dan tarian. masa dulu dulu aku rasa tarian ni macam satu benda yang lame. what for aku perlu menari untuk anak anak murid aku? macam kelakar je. but, hey, it's quite fun you know? bila lagi korang nak tunjuk bakat menari korang yang terendam tu? hahaha oke tak kelakar.

2. duduk dalam group. kenapa buat grouping? sebab murid murid aku ni suka bebenor bercakap. lepas tu selalu tak bawak barang seni. kalau buat group, kita dah kurangkan risiko murid akan berjalan dan meminjam barang daripada kawan kawan diorang yang lain. lepas tu bercakap terjerit jerit macam la jauh beribu batu. kalau duduk group atau berdua, nak bercakap boleh, tapi perlahan sikit. sesama ahli group je. so, masalah bising tu kurang sikit. kerja pun siap sebab barang seni boleh share. lagi satu, aku gunakan pendekatan mentor-mentee. yang dah dapat catch-up ajar murid yang lemah / slow / lambat pick-up. belajar dengan kawan kan lebih terasa dekat sebab sebaya. kerja cikgu pun akan jadi mudah sikit.

3. bawak barang seni lebih. pesan kat murid supaya bawak lebih sebab takut nanti ada kawan diorang yang terlupa bawak. termasuklah aku sendiri sebagai cikgu pun bawa barang lebih. paling penting barang barang macam gunting, pensel warna 24 batang sekotak, kertas A4 (ganti kertas warna), kertas lukisan, dan gam. dah habis pakai, pulang terus atas meja guru kat depan. kita senang, murid pun senang.
4. galakkan murid bawa barang sendiri. kalau asyik share je, naik lemak ah. kena ingatkan murid bawa barang selalu. ala. kita pun selalu lupa macam mak nenek jugak kan? nak marah murid yang tak bawak barang boleh, tapi jangan selalu sangat. kalau selalu marah lama lama diorang immune. so, takkan dengar arahan dan selalu buat hal dalam kelas. lagi susah nak kawal.

5. buat tunjuk cara depan kelas, kemudian ringkaskan arahan. dah namanya kelas seni, mesti la kena tunjuk cara, kan? lagi best kalau ada ABM langkah langkah yang dah siap lukis kat kad manila lepas tu tampal depan kelas. huish. tu dah tahap cemerlang tu. aku sendiri kadang kadang je buat. huhu. kalau murid yang tak faham, ajar secara individu. kalau terlalu ramai yang tak faham, tunjuk cara mana yang tak faham tu depan kelas terus. sekali harung ajar. tak faham jugok? buat group mana yang tak faham tu. bagi bimbingan special baik punya kat diorang. adik adikku. insyaAllah boleh! (nyanyi macam lagu 'mari mengaji' kat tv9)

tu jela kot buat masa ni. ada lagi yang lain, nanti la aku share ya. aku pun tak pro. bertatih lagi. ni pun aku banyak tanya kat cikgu cikgu lain (termasuk la tanya kat mak aku hehe). lain murid lain la pendekatannya. kan? kan?

oke. tak boleh menulis lama lama. nak siapkan kerja lagi ni.
dah habis. sekian terima kasih.

Monday, August 8, 2011

10 important people

Day 7 : 10 important people.

1. mak

2. ayah

3. adik beradik

4. siblings

5. hausmate kesayangan, ruziathul amira binti mazlan

6. kawan kawan

7. semua cikgu & pensyarah

8. cikgu seni form 3, pn. hindun

9. tuan rumah


just tell me,
how can i ignore them in my life?
i can't.
and won't do.

Friday, August 5, 2011

rolling in the deep


pernah dengar lagu 'rolling in the deep'? sedap kan? mula mula aku ingat lagu tu amy winehouse yang nyanyi. rupanya yang menyanyikan lagu ni ialah seorang penyanyi yang bernama adele dan beliau ialah seorang grammy award winner tahun 2009. tapi sebenarnya, apa yang menterujakan aku ialah..

LINKIN PARK BUAT COVER VERSION LAGU NI!!
OMO!!!
best best best!


Thursday, August 4, 2011

pengkritik part-time


dekat rembau ni, selain bazaar ramadhan yang menghidangkan pelbagai juadah makanan yang lazat lazat, ada satu lagi keistimewaan yang aku tak pernah alami lagi dekat mana mana tempat sebelum ni. ya. karaoke kat restoran di tasik rembau.

mula mula aku ingatkan bila bulan mulia sudah tiba, aktiviti menyanyi pun berpuasalah jugak. rupanya tidak. tapi satu je la yang bagusnya. masa bulan puasa ni karaoke cuma start lepas terawih di surau dan masjid sudah berakhir.

lagu lagu pun boleh tahan. dari lagu dangdut, ramlah ramramram, senyumlah senyumlah ahai cik mek molek. hatoi! sampailah lagu rock kapak, rock parang dan rock gergaji berantai semua ada. kalau dah start menyanyi tu, korang tunggu la pukul 1 ke 1.30 pagi nanti baru habis. mak aih. jangan ditanya macam mana kitorang boleh tidur. hasil 'dodoian' karaoke tuuuuu jugakk. rela atau tak tadah jela telinga ya? erk.

dari tempoh karaoke start tu, aku dan hausmate kesayangan ni terpaksa jugaklah pinjamkan telinga ni. yelah kan. nak buat macam mana. speaker dia mantop sesangat sampaikan dari hujung tasik pun boleh dengar sampai ke rumah. yang nyanyi sedap tu, hmm, alhamdulillah. terima kasih banyak banyak diucapkan. sejuk perut tambah tambah kalau baru lepas makan. tapi kalau sebaliknya.. err.. den tak ghoti la nak koba camno. pikir la sendiri. huhu.

malam malam sebelum tidur, pillow talk aku dan hausmate akan digantikan dengan sesi kritikan ala AF.

"hmm.. yang ni pitching lari la"
"go back and study. boleh lagi ni"
"korang ni nak nyanyi ke nak main main? sini bukan playground"
"alalalalallalallaalala.. suara dah sedap tapi lari tempo pulakk. spoil la! huhu"
"hihihihihihihihiih *gelak guling guling tak mampu berkata apa*"

boleh dikatakan setiap malam jugak la dengar orang menyanyi. banyak betul tenaga diorang ni tau. ish ish. tapi kalau nak thrill ala ala seram sikit, cuba dengar time 12 tengah malam ke atas. ye. ada orang yang 'mambang mabuk minum brandy' dan 'ting tong' menyanyi. macam mana aku tau? senang je nak detect. kalau dah lirik pun tak betul, tak jelas, mengempor, pitching pun turun naik tak stabil, tempo lari.. ha.. tu maknanya ada la tu yang 'kurang waras' menyanyi. termasuklah dalam bulan mulia ni jugak. eh. korang ingat takde ke? ada je.. memula aku pun macam 'tersentap mak nak aku sudah tidak percaya padamu lagi'. tapi tulah hakikatnya. unbelievable? believe it.

disebabkan ada orang orang yang 'ting tong' ni, aku dan hausmate pun dah tak ke restoran tasik rembau tu. dulu dulu masa tak tau ada la jugak pergi situ sekali dua sebab nak try makanan kat situ. lepas je tau langsung tak pergi. seram weh. takpe takpe. tak rugi pun. masak kat rumah lagi sedap. kan? kan? heeee *perasan*

lagi tiga minggu je aku dan hausmate akan habiskan masa di rembau ni. salah satu yang akan aku ingat sudah tentu la lagu lagu karaoke dari restoran tasik rembau ni. bila fikir fikir balik, aku teringat pulak sesi karaoke dalam cerita 'man laksa' dengan cerita 'cun'. ha. korang bayangkan la sendiri macam mana ek. imaginasi korang kan hebat. lepas ni kalau balik seremban, takdenya lagi der lagu lagu ni dah. tidur la kau dalam senyap sunyi.

oh ya. mungkin sesi pillow talk akan ada semula kot.

sebelum terlambat, selamat berpuasa kepada semua.
dah habis. lain kali tulis lagi. sekian terima kasih.



p/s : sekarang ni tengah lagu airmata kasih.. berlinangan.. berlinangan selalu...
alalalalalallalallalala hatoiii!

Monday, August 1, 2011

cerita sekolah


sekolah tempat aku berpraktikum kali ni bernama sk chembong yang terletak di rembau. klasik bukan namanya? sudahlah klasik. aneh pulak tu. sekolahnya lagilah aneh. blok a dan blok b dipisahkan oleh tanah adat. lebar tanah adat yang jadi pemisah dua buah bangunan blok sekolah tu kira kira 15 - 20 meter.

mengikut sejarah, sekolah ni dah wujud sejak tahun 1903. ada lagi papan tanda bukti sekolah ni dah wujud sejak 1903 dekat dewan sekolah tu. dewan sekolahnya pulak unik. terletak dekat tingkat atas bangunan lama sekolah yang menghadap kawasan belakang. bangunan kayu lagi. lantai papan you. masih kukuh lagi. selalunya dewan sekolah kan letaknya di depan. tulah. aku dah kata sekolah ni unik. cubalah percaya.

padang pulak terletak depan bangunan blok b. jadi kalau murid murid dan cikgu yang baik hati ada kelas PJ, kena la keluar kawasan sekolah dan menyeberang jalan untuk pergi ke padang. padang sekolah ni unik. all in one. you name it. you get it. gawang gol bola baling dan bola sepak ada (share satu gelanggang yang sama), tiang gol bola jaring ada, tiang net untuk sepak takraw sekali dengan bola tampar dengan badminton. sekolah ni mengamalkan perkongsian bijak kerana kawasan padang yang terhad. jadi kalau petang khamis khasnya, ada aktiviti 1 murid 1 sukan, meriah gila macam hari raya. ya. agak unik di situ.

warga kerja sekolah ni peramah. dari cikgu cikgu sampai la cikgu GPK dengan GB. semuanya ada rapo baik. walaupun terpisah dua blok, tapi semua cikgu kenal satu sama lain. sebabnya GPK 1 sekolah ni, cikgu yazid, susun jadual kelas untuk semua cikgu supaya semua cikgu dapat ajar tahap satu dengan tahap dua. so, takdelah timbul masalah 'kau buat hal kau, aku buat hal sendiri'.

setiap cikgu ada cara yang tersendiri. cikgu yazid suka benda benda berkaitan sejarah. suka kumpul barang barang lama. dah macam sherlock holmes jugak aku tengok kadang kadang. kalau siasat sesuatu sejarah tu, sampai akar umbi dia boleh gali. memang terbaik. lagi satu, cikgu yazid ni kelakar pulak tu. kadang kadang cakap macam betul betul serius tapi sebenarnya dia bergurau je. aduh. banyak kali kitorang cikgu pelatih ni tertipu. tipah tertipu bang! aww! oke sangat lame. haha.

ada sorang cikgu ni pulak fobia dengan belon yang ditiup. terbayang bayang kalau belon tu pecah kat muka. hai.. macam macam.

yang paling aku suka tentang sekolah ni ialah lagu sekolah dia. sangat catchy kot. macam lagu wali band bak kata hausmate kesayangan dan rakan rakan praktikum satu sekolah. almaklum saja. lagu ni baru cipta tahun lepas untuk gantikan lagu lama yang berentak march. tapi, aku suka lagu ni walaupun lirik untuk korus redundant sampai 6 kali.

ilmu bina kehidupan.. ilmu bina kehidupan.. ilmu bina kehidupan kita.. (ulang 2 kali)

ni antara snippets gambar yang sempat aku amik. yang papan tanda 1903 tu je yang aku belum amik lagi. gambar pun tak banyak atas faktor kekangan masa untuk mengambil gambar. kalau bersiar siar dalam kawasan sekolah asyik tak bawa kamera je. hehe. mungkin lain kali aku akan upload.






p/s : saja je nak edit kasi striking. hehe.


sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...