mereka yang hebat
Monday, September 7, 2015
manusia dan cinta
hati manusia
jangan kau duga
kau takkan pernah tahu
apa yang pernah ada di dalamnya
kalau hati mampu berkata-kata
pastinya hati itu sentiasa meminta
pasti hati itu bakal merayu
pasti hati itu mohon selalu
minta pemiliknya berhenti berharap
singkirkan cahaya dan menuju gelap
kuncikan segala tabir dan pintu
dari menerima lagi tetamu
kau takkan pernah tahu
hati ini sudah pecah seribu
seiring waktu
hatinya kering dan bisu
bertahun pemiliknya memikul sisa debu
yang berserakan agar tidak tercicir lagi
agar ia pulih kembali
walau mustahil untuk sempurna lagi
hati ini
tidak harus dipinjamkan kepada sesiapa lagi
hati ini, walau pemiliknya tidak sanggup menyentuhnya lagi
kerana keringnya
kerana kerasnya
kerana penuhnya dengan luka
yang tidak mampu lagi dibilang dengan jari
seiring masa dan usia
hati ini takkan lagi mengerti istilah cinta
hati ini
hati manusia
bukan hati boneka
hush. 07092015. 0337a.m.
Thursday, July 16, 2015
ar-rahmaan
assalamualaikum guys.
aku nak kongsi pengalaman aku mengendalikan tadarus di sekolah pada bulan ramadhan setiap tahun. tahun ni masuk tahun ketiga aku menyambut ramadhan di sekolah sebagai seorang cikgu. tadarus kat sekolah aku dijalankan pada waktu rehat selama setengah jam.
jadi, dipendekkan cerita.. tiap tiap tahun pada hari pertama tadarus, sebelum aku mulakan dengan surah surah lain.. aku akan mulakan dengan surah Ar-Rahmaan dulu. kenapa surah ni yang aku pilih?
1. sebab ianya surah Ar-Rahmaan yang membawa maksud 'Yang Maha Pemurah'.
2. sebab ayatnya pendek pendek, sesuai dengan budak budak yang baru nak belajar membaca Al-Quran.
3. sebab isinya. sarat pengajaran dan peringatan.
selalunya hari pertama memang kami takkan baca ayat demi ayat bersama sama. sebaliknya, aku akan tadabbur ayat ayat dalam surah Ar-Rahmaan ini untuk anak anak aku dengar. beri pemahaman. bahawa Allah Maha Pemurah. tak banyak yang aku tadabbur bagi anak anak ni. lima ayat sahaja. dengan harapan, lima ayat yang pertama ini bakal membuka hati mereka untuk mengenal Pencipta mereka.

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
ayat yang rigkas. tapi mudah untuk difahami. aku tarik perhatian anak anak tentang pentingnya syukur atas segala nikmat Tuhan. sungguh indah kalam Allah. sungguh hebat kebesaran-Nya. sehinggakan dalam surah yang dinamakan Ar-Rahmaan.. Allah ceritakan tentang kejadian manusia dahulu.. dan bukannya makhluk lain seperti malaikat, syurga, haiwan dan tumbuhan. kerana Dia telah mencipta manusia dengan sebaik baik kejadian. diberikan akal fikiran untuk berfikir dengan waras. lengkap dengan kebolehan berbicara sehingga mampu menghasilkan idea idea yang bijaksana. Allah beri pancaindera selengkapnya. Allah beri hirup udara percuma. tanpa bayaran walau satu sen pun.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
lepas tu baru aku terangkan tentang keindahan syurga. syurga yang lengkap segala. syurga yang dikhaskan untuk manusia yang beriman dan beramal soleh kerana-Nya. indahnya surah ini, Allah ceritakan satu persatu mengikut turutan tanpa ada cacat cela. bagaikan bait kata dalam puisi syair yang indah. kerana Allah bersifat sukakan keindahan. maka Allah mengajarkan manusia agar mencintai keindahan dalam kalam-Nya yang agung.
mungkin aku tak boleh ceritakan semuanya dalam setengah jam waktu tadarus yang singkat itu. tapi aku sentiasa berharap agar anak anak ini dapat mengambil ibrah daripada surah ini. nilai yang semakin terhakis, hanya dapat disuburkan kembali melalui penghayatan Al-Quran. aku ingatkan mereka lagi.. khatam jangan hanya pada tulisan arab yang tidak diketahui hujung pangkal maksudnya, sebaliknya bukalah tafsirnya dan carilah maksud di sebalik ayat-ayat cinta-Nya. aku sendiri bukan huffaz, jauh sekali ustazah. tapi tak salah mengingatkan anak anak ini sementara aku masih berpeluang menjadi guru mereka.
semoga Allah sentiasa memeluk kita semua dalam rahmat-Nya. manalah tahu, esok lusa kita akan dipanggil pulang oleh-Nya.. dan bakal ditanya tentang masa yang telah kita guna semasa masih bernyawa.
semoga kita sama sama mendapat manfaat. semoga Allah sentiasa sayang kita.
sekian terima kasih.
rujukan :
surah Ar-Rahmaan (terjemahan dalam Bahasa Melayu) : http://www.surah.my/55
Labels:
cikgu hush,
Islam is the way of life,
petua
Sunday, June 21, 2015
epal
assalamualaikum guys.
lama sudah tak bersua. banyak dah tempat yang aku pergi. banyak juga aktiviti yang aku buat. dan banyak juga cerita yang ingin aku kongsi. tapi maaf, guys. sejak aku dah tak pakai portable broadband, masa aku terhad untuk update blog. hati ini ingin meluah pelbagai rasa. tapi keupayaan terbatas jua. nampak madah pujangga di situ? yes. aku memang
kali ni aku nak share pengajaran seni yang aku dah buat dengan anak anak murid aku di tahun 3. sebenarnya pengajaran ni aku buat awal tahun. tajuk pertama iaitu menggambar : buah epal dan oren. tajuk yang simple dimple.
dari segi warna, aku fokuskan pada ton warna dan campuran warna asas. aku ajar anak anak ni mengenal campuran warna dan lapisan warna. bagi mereka yang kurang asas seni, mesti akan warnakan epal dengan satu warna sahaja, kan? warna apa lagi kalau bukan warna merah makngah itu. kaler paling win. kali ni aku ubah sikit. caranya mudah je. warnakan lapisan pertama dengan warna kuning. kemudian lapisan kedua warnakan dengan warna merah. buat pengulangan sampai warna tu nampak blending nya.
dari segi lukisan, aku tak sediakan template. aku ajarkan anak anak melukis step by step. sebesar besar kertas lukisan. dari segi psikologi, lukisan yang besar, jelas, dan memenuhi hampir keseluruhan ruang kertas melambangkan yakin diri seseorang kanak kanak. cuma tu lah.. dari segi penggunaan pemadam semasa melukis, masih out. habit murid memang suka memadam, padam, dan padam. takpelah nak. kita belajar perlahan lahan, ya.
dari segi teknik, aku gunakan glazing dalam bentuk melengkung/lengkungan. aku perasan anak anak ni suka guna teknik pelbagai arah. serabut dan menyebabkan buah epal tak nampak 3D. psikomotor halus masih belum berapa menjadi mungkin. tujuan aku guna teknik ni adalah untuk melembutkan tangan, membina psikomotor halus dan kesedaran ruang dan bentuk dalam diri murid.
dari segi media, aku gunakan oil pastel. oil pastel lebih lembut, pekat, terang dan menjimatkan masa. lagipun lebih senang nampak campuran warna berbanding guna media kering yang lain.
okay. tak perlu buang masa lagi.. ni beberapa hasil karya murid yang berjaya aku snap. moga bermanfaat sebagai bahan rujukan.
tu saja perkongsian kali ni. in sha Allah kalau ada ilmu dan kemahiran lain aku akan kongsi lagi di sini.
sekian terima kasih.
Labels:
cikgu hush,
seni itu indah,
sesi apresiasi
Tuesday, February 24, 2015
melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan :
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka
-Usman Awang-
dipetik daripada novel 'The Unsung Hero - Wira Yang Tidak Didendang' karya Melur Jelita.
Labels:
ceritaku,
review,
seni itu indah,
sesi apresiasi,
zaman purbakala
Friday, December 5, 2014
6 traveling hacks yang sangat berguna
assalamualaikum.
kali ni aku nak share beberapa traveling hacks sempena musim cuti ni. aku ni takde la jauh na berjalan. nak kata selalu pun tak jugak. tapi saja berkongsi tips and tricks atas beberapa sebab :
1. menjimatkan kos dan bajet
2. kadang-kadang, kedai menjual barang yang kita perlukan tu tak ada / jauh / dah tutup
so, aku tak nak hurai panjang panjang. let's cekidaut.
1. beg plastik saiz A4
masa packing barang, jangan lupa bawak sekali beg plastik lama dari dapur yang tak digunakan. bawak la dalam dua tiga. jangan lupa gulung kecik kecik atau lipat comel comel beg plastik tu. kemudian, selit je dekat dalam backpack. banyak kegunaan sebenarnya beg plastik ni. pertama sekali, boleh buat simpan baju kotor. kadang kadang baju kotor tu mungkin basah sebab dibasuh dan tak sempat kering. kedua, boleh buat isi selipar sebelum dimasukkan dalam beg. dan banyak lagi kelebihan beg plastik ni. pendek kata, standby je untuk kegunaan traveling. at least, bila nak pakai masa kecemasan, tak la terkial kial nak mencari nanti. serius. nampak simple tapi kita selalu ambil mudah.
2. selipar
selipar sangat sesuai dipakai khasnya bila berjalan dalam negara atau tempat beriklim panas. boleh jugak dipakai untuk berjalan di kawasan tepi pantai untuk mengelakkan pasir masuk dalam kasut. ataupun masa musim hujan atau kalau masuk kawasan pasar basah. kalau musim hujan, takut takut kasut lambat kering kalau basah. jadi sebagai alternatif, pakailah selipar. kenapa selipar? sebab selipar ringan, kalis air, dan nipis. jadi tak makan ruang kalau masuk dalam beg. tak payah beli. membazir. bawa je sendiri. boleh jimat RM 3 hingga RM 10 untuk sepasang selipar. kalau travel guna kereta lagi senang. simpan sepasang kat dalam kereta siap siap.
3. safety pin
banyak kegunaan safety pin ni. antaranya pengganti bagi sewing kit. kadang kadang, malang tak berbau. backpack koyak la, sneakers koyak la, baju koyak la.. jadi kita perlukan superhero yang versatile. simpan beberapa safety pin dalam beg korang. tak rugi pun. nampak je kecik tapi sangat berguna masa kecemasan.
4. non-woven bag / beg guni
never underestimate the power of these bags. ianya lebih bernilai daripada handbag LV yang beratus ratus harganya tu. sebab apa? sebab.. untuk kaki shopping, beg yang macam ni sesuai untuk sumbat segala mak nenek souvenirs yang korang beli tanpa perlu memikirkan ruang penyimpanannya. bagi beg guni (yang warna biru tu) sebenarnya ada dua jenis materialnya. satu daripada kertas dan satu lagi daripada plastik ala ala guni tu. seeloknya, beli yang diperbuat daripada material guni. sebab material ni tahan lasak, kalis air, tak mudah koyak dan boleh guna banyak kali. sama macam beg plastik, lipat sekecil yang boleh dan bawa dalam backpack. beg ni boleh masuk flight luggage kalau ianya berzip. nak mencari beg ni di kedai sebenarnya tak susah pun. ianya jadi susah bila masa kita tiba tiba nak guna beg guni ni, kedai biasa tak jual ataupun kita takde cash money yang cukup waktu tu. satu beg guni lebih kurang RM 7 hingga RM 30 bergantung pada saiz dan material beg.
5. pengetip kuku
tak payah bawak yang fancy. a simple nail clipper would be enough. selain untuk ketip kuku, fungsi dia ialah sebagai pengganti gunting. ni sebagai alternatif je. sesiapa yang ada penknife lagi bagus.
taktau penknife tu apa? google.
6. kole besi
bagi sesiapa yang suka menikmati minuman panas sebelum tidur atau minum sarapan pagi. backpackers selalunya tidur hotel bajet. kadang kadang sesetengah hotel sediakan air panas di luar bilik. jadi kenapa mesti kole besi dan bukan cawan plastik? sebab besi lambat bebaskan haba berbanding cawan plastik. lagi satu, bilik dah sejuk dengan air-cond. untuk maintain panas pakai la kole atau tumbler termos yang diperbuat daripada besi. kalau nak beli nanti dah satu hal. dah lepas pakai sekali takkan nak tinggal pulak. nak bawak pun serba salah. fragile.
tu antara traveling hacks yang aku nak kongsi dengan korang semua. kebanyakan yang aku senaraikan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sepanjang aku traveling. banyak lagi sebenarnya tapi ini antara perkara kecik yang nampak simple tapi akan jadi susah bila tiba masanya.
selamat bercuti!
sekian terima kasih.
Labels:
10,
petua,
suatu pelencongan,
suka suka kau je ek
Saturday, November 15, 2014
pengalaman camping di sekolah tercinta
sekolah terchentaku. di sini lahirnya sebuah cerita camping.
ini first time aku join camping sekolah. selalunya kalau namanya camping.. aku bayangkan mesti buat kat tempat luar kan.. dengan deruan bunyi air terjun, nyanyian unggas dan cengkerik yang mendamaikan.. angin sepoi sepoi bahasa tamil.. tapi itu semua cuma tergambar dalam minda aku je. sebab agaknya memang dah jadi trend sekarang, camping buat kat sekolah. jimat masa, duit dan tenaga agaknya.
aku dengan kawan kawan cikgu yang masih bergelar 'cik' ni ditugaskan berkawal malam. ada la dalam enam orang 'cik guru'. biasa la tu. nama pun 'cik', belum ada anak kecik nak jaga tengahmalam, maka kitorang pun jaga la anak anak murid kat sekolah. 'cik' dan 'mak guard camping' berpisah tiada.
cikgu cikgu yang berkawal malam ni terbahagi kepada dua shift. shift pertama pukul 11.00 malam sampai 2.00 pagi. shift kedua pukul 2.00 pagi sampai 5.00 pagi. aku, zatul dan kak arifah amik first shift. kak ina, kak bad dengan kak huda amik second shift.
aku ingatkan takde la mencabar sangat kalau setakat nak jaga budak budak bawah umur ni. ada la dalam 50 orang. rupanya susah jugak! dalam setengah jam pertama hingar macam pasar malam downtown kat cheras tu. aku diamkan lagi. sabar dulu cik kak oi.. biasa la tu budak budak. sekali bila dah nak masuk pukul 12 tengahmalam.. tak diam diam juga.. aku pun terus mengumpul segenap tenaga aku, menarik nafas dalam dalam dan..
"SIAPA YANG TAK TIDUR LAGI SAYA HERET KHEMAH DIA PERGI PADANG!! PERGI TIDUR PADANG SANA!!"
suasana kat dewan yang tadi bising sampai bergema dengan suara terus senyap sunyi. yang tadinya pintu khemah terbuka terus ada yang zip perlahan lahan.. pijak semut pun tak mati. langsung takde bunyi.
baru tau diam yaa.. baru tau cikgu ami ni garang? ehem.
tak lama lepas aku mengeluarkan pitch keramat aku yang sampai oktaf kelapan tengah malam tu, aku pun terus pergi ke port baik punya.. iaitu kiosk kat tepi dewan. tempat yang aku kira paling best untuk tidur. takdenya baring baring kat khemah der. tidur pun tidur duduk. tidur tidur ayam. ayam pun tidur lagi lena agaknya sebab malam tu memang sejuk gila. angin sepoi sepoi bahasa tamil walaupun tengah hutan batu.
habis je shift, kitorang bertiga pun tukar shift dengan cikgu cikgu second shift. apa lagi, untuk menghilangkan ngantuk yang teramat, kitorang pun decide untuk pergi mengeteh. tak la jauh mana. setakat kat BBU je pun. kak arifah jadi supir tak bergaji.
malam bertuah tu, aku hanya sarung selipar bijik bijik je. kaler oren striking pulak tu. dah la tak glamer, sakit pulak tapak kaki memakainya. tapi tu je selipar yang ada. maka redha je la.
sempat lagi kitorang minum teh sambil supper roti john dengan fries pagi tu. lapar woh. almaklum je la.. western je yang available masa tu walaupun tekak ni sebenarnya meronta ronta nak makan mi goreng mamak.
miss zatul aka soulmate makan makan
habis makan, kitorang pun balik ke sekolah. sambung stay sampai pukul 5.30 pagi. habis berkawal, masing masing pun pulang ke 'sarang'. mandi dan solat kat rumah dan kemudian qadha tidur.
tu la pengalaman camping sekolah aku.
dah habis.
bateri smartphone ku 'mogok lapar' waktu tu. harap maklum.
gambar semua ehsan rakan rakan seperjuangan.
sekian terima kasih.
Monday, October 13, 2014
imam kecil
kehadiran yang ditunggu di muka pintu.
setiap yang Allah aturkan pasti bersebab. aku dapat tawaran mengajar imam kecil membaca iqra', asas solat dan sirah nabawiyyah. ya. aku bukan ustazah tapi aku ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar buat dua imam kecil ini oleh ustazah yang mengajar aku ilmu tahsin dan tarannum al-Quran. blur juga aku mula mula. ustazah itu juga tahu yang aku bukan ustazah, tapi tetap meminta aku pergi mencurah ilmu buat si imam kecil. alasannya, aku masih muda dan belum ada komitmen. tambah pula mengajar anak anak kecil di sekolah rendah. maka menurutnya, aku calon yang sesuai. tergelak jugak dalam hati. memang tak sesuai kalau diikutkan. tapi aku tetap pujuk hati ni.
mungkin sebenarnya, perlahan lahan, Allah makbulkan doa dan permintaan aku satu persatu.
pertama kali aku jejak kaki ke rumah imam kecil, aku terpegun. rumahnya bersih dan agak luas. nenek dan atuk imam kecil pun mesra orangnya. aku mengajar dua orang kanak kanak lelaki. si abang berumur enam tahun. Asyraf namanya. dan si adik bernama Hakeem, berusia lima tahun. dua dua iras cina. sama sama berbaju melayu hijau daun dan berkopiah putih. sejuk mata memandang.
mereka memang baru hendak belajar mengenal huruf hijaiyah. pendedahan di tadika mereka juga ada, tetapi belum menyeluruh. jadi mereka ini masih kosong. bagi aku itu lebih mudah. boleh aku terus kenalkan dengan konsep dan bunyi huruf mengikut makhraj dan tajwid yang betul.
Asyraf memang rajin. selalunya dia yang akan bukakan pintu rumah kalau aku dah sampai. dia yang akan keluarkan iqra', papan putih, buku tulis, dan sebuah buku kanak kanak yang aku tinggalkan di rumah itu yang bertajuk 'Kisah kisah dari Al-Quran'. saja aku tinggalkan di rumah tu. harapannya buku itu dibaca oleh imam kecil dan menjadi asbab hidayah buat mereka.
dengan Hakeem pulak, aku kena banyak bersabar. selalunya Asyraf yang akan mengaji dulu. sementara itu, aku biarkan dulu Hakeem tengok kartun dekat tv, atau biar dia main dulu sampai puas. selalu juga aku kena main kejar kejar dengan Hakeem dulu, yang mana pengakhirannya aku akan pujuk dia untuk mengaji. semuanya demi satu atau dua muka surat. pengalaman bermain sambil mengajar Hakeem mengaji ni buat aku sedar, bahawa kanak kanak tidak boleh dipaksa. biar merangkak, biar perlahan lahan. umurnya pun baru lima tahun. aku taknak dia jadi bosan dengan ilmu al-Quran. biar dia menghayatinya sedikit demi sedikit. itu lebih baik dan lebih indah.
Hakeem dan Asyraf buat aku muhasabah, bahawa setiap kanak kanak dilahirkan berbeza cara hidup dan latarbelakangnya. tak semua antara kita dibesarkan dengan cara hidup islamik. hikmahnya, mereka membuat aku mencari jalan untuk mendidik mereka menghayati Islam dengan gaya dan pendekatan yang lebih urban, sesuai dengan jiwa mereka. bukan sekadar belajar mengenal dan membaca al-Quran tanpa menjiwai isinya. mereka, insan yang lebih fasih bertutur dan mengira dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu. tidak mengapa. mudah dibentuk kerana mereka masih kecil. mereka, imam kecil.
baru sebulan belajar. hanya dua kali seminggu, tapi nyata mereka memang terang hati. Asyraf dah naik iqra' 2. satu hari boleh habiskan enam muka surat sekaligus. Hakeem aku tetapkan sekurang kurangnya dua muka surat. Hakeem sebenarnya lebih cepat berbanding abangnya. tapi mungkin sebab faktor umur, dia lebih suka main dulu baru belajar mengaji (selepas 'ustazah'nya ni pujuk dengan ayat power. hehehe)
satu perkara yang membuatkan aku sayang imam kecil berdua ni.. bila mereka panggil aku dengan panggilan 'ustazah'. sungguh. aku tak layak. masa mula mula dulu, aku hanya mahu mereka memanggil aku dengan gelaran 'mu'allimah' atau 'cikgu' sahaja. tetapi baru je aku datang, aku terus disapa 'ustazah'.
jujur cakap, hati ni tersentuh sangat. nak sangat cakap..jangan panggil ustazah..tak layak pun. tapi hati aku tak mampu nak menahan. tambahan pulak suara kanak kanak pulak tu yang memanggil. terlalu lembut di pendengaran.
akhirnya aku biarkan. panggilan tak penting. yang penting ilmu yang aku sampaikan pada imam kecil berdua ni.
tak sampai sebulan..imam kecil berdua dah mampu menyebut ikut makhraj yang betul.
huruf 'tha', 'ha', 'kho', 'dzal', 'sod', 'dhod', ' 'ain', 'ghain'.. yang biasanya salah disebut walaupun orang dewasa macam kita, boleh disebut dan dibezakan dengan makhraj yang betul. alhamdulillah. mereka cepat belajar.
makin lama aku mengajar mereka, makin aku kenal kesukaan dan kebiasaan mereka. Hakeem kalah bila aku pujuk dengan kisah nabi. terus duduk depan aku tak bangun bangun bila aku mula ceritakan kisah nabi pada Asyraf dan Hakeem. terus nak mengaji. katanya, nak jumpa nabi kena mengaji. baru Allah dengan nabi sayang.
Subhanallah. permata syurga ini.. anugerah terindah buat aku.
penawar.
setiap yang Allah beri pada kita mesti ada hikmah. Allah pilih aku, pastinya bersebab walaupun aku serba kekurangan. mereka didik aku erti sabar. mereka didik aku supaya mencari ilmu, agar ilmu yang aku terima bakal disampaikan kepada mereka pula. sejak mula mengajar mereka, aku lebih banyak mencari rujukan islami. doa harian, asas solat, dan semuanya. supaya ilmunya nanti tidak terpesong.
Asyraf
Hakeem
doakan perjuangan kami bertiga dalam jihad menuntut ilmu. in sha Allah.
sekian terima kasih.
Labels:
ceritaku,
Islam is the way of life,
petua
Subscribe to:
Posts (Atom)