mereka yang hebat

Friday, December 5, 2014

6 traveling hacks yang sangat berguna


assalamualaikum.

kali ni aku nak share beberapa traveling hacks sempena musim cuti ni. aku ni takde la jauh na berjalan. nak kata selalu pun tak jugak. tapi saja berkongsi tips and tricks atas beberapa sebab :

1. menjimatkan kos dan bajet
2. kadang-kadang, kedai menjual barang yang kita perlukan tu tak ada / jauh / dah tutup

so, aku tak nak hurai panjang panjang. let's cekidaut.

1. beg plastik saiz A4



masa packing barang, jangan lupa bawak sekali beg plastik lama dari dapur yang tak digunakan. bawak la dalam dua tiga. jangan lupa gulung kecik kecik atau lipat comel comel beg plastik tu. kemudian, selit je dekat dalam backpack. banyak kegunaan sebenarnya beg plastik ni. pertama sekali, boleh buat simpan baju kotor. kadang kadang baju kotor tu mungkin basah sebab dibasuh dan tak sempat kering. kedua, boleh buat isi selipar sebelum dimasukkan dalam beg. dan banyak lagi kelebihan beg plastik ni. pendek kata, standby je untuk kegunaan traveling. at least, bila nak pakai masa kecemasan, tak la terkial kial nak mencari nanti. serius. nampak simple tapi kita selalu ambil mudah.

2. selipar 



selipar sangat sesuai dipakai khasnya bila berjalan dalam negara atau tempat beriklim panas. boleh jugak dipakai untuk berjalan di kawasan tepi pantai untuk mengelakkan pasir masuk dalam kasut. ataupun masa musim hujan atau kalau masuk kawasan pasar basah. kalau musim hujan, takut takut kasut lambat kering kalau basah. jadi sebagai alternatif, pakailah selipar. kenapa selipar? sebab selipar ringan, kalis air, dan nipis. jadi tak makan ruang kalau masuk dalam beg. tak payah beli. membazir. bawa je sendiri. boleh jimat RM 3 hingga RM 10 untuk sepasang selipar. kalau travel guna kereta lagi senang. simpan sepasang kat dalam kereta siap siap.

3. safety pin



banyak kegunaan safety pin ni. antaranya pengganti bagi sewing kit. kadang kadang, malang tak berbau. backpack koyak la, sneakers koyak la, baju koyak la.. jadi kita perlukan superhero yang versatile. simpan beberapa safety pin dalam beg korang. tak rugi pun. nampak je kecik tapi sangat berguna masa kecemasan. 

4. non-woven bag / beg guni



never underestimate the power of these bags. ianya lebih bernilai daripada handbag LV yang beratus ratus harganya tu. sebab apa? sebab.. untuk kaki shopping, beg yang macam ni sesuai untuk sumbat segala mak nenek souvenirs yang korang beli tanpa perlu memikirkan ruang penyimpanannya. bagi beg guni (yang warna biru tu) sebenarnya ada dua jenis materialnya. satu daripada kertas dan satu lagi daripada plastik ala ala guni tu. seeloknya, beli yang diperbuat daripada material guni. sebab material ni tahan lasak, kalis air, tak mudah koyak dan boleh guna banyak kali. sama macam beg plastik, lipat sekecil yang boleh dan bawa dalam backpack. beg ni boleh masuk flight luggage kalau ianya berzip. nak mencari beg ni di kedai sebenarnya tak susah pun. ianya jadi susah bila masa kita tiba tiba nak guna beg guni ni, kedai biasa tak jual ataupun kita takde cash money yang cukup waktu tu. satu beg guni lebih kurang RM 7 hingga RM 30 bergantung pada saiz dan material beg. 

5. pengetip kuku


tak payah bawak yang fancy. a simple nail clipper would be enough. selain untuk ketip kuku, fungsi dia ialah sebagai pengganti gunting. ni sebagai alternatif je. sesiapa yang ada penknife lagi bagus.

taktau penknife tu apa? google.

6. kole besi



bagi sesiapa yang suka menikmati minuman panas sebelum tidur atau minum sarapan pagi. backpackers selalunya tidur hotel bajet. kadang kadang sesetengah hotel sediakan air panas di luar bilik. jadi kenapa mesti kole besi dan bukan cawan plastik? sebab besi lambat bebaskan haba berbanding cawan plastik. lagi satu, bilik dah sejuk dengan air-cond. untuk maintain panas pakai la kole atau tumbler termos yang diperbuat daripada besi. kalau nak beli nanti dah satu hal. dah lepas pakai sekali takkan nak tinggal pulak. nak bawak pun serba salah. fragile. 


tu antara traveling hacks yang aku nak kongsi dengan korang semua. kebanyakan yang aku senaraikan adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sepanjang aku traveling. banyak lagi sebenarnya tapi ini antara perkara kecik yang nampak simple tapi akan jadi susah bila tiba masanya. 

selamat bercuti!



sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...