hari ini Allah sentuh lagi hati aku dengan ayat ayat cinta-Nya. lama aku termenung atas sejadah lepas isyak hari tu. malam tadi kali kedua aku tadabbur surah al-Mulk. aku pernah dengar bahawa barangsiapa yang membaca surah al-Mulk pada setiap malam, kuburnya akan terang dan bercahaya. siapa yang tak nak, kan? bila memikirkan yang kubur itu tempat yang sangat sempit, gelap.. siapa agaknya yang sudi nak tinggal selama-lamanya dalam keadaan macam tu? atas dasar tu, aku putuskan untuk cuba juga tilawah surah al-Mulk waktu malam walaupun itu bukannya satu kebiasaan aku. aku cuba cari hikmah di sebaliknya. kenapa ya Allah pilih surah ini untuk dibaca setiap malam?
aku hanya terfikir satu jawapan sahaja.
sebab Allah sayang kat kita. Dia tahu kita ni hamba yang selalu ikut nafsu. bila ikut nafsu, mudah je rasa malas nak buat semua benda. sebab Allah sayang kitalah, Allah hanya pilih surah yang hanya mengandungi 30 ayat sahaja untuk kita tadabbur setiap hari.
indah bukan cinta dari Allah?
itu pun aku tak terbuat setiap malam.
sampai aku pernah terfikir.
kalau orang macam aku ni yang baru dua kali nak tadabbur surah al-Mulk. diulangi.
baru.
dua.
kali.
layak ke dapat kubur bercahaya idaman semua orang tu?
pendosa. macam. aku.
layak ke?
memikirkan hal macam tu pun aku dah menggigil satu badan kalah orang demam kura-kura. entah berapa kali aku menangis baca huruf demi huruf sambil nak fahamkan maknanya tu aku pun dah tak ingat. yang aku ingat : lalainya aku. lekanya aku. ruginya aku. rugi yang teramat untuk mengetahui bahawa Allah itu sentiasa ada. saat susah atau senang. Tuhan yang tidak pernah gagal untuk menyayangi pendosa ini tanpa syarat.
benar kata mereka. hanya dengan membaca Al-Quran, walau tak faham maksudnya pun mampu buatkan hati kita jadi tenang. apatah lagi mendalami setiap maksud yang tersirat di sebalik setiap ayat.
aku tak tahu dah kenapa dengan aku.
aku tak pernah minta untuk berubah sejauh ini.
mungkin ada yang mendoakan tidak berhenti.
agar imanku bertambah baik dari hari ke hari.
agar Al-Quran menjadi jawapan kepada setiap masalah hati.
yang menjadi sahabat di kala sunyi.
yang menjadi pelengkap setiap hari.
hati ini sentiasa rindu dengan ayat-Mu.
walau sebaris aku pastikan kita sentiasa bertemu selepas sujudku.
hati ini.
sudah tidak betah untuk berpatah balik ke masa lalu.
bukan kerana tidak mampu,
tetapi kerana tidak mahu.
doakan aku istiqamah dalam perjuangan ini.
No comments:
Post a Comment