mereka yang hebat

Thursday, August 2, 2012

bawah pohon sena


mak aih tajuk.. romantika de amor sangat kan? hahaha.


kali ni aku nak review sebuah novel yang aku baru habis minggu lepas. ini first time aku buat review novel kat blog ni. sebelum sebelum ni tak pernah walaupun ada juga satu dua novel yang aku pernah baca dan rasakan bagus untuk dikongsi bersama. tapi mungkin disebabkan tarikan novel ni yang lain macam, maka aku putuskan untuk buat review percuma tentang novel yang istimewa ni.

tajuk novel ni ialah 'bawah pohon sena'. diterbitkan oleh jemari seni publishing dan ditulis oleh seorang pengarang baru yang bernama nisyah. mula dipasarkan pada mac 2012 hari tu. genrenya ialah cinta. sekali sekala, aku layan jugak baca novel cinta. tapi kalau masuk 2,3 bab aku dah mula bosan, aku rasa mungkin aku akan stop baca cerita tu. selalunya aku akan ambil masa dua minggu hingga sebulan untuk habiskan sebuah novel. tapi, yang menakjubnya, untuk novel ni, aku boleh baca sampai habis dalam masa dua hari je. suatu pencapaian yang jarang jarang berlaku dalam hidup aku.

berbalik pada novel ni, ianya berkisar tentang sepasang best friend iaitu lili dan harith yang berkahwin selama tiga tahun, tapi tak bahagia. disebabkan itu, mereka bercerai. tak lama selepas bercerai, harith pun berkahwin dengan suraya, kekasih hati cinta matinya. sebenarnya, dah lama harith dan suraya bercinta. tapi disebabkan family lili dan harith dah lama kenal, maka ibu bapa mereka pun satukan la diorang walaupun harith membantah.

lepas bercerai, lili pun teruskan kehidupannya sebagai seorang photographer seperti biasa. port yang paling lili suka untuk mengubat luka hatinya tu ialah di lorong belakang pasar seni. dekat situ ada seorang pemuzik jalanan yang suka buat perform percuma dan biasanya akan melagukan lagu lagu nasihat, syair gurindam, dan lagu rakyat. namanya gibran. entah kenapa, aku bayangkan gibran ni ada rambut yang keriting macam aweera atau bo iqram. haha. ya oke aku memang pelik. mungkin sebab nama dia yang artistik tu kot. entah. tak penting pun sebenarnya.

apa yang aku paling suka dalam novel ni ialah bahasanya. bahasanya yang tersusun dan indah. bahasanya yang boleh buat orang jatuh cinta. bahasanya halus dan menusuk jiwa. setiap patah perkataan yang pengarang tulis dan luahkan ada maksudnya yang tersendiri. apa yang aku tahu, novel di pasaran sekarang dah jarang mengekalkan bahasa yang puitis dan indah tu. dah tak sama macam novel novel lama, sehinggakan aku rasa novel batu belah batu bertangkup hasil karangan mokhtar a. talib atau matlob lebih berkualiti walaupun ianya sebuah cerita rakyat klasik dan bukanlah sebuah bingkisan cinta.

disebabkan novel ini juga, aku search setiap lagu rakyat yang tersenarai dalam novel ni. contohnya lagu ghazal asmara dan syair hang nadim. sampai begitu sekali aku nak tahu adakah lagu rakyat tu betul betul wujud atau tak. haha. aku suka. pengarangnya dah buat banyak kajian sebelum menulis dan menerbitkan novel ni. bukan semua novelis akan rajin untuk buat research sebelum menulis novel mereka. disebabkan penulisan yang berkualiti seperti ini, aku seolah olah dapat menggambarkan setiap inci perjalanan cerita ni lengkap dengan gambaran visualnya sekali dalam minda aku. selalunya apa yang diberikan untuk dihadam oleh minda kita ialah penulisan penulisan yang bersandarkan fantasi semata mata. bukan nak merendahkan kualiti novel melayu, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah gaya dan cara penulisan supaya tiada lagi lambakan cerita yang sama sahaja di pasaran. kita dapat mengagak permulaannya dan dapat juga mengagak pengakhirannya.

yang paling menarik, ada sesuatu yang ditonjolkan dalam penceritaan novel ini. teh tarik kampung attap. yang itu sahaja aku tak tahu kebenarannya sebab aku tak pernah lagi jejakkan kaki di kampung attap. jauh sekali untuk menikmati teh tarik di bawah pohon sena berlatarbelakangkan bangunan lama. suatu gambaran yang sangat indah sekali. belum pergi lagi ke sana pun, aku dapat bayangkan keindahannya. maksud aku, suasananya. suasana yang jarang kita dapat rasakan apatah lagi di tengah bandar kuala lumpur.


entah kenapa, lebih kurang macam ni la bayangan stall teh tarik kampung attap 
yang ada dalam otak aku.
ya. aku tau ini lukisan yang teruk.
haha.

pada sesiapa yang sukakan cerita yang simple tapi sarat dengan pengajaran, bolehlah membaca novel ni. walaupun bahasanya puitis dan indah (pada pendapat aku) tapi tetap mudah difahami. tak berbelit belit. jalan cerita tak kelam kabut. ada unsur suspens di tengah tengah perjalanan cerita. aku suka watak lili dan gibran. kalau nak tahu kenapa, boleh baca dan rasakan sendiri. biar anda semua merasakan sendiri emosinya. ewah. suka suki je aku nak berfalsafah. haha. abaikan.

berikut ialah link tentang novel ni :
http://nenisyah.blogspot.com/2012/02/bawah-pohon-sena-my-2nd-book.html
http://www.jemariseni.com/js-novel/314-novel-umum-mac-2012-bawah-pohon-sena.html

selamat membaca. sekian terima kasih.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    I stumbled upon your blog and was very touched by your kind review.

    Thank you so much for taking the time to share what you felt bout the book. Also glad to know that you enjoyed reading it.

    May Allah bless you and family.

    :)

    Love
    Nisyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam saudari nisyah.
      saya suka sangat dengan cara penulisan saudari..
      seronok membaca sampai tak sedar dah nak habis satu novel dalam masa yang sekejap.
      teruskan menulis. saya sentiasa doakan kejayaan saudari dan akan sentiasa menyokong penulisan saudari nisyah..

      :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...