mereka yang hebat

Monday, August 13, 2012

jangan dimaki


raya dah nak tiba. musim musim raya macam ni, suasana yang memang tak asing lagi tak lain tak bukan mestilah kebanjiran rakyat Malaysia kat pusat pusat membeli belah tak kira la sama ada kat shopping mall, supermarket, dan jugak uptown yang bukak tengah tengah malam tu. tapi bagi aku pulak, aku pun tak tau kenapa, bila umur dah meningkat ni, aku makin malas untuk mengunjungi tempat tempat yang sesak macam ni. jangan tanya aku macam mana aku beli baju raya. itu rahsia. haha.

pada suatu hari dalam bulan puasa ni, aku sempat mengunjungi salah sebuah hypermarket di seremban ni. waktu tu ialah malam selepas isyak. aku suka shopping pada hari sabtu sebab hari sabtu ialah hari tanpa beg plastik. so, umat manusia ni jarang pergi membeli belah pada hari sabtu. maka, senang la sikit kerja aku untuk membeli barang sebab tak perlu beratur panjang panjang untuk membayar. tapi aku lupa. orang sekarang mana kisah hari sabtu atau bukan. dah nak raya kan. cuti pun ada cuma sabtu dan ahad je. disebabkan itu, maka nak tak nak kena la jugak beratur panjang.

sambil aku beratur macam budak sekolah nak beli makanan kat kantin sekolah aku dulu, aku terus teringat suatu masa dulu, aku pernah bekerja sebagai cashier di salah sebuah pasar raya yang agak tak famous di johor bahru. time tu hujung tahun lepas aku habis SPM. agak lama jugak aku kerja situ sampaikan sebulan lepas result SPM keluar baru aku berhenti kerja sebelum sambung belajar. aku kerja lama lama kat situ bukan sebab kerja kat situ best, tapi sebab bila aku kerja, aku merasa pegang duit sendiri. walaupun kerja bagai nak gila, tapi gaji tak la banyak mana pun sebenarnya. haha. budak baru nak rasa dunia. macam tu la.

kerja aku sebagai cashier bermula pukul 9 pagi. masuk kerja kena punch card. kalau lambat tolak gaji. bangun kena awal pagi la jawabnya. setiap pekerja kat situ ada private locker untuk simpan beg dan barang peribadi. lepas letak barang, first of all kena sapu dan mop lantai sampai licin berkilat. lepas tu bukak kaunter. kira duit modal dan masukkan dalam slot mesin kira ikut not dan nilai syiling.

lunch time macam biasa. pukul 1 tengah hari sampai pukul 2 petang. itu pun terkejar kejar nak solat zuhur. kalau nak solat waktu lain contohnya solat asar dan maghrib, kena mintak permission daripada supervisor. itu pun tak boleh lambat lambat. maka jadi la kita usain bolt di kala itu. pandai pandai la nak hidup.

kadang kadang dapat urgent overtime. kadang kadang lebih 1 jam, kadang kadang lebih 2 jam. bergantung pada berapa ramai cashier yang tak datang ataupun yang lewat masuk syif diorang. sebab tu kadang kadang kalau korang perasan, kat supermarket atau hypermarket, ada kaunter yang bukak dan ada jugak kaunter yang tak bukak.

kalau musim perayaan pulak, wajib la balik lambat. pukul 11 malam baru boleh tutup kaunter. aku pernah kena jugak dulu. aku pernah rasa kerja dari pukul 9 pagi sampai 11.30 malam bila musim perayaan macam raya haji, raya cina, dan krismas. dah la balik 11.30 malam, esok pagi ulang la bangun awal pagi dan start kerja pukul 9 pagi. letih yang tak boleh nak digambarkan. pernah jugak mintak cuti dengan supervisor sebab terlampau penat tak hengat sampai rasa nak demam. tapi disebabkan cashier tak cukup, maka dia tak luluskan cuti aku.

dan yang lagi 'best', time kerja memang tak disediakan tempat duduk. maka, kitorang yang cashier ini hanya akan duduk bila tengah makan masa lunch time dan selepas habis solat sahaja. berapa lama? paling lama pun setengah jam hingga sejam la jawabnya. waktu lain yang berjam jam tu akan berdiri kat kaunter sampai la kaunter ditutup. bayangkan la sendiri kalau working hours exceed 12 hours. kalah cikgu.

cuba perhatikan tempat cashier berdiri dekat kaunter. hanya sesetengah tempat je yang menyediakan kerusi. selebihnya, tak ada.


disebabkan dekat tempat kerja aku tu lebih ramai yang bukan warganegara, maka aku hanya berkomunikasi dengan warga cashier sahaja yang kebanyakannya terdiri daripada warga kita. mesti la kena warga kita yang menjadi cashier. kalau cashier tak faham bahasa melayu atau bahasa inggeris, macam mana nak berkomunikasi dengan pelanggan?

dan kenapa aku ceritakan semua ni? sebab aku pernah nampak banyak kali yang cashier kena maki dengan pelanggan depan mata aku. masa tu, aku pulak yang terasa. mungkin sebab aku tau betapa penatnya menjadi seorang cashier sebenarnya. kalau takde duit syiling untuk baki pun, cashier jugak yang kena marah. aku pun tak faham. memang la customer is always right, tapi cashier pun manusia jugak. tau penat dan ada perasaan. dah la penat berkerja sambil berdiri, kena marah pulak tu. besar sangat ke darjat kita sebagai customer? sabar jelah.

kepada customer yang always right di luar sana, lain kali jangan lupa sediakan duit syiling banyak banyak bila nak membeli belah. sebabnya, kebanyakan orang yang membayar selalunya malas nak keluarkan duit syiling (aku tau sebab kadang kadang aku pun malas nak cari duit syiling jugak). setakat 10 sen, 20 sen pun.. bagi jelah. kalau seorang customer punya duit baki untuk syiling tu 90 sen, kalau 50 orang customer? 100 orang customer? belum lagi yang bayar pakai duit RM 100 atau RM 50. 50 orang? 100 orang? belum lagi yang bayar pakai kad kredit. kalau ada duit balik takpe jugak. tapi yang jadi lambat tu bila cashier nak kena tukar dulu duit besar tu jadi duit kecik. itu yang kadang kadang bila tengah kelam kabut, bila nak tutup kaunter dan kira semula duit, duit pun short. maka gaji pun kena potong. bukan sikit sikit. potong ikut berapa banyak yang short. kalau RM 100, RM 100 la yang kena potong. kalau cashier yang bujang takpe jugak. paling paling pun menangis la guling guling atas katil sebab payment tak cukup. tapi kalau yang dah beranak pinak, nak bagi makan apa?


lagi satu, sekiranya anda nak membeli barang, pastikan ada barcode untuk di scan. sebab kalau takde barcode, susah untuk cashier scan harga. itu yang kadang kadang cashier terpaksa tinggalkan kaunter untuk cari harga barang tu dekat tempat barang tu diambil. dan sebab tu kadang kadang customer kena beratur panjang sebab kena tunggu customer yang sebelumnya. customer lain yang buat hal, cashier yang kena marah. sama jugak dengan barang basah yang perlu ditimbang. pastikan timbang dulu dan tampal barcode harga sebelum pergi bayar kat kaunter. toleransi benda kecik macam ni, kan lebih mudah. semua orang senang.

kesimpulannya, customer seperti kita ialah manusia biasa. tapi cashier pun manusia biasa jugak. jangan dimaki. takde cashier, takde la supermarket. dan takde supermarket, takde la rendang ayam dan air kordial yang sedap di pagi raya.

sekian terima kasih.

2 comments:

  1. Replies
    1. jadi waiter pun best. tapi waktu nak closing penat.
      hehe!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...