mereka yang hebat

Monday, February 21, 2011

ini bukan cerita balik kampung



19.02.2011.
lokasi : SS2, petaling jaya.

19.02.2011 haritu ialah hari sabtu. hari sabtu merupakan hujung minggu. disebabkan hari sabtu merupakan hujung minggu, maka aku, azni, dan roommate ku yang tercinta, iaitu mira telah membuat keputusan untuk pergi berjalan jalan sambil celebrate birthday maru. maru ialah seorang apak. beliau merupakan 'apak no. 2' selepas 'apak no. 1' kami iaitu hubby azni.

hehehe. jangan marah roommate! :)

fyi, birthday apak no.2 ni kitorang celebrate awal dua hari dari tarikh lahir beliau yang sebenar. oke fine tak kisah la kan.

rancangan perjalanan kitorang ni kalau ikutkan simple aje. iaitu pergi petaling jaya, nyanyi nyanyi lagu birthday, makan kek, kemudian pergi kajang tengok aina, ngok ngek ngok ngek sekejap, kemudian dah. habis cerita. TAPI. ehem. nak buat macam mana, kalau dah masing masing keluar berjangok, ha, jadilah macam cerita lepas ni.

mula mula kitorang dah beli kek americano chocolate kat baker's cottage. lepas tu kitorang isi minyak kat shell. ala, shell yang dekat dengan mobil sebelah shopping complex tak jadi tu. ya. kitorang isi minyak kat situ. tetiba je masa nak isi minyak, mira pun berkata :

mira : ajni, cuba call apak, tanya dia jalan shortcut nak pergi petaling jaya.

calling apak.
sambil tu..

mira : alamak, kenapa ha jarum yang kiri sekali ni tunjuk kat 'H'? (sambil jari telunjuk kudut tunjuk kat dashboard)
azni : entah.
mira : cuba tanya apak.

azni : hai apak. dah makan? sihat? (takde kaitan)
apak : er..
(tak sempat habis cakap, tiba tiba..)
azni : apak, jalan shortcut nak pergi petaling jaya macam mana? amak dah lupa la.
apak : oh. jalan tu. mula mula..
(tak habis cakap lagi..)
azni : eh kejap. apak, ni kenapa jarum kat dashboard ni tunjuk tanda 'H'?
apak : jarum? jarum apa?
azni : jarum kat dashboard.
apak : jarum kat dashboard? (redundant)
mira : ajni, biar aku la cakap dengan apak.
azni : apak, cuba try cakap dengan mira ni.

mira : hello, apak.
apak : ha. ye. kenapa?
mira : ni kenapa jarum kat dashboard tunjuk kat 'H' ni? nervous ni tetiba. kereta nak meletup ke apa ni?
apak : oh, tu temperature high. cuba park kereta kat tepi shell tu dulu. pastu bukak bonet kereta.

kitorang pun buat seperti yang apak cakap. tunggu la apak beramai ramai kat tepi shell.
tunggu 5 minit.
10 minit.
15 minit.
30 minit..
__________ ...
ikk.. ikk.. ikk..
*bunyi cengkerik*


aku : nak beli air la.
mira : aku nak jugak. (sambil hulur RM1).
azni : aku pun nak. (sambil hulur RM1).
aku : oke fineeee. (berjalan sambil buat muka bosan)

dah beli air. apak tak datang lagi. jadi inilah kerja yang dapat kami lakukan.
kids, i'm warning you. DON'T try this at home.



model tak berbayar eksklusif dari hana tajima. :)

mokcik princess.

dan sebenarnya ada lagi tapi aku tak masukkan sebab.. err.. malas nak edit. hehehe.

oke. lepas habis sesi menggila-gambar, tiba tiba datang la seorang pakcik yang baik hatinya menuju ke arah kereta roommate aku tu. berpakaian kemas pakai t-shirt biru berkolar siap tuck-in. gaya macam ayah ayah. beliau pun memulakan mukadimahnya dengan :

inilah pakcik best.

pakcik best : kenapa dengan kereta anak ni?
mira : temperature high, pakcik.
pakcik best : nak, pergi amik bekas air kat tempat isi minyak tu. (sambil pandang azni).

azni pun kudut pergi amik.

pakcik best : kereta siapa ni?
mira : kereta saya, pakcik. (sebenarnya nak cakap "kereta bapak saya, pakcik").
pakcik best : orang kecik tapi bawak kereta. hmm. (muka kagum).
mira : hehehe (hanya mampu tersengih 'hehehe' sahaja).
pakcik best : patutnya kereta anak ni kena servis setiap minggu. ni air tak cukup. sebab tu temperature jadi high.
mira : oh. saya tak tahu pakcik. saya tahu isi minyak lepas tu drive je. hehehe.
pakcik best : patutnya orang perempuan yang bawak kereta macam anak ni kena tahu cara nak jaga kereta. baru la senang kalau apa apa jadi nanti.
mira : hehe. selalunya ayah saya yang bawak pergi servis.
pakcik best : tak apa. lepas ni belajar la sikit sikit. tahu tak nak check minyak hitam macam mana?
mira : hehehe (lagi sekali. hanya mampu tersengih 'hehehe' sahaja).
azni : saya tahu pakcik. (tiba tiba azni ada. kat tangan dia ada bekas air).
pakcik best : yang ni. (sambil tangan bukak benda yang macam lidi untuk check paras minyak hitam).

and the story goes on..

lepas tu apak pun sampai. kami tukar kereta for the sake of safety precaution.

dan yang sebenarnya, pakcik best itu merupakan owner stesen minyak shell itu. aku baru tau semalam. haha.

lepas mengucapkan terima kasih dan memberi babai babai kepada pakcik best dan apak, kitorang pun meneruskan pelencongan. sebab konon konon nak jimat punya pasal, kitorang pun decide nak lalu jalan dalam. tapi adat la kan. kalau dah namanya sambil bawak kereta sambil tanya kat apak nak lalu jalan mana nak lalu, lepas tu pulak jalan mana nak lalu, confirm confirm la blur. tak tau nak ikut jalan mana. pakai main belasah je. asal boleh. pening jugak duduk dalam kereta. sebabnya jalan dalam tu memang la best. ada pemandangan yang cantik. ada rumah hak milik UKM yang cantik. ada kawasan kubur cina yang cantik. eh? oke fine. tapi kalau dah sesat memanjang takdenya jadi best lagi weh! jadik lagi penat, pening semua ada. dengan bahang terik tengah hari yang menggila. aku rasa aku dah jadik udang lobster panggang dah kat seat belakang tu.

tepat pukul 1.30 petang, akhirnya. AKHIRNYA. kitorang selamat sampai jugak kat SS2, petaling jaya. mira dah pakat jumpa dengan apak no.2 kat mcD. azni dan mira dah kat dalam mcD. aku sebagai watak tambahan merenung nasib kat luar sambil dalam hati fikir 'bila la nak masuk ni.' konon konon sambil buat ala ala surprise la dengan kek di tangan yang dah macam nak cair. siapa yang tukang bawak? biasala. siapa lagi kalau bukan aku si udang lobster panggang. *ayat sarkastik*. oke fine tak kisah la kan. janji lepas ni dapat makan kek. hehe. kek yang panas bajet baru keluar dari oven padahal panas sebab bahang matahari dalam kereta je pun. hehe lagi.

selepas ngok ngek, kitorang pun membuat surprise kepada apak no.2.

happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday to apak no.2.
happy birthday to you.

*nyanyi dengan penuh semangat tanpa memikirkan insan lain dalam mcD*

apak no. 2 apa lagi. muka terharu la. speechless. eleh apak. malu malu konon. haha. (aku tahu kau tengah baca blog aku). apak pun tiup la lilin walaupun separuh daripadanya kipas angin mcD dah tolong tiupkan.

ni gambar gambar yang aku sempat edit. credits untuk azni jugak sebagai pembantu photographer. hehe.

inilah orang tuanya. maksud aku, apak no. 2.

ini kek apak no.2.

snapshot bersama apak no.2.

selepas tu kitorang doze-off ke kajang. stop by there main dengan aina dan aku stay kajang. azni dan mira balik beronggeng di seremban. mereka dating berdua pulak together gether.

habis.
entri ni ditujukan khas untuk roommate aku yang tersayang sebab dia yang request aku blogpost ni. harap kau suka blogpost yang tak seberapa ni, ya? :)
kepada apak no.2, selamat hari tua.

sekian. terima kasih.

Friday, February 11, 2011

sabah bah!




31.01.2011 - 03.02.2011.
lokasi : sabah.

aku malas nak mulakan dengan intro yang manis manis. jadi, mari kita skip intro yang sangat lame.

lame, lame, lame. ah semua lame.
*ditujukan khas kepada roommate tercinta, ruziathul amira binti mazlan*.

ehem. by the way, adakah ini dikira sebagai intro? hmm. entah.

baiklah. aku malas nak buang masa banyak banyak jadi dipendekkan cerita, 31.01.2011 sampai 03.02.2011 hari tu aku dengan mak, ayah, dan adik lelaki aku pergi sabah. saja nak jalan jalan melihat alam. lagipun memang adik perempuan aku ada kat sana. so, konon konon sambil menyelam minum air sirap la.

kami bertolak pukul 9.45 pagi dari senai airport dan sampai di kota kinabalu airport pukul 12.00 tengah hari macam tu. hari pertama, turun kat airport, kami naik teksi dan check-in kat salah sebuah apartmen di kota kinabalu.

johor hujan lebat. sabah cerah gila.


pada hari pertama kitorang jalan jalan kat bandar kota kinabalu je. pergi pasar philippines, jalan jalan tepi laut, pergi wisma merdeka, dan for the last wrap of the day pergi makan ikan bakar tepi laut. hari pertama still boleh gelak gelak lagi dan bermanja sambil buli sikit sikit with adik adik aku yang dua orang tu.

pasar philippines.


pemandangan dari wisma merdeka.


ikan bakar. udang bakar. sotong bakar. udang bakar lagi. dan lain lain.


sebenarnya, mak aku mengesyaki yang agaknya aku ni ada mabuk kapal terbang kot. sebabnya, masuk hari kedua je aku demam. huh. macam selebet je bunyinya kan. aku orang kampung jadi biasalah first time naik kapal terbang memang macam jakun sikit. ya i know it sounds SO LAME AND PATHETIC BUT HEY ITS OKE FINE tak kisah la kan *konon sentap* . memang hatoi chek mek molek sangat tau. tak larat nak jalan jalan. cita cita nak amik gambar yang cantik cantik kat sana macam terkubur je. tapi sebab rancangan nak pergi kundasang kedengaran macam best sebab ada gunung kinabalu, jadi aku pun terus buat tak paham je dengan demam or pening or whatsoever kan. tak payah nak dilayan sangat sakit tu. buat rugi tambang kapal terbang je kalau tak pergi jalan jalan. perjalanan ke kundasang dalam lebih kurang dua jam setengah dari kota kinabalu. jadi inilah kerja orang demam mengambik gambar. macam ada sedikit hampes di situ.

pokok pokok. sini ialah kaki gunung kinabalu, kundasang.


pekan kundasang. banyak kenderaan hilux pickup.


turun dari kundasang, kitorang jalan jalan pulak ke kota belud dan kota marudu. walaupun tempatnya tak la besar sangat, pekan pun kecil, tapi jalannya agak traverse jugak. mungkin sebab banyak jalan sehala dan agak sempit. tapi tempatnya masyaAllah cantik sangat sebab persekitarannya gunung. banyak pokok hijau. tak sempat amik gambar sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan waktu tu. *uhuk uhuk*

pekan tenom.


hari ketiga kitorang bergerak ke keningau. keningau pun amik masa dua jam setengah dari kota kinabalu. jalan nak ke keningau memang fuh! superb beb. thrilling gila. adik aku cakap kalau lalu tambunan lagi la. cam seram sebab jalan sempit dan lagi curam dari jalan yang kitorang lalu tu. kat keningau kitorang tidur satu malam kat hotel. sebelum check in, kitorang teruskan aktiviti berjalan jalan sampai ke tenom. dalam 30km lebih jugak dari pekan keningau. aku tanya la mak dengan ayah aku, kenapa pergi tenom?

mak : sebab mak nak beli kopi tenom yang cap kapal terbang tu.
aku : kat keningau pun ada jugak, kan? kenapa kat tenom?
mak : alang alang dah dekat, mak nak tengok kilang kopi tu, kemudian beli fresh dari kilang.
aku : oh macam tu. oke.

dan akhirnya kitorang pun berjaya sampai betul betul depan kilang kopi tenom cap kapal terbang tu. tapi.. hmm.. kilang tutup sebab raya cina. gong xi fa chai maa.

last last beli kopi tenom cap kapal terbang dekat kedai kat pekan tenom je. HAHAHA. (macam sama je kalau beli kat keningau *ayat sarkastik*)

lepas habis ngok ngek ngok ngek di tenom, kitorang turun semula ke keningau. aku tak amik gambar waktu malam pulak. sayang betul. sebab kat pekan keningau waktu malam cantik sebab burung layang layang duduk bertenggek entah berapa ribu family entah aku tak kira pulak. diorang ni lepak dan tidur sama ada kat kabel wayar elektrik yang kaler hitam tu ataupun dekat sebatang pokok semarak api dekat belakang restoran seri keningau. kalau lalu kat territory burung layang layang ni, sure kena buat pecut 100 meter kat situ sebab kalau korang jalan berlenggang macam kak limah balik rumah, alamat dapat 'hadiah free' la pemberian burung layang layang ni jatuh dari langit. terharu tak? best tak? best kan. hahaha. yang peliknya, masa siang sekor pun takde. agaknya diorang ni memang takde yang macam spesies aku kot yang suka tidur siang.

ni gambar yang aku amik sekitar keningau.

dalam kampus IPG keningau.


keningau, 7.49 pagi.

oke. itu saja. tamat sudah cerita pelencongan kami ke sabah pada kali ini. tak tahulah kalau ada pelencongan ke sabah part two, three, atau seterusnya. bergantung kepada masa dan ekonomi. kalau hujan emas bolehlah pergi lagi. tapi kalau hujan batu, err, marilah kita bersama sama makan pasir beramai ramai ye. nyam nyam nyam. sedapnya. oke sangat lame.

kalau nak tengok gambar yang lain lain lagi, silalah berkunjung ke album ini.

dah habis. sekian. terima kasih.

Wednesday, February 9, 2011

127 hours



hasil arahan daripada david boyle, pengarah cerita slumdog millionaire yang menang academy award haritu, beliau datang dengan sebuah cerita adaptasi terbaru yang memang akan menusuk nusuk jantung korang sampai korang sendiri akan terasa sakit tengok cerita ni.

sebenarnya, aku peduli apa director dia award winner ke hape ke. tambah pulak, aku tak tau pun siapa pengarahnya mula mula. pelakon dia pun aku macam 'macam pernah kulihat, tapi di mana ya?'. sekali bila aku teringat nak google baru aku tau nama beliau james franco yang membawa watak sebagai aron ralston. oke fine tak kisah la kan. yang penting cerita ni memang best gila walaupun tak banyak dialog. tak berhenti tengok walaupun aku rasa macam menderita ada, geli ada, rasa nak muntah ada, macam macam lagi la. malas aku nak cakap satu satu.

cerita ni ialah based on a true story, which is seorang canyoneer merangkap mount-climber tegar yang bernama aron ralston yang cuba untuk survive setelah terperangkap dalam satu jurang yang memang dalam gila kat kawasan gurun Moab, Utah di USA. dalam masa lebih kurang 127 jam yang dia terperangkap tu, macam macam benda la yang dia buat untuk cuba lepaskan diri dari terperangkap kat situ. part yang paling aku tak boleh handle ialah masa dia nekad untuk potong tangan dia. ui. gila. seriau betul rasa. rasa macam aku pulak yang ada kat situ. haish. si david boyle ni memang pandai betul la buat balik cerita ni. macam real seh!

ni la aron ralston (pelakon : james franco)

jadi sepanjang tempoh yang dia survive tu, korang cuba ar bayangkan macam mana la dia nak minum air, nak kencing, nak tidur, haish pendek kata semua benda la. sampai satu masa dia rasa macam nak give up, tapi dia still hidup je macam biasa. tu yang buat jalan cerita ni lagi tension tu. garapan cerita ni ada unsur flash back, membuatkan cara persembahan cerita ni hampir sama macam cerita slumdog millionaire. bezanya ialah dari segi kepayahan hidup dari segi mental dan fizikal yang cuba diketengahkan oleh david boyle ni sampaikan penonton macam aku boleh terasa macam ada kat tempat aron ralston tu.


mesej yang cuba david boyle sampaikan ialah kalau korang nak pergi mana mana, tambah lagi korang nak buat kerja siuman macam panjat bukit, gunung, and whatsoever, make sure korang bagitau orang di sekeliling. jangan pergi camtu je.

sekali lagi aku ingatkan, pada yang tak suka atau tak boleh tengok darah darah ni, jangan tengok cerita ni. memang boleh buat korang rasa nak muntah. bagi aku, cerita ni memang best gila sebab watak utama dia tetap teruskan kehidupan walau macam mana susah payah sekalipun. bagus bagus. semangat itu yang kita mahukan.

hidup mesti diteruskan. sekian, terima kasih.


Saturday, February 5, 2011

picture for january month


3.11 petang.
31.01.2011.
tepi laut, kota kinabalu, sabah.

Friday, February 4, 2011

yang paling ho liao


sedikit sahaja. ada lagi kat bilik di maktab. ehe.

benda kat atas ini adalah benda yang paling aku suka gila. dari aku umur 9 tahun sampai la sekarang dah besar gajah, masih lagi suka dengan benda alah ni. asal ceritanya masa kecik kecik dulu kan ada cerita kartun dragon ball kat tv2 pukul 9.30 pagi tu, kan? oh! suka gila kartun tu sampai sanggup bangun pagi awal gila dan terus mandi. pukul 9.30 pagi tepat mesti dah ada kat depan tv. dari goku tu kecik sampai la anak dia si gohan dengan gotenks (goten + trunks) lawan dengan majin buu semua aku tengok.

ini namanya dragon ball z. gambar amik kat google images.

kadang kadang ada gak miss beberapa episod kan. tension betul aku. huh. kebetulan sorang sepupu aku ni kipas-susah-mati dragon ball. dia kumpul pulak komik dragon ball versi bahasa melayu buat koleksi sendiri. komik ni dilukis oleh akira toriyama. tabik spring ah kat beliau! oh. aku pun apa lagi, aku pergi la ke rumah dia dan duduk dan membaca semua siri komik tu. sampai lebam bijik mata membaca sebab sanggup tak tidur. oh memang gila. nasib baikla cuma ada 43 siri. kalaula macam komik naruto atau one piece yang beratus ratus tu. erk. entah bila ha nak habis ek? err..

masa umur aku 12 tahun, keluar pulak komik baru. penyiasat remaja. memula tu aku rasa macam nak insaf la kan taknak lagi baca baca komik komik bagai. konon konon bajet matang? huh. bertahan dua minggu je kot. lepas tu perangai lama datang balik. memula pinjam satu dari member aku. rasa cam menarik pulak. mula saat tu, asal lalu dekat kedai majalah kecik depan stesen bas kat sitiawan lepas balik sekolah je, mesti mata aku cari komik ni dulu. haish. sekarang ni stesen bas dengan kedai kedai kat sitiawan tu sekali dah tak ada. dah dirobohkan dah sebab stesen bas dah pindah kat manjung pulak.

ini pun ada yang dah hilang. huhu.

disebabkan koleksi komik ni merupakan benda yang paling aku sayang, maka aku pun selalu la membalut komik aku ni dengan plastik jernih pembalut buku tu. lepas beli terus balut. sekarang ni sebab dah terlalu banyak, aku pun takde kerja dah nak membalut komik aku tu satu satu macam dulu. sebenarnya, zaman dulu kala kat sekolah, aku pun bukan la spesies rajin nak membalut balut bagai, tapi member aku yang gila komik ni jugak akan tolong buat servis free balutkan 'baby baby' aku ni lepas dia pinjam daripada aku. dia ni kalau bab komik, memang jaga betul sampaikan pernah marah aku sebab aku suka betul dockyard helaian komik aku. eh. padahal komik aku kan? tapi dia jaga komik aku macam harta sendiri. bagus betul.

tu yang jenis bagus. ada tu yang buat macam harta sendiri jugak. tapi dengan cara lain. maksud aku, ada yang pulangkan dah koyak, dah kena conteng dengan adik, dah hilang pembalut berwarna warni yang kat depan komik selalu ada tu, dah hilang pembalut plastik yang aku rajin sangat gi balut tu, dan ada tu yang hilang terus. yang banyaknya yang kes pergi tak kembali tulah kan. nak buat camne. kalau masa kecik tak matang dulu taunye menangis la. pastu taknak kawan seminggu. masa tu susah kot nak beli komik. dah la susah nak jumpa. pastu duit belanja kumpul seminggu tu! konon konon rasa macam beli emas la. tapi sekarang dah besar gajah ni apa susah? kalau hilang cari je yang baru. kedai mana mana pun bersepah jual komik kan?

sampai sekarang ni, aku masih baca komik. aku pernah terniat nak berhenti. sebab rasa macam 'eh, aku kan dah besar, tak sepatutnya baca komik lagi' , 'eh, aku kan perempuan. perempuan matang mana baca komik?', dan lain lain lagi. sekarang pun sebab dah ada terlalu banyak komik kat pasaran contohnya terbitan gempakstarz, aku akan pilih based on 'ikut suka aku' atau pelukis komik tu. takpun beli komik penyiasat remaja. sebab tu sekarang aku ada gak beli dan baca baca novel. tapi kadang kadang jela. aku lagi suka baca komik sebab komik ada lukisan yang cantik dan jalan cerita pun best. dalam komik pun ada gak moral dan pengajaran yang boleh kita amek. yang penting, komik tu mesti ada unsur humor. boleh hilangkan tension lepas study ke kuliah ke.

korang pulak?
hobi yang korang rasa paling ho liao?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...