mereka yang hebat

Monday, May 21, 2012

resipi sup ABC


macam nama dia jugak. senang je nak buat sup ABC ni. sambil pejam mata pun boleh.

hidangan untuk : 1 keluarga.

bahan-bahan A: (ditumbuk)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis / udang kering

bahan-bahan B:
3 batang crab stick (potong-potong selebar jari telunjuk anda. make sure jangan sampai terpotong jari telunjuk anda sudah..)
2 - 3 biji kentang sederhana besar (setiap kentang dipotong 6 bahagian)
1 peket suhun kering
1 batang lobak merah sederhana besar (dibersihkan kulit, dihiris nipis nipis dan bulat bulat)

1/2 ketul kiub pati ayam
lada sulah / lada putih.
garam dan perasa sesedap rasa.
minyak untuk menumis (lebih kurang 2 / 3 sudu besar)

cara-cara:
1. mula mula, rendam suhun kering dalam semangkuk air. biar sampai suhun jadi lembut. letak tepi dulu.
2. tumis bahan A dalam periuk sehingga naik aroma yang sedap itu. tapi jangan sampai hangus pulak.
2. lepastu, masukkan 2 mangkuk (sederhana besar) air ke dalam periuk. biarkan dalam 2-3 minit sampai air mendidih.
3. masukkan kiub pati ayam.
4. lepas air mendidih, masukkan kentang. tunggu barang 5 - 7 minit atau sampai kentang jadi separuh empuk.
5. masukkan lobak merah yang sudah dihiris nipis dan bulat bulat. biar sekejap dalam 2-3 minit.
6. masukkan crab stick. tunggu sampai crab stick kembang tapi jangan la melampau sangat kembangnya. biasa biasa je sudah.
7. last sekali, masukkan suhun yang dah rendam sampai lembut tadi.
8. masukkan garam dan perasa ikut sedap rasa anda.
9. for the final touch, masukkan lada sulah / lada putih. taknak letak pun takpe. tapi kalau letak lagi sedap kot. hehehe.
10. bila semua isi sup tu dah empuk, tutup api. angkat. dan hidang panas panas dalam mangkuk yang comel comel.
11. dah siap.

tadaaaaa. lebih kurang macam nilah rupanya. simple je. budak tadika pun boleh buat.


petua :
1. masukkan kentang dulu. tujuannya sebab nak bagi kentang empuk. kentang ni dia ambik masa sikit untuk empuk. sama jugak kalau nak masak kari yang bubuh kentang atau masak sayur campur yang ada kentang atau sambal goreng yang bubuh kentang. kalau nak tau dia dah empuk atau tak, cuba belah sikit kentang tu pakai hujung senduk sementara nak tunggu masukkan bahan yang lain. kalau senang dibelah pakai hujung senduk, maksudnya dah empuk la tu. lagi satu, warna kentang akan berubah jadi transparent sikit. sikit je tau. jangan lebih lebih sangat transparent nya tu.
2. lobak merah tu lebih baik dihiris nipis supaya cepat empuk dan senang untuk dimakan.
3. kalau alergik dengan udang kering, gantikan dengan ikan bilis.
4. jangan potong crab stick besar besar. sebab nanti bila dah masuk dalam sup tu, saiz dia akan kembang 2 kali ganda.

sup ABC ni sedap dimakan dengan nasi putih, bubur nasi, atau makan camtu je pun boleh. no hal punya.

selamat mencuba!

Saturday, May 19, 2012

selamat hari lahir, ayah.


puas aku cari filem pendek atau iklan tentang ayah yang made in malaysia. tapi sikit sangat. itu pun iklan raya yang banyak bertemakan ayah. jadi, nak tak nak aku gigih mencari filem pendek atau iklan tentang ayah kat youtube. last last aku terjumpa iklan kat bawah ni. pendek dan simple je. tapi bila aku tengok kanak kanak perempuan tu bonceng basikal yang ayah dia bawak, terus aku teringat kat ayah. bezanya ayah bawak motor. jalan petang petang naik motor lalu kat kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah, dengan kebun sayur cina belakang rumah yang dekat dengan airport tu. sekarang kebun bagai tu dah takde dah. dah jadi kawasan perumahan, kawasan lapang, dengan siap ada terpacak stesen minyak petronas pulak tu kat situ.

cerita pasal motor, aku teringat cerita tentang ayah yang jarang naik pengangkutan awam. walaupun ayah jarang menggunakan pengangkutan awam, tapi aku ni boleh dianggap anaknya yang paling bertuah. aku pernah cakap dengan ayah, kebetulan setiap kali ayah guna pengangkutan awam, mesti naik dengan aku. naik teksi, naik bas tambang.. kebetulan je naik sama dengan aku. bila difikirkan balik, kelakar jugak. sebab selalunya kitorang akan travel naik kereta je. tapi lain halnya bila aku dengan ayah. kenangan naik pengangkutan awam dengan ayah memang aku akan ingat sampai bila bila.

disebabkan kenangan aku naik pengangkutan awam dengan ayah tu banyak sangat, jadi aku nak share iklan ni dengan korang semua. ceritanya pasal budak perempuan yang ayahnya hantar dan amik dari sekolah setiap hari dengan menaiki basikal. sampai la dia besar dan dah masuk universiti pun, ayah dia tetap amik dia naik basikal yang sama. 

kemudian, lepas beberapa tahun, perempuan tu pun bekerja dan ada kereta sendiri. masa first time dia naik kereta nak balik ke kampung halaman, ayah dia pun tunggu dia depan kedai aiskrim faveret perempuan tu masa zaman dia kecik kecik dulu. walaupun perempuan tu pesan ayah dia tak payah tunggu, ayah dia tetap jugak tunggu sampai la hari senja. tau sebab apa?

sebab ayah dia takut yang anak perempuan dia dah lupa jalan balik ke rumah.

simple. tapi bermakna.




SELAMAT HARI LAHIR, AYAH.
SEMOGA TERUS DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
DAN TERUS SETIA MENJADI AYAH DAN KETUA KEPADA KAMI SEKELUARGA.
AMIN..


Sunday, May 13, 2012

filem pendek sempena hari ibu


sebuah lagi filem pendek arahan saifulnang selepas 'surat seorang ibu'
jom kita layannn..
sila tengok sampai habis, ya.. 



SAYANGI DAN HARGAI IBU ANDA.

SELAMAT HARI IBU. 





Tuesday, May 8, 2012

happy birthday, mak! (part 2)


yang sebenarnya.. aku pun tak tau kenapa mak aku suka lagu ni.. hehehe :)

happy birthday, mak! (part 1)


sempena birthday emak aku.. lagu favourite mak.

Sunday, May 6, 2012

sweet child o' mine. swing swing.


*credits to guns n' roses and also the all-american rejects for the title of this entry.*

jiran depan rumah aku memang sweet. i mean.. SANGAT sweet. hmm. serius. setiap hujung minggu.. jumaat malam sabtu, diorang akan pacak khemah dan tidur kat laman rumah. memula, aku tak perasan pun yang setiap hujung minggu, diorang akan berkhemah kat luar rumah. mungkin sebab praktikum 3 bulan, jadi aku dan housemate jadi macam zombie.. tak perasan sangat perubahan perubahan aneh yang berlaku kat luar rumah. sampai la pada suatu pagi ni, housemate aku nampak khemah berwarna biru yang suspicious di laman rumah jiran aku. kemudian, minggu depannya.. hujung minggu jugak.. housemate aku notice benda yang sama. then kitorang pun conclude yang setiap hujung minggu, jiran aku memang suka buat  'mini vacation' kat laman rumah diorang setiap hujung minggu.

aku pun taktau berapa umur jiran aku tu. taktau berapa ramai anak anak dia. tapi yang aku pasti ada anak lelaki dan anak perempuan. semua masih sekolah lagi. yang suka berkhemah tu anak sulung kot. mungkin dalam form 2 ke form 3 kot. kadang kadang kawan kawan dia join jugak dua tiga orang. adik adik lelaki dia yang kecik tu pun tumpang sekaki jugak. comelnya la hai. tidur ramai ramai dalam satu khemah. pagi paginya pulak sarapan sama sama kat luar khemah..

AAWWWWW SWEETNYAA!



jiran aku ni jugak ada sebatang pokok mangga yang besar dan rendang dekat laman rumah diorang. jadi khemah tu redup sikit bila dipacak dekat dengan bawah pokok mangga tu. yang lagi best tu, ada buaian kat pokok tu. anak jiran aku yang paling kecik (kalau tak silap aku la) tu seorang budak perempuan. umur dalam 6 ke 7 tahun kot. selalu kalau petang petang dalam pukul 5 macam tu, dia akan naik buaian tu dan main buai buai dengan lagi sorang kawan dia. pun budak perempuan jugak. seronok betul aku tengok dia main buai. kadang kadang tu dia leka sangat main sampai tak perasan yang aku tengah stalk dia main buai sambil sambil aku siram pokok bunga kat depan rumah. haha.

sebenarnya, bila aku tengok buaian kat pokok mangga tu, aku teringat balik zaman kanak kanak aku. banyak betul kenangan aku dengan buaian yang diikat dekat pokok mangga ni. arwah atok dengan pakcik aku dulu pun ada buatkan buai kat pokok mangga kat tepi rumah atok aku. masa tu aku kecik lagi. dalam 5 tahun. jadi, bila setiap kali aku balik kampung, aku mesti akan main buai tu. tak kira la walau tengah hari rembang pun mengada ngada jugak nak main buai bajet princess princess. pernah aku main buai kat luar rumah atok sampai aku demam. peh. penangan buai kat kampung tu sampai buat aku demam jadinya. cucu atok yang perempuan bukan aku seorang. ada ramai. jadi kadang kadang tu sampai berebut rebut main chop chop siapa nak main buai dulu. jadi kalau dah dapat je buai tu, mesti susah nak bagi kat orang lain pulak. hahaha. memang tak matang langsung waktu tu!

untuk selesaikan masalah ni, arwah atok dengan pakcik aku binakan tiga buai serentak. macam yang ada kat playground tu. tapi ni buat sendiri. pakai kayu pulak tu. mana ada orang lain buat? haha. selesai. tak payah nak berebut bagai kalau nak main buaian. yang dekat pokok mangga ada dua, yang atok buatkan ada tiga. penuh keliling rumah atok dengan buaian jadinya. kadang kadang boleh siap buat pertandingan pulak tu. heiiii. malu pulak kalau ingat ingat balik. aku ke tu yang buat benda benda macam tu dulu? hahaha. hadoi.


main sampai demam.

habit main buai kalau balik kampung ni terbawa bawa sampai umur aku 14 tahun. aku stop pun sebab lepas tu buaian yang macam kat playground tu dah roboh. so dah tak mampu la nak main lagi. lama gila buaian tu berkhidmat. nak dekat 8 tahun. tinggal la buaian kat pokok mangga. tapi lepas arwah nenek pergi, aku pun dah tak main buai lagi walaupun buai kat pokok mangga tu masih ada lagi. sebab sayu. selalunya kalau aku main buai, aku mesti nampak nenek kat luar rumah. sekarang takde dah. 

jadi, setiap kali aku nampak lagi buaian yang diikat kat pokok, nak nak kat pokok mangga pulak tu..




aku mesti akan teringat arwah atok dengan nenek. sebab selalunya kalau kitorang main kat luar rumah, atok dengan nenek ada sekali kat luar rumah. kadang kadang nenek sapu sampah, jemur kain.. atok pulak kadang kadang bertukang, petik kelapa muda, pastu ajak cucu cucu dia minum air kelapa kat bawah pokok nangka. indah betul masa tu.

bila aku fikir fikir balik, dan relate dengan apa yang aku lalui masa kecik dulu, aku dapat rasa yang buaian tu jadi tanda kasih sayang atok kat cucu cucu dia suatu masa dulu. yela.. family aku duduk jauh dengan atok. jadi kalau sebulan sekali balik, yang aku dan adik perempuan aku serbu ialah buaian dulu. atok mungkin tak tau nak tunjuk kasih sayang dia. tapi dia tunjukkan dengan buatkan buaian supaya cucu cucu dia ada hiburan kalau balik kampung. terharu pulak rasa. bukan senang nak buat buaian tu. tambah lagi kalau nak ikat buaian tu kat pokok mangga, nak pindahkan kayu kayu besar jadi tiang buaian, nak cari tali sauh kapal tu, nak potong dan haluskan kayu untuk jadi papan buaian.. semua tu bukan kerja senang. tapi sebab atok sayang, atok buat jugak.

disebabkan kerinduan yang teramat pada buaian kat kampung sampai terngigau ngigau, mak aku pun buatkan la buaian kat laman rumah. ikat kat pokok mangga. tapi tak sampai dua minggu, dahan pokok mangga pun patah sebab buaian tu naik dua orang sekaligus. err.. apapun, terima kasih mak. end of story.

aku sure.. dalam sepuluh tahun akan datang, anak anak jiran aku akan faham kenapa mak ayah diorang buatkan buaian dan bagi permission untuk berkhemah dengan adik beradik dan kawan kawan kat luar rumah diorang.

agaknya, kalau aku dah ada family sendiri nanti, aku pun nak berkhemah kat laman rumah. aku nak tanam pokok mangga lepas tu buatkan buaian untuk anak anak aku. biar diorang ada kenangan masa kecik. cheh! berangan like a boss! kahwin pun tak lagi. haha.

yela yela. nak pergi belajar masak la ni. *berlalu ke dapur*

oke semua. jumpa lagi lain kali.
sekian terima kasih.

Monday, April 30, 2012

ice queen vs cinta


hai korang. hari ni aku nak bincangkan satu topik iaitu ice queen vs cinta. bukan ice cream ya. ice queen.



'ice queen' dan cinta memang dua perkara yang jauh berbeza. 'ice queen' - satu term yang kita gunakan kepada perempuan perempuan yang nampak cool dan takde perasaan pada zahirnya. sejuk. dingin. beku. ice queen ni, walaupun digoda macam mana sekalipun, jangan mimpi la nak menunjukkan respon yang positif. macam takde apa apa yang berlaku. susah untuk kau tengok dia menangis atas sebab cinta. entah entah, tak pernah pun bercinta.

cinta pulak ialah perasaan yang lahir dari hati tanpa dipaksa. perasaan yang hangat. perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. indah. jantung berdegup pantas dengan kadar nadi 120 denyutan seminit. butterfly fluttering in the stomach. entah. itu apa yang orang cakap. aku sekadar menulis semula dalam blog ni. kalau ditulis dalam persamaan linear, lebih kurang begini gaya gayanya :

ice queen + cinta = x

x ialah unknown yang perlu kita cari. suatu keberangkalian. kebarangkalian bahawa cinta itu berhasil ataupun tidak.


persoalannya, bolehkah dipersalahkan golongan ice queen ini bila dia memilih untuk mengatakan 'tidak' pada cinta? selalunya, bila golongan ice queen ini single dan tidak berpunya, macam macam persepsi yang boleh kita dengar :

1) ice queen terlalu memilih.
2) ice queen terlalu cerewet.
3) ice queen terlalu sombong.
4) ice queen jual mahal.
5) ice queen bajet bagus.

dan macam macam lagi.

agak agak korang, kenapa ice queen boleh wujud? adakah golongan ini tak percaya pada kewujudan cinta? aku ada juga fikirkan tentang faktor faktor kewujudan ice queen. mengapa ice queen boleh menjadi sejuk beku macam slurpee 7 eleven ataupun ice blended each a cup?

aku rasa berikut adalah faktor penyebab ice queen tegar menjadi seorang yang sejuk beku :


1. gagal dalam cinta pertama. perempuan ni lumrahnya ialah seorang yang setia. susah nak jumpa perempuan yang tak setia. kalau seseorang perempuan itu berkahwin, suami dia merupakan orang yang paling bertuah dalam dunia sebab perempuan ialah golongan yang paling susah nak buat sesuatu keputusan. sebab perempuan kebanyakannya tak tetap pendirian. tapi bukan semua ya. sesetengah je. terutamanya bila melibatkan sesuatu keputusan yang berlaku sekali seumur hidup. kena betul betul kuat hati untuk buat keputusan sebab takut menyesal kemudian hari. jadi, sama la jugak kalau seseorang perempuan bercinta. kalau dia dah ada seseorang yang istimewa dalam hati dia, susah untuk dia memikirkan ataupun nak pandang lelaki lain. sebab tu kalau perempuan gagal dalam cinta pertama, diorang akan frust menonggeng dan kadang kadang amik masa yang lama untuk pulih semula. perempuan ni hatinya rapuh. macam biskut oreo. kena rendam sikit dalam susu suam mulalah hancur bersepai.

solution : mereka decide untuk jadi lebih tegas. to be an ice queen is the answer.

2. pengalaman rakan rakan yang bercinta. selalunya, golongan ice queen ni terdiri daripada orang yang single. orang yang single selalu menjadi 'baldi' tempat bestfren diorang spill over segala masalah percintaan bagai yang selalunya dianggap masalah tahap dewa19.

boyfren aku merajuk - spill kat si single.
boyfren aku taknak belikan beg prada tu, padahal tengah sale 70% - spill kat si single.
boyfren aku tak reply text - spill kat si single.
boyfren aku busy - spill kat si single.
boyfren aku cakap perempuan lain lagi cantik dari aku - spill kat si single.
boyfren aku senyap senyap dah 5 bulan couple dengan bestfren aku sendiri - spill kat si single.

jadi, bila si single ni menjadi tempat untuk meluahkan segala gala masalah lovey dovey ni, secara automatiknya si single akan mendengar dan cuba jugak untuk selesaikan setiap satu masalah tu. yela. kata BFF. bestfren forever. takkan tak boleh nak tolong kot. *mata ke atas*.

disebabkan si single dah terlalu kerap mendengar cerita cerita macam ni daripada kawan kawan diorang yang dah bercouple, maka secara automatiknya si single akan menjadi seorang yang lebih berhati hati dalam membuat sebarang keputusan untuk bercinta. selalunya golongan ice queen ni akan rasa bercinta tu lebih banyak keburukan daripada kebaikan.


solution : lebih baik tak payah bercinta. cukuplah sekadar menjadi golden bucket untuk semua bff diorang. i rela noks, i rela. to be an ice queen is the answer.


3. takut terluka atau dikecewakan. bercinta ni sama macam berani mengambil risiko untuk setiap tindakan yang kita buat. sebab tu orang selalunya bercinta pakai hati dan emosi. bukan pakai akal. masa bercinta semua indah. semua terbaik. semua terhebat. tapi bila dah putus, bawak haluan masing masing, mulalah nak cari kesalahan orang lain, ego tu tinggi melangit. masing masing taknak mengaku salah. masing masing taknak mintak maaf. yang perempuan ni selalu sangat jadi mangsa. yelah. we all girls ni kan berhati lembut selembut sutera kan.. *mata ke atas*. kalau tak salah pun, terpaksa jugak mengaku salah dulu. mintak maaf dulu. kalau tak mengaku dan mintak maaf dulu, dikatakan keras hati. kepala batu. perempuan tak sesuai keras keras ni, oke? kena la ikut je apa je cakap boyfren walaupun suruh terjun dalam gaung sama sama. *mata ke atas*

solution : sebab taknak sakit untuk kali kedua dan seterusnya, to be an ice queen is the answer.


4. hilang kepercayaan. selalunya terjadi apabila salah seorang dapat tau yang pasangan diorang curang. ada orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.


kepercayaan ni susah untuk kita bina. kadang kadang makan masa bertahun tahun barulah kita boleh percaya kat seseorang. tu pun aku tau bukannya 100%. betul tak? tapi untuk buat kepercayaan tu hilang, amik masa sekelip mata je. sebab tu kalau kita nak percaya kat orang, tak boleh 100%. sebab bila kita dikecewakan oleh orang yang kita percaya sungguh sungguh tu, impak dia dahsyat wooo. boleh makan masa untuk sembuh balik. macam trauma jugak la. satu je masalahnya. bila kepercayaan tu hilang untuk seseorang, kesannya ialah orang lain akan dapat tempiasnya sekali. contohnya, ice queen ni dah tawar hati untuk terima orang lain bila pengalaman first love dia membuatkan dia susah nak percayakan orang lain lagi. senang kata, takut sejarah yang sama berulang lagi.

solution : trust is like a paper. last paper *style lawak ke der*. to be an ice queen is the answer.


5. tak puas jadi single. rasa diri sendiri muda remaja lagi sepanjang masa. hei hei hei.. umur tu cuma nombor je kannn *mata ke atas*. yang sebenarnya belum puas berbakti dekat mak ayah lagi. belum beli rumah banglo. belum beli kereta ferrari. belum melancong pergi korea. selagi wishlist tu belum cross-off, selagi tu ice queen nak membatukan diri dan berhibernasi dalam gua yang gelap dan sejuk. dalam dunia sendiri. biarlah orang lain bahagia bercouple, tapi dia bahagia jadi single.

solution : selagi jodoh belum datang seru, to be an ice queen is the answer.




sebenarnya, bagi aku, tak salah menjadi seorang ice queen. aku respect golongan ice queen ni. golongan ni membuktikan bahawa perempuan pun boleh jadi independent. perempuan pun kuat dan tabah bila diduga dengan cabaran macam ni. tapi, ada juga sebenarnya pros and cons menjadi seorang ice queen :

pros : 
1. menjadi ice queen bermaksud menjadi tegas dalam lembut. kalau tegas memanjang pun tak boleh. nanti orang benci sebab tak boleh dibawa berbincang. lembut sangat pun tak boleh. nanti orang pijak kepala. kesilapan dalam pengalaman bercinta yang lepas lepas tu jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. we don't want banana to fruit two times, you know.

2. menjadi lebih berhati hati dalam membuat sesuatu keputusan. buat keputusan secara rasional. bukan emosional. act like a lady. think like a man. fikirkan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah. ambil masa secukupnya supaya kita tak menyesal bila dah buat sesuatu keputusan. masa ialah sahabat kita yang paling baik. sebab tu ada pepatah, masa boleh mengubah segalanya. masa boleh meredakan kemarahan. masa boleh membuatkan kita lebih mengenali seseorang dengan lebih baik. masa boleh mengubah perasaan benci kepada sayang. masa boleh menyembuhkan.

3. muhasabah dan perbaiki diri. ice queen juga seorang manusia yang ada banyak kelemahan. tempoh menjadi single adalah masa yang paling baik untuk melakukan perubahan. akui kelemahan dalam diri dan perbetulkan. belum terlambat untuk berubah. masa single inilah takde pengaruh dan gangguan luar. kalau tak nanti sikit sikit main mesej. sikit sikit call. sikit sikit keluar dating. bila nak belajar mempersiapkan diri? yang dah bercouple perlu bahagi masa antara cinta dengan persiapan menghadapi rumah tangga. ice queen, masa single inilah masanya untuk anda membentuk jatidiri yang lebih elok dan sempurna. belajar masak. belajar mengurus rumah tangga. jangan sedih sedih. dah terer nanti boleh la jadi isteri yang pandai menguruskan segala galanya. kan?

cons :
1. kita tak tahu jodoh kita ialah siapa. ice queen, bila sampai masanya jodoh itu tiba, jangan pulak menolak takdir. jodoh tu rahsia Allah. jangan malas untuk berusaha. jodoh takkan jatuh dari langit macam tu je. jodoh itu juga rezeki. maksudnya kalau kita tak berusaha, jodoh takkan datang menyerah diri naik kuda putih bagai macam dalam fairytale. no no no. Allah dah siapkan jodoh kita. berdoalah. mohon supaya jodoh kita dapat menerima dan menyayangi diri kita seadanya.

kesimpulannya, aku harap entri ni dapat dijadikan pengajaran buat semua. tak kira la sama ada korang single mahupun double. jangan dipersalahkan golongan ice queen kerana masih single lagi. ini tidak adil bagi mereka. mungkin mereka just being protective ke atas diri masing masing. who knows? jangan risau. ice queen pun sebenarnya ada perasaan jugak. saja je taknak tunjuk sebab nak tunggu orang yang betul betul kuat semangat bawak cinta sejati diorang. kan? entah. mana aku tau. aku pun pakai main agak je. haha.

sekian sahaja entri aku. sekian terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...