mereka yang hebat

Sunday, May 6, 2012

sweet child o' mine. swing swing.


*credits to guns n' roses and also the all-american rejects for the title of this entry.*

jiran depan rumah aku memang sweet. i mean.. SANGAT sweet. hmm. serius. setiap hujung minggu.. jumaat malam sabtu, diorang akan pacak khemah dan tidur kat laman rumah. memula, aku tak perasan pun yang setiap hujung minggu, diorang akan berkhemah kat luar rumah. mungkin sebab praktikum 3 bulan, jadi aku dan housemate jadi macam zombie.. tak perasan sangat perubahan perubahan aneh yang berlaku kat luar rumah. sampai la pada suatu pagi ni, housemate aku nampak khemah berwarna biru yang suspicious di laman rumah jiran aku. kemudian, minggu depannya.. hujung minggu jugak.. housemate aku notice benda yang sama. then kitorang pun conclude yang setiap hujung minggu, jiran aku memang suka buat  'mini vacation' kat laman rumah diorang setiap hujung minggu.

aku pun taktau berapa umur jiran aku tu. taktau berapa ramai anak anak dia. tapi yang aku pasti ada anak lelaki dan anak perempuan. semua masih sekolah lagi. yang suka berkhemah tu anak sulung kot. mungkin dalam form 2 ke form 3 kot. kadang kadang kawan kawan dia join jugak dua tiga orang. adik adik lelaki dia yang kecik tu pun tumpang sekaki jugak. comelnya la hai. tidur ramai ramai dalam satu khemah. pagi paginya pulak sarapan sama sama kat luar khemah..

AAWWWWW SWEETNYAA!



jiran aku ni jugak ada sebatang pokok mangga yang besar dan rendang dekat laman rumah diorang. jadi khemah tu redup sikit bila dipacak dekat dengan bawah pokok mangga tu. yang lagi best tu, ada buaian kat pokok tu. anak jiran aku yang paling kecik (kalau tak silap aku la) tu seorang budak perempuan. umur dalam 6 ke 7 tahun kot. selalu kalau petang petang dalam pukul 5 macam tu, dia akan naik buaian tu dan main buai buai dengan lagi sorang kawan dia. pun budak perempuan jugak. seronok betul aku tengok dia main buai. kadang kadang tu dia leka sangat main sampai tak perasan yang aku tengah stalk dia main buai sambil sambil aku siram pokok bunga kat depan rumah. haha.

sebenarnya, bila aku tengok buaian kat pokok mangga tu, aku teringat balik zaman kanak kanak aku. banyak betul kenangan aku dengan buaian yang diikat dekat pokok mangga ni. arwah atok dengan pakcik aku dulu pun ada buatkan buai kat pokok mangga kat tepi rumah atok aku. masa tu aku kecik lagi. dalam 5 tahun. jadi, bila setiap kali aku balik kampung, aku mesti akan main buai tu. tak kira la walau tengah hari rembang pun mengada ngada jugak nak main buai bajet princess princess. pernah aku main buai kat luar rumah atok sampai aku demam. peh. penangan buai kat kampung tu sampai buat aku demam jadinya. cucu atok yang perempuan bukan aku seorang. ada ramai. jadi kadang kadang tu sampai berebut rebut main chop chop siapa nak main buai dulu. jadi kalau dah dapat je buai tu, mesti susah nak bagi kat orang lain pulak. hahaha. memang tak matang langsung waktu tu!

untuk selesaikan masalah ni, arwah atok dengan pakcik aku binakan tiga buai serentak. macam yang ada kat playground tu. tapi ni buat sendiri. pakai kayu pulak tu. mana ada orang lain buat? haha. selesai. tak payah nak berebut bagai kalau nak main buaian. yang dekat pokok mangga ada dua, yang atok buatkan ada tiga. penuh keliling rumah atok dengan buaian jadinya. kadang kadang boleh siap buat pertandingan pulak tu. heiiii. malu pulak kalau ingat ingat balik. aku ke tu yang buat benda benda macam tu dulu? hahaha. hadoi.


main sampai demam.

habit main buai kalau balik kampung ni terbawa bawa sampai umur aku 14 tahun. aku stop pun sebab lepas tu buaian yang macam kat playground tu dah roboh. so dah tak mampu la nak main lagi. lama gila buaian tu berkhidmat. nak dekat 8 tahun. tinggal la buaian kat pokok mangga. tapi lepas arwah nenek pergi, aku pun dah tak main buai lagi walaupun buai kat pokok mangga tu masih ada lagi. sebab sayu. selalunya kalau aku main buai, aku mesti nampak nenek kat luar rumah. sekarang takde dah. 

jadi, setiap kali aku nampak lagi buaian yang diikat kat pokok, nak nak kat pokok mangga pulak tu..




aku mesti akan teringat arwah atok dengan nenek. sebab selalunya kalau kitorang main kat luar rumah, atok dengan nenek ada sekali kat luar rumah. kadang kadang nenek sapu sampah, jemur kain.. atok pulak kadang kadang bertukang, petik kelapa muda, pastu ajak cucu cucu dia minum air kelapa kat bawah pokok nangka. indah betul masa tu.

bila aku fikir fikir balik, dan relate dengan apa yang aku lalui masa kecik dulu, aku dapat rasa yang buaian tu jadi tanda kasih sayang atok kat cucu cucu dia suatu masa dulu. yela.. family aku duduk jauh dengan atok. jadi kalau sebulan sekali balik, yang aku dan adik perempuan aku serbu ialah buaian dulu. atok mungkin tak tau nak tunjuk kasih sayang dia. tapi dia tunjukkan dengan buatkan buaian supaya cucu cucu dia ada hiburan kalau balik kampung. terharu pulak rasa. bukan senang nak buat buaian tu. tambah lagi kalau nak ikat buaian tu kat pokok mangga, nak pindahkan kayu kayu besar jadi tiang buaian, nak cari tali sauh kapal tu, nak potong dan haluskan kayu untuk jadi papan buaian.. semua tu bukan kerja senang. tapi sebab atok sayang, atok buat jugak.

disebabkan kerinduan yang teramat pada buaian kat kampung sampai terngigau ngigau, mak aku pun buatkan la buaian kat laman rumah. ikat kat pokok mangga. tapi tak sampai dua minggu, dahan pokok mangga pun patah sebab buaian tu naik dua orang sekaligus. err.. apapun, terima kasih mak. end of story.

aku sure.. dalam sepuluh tahun akan datang, anak anak jiran aku akan faham kenapa mak ayah diorang buatkan buaian dan bagi permission untuk berkhemah dengan adik beradik dan kawan kawan kat luar rumah diorang.

agaknya, kalau aku dah ada family sendiri nanti, aku pun nak berkhemah kat laman rumah. aku nak tanam pokok mangga lepas tu buatkan buaian untuk anak anak aku. biar diorang ada kenangan masa kecik. cheh! berangan like a boss! kahwin pun tak lagi. haha.

yela yela. nak pergi belajar masak la ni. *berlalu ke dapur*

oke semua. jumpa lagi lain kali.
sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...