mereka yang hebat

Saturday, January 22, 2011

akhirnya, BUKIT BROGA..



20.01.2011
lokasi : bukit broga, semenyih.

alhamdulillah. tercapai juga impian aku untuk menawan puncak bukit broga. hajat yang belum pernah tertunai selama ni.

perjalanan bermula pada pukul 9.30 malam, 19.01.2011.

mira. ejad. wan. ajni. aku.

kami bertolak dari maktab untuk menikmati makan malam di ampangan. kemudian menonton cerita 'khurafat' yang start pukul 11 malam di jusco seremban 2. habis je cerita, kami pergi 'ngeteh' di restoran azhaar maju untuk 'membunuh masa' = to kill the time. sambil tu sempat lagi tengok perlawanan bola di espn. syria lawan jepun. 0-0. dan lagi satu match aku tak ingat. iran lawan..?? entah. tapi 2-0 la yang pastinya.

dalam pukul 3.30 pagi, kami bertolak ke bukit broga. sebenarnya, harap je ramai yang pergi, tapi sorang pun taktau di manakah keberadaan bukit broga itu. huh. macam macam. nasib baik la ejad pernah tanya babab kat mana bukit broga tu, sebab babab pernah pergi dengan reza dulu.

jalan ke broga memang sunyi gila. takde kenderaan pun lalu memandangkan waktu tu memang pagi gila. meremang jugak bulu roma. dah la baru lepas tengok wayang cerita 'khurafat' pulak tu. ini semua idea gila ejad. jom salahkan ejad ramai ramai. *haha gelak jahat*. cuma ada satu dua lori yang lalu di situ. dengan lajunya ya tuan tuan dan puan puan. haish.

kami sampai sejam lepas tu. tepat pukul 4.30 pagi. tiba tiba, aku bersuara..

"sini ada toilet, tak?"

yang lain lain pandang aku. aku senyap je. dah tu, takkan nak tahan dua tiga empat jam, kot? aiseh. tak boleh jadik ni. tiba tiba mira pun cakap..

"ehem. aku nak gi toilet jugak. hehehe"

maka, kami pun berpatah balik ke pekan broga. terima kasih kepada restoran apek di tepi jalan yang kami tidak tahu namanya. kami berlima pun melepaskan hajat di situ setelah meminta keizinan beliau. terima kasih, pakcik cool. tahniah pakcik. awal pakcik bangun.

kami meneruskan perjalanan. pukul 4.45 pagi sampai semula di kaki bukit broga. kereta kancil pun elok diparkir di kawasan ladang kelapa sawit di situ.


papan tanda ke bukit broga.

lepas tu kami pun mula mendaki. aku la yang paling tak boleh harap sekali. tak fit langsung. setiap 30 meter aku asyik nak berhenti je. kesian kawan kawan lain yang tunggu aku. siap bagi motivasi la, nyanyi la bagai nak bagi semangat kat aku. aku tak larat nak bercakap pun diorang ajak berbual. geram betul. apapun, terima kasih la kat diorang ni. tapi kalau dah namanya degil, tak larat pun larat laratkan jugak. hmm.

kami sampai ke puncak bukit yang pertama pukul 5.30 pagi. oh, memang lambat sebab aku asyik berhenti je. hadui. sampai kat atas, nampak bulan memang cantik gila. kami lepak sekejap di situ dalam sepuluh minit.



ada juga orang yang menunaikan solat subuh di atas puncak bukit itu. walaupun awal pagi, tapi puncak bukit dah sesak dengan orang. macam pesta. kami pun meneruskan pendakian ke puncak bukit yang kedua. dalam lima ke sepuluh minit, kami sampai di atas puncak bukit broga yang kedua.

lepas ni, biar gambar yang bercerita. silalah menikmati.


bulan berbentuk love.



keramaian.



awal pagi.



lalang.



matahari terbit.



kawan kawan.




habis.

le housemates's wishlists : bukit broga.
crossed-off. 
:)

misi selepas ini : gunung datok. insyaAllah.


*link tambahan* . kejadian ini berlaku pada hari yang sama ketika pendakian kami di bukit broga.

Monday, January 17, 2011

two is better than one?



robot + handphone = rophone. rawwrr~

ni apa kes la aku bubuh tajuk entri camni, kan? tetiba je kan. eh, usah pelik ya. bukan 'berdua lebih baik' tu yang aku maksudkan. tapi isu dua nombor telefon. hmm. benarkah 'two is better than one'?. like, i mean, betul ke ada dua nombor telefon itu lebih baik daripada ada satu nombor telefon je? best ke?

oke. kita lihat dari sudut positif dulu. kalau ada dua nombor telefon, selalunya mesti ada dua hanphone. kan? dan kelebihannya ialah ;

Situasi 1 :
kalau la tiba tiba ditakdirkan bateri handphone A kong, maka sudah tentu handphone B masih boleh menerima call dan sms. kan? tapi kalau ada handphone yang pakai dua sim dalam satu handphone tu amende pulak kesnya? macam handphone CSL tu. *ini bukan iklan ye. harap maklum*. tak ke macam sama je kalau ada satu sim kad je dalam handphone tu? hehehe. itu tak pelik kata roommate aku. sebab dia pakai handphone yang ada dua sim. dan dua dua adalah line yang sama. oh. yang ni kena tanya dia sendiri apa sebab, jangan tanya aku. hehe.

Situasi 2 :
dua dua sim adalah berlainan line. maksud aku, contohnya satu celcom dan satu lagi maxis. setahu aku, kedua dua line ni ada pelan untuk kadar rata ke semua talian, kan? (kalau tak salah la). so, persoalannya : kenapa ada dua nombor pulak ni? hmm. sebabnya ialah tak semua orang pakai pelan yang kadar rata tu. contohnya, walaupun celcom ada 8-Pax or whatever, still line yang lain dia akan charge dengan kadar lain. so, untuk memudahkan, orang akan membeli dua nombor yang berlainan line. yang celcom ke celcom, dan begitulah sebaliknya untuk line line yang lain.

oke. tutup cerita pasal the positive side. pasal the other side pulak (aku tak nak cakap ianya adalah the negative side sebab mungkin akan menimbulkan kontroversi ye. ehem.)

Situasi 1 :
ada pasang spare part. oh, susah untuk dinafikan yang ini sebab dari zaman aku sekolah pun ramai je yang pakai dua atau lebih nombor. contohnya : untuk si A pakai celcom, si B pakai maxis, si C pakai digi. hambik kau. ni dah bukan kayu tiga lagi dah. ni madu tiga namanya kalau macam ni. *erk* . yang susahnya ialah, kalau pengguna dua nombor dalam situasi ni tersalah panggil nama 'cute bajet comel' yang korang bagi ; contohnya A=yang. B=darling. pastu kau salah panggil dua dua tu. macam mana? ha. terpaksa cover baik punya la. apa lagi. kalau kantoi jugak? hmm, korang gaduh la sampai esok pagi. huu.

Situasi 2 :
agak berkait rapat dengan situasi 2 yang positive side itu. tapi kelemahannya di sini ialah ; ditakdirkan la handphone A kena curi. menangis meraung la korang. pastu nombor nombor yang korang simpan hilang pulak. contohnya handphone A=maxis=untuk pengguna maxis. pastu pulak korang tak duplicate nombor nombor tu kat handphone yang lagi satu. hmm. agaknya kalau nombor mak, ayah, dan kawan kawan korang mesti tak rasa apa apa kan? abes tu kalau yang hilang tu nombor 'mamat-hensem-yang-korang-baru-jumpa-kat-JUSCO-semalam'? hmm. menangis lagu doraemon la korang jawabnya.. kwang, kwang, kwang~~

jadi macam biasala. semua benda ada pros and cons kan. pandai pandai la nak guna macam mana. eh, tapi semalam aku baca kat iklan kat internet, maxis keluarkan nombor baru. 011. sempena tahun 2011 ni.

macam best je kan?

hihihi.. ^^

Sunday, January 16, 2011

happy birthday, encik syed azman



15.01.2011.
sabtu.
sudah 25 tahun rupanya.
hari ini.


saya doakan ;
1. anda jadi orang yang soleh.
2. anda jadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa.
3. anda jadi cikgu yang cemerlang.
4. semoga panjang umur.
5. dilimpahkan rezeki yang berkat.

amin. :)

*usia hanyalah angka. ia tidak bermakna apa-apa.*

yang penting hati.. sentiasa muda?? err.. hahaha!

Sunday, January 9, 2011

siapa gagah?

hari ini birthday afiqah azhari. happy birthday AFIQAH AZHARI! dia ni some sort like junior aku zaman aku sekolah menengah dulu. kalau ikutkan aku ni tak layak la digelar senior kot sebab istilah 'senior' tu hanya boleh dipakai kalau aku dah duduk kat sekolah tu selama lima tahun berturut turut. plus, i hate that term. senior-junior. best sangat ke jadik senior weh?

oke. cut the crap.

hari ini aku nak share pasal gagah. amende la gagah ni sebenarnya, ek? adakah muscle ketul ketul tu gagah? adakah?


hambik kau. nak sangat muscle ketul ketul kan?

ni cuma pendapat aku jela. bagi aku. tak. kalau ada muscle ketul ketul itu tak melambangkan yang kau gagah. definisi gagah lebih luas daripada tu. kalau kau boleh kawal marah, itu gagah. kalau boleh bersabar kena maki, kena kutuk, itu gagah. kalau tahan cabaran, itu gagah. kalau kau kerja dan belanja orang lain makan dengan hasil titik peluh kau sendiri, itu gagah. ya. benda benda kecil macam ni, selalu orang tak nampak. ke buat buat tak nampak? hmm. entah ya.

orang sekarang aku tengok ramai yang tak gagah. tak gagah sebab tak boleh kawal marah. tak boleh bersabar. sebab tu kita selalu tengok dalam suratkhabar, dalam berita kes bunuh bunuh padahal satu family kot. suami-isteri, menantu-mertua, anak-bapak, bla bla. bukan orang lain pun. siap simbah asid bagai. kot ya pun kau kuat, tak payah sampai tahap nak bunuh bunuh cederakan orang bagai. masing masing ada agama. patutnya dah boleh fikir mana baik, mana buruk.

lagi satu bab kerja. cerita pasal kerja ni, aku ada seorang kawan. anak orang berada. tapi kerja satu tempat kerja dengan aku lepas aku habis SPM dulu. kerja dari pukul 9.30 pagi sampai 11 malam tapi gaji ciput gila. campur OT pun tak sampai rm 600 kot? what the.. oke, tempat kerja aku tu memang *ehem rasa macam nak bakor je* sikit. aku pelik la kenapa dia kerja. aku pun tanya la kenapa dia kerja? tahu dia jawab apa? ini jawapan dia :

"kau ingat semua anak orang kaya duduk goyang kaki je kat rumah? peh. aku malu kot habiskan duit mak ayah. yang kaya diorang. bukan aku."

mak aih. terkena sedas aku kat situ. aku nak cakap apa lagi. senyum tak manis jela dengar jawapan dia. yela dah terkena, kan. huhu. kat situ aku belajar, ada jugak yang tak suka orang lain pandang diorang ni sebagai 'penghabih boreh yo'. peh. memang gagah la dia tu. tak sanggup dilayan macam orang berada. dia suruh aku layan dia macam kawan kawan kitorang yang lain jugak. buat dang sudah. dia cakap lagi, "aku takde duit lebih la kalau kau layan aku first class sekalipun. hahaha." dalam nada bergurau.

tengok. gagah bukan fizikal. tapi mental. kalau kena kutuk sikit dah tak tahan, kalau kerja teruk sikit dah menangis guling guling nak berhenti, aku rasa macam nak je pergi kat orang tu dan cakap "kau ni normal, tak?" . hidup kalau tak tahan cabaran, macam tak menjalani hidup sebagai seorang manusia je rasanya. lebih baik jadik kucing je kalau macam tu. dah namanya manusia, mestila hari hari ada je cabarannya. kena berlapar ke, kena berpeluh ke, kena marah ke, kena sindir ke, kena buat BIG ke. *erk*. tulah baru namanya manusia. ye tak?

kesimpulannya, belajarlah jadi gagah. at least esok lusa kalau korang menangis sorang sorang korang tahu cara nak pujuk diri sendiri tu. akhir kata, usah meroyan. sekian, terima kasih.

Friday, December 31, 2010

special edition

entri ni merupakan special edition. kenapa? sebab kalau korang pembaca setia blog ini, mesti korang tahu dalam setiap bulan aku akan berselang seli menulis 3 atau 4 entri sahaja. tapi kali ni, aku tambah satu entri special edition menjadikan bulan ini ada 4 entri semuanya. oke. tak kisahlah tu semua.

sepanjang 365 hari dalam tahun 2010 ni, aku dah rasa macam macam benda dalam hidup ni. tak payahlah cerita lagi. banyak yang aku ceritakan dalam blog. dan kebanyakannya benda benda penting yang pernah berlaku dalam hidup aku. yang kurang penting aku simpan dalam hati sahaja.

sepanjang aku menjadi penulis blog tak rasmi ni, aku selalu fikir, agaknya ada tak yang datang dan baca blog aku ni? suka ke dengan apa yang aku tulis ni? kadang kadang, aku tulis panjang panjang merepek kerepek tapi lepastu kalau orang tak baca memang rasa macam mak nenek yang membebel sorang sorang. uh. korang pernah tak rasa macam tu? ke aku sorang je yang fikir macam tu? *erk*. lepastu sebab nak sedapkan hati aku pun mesti fikir macam ni :

"eh, ada aku kesah? aku punya suka la. blog aku bukan blog kau. ini bukan Cool Blog."

hahaha. mak nenek sungguh aku ni!

takpela. kalau selama ni apa yang korang rasa sama macam apa yang aku rasa, its oke. tak apa, tak apa. chill oh! menurut pakcik ini, follower beriban pun tak guna kalau takde orang baca blog kau. yela, view dan baca pun tak, alih alih jadi follower, kan? so, toksah la menangis berguling guling atas katil sambil pukul pukul dinding bilik kau kalau blog kau tak femes tambah pulak sikit bebenor followernya. jangan ya. tolonglah. jangan. buruk sangat. *nasihatkan diri sendiri jugak ni* huhu. aku rasa, walaupun seorang dua je yang baca blog kau, itu bermakna masih ada orang yang suka baca blog kau dan menghargai apa yang kau tulis. ya. percayalah cakap aku ni. kata kata ni aku petik dari novel 'prince charming' yang ditulis oleh ratu bulan. ehem. kenapa, pelik ke orang macam aku baca novel? err, abaikan tajuk novel tu. cerita dia memang best cuma agak aneh sedikit. ya. aku pun tak berapa faham kenapa aku boleh baca novel tu sampai habis. eh, apa yang aku merepek ni ha? err, oke dah. cukup cukup la tu.

selama aku hidup ni, ada dua orang pernah pesan kat aku supaya jangan berhenti menulis. siapa mereka? biarlah rahsia. kalau ikutkan, aku menulis apa yang aku rasa sendiri. tak ada pun orang suruh suruh. jujur sajalah. itu lebih bagus. tak payah la jadi orang lain. buat penat je nak fake fake bagai. apa yang korang baca, itulah aku. kalau korang rasa apa yang aku tulis macam mendatar je macam plywood, what more can i say? mungkin aku tak reti nak menggedik bermanja manjaan. letak banyak gila smiley dan hahaha dalam satu entri dan tulis macam ni :

"aq xpuas aty. shukenyew pat g midvalley!!!! tEringIn SgT nk bELi bjU pInKy CoLouR tuww!! nSeB bEk CaYuNk bElikAn. I LuB U DaRlinG!!!!!! mmmMMMUUaaaHH ~^*^~ :DD

argh. rimasnya. oke. itu kelemahan aku. aku. tak. reti. menggedik.

akan datang, mungkin aku dah tak guna style 3-4-3 macam entri entri aku sebelum ni. (dah macam strategi main bola pulak dah). lepas ni aku nak tukar style lain. takpelah. biarlah masa menentukan. *mak aih ayat power taknak kalah. menyampah!* (padahal belum fikir lagi hehehe).

yang penting, aku akan terus menulis lagi lepasni. cuma ikut la mood broadband aku jugak. kadang kadang kalau dah tiba hangin nya tak kuasa jugak aku nak melayan kalau lambat sangat nak update blog kan. haha. ya. memang aku pemalas pun. idea mencurah pun tak guna kalau line internet slow gila. merencatkan mood saja.

azam tahun baru? seriously, tiap tiap tahun aku takde azam yang spesifik. yela, kalau ikut logik, semua orang nak jadi lebih baik dari semalam, kan? ada ke yang nak jadik lebih jahat? eh, kalau ada aku rasa mungkin orang itu tak cukup WARAS? *erk*. cuma, err, mungkin aku nak jadi lebih gedik sikit. hei jangan fikir bukan bukan. maksud aku, jadi lebih perempuan sikit. jangan hanya tahu jadi stiff macam plywood yang takde perasaan saja sepanjang masa. hati batu. huu. *tetiba aku rasa macam tak normal pulak*. persoalannya sekarang, macam mana. nak jadik. lebih. perempuan. ya? haha hatoi chek mek molek betol!

last crap, selamat tahun baru 2011. maaf zahir dan batin. :) .

dah tu je. sekian, terima kasih.

oke, aku dah dengar bunyi mercun di luar rumah. dah macam perang dah.

Saturday, December 25, 2010

picture of the month


8.26 pagi.
18.12.2010.
Nasi Lemak Tanglin Sdn. Bhd., Jalan Tanglin, Kuala Lumpur.

aku ditinggalkan kerana Nasi Lemak Tanglin.

ceritanya macam ni. lepas je subuh, aku, mak, ayah, dengan dua orang adik aku bertolak dari kajang ke jalan tanglin dekat area Taman Tasik Perdana haritu semata-mata untuk sarapan dekat Nasi Lemak Tanglin Sdn. Bhd. dah berapa tahun entah tak jejak kaki kat tempat tu. dah tak ingat bila last. nak dekat lima tahun jugak kot. so masing-masing jadi happy tak hengat la kan.

sesampai je kat tempat parking, masing masing terus je bukak pintu kereta. macam dah setahun tak makan, masing masing terus menyerbu nak beratur dekat restoran tu. oke. aku pulak dok terkial kial mencari kamera yang aku letak dalam beg galas ni. aduh, bercampur aduk dengan pampers aina, wet tissue, botol mineral 500 ml, purse, handphone, dan macam macam lagi la barangan yang tak sempat aku nak keluarkan semuanya. cari punya cari, tiba tiba aku terdengar bunyi kereta kena lock. weh, jangan kata..

aku. DAH. KENA. LOCK. DALAM. KERETA?!
APAKAH..??

oke. aku tau bunyinya macam budak budak tapi ini memang benar sebenar benarnya. aku hanya memandang sayu je ahli keluargaku seramai empat orang yang tercinta itu pergi meninggalkan aku terpinga pinga keseorangan di dalam kereta. what the.. aku taktau la nak tergelak ke nak menangis masa tu. haish. aku pun ketuk ketuk la cermin kereta dari dalam (aku duduk seat belakang). tak jalan. aku lambai lambai dari jauh. pun tak jalan. ada kereta blocking pulak. aku ketuk la lagi. lepastu aku nampak segerombolan family naik kereta wira kaler hijau tua betul betul depan tempat parking kereta ayah aku tu. aku pun berhenti ketuk cermin dari dalam. aku pandang diorang. kalau aku terus ketuk cermin kereta masa tu, nampak sangat aku macam kena kidnap. dah la pakai baju kaler merah tak agak agak. macam takde hari lain je kan. haduiyai. apakah? aku terus terdiam tak buat apa apa.

untuk sesaat, aku merenung nasib diri ini.

"KERANA NASI LEMAK TANGLIN, AKU DITINGGALKAN..."

aku pandang tempat duduk sebelah. bagus. handphone emak dengan adik adik aku ada sekali. haila. bahagianya hidup. rasa best sangat macam tengah makan coklat. erk. mula mula aku ingat nak buat diam je tak payah la nak buat lawak calling calling bagai. bajet ala ala mogok lapar la. sekali tu dah lepas lima ke tujuh minit tu still takde orang nak resque 911 aku, maka, aku dengan rasa rendah diri terpaksa la mengecall ayah aku. dari jauh aku nampak beliau yang tengah beratur nak beli nasi lemak tu..

aku : assalamualaikum, ayah.
ayah : waalaikumussalam.
aku : sedap yah makan nasi lemak tanglin?
ayah : eh. mestilah. tengah beratur ni. nina kat mana ni? kenapa pulak call ni?
aku : kat dalam kereta.. *buat suara kesian*
ayah : laa.. cepat la keluar. ramai orang ni.
aku : ayah bukak la pintu kereta ni dulu.
ayah: hah? laa.. terkunci kat dalam ke?
aku : *senyap*. laa.. ayah tak perasan ke?

tak lama lepastu aku nampak adik lelaki aku unlock kereta. tersalah tekan pulak. oke. alarm berbunyi. sangat bagus. aku bukak pintu. lepastu aku terus buat muka selamba pergi kat ayah. meninggalkan adik lelaki aku dengan alarm kereta yang berbunyi tadi terkapai kapai keseorangan. padan muka. hahaha. oh. memang jahat.

setelah beratur panjang, inilah hasilnya.



nasi lemak. ikan bilis. timun. telur. kacang.
sambal sotong. bergedil. daging.
teh tarik.


kan aku dah cakap.
macam tak makan setahun, kan?
sekarang dah percaya, kan?
haha.. (^_^)v

Saturday, December 11, 2010

6 benda yang orang selalu post dalam blog


ini adalah berdasarkan hasil pemantauan dan peng-usha-an blog yang aku lakukan sendiri selama lebih kurang setahun aku memblogkan diri ini. banyak yang ada kat aku, dan banyak juga yang ada kat korang. ape? takde? dah. tak payah nak tipu aku. aku pun pernah masuk blog korang jugak. hee ^^. cuma, err, aku tak drop comment atau follow je kot? *erk*


ah. rama rama you!

6. catatan harian/pengalaman hidup.
ni yang paling selalu orang post. menulis blog ni lebih kurang macam tulis diari jugak. (eh, zaman sekarang ada lagi ke orang yang tulis diari?). jujur cakap, aku tak pernah ada diari. organizer pernah la ada (eh, same ke?). oke. back to the topic, dalam catatan harian ni, ada cerita suka duka yang dikongsi bersama pembaca blogger yang lain. "hari ni aku makan aiskrim haagen dazs" pun orang tulis dalam blog. "semalam aku happy sebab dapat beli purse baru" pun orang tulis dalam blog. dan banyak lagi la. (ini hanya contoh, tak ada kaitan dengan semua kura kura ataupun semut)



malas nak kawan kau lagi dah!

5. kesentapan.
tulis segala yang sentap mentap kat dalam blog. siap dengan carutan maki dan 'kata kata manis' dan 'pesanan terakhir tapi tak mati pun' bagai. blog ialah tempat meluahkan rasa, memandangkan blogger ni ramai orang tak kenal melainkan kawan kawan rapat je. lagipun, dalam tulisan sentap mentap tu kita tak payah reveal siapa yang kita maksudkan pun tak ape. orang tak tau. kira safe sikit la. karang kalau cerita kat kawan, kawan pulak pegi murah hati cerita kat orang lain pulak. dah malu. dah taknak kawan seminggu. huh! taknak kawan!



ke hadapan, ke belakang, ke tepi, dan ke tengah.

4. surat chenta.
ini pun famous. (aku pun ada gak ek?) *erk*. surat untuk orang yang kau sakit hati, surat untuk gewe, surat untuk bakal suami/bakal isteri dan lain lain lagi la. tujuannya untuk menyatakan rasa hati secara berkias. eh, kita kan orang melayu, you. agaknya kalau internet ni ada sistem pengesan bau, mesti surat yang korang layangkan tu siap letak bedak lagi biar bau wangi kan. adeh~



hensem tak aku?

3. review/fakta.
selalunya, review/fakta ni untuk blog secara berjemaah. contohnya satu kelas. kau nak review buku rujukan terbaru, link website terkini, fakta, soalan spot, soalan bocor (hm, ada ke?). kalau blog individu pulak, selalunya tazkirah, fakta umum, review movie terbaru, drama terbaru dan gf/bf terbaru. eh? oke. abaikan je yang last tu.




"apa hobi awak?"

2. hobi/bisnes.
lain orang lain hobi. kalau hobi dia fotografi, dalam blog dia post banyak gambar. kalau menjahit, banyak la barang barang kraf yang dia hasilkan lepastu ada tu yang buat bisnes lagi. oh, kelass mak! ada tu hobi yang suka tanya apa hobi orang. macam ayumi hamasaki.



i lap u. u lap me.

1. cintan cintun
haish. ini la yang aku rasa dalam setiap blog, mesti ada punya entri entri berunsurkan percintaan-kasih sayang-cinta mati-putus sudah kasih sayang dan macam macam lagi la. ini memang tak boleh elak. kalau tak direct, berkias. ala. aku paham sangat. aku kan perempuan. aku tau la. tak payah nak cover. hehe. ala. tak salah pun. hormon adrenalin dengan hormon lup-lup tengah banyak kan. cuma kalau bencintan sangat aku geli la nak baca. rasa seram sejuk. lebih baik korang buat entri review movie : hantu mak limah balik kampung. eh. betul ke tajuk yang aku tulis ni?

dah tu, ape lagi? agak agak kalau takde lagi seperti yang aku senaraikan ni, korang cepat cepat la update blog korang ye. tak payah la malu malu. paling paling pun aku gelak guling guling sorang sorang dalam bilik. bukan ada yang tau pun kan? ehe :). dah. tu je. sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...