mereka yang hebat

Tuesday, December 3, 2013

wau bulan KSSR


bidang : mengenal kraf tradisional
tahun : 1
tajuk : wau bulan

berikut adalah beberapa hasil karya anak anak murid aku dari empat buah kelas yang berbeza dalam tahun 1. markah tu saja je sebenarnya aku bagi. supaya murid dapat motivasi sikit dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

aspek yang aku pentingkan dalam pengajaran wau bulan ni ialah unsur seni dan prinsip rekaan. unsur seni yang aku tekankan ialah garisan, rupa, dan warna. prinsip rekaan pulak dari segi imbangan (simetri), penegasan, dan kontra. mungkin ada yang pelik kalau tengok kenapa ada sesetengah murid yang hasil karyanya aku bagi markah tinggi walaupun hasil karya dia simple daripada yang lain. tapi macam yang aku cakap tadi, aspek pemarkahan diberi jika elemen unsur seni ada dalam hasil karya murid dan prinsip rekaan diaplikasikan, terutamanya ada prinsip imbangan dalam hasil karya murid (walaupun ada yang letak warna tak sama di kedua dua bahagian wau). dan markah tambahan diberi jika ada keaslian dalam karya. sebabnya, ini cuma pendedahan pada murid untuk mengenal bahasa seni visual. takkan la baru ajar sekali dah terus pandai kan? amboi. jangan gelojoh, please.

jadi, macam biasa, sebelum mulakan P&P aku terangkan unsur seni dan prinsip rekaan yang sepatutnya ada pada wau, ciri ciri wau bulan tradisional, contoh hasil karya yang dah siap, demonstrasi, dan macam biasa.. set induksi. nyanyi lagu 'wau bule' la. apa lagi? budak budak darjah satu memang suka menyanyi. kalau boleh dapat mikrofon sorang satu lagi suka gamaknya. rangka luar wau mudah je. aku lukis template nya pakai software paint. kemudian save dalam format jpeg. kemudian fotostat untuk 4 kelas. senang kan? play smart.

ini antara hasil karya murid yang dah siap. banyak lagi sebenarnya, tapi aku pilih randomly. kalau nak upload semua jawabnya makin panjang la entri ni.










yang ni pakai media krayon.










 


dah habis.

sekian, terima kasih.

Wednesday, November 20, 2013

relakan jiwa


aku bukan peminat hazama, tapi entah kenapa aku rasa lagu ni ada feeling dan style macam lagu lagu kumpulan MUSE.

nice music arrangement. 



Saturday, November 9, 2013

kau


rindu yang tak bertangguh saat kau jauh
mengisyaratkan sesuatu dalam jiwa
aku yang tidak bernama

rasa ini
tak pernah kuraih, tak pernah kunanti
aku benci lelah ini

akal dan jiwa tak pernah bersatu
yang terungkapkan lain di zahir, lain di hati

dalam senyap sunyi kau dera perasaan ini
dalam seribu kepayahan aku cuba untuk mengerti

ruang seluas langit bagaikan berpenghuni

kau.


hush,
2240 p.m.

Sunday, November 3, 2013

kemajuan


sepanjang lebih kurang tiga bulan aku mengajar seni tahun 1, anak anak aku yang tahun 1 ni dah pandai :


menyatakan warna asas dan membuat sendiri campuran 
dua warna primer menjadi warna sekunder.




1. mengaplikasi garisan berpancar dalam aktiviti menggambar
2. mengaplikasi campuran dua warna dalam aktiviti menggambar
3. mengendalikan bahan / media basah secara bersih dan selamat


1. membuat confident line terus menggunakan magic pen


mengaplikasikan penegasan dan kontra dalam pemilihan warna dan bahan


1. membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris
2. membezakan antara oil pastel dan krayon



conclusion : never underestimate the power of year 1.




lain kali aku update lagi. buh-bye!

Friday, August 30, 2013

garisan


kali ini entri bergambar. pengajaran ni aku buat sebelum raya. KSSR kan asyik berulang P&P. maka aku pilih untuk buat ini.. garisan menggunakan media kering. tajuknya ialah 'Rumahku Syurgaku'. seronok pulak aku tengok bebudak ni mewarna. tekun je padahal pengajaran yang simple je. tapi nak buat macam mana, tahun 1 punya syllabus kebanyakannya tentang mewarna guna media kering. sebab nak build up psikomotor halus mereka.

berikut adalah beberapa snapshot yang aku sempat amik dalam kelas.








banyak lagi sebenarnya. aku akan masukkan sikit sikit. 

orait. tu saja. till we meet again yaw.

Tuesday, August 13, 2013

beg kertas corak tiupan



sambungan daripada entri yang ini : corak tiupan : edisi minyak kapak

ini adalah antara sebahagian hasil karya anak anak murid aku tahun 5 hijau. ini adalah beg kertas yang dihasilkan daripada corak tiupan tempoh hari. mudah je nak buat beg kertas ni. sama je caranya macam buat beg kertas biasa. bidangnya ialah membentuk dan membuat binaan. boleh google untuk cara menghasilkan beg kertas ni. simple, murah, dan mudah tapi nampak eksklusif. sesuai juga kalau nak buat sendiri untuk letak hadiah bagi kat kawan kawan. kan? tangkai buat pakai reben kain je. ikut warna kesukaan masing masing. semua beg kertas ni dibuat dan dihantar pada hari yang sama. ada 35 beg kertas semuanya.

so, inilah hasil kreativiti mereka..














cantik kan?

tu saja perkongsian kali ni. 
selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin.

sekian terima kasih.

Saturday, July 27, 2013

corak tiupan : edisi minyak kapak


18.07.2013
lokasi : kelas 5 hijau.

sorry for the late post. saja aku tangguh seminggu sebab minggu lepas ada sekolah ganti. memang sangat busy. aku nak ceritakan tentang P&P yang aku dah jalankan pada minggu lepas. pertama kali aku masuk dan mengajar seni kat kelas 5 hijau. memang tak ada yang baharu pun. saja suka suka nak buat corak tiupan. pengajaran yang simple, sesuai la dengan pertama kalinya aku masuk mengajar seni setelah berehat selama hampir setahun.

kali ni punya corak tiupan agak berbeza berbanding sebelum sebelumnya yang pernah aku buat. yang sebenarnya, aktiviti buat corak tiupan ni patutnya aku jalankan sebelum bulan puasa. tapi disebabkan jadual yang asyik berubah dan murid tahap 2 pun asyik ada event saja, maka terjadi la aktiviti ni pada bulan puasa. aku kira agak tak sesuai masanya sebab corak tiupan akan membuatkan anak anak murid korang pening sebab banyak sangat meniup. serius wei. aku tak tipu.

mula mula aku ingat nak tukar pengajaran ni. aku nak buat aktiviti origami. biar buat aktiviti ni lepas bulan puasa. pening kot. karang ada pulak yang 'terbukak puasa' disebabkan aku. tapi tu la kan.. bebudak ni advance gila. rupanya setiap minggu diorang akan angkut barang seni yang aku dah pesan tu ke sekolah. without fail. walaupun aku tak masuk mengajar. aku respect gila kat cikgu zaleha yang pernah mengajar seni kelas ni dulu. budak budak sangat berdisiplin. *kagum sekejap*.

pada hari keramat 18 julai tu, aku pun masuk la kelas 5 hijau. terperanjat beruk mat yeh aku bila melihat bebudak dah siapkan bahan atas meja dah. siap alas meja dengan suratkhabar lagi. tak payah nak suruh keluarkan. setiap orang bawak alat dan bahan sendiri. apron / baju lama pun dah siap pakai. mak aihh. semangat betul. aku pulak yang nervous tengok bebudak semangat gila ni. aku agak mungkin diorang ni suka seni kot time dulu dulu. tu pasal gemuruh jiwa.. semangat membara.. dari puncak kini ke angkasa.. betul ke lirik tu? entah. aku hentam je.

rupanya walaupun dah darjah 5, ada juga yang tak pernah buat corak tiupan ni. kesian pula aku dengar. takpelah. cikgu yang baik hati ni akan mengajar kamu semua, ya. don't worry be happy like me.

kemudian macam biasa, aku tunjuk demo depan kelas. dan kemudian murid pun start buat. tapi bila dah separuh jalan buat, mula la ada yang mengadu pening.

"pening la cikgu main tiup tiup ni" kata mereka sambil picit picit kepala.

mula mula seorang, lepastu dua orang, tiga orang, kemudian satu kelas mengadu sakit kepala. hadoi. hahaha. aku nak je gelak tapi tak sampai hati. yela. sebenarnya aku memang nak batalkan je terus aktiviti corak tiupan ni. tapi bila tengok diorang dah siapkan bahan.. siap dah amik air untuk bancuh warna air lagi.. terus aku tak sampai hati. aku on jugak sambil berharap jangan la ada yang pening kepala pulak tiba tiba.

yang mana pening tu, aku suruh diorang buat je slow slow. jangan gigih sangat tiupnya tu. tak ke mana pun. yang dah tak boleh handle tahap kepeningan yang melampau tu, aku suruh je diorang rest. tapi dah namanya murid murid gigih, mana reti stop. diorang buat jugak sampai siap jemur sekali kat belakang kelas. diorang bukak lampu kemudian pasang kipas kuat kuat biar hasil kerja cepat kering.

kemudian aku offer la minyak kapak pada seorang budak yang pening gila tahap gaban tu. suka gila dia macam dapat shopping baju raya je gamaknya aku tengok. kemudian last last beratur budak budak nak jugak minyak kapak dari aku. dah la sebotol kecik, berebut macam main bola sepak je gayanya. pening sangat lettew. sambil aku letak sikit minyak kapak kat hujung jari diorang tu, aku pun cakap..

"seumur hidup cikgu ajar corak tiupan, ni la pertama kalinya cikgu korbankan minyak kapak cikgu dalam kelas tau."

kemudian budak budak gelak. pening pening pun sempat lagi nak ketawa bagai. banyak betul tenaga diorang ni la.

berikut ialah antara hasil karya corak tiupan edisi minyak kapak kelas 5 hijau..

















cerita tak habis lagi.

lepas habis je masa aku, aku pun keluar. kemudian subjek seterusnya untuk budak budak ni ialah bahasa arab. ustaz adam pun masuk macam biasa. dan mengajar macam biasa. tengah sibuk mengajar kat papan putih depan kelas ni, bila beliau toleh belakang je, semua dah port baik punya atas meja. semua mintak time-out sebab dah pening sangat. ada yang dah siap tidur dah pun.

akhirnya ustaz adam pun bagi la time-out. jangan bising sudah.

pehhh. tudiaaa penangan corak tiupan edisi minyak kapak kali ni.

tepat pukul 1 petang, ketua kelas pun datang hantar semua hasil karya kat aku. semua murid hantar kecuali yang dua orang je. yang dua orang tu hantar kemudian.










next time i'll upload about the next P&P.

till then. sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...