mereka yang hebat

Sunday, July 29, 2012

corak titisan warna atas kanji


pada entri lepas aku ada ceritakan tentang cara cara membuat gam kanji, bukan? sekarang aku nak cerita pulak kegunaan gam kanji yang aku buat tu dengan pengajaran yang aku dah ajarkan pada budak budak tahun 2 kristal kesayanganku itu.

jadi, inilah corak menggunakan teknik titisan warna atas kanji yang aku dok ulang ulang dari entri lepas.. sebelum aku ajarkan pada murid, tengah malam yang sama lepas aku sediakan gam kanji ni, aku terus buat satu contoh hasil karya sebagai contoh dan tatapan anak anak murid aku kat kelas nanti. lebih kurang macam ni la rupanya..


p/s : abaikan kaler yang serabut kat tepi tepi tu.
yang tu first attempt. lepas tu baru nampak oke sikit.
masa buat ni aku dah mengantuk gila. 
haha.

langkah langkah :
1. mula mula, alaskan dengan suratkhabar atau kertas kosong kat belakang kertas lukisan yang digunakan untuk membuat corak. ini untuk mengelakkan daripada kertas lukisan melekat dekat atas lantai atau atas permukaan tempat kerja.

2. sapu gam ikut baris (sapu pakai berus lukisan). kemudian, sementara gam masih basah, titiskan warna faveret anda atas gam kanji tu. perlahan lahan, perhatikan arah pergerakan warna tersebut. sebijik macam lumut yang baru tumbuh. macam virus pun ada bak kata housemate ku. haha. macam macam.

 yang ni masih baru buat lagi. gam belum lagi kering.

corak yang di close-up. campuran warna amat dialu alukan.
macam lumut kan?

kemudian, dengan semangat yang membara, aku pun masuk mengajar mereka tepat pukul 11.55 pagi. sengaja aku pilih bilik seni sebab melibatkan penggunaan warna air. bilik seni ada sinki dan kebetulan dekat tingkat bawah. so, senang sikit untuk aku dan jugak untuk budak budak.

mula mula, macam biasa, aku akan tunjuk demo dulu sebelum suruh diorang buat sendiri. lepas diorang dah faham dan start buat, aku sempat candid gambar diorang masa diorang semua ni sibuk siapkan hasil karya.








yang ni. aku suka gambar ni.
priceless. 
rindu pulak kat diorang tiba tiba.

gambar bawah ni adalah antara karya diorang yang separuh siap. belum kering lagi.



hasil karya ni memerlukan masa selama 2 hari untuk dikeringkan. itu pun aku keringkan atas meja dalam bilik seni. kalau terus jemur bawah cahaya matahari mungkin sekejap je dah kering. tapi kalau cahaya matahari terik sangat, kertas lukisan akan jadi meleding. akibatnya, hasil karya akan jadi kurang sempurna. sebab tu kena cari tempat yang kering dan suhu yang tak panas sangat untuk keringkan karya ni. 

berikut adalah antara hasil karya murid murid 2 kristal yang sempat aku rakam. ada yang betul betul menjadi. ada jugak yang kurang menjadi, tapi ni antara yang terbaik yang dah dihasilkan oleh mereka.






yang ni boleh diberi band 4
tengok corak tu. memang menjadi, kan?

sepanjang pengajaran ni, satu je yang menjadi kelemahan. anak anak murid aku tak bawak apron atau baju lama walaupun aku dah pesan. akibatnya, habis la baju sekolah diorang dengan percikan warna warni kaler poster. mesti balik rumah mak marah kaw kaw gila! haha. jadi, kepada cikgu cikgu yang nak laksanakan pengajaran ni, jangan jadi macam aku. anda pesan siap siap kat budak budak ni berulang ulang kali supaya bawa apron. dan, untuk langkah keselamatan, sediakan jugak banyak suratkhabar atau plastik sampah untuk dijadikan 'apron' diorang. biasalah. nama pun budak darjah 2 kan. 

lagi elok jika lain kali, kalau ada pengajaran yang melibatkan warna air ni, didik diorang supaya berhati hati dan jaga kebersihan. bancuh warna dengan berhati hati. jangan main tenyeh berus lukisan yang ada warna kat baju kawan. singsing atau lipat lengan baju supaya hujung lengan baju tak kena kaler. dan lain lain lagi safety precaution yang terlintas dalam kepala anda, boleh juga dipraktikkan di dalam kelas.

itu sahaja perkongsian untuk kali ini. 

selamat mencuba kepada semua warga pendidik.
majulah pendidikan seni visual untuk negara!
sekian terima kasih.

Tuesday, July 24, 2012

sempena ramadhan, maka aku titipkan



ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 
ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.



gam kanji demi cinta kristal


hari ni aku nak ceritakan proses pengajaran yang melibatkan bidang membuat corak dan rekaan dalam subjek pendidikan seni visual. aku ajar untuk KSSR tahun 2. disebabkan KSSR ni asyik berulang je pengajaran yang sama, maka aku sebagai cikgu ni pulak yang rasa bosan. takkan la dalam setahun kita kena ulang pengajaran yang sama 2, 3 kali? kalau yang susah takpe gak.. tapi kalau yang senang pun ulang 2, 3 kali gak, tak berkembang la minda diorang ni. so, disebabkan kesedaran sivik itu, aku pun try ajar something yang agak baru untuk murid murid tahun 2 yang aku kasihi ini. teknik yang aku guna kali ni ialah teknik titisan warna atas kanji. 

pertama sekali, kita sebagai guru yang berdedikasi ini kenalah sediakan gam kanji. pada sesiapa yang tak tau dan tak pernah tau cara cara nak masak gam kanji ni.. jangan risau. sebab, yang sebenarnya aku pun tak reti jugak nak buat macam mana gam kanji tu. hahaha. tapi takpe. apedehal. teknologi sekarang kan dah canggih. call je la orang yang pandai buat gam kanji ni. siapa lagi kalau bukan mak aku. hehe.

aku : assalamualaikum mak. mak, ingat tak nak buat corak titisan yang kena guna gam kanji tu?
mak : ingat. kenapa?
aku : camne nak buat gam kanji ek? cara nak ajar nina tau.. tapi gam kanji taktau nak buat camne. hehehehe.
mak : ohh.. senang je. mula mula, jerang air 1 cerek penuh sampai mendidih. sambil tu, amik 1 cawan tepung ubi kayu. campurkan dengan 3 cawan air. kacau rata dalam 1 besen.
aku : oke. next step? (sambil menghafal step yang tadi tu)
mak : lepastu, masukkan air yang dah mendidih tu sikit demi sikit. step yang ni kalau buat berdua lagi bagus. ajak la mira tolong sekali masa buat nanti. (mira tu housemate aku)
aku : ohh. oke. lepastu?
mak : tambahkan air sampai lebih kurang hampir satu besen penuh. sambil tuang air panas, sambil kacau mixture tu supaya tak berketul. 
aku : nak kacau sampai bila?
mak : sampai gam tu nampak jernih lepastu pekat. agak agak kalau senduk tu kalau nina angkat, gam tu macam berat je nak jatuh, dah kira oke la tu.
aku : camtu je?
mak : yelah. camtu jelah. 
aku : oke. nanti nina try buat.
mak : apa apa kalau taktau mesej atau call la mak nanti.
aku : oke.

kemudian, aku pun pergi beli sebungkus tepung ubi kayu. agaknya kalau aku tak call mak aku tadi, mau dua bungkus agaknya aku beli tepung ubi kayu tu. silap haribulan jadik kuih la gam kanji aku tu kalau dua bungkus tepung ubi kayu yang aku pergi taram untuk buat gam kanji. ni la akibatnya kalau tak reti buat gam kanji. haha.

kemudian, dengan gigihnya, aku pun mula buat ikut step yang mak ajar tadi. jam pun dah menginjak hampir 12 tengah malam. tapi takpelah. demi cinta kristal anak anak muridku tahun 2 kristal itu, aku celikkan mata jugak untuk buat gam kanji ni. mula mula masa aku buat, rasa macam tak jadi je. tangan ni dah naik lenguh dah nak menggaul ni.

pergh. macam orang gila tau kami berdua menggaul benda ni!
(- _- !!)

sudahnya, aku pun call mak semula.

aku : assalamualaikum. mak dah tidur ke? sori la kacau mak tiba tiba ni.
mak : takpe. jadi tak gam kanjinya?
aku : mak.. nape macam tak jadi je gam ni? dah lenguh kitorang bancuh siap naik panas berasap handle senduk ni kat tangan kitorang dah ni.. *over sangat ayat aku, nok!*
mak : airnya banyak mana?
aku : kitorang masukkan sikit sikit je air panas ni.. takut gam cair sangat ke apa nanti.
mak : la.. tak payah takut. tuang la banyak sikit air panas. kalau sikit sangat air panas, sampai tahun depan pun tak jadik gam tu.
aku : laa.. yeke? hehehehehehe. oke.. terima kasih mak.. sori kacau malam malam ni..
mak : takpe. nanti kalau dah jadik bagitau la mak. tak jadik pun bagitau la mak.
aku : hehe.. oke..

kemudian, dengan yakinnya, aku dan housemate ku pun memberanikan diri dengan mencurahkan air panas itu dengan banyak gilanya. eh? salah. banyak gilanya ayer panas punn. eh salah lagi grammar aku? apa apa lah janji korang faham. yang penting air panas memang banyak sampai satu besen penuh kitorang letak. haa. hamekaw!

 setelah berhempas pulas, baru la nampak macam jernih sikit..

gam kanji yang dah pekat melekat.

lepas gam dah agak sejuk, masukkan dalam balang macam ni.
senang nak dibawak pergi sekolah. 
tak tumpah kalau korang terbalikkan macam mana sekalipun.

lepas gam kanji dah siap, aku terus buat artwork untuk jadi contoh hasil karya untuk anak murid aku. siap sempat terus MMS gambar hasil karya yang dah siap lagi kat mak aku. disebabkan aku ni beginner noob yang baru belajar buat gam kanji, maka proses buat gam kanji ni makan masa dalam 1 jam. terima kasih mak sebab tunjuk ajar buat benda ni. cikgu apa la aku ni. dah besar besar pun masih belajar lagi dengan mak. takpe la. kita belajar sampai bila bila pun tak habis. long-life learning. ye dak? hehe *alasan*

corak apakah yang berjaya dihasilkan daripada gam kanji ni? haaa.. nanti dulu. yang tu aku hold untuk next entry. kalau sabar, silalah tunggu ya. apa? taknak tunggu? fine. lepas ni jangan baca blog aku. hahaha. gurau je. 

oke tak kelakar.

sampai jumpa lagi. sekian terima kasih.

Wednesday, July 18, 2012

hiperaktif


seumur hidup korang, pernah tak korang dengar ayat macam ni..

"senang la kalau jadi cikgu.. balik awal.. cuti banyak.."

yeke senang? cuba sesiapa ganti tempat aku sekejap. tak payah lama lama.. try sehari pun cukup la. cuba rasa sendiri macam mana yang dikatakan menjadi seorang cikgu tu senang. nak menjadi seorang cikgu, bukan mudah sebenarnya. tambah lagi bila berhadapan dengan macam macam ragam dan perangai murid murid. haa.. kat situ la cabaran menjadi seorang cikgu teruji. kalau dalam sebuah kelas ada lebih kurang 40 orang murid, maka ada 40 ragam dan perangai la yang kita nak kena faham dan amik berat. nak kena ingat setiap nama murid. kena tahu sedikit sebanyak latar belakang murid. setiap kelebihan dan kelemahan murid. jadi cikgu tak boleh bias. layanan untuk murid mesti adil. itu baru satu kelas. kalau 10 kelas? anda fikirlah sendiri.



hari ni aku nak share tentang hiperaktif. lazimnya, golongan kanak kanak yang biasanya mempunyai gejala hiperaktif atau nama saintifiknya ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disoder). hiperaktif ialah penyakit yang boleh dirawat. rawatan terhadap hiperaktif perlu dilakukan dari peringkat awal supaya kanak kanak dapat memberikan tumpuan semasa belajar di sekolah dan dapat menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang lain terutama rakan sebaya mereka. ibu bapa sepatutnya bersyukur jika dikurniakan dengan anak yang hiperaktif sebab sekurang kurangnya, anak itu tidak cacat fizikal atau mental dan juga tidak pasif. apa yang seharusnya dilakukan oleh golongan ibu bapa ialah mengawal tingkah laku kanak kanak hiperaktif supaya tidak menjejaskan orang lain yang berada di persekitarannya mahupun tingkah laku yang boleh mencederakan diri kanak kanak itu sendiri. 


jenis :
hiperaktif terbahagi kepada tiga kategori, iaitu :

1) predominantly hyperactive-impulsive. kanak kanak dalam kategori ini mempunyai lebih daripada enam simptom ADHD. 
2) predominantly inattentive. kanak kanak dalam kategori ini kelihatan normal, tetapi sukar untuk menumpukan perhatian/ sukar untuk fokus/ lalai dalam melaksanakan sesuatu perkara. kadangkala, kanak kanak seperti ini tidak dapat dikesan sebagai kanak kanak hiperaktif kerana simptom yang kurang ketara diperlihatkan.
3) combined hyperactive-impulsive and inattentive. kebanyakan kanak kanak yang menghidap ADHD adalah kanak kanak yang mempunyai gabungan kategori (1) dan kategori (2).

punca :
sebenarnya, kita biasa dengar dan berhadapan dengan kanak kanak hiperaktif tak kira la sama ada kita ini seorang cikgu ataupun bukan. kebanyakan kanak kanak zaman sekarang memang dilahirkan hiperaktif. mengikut kajian, bilangan kanak kanak lelaki yang mengalami ADHD adalah tiga kali ganda berbanding kanak kanak perempuan, namun tidak pula diketahui sebab musababnya. menurut perunding psikiatrik kanak kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar Pillai, ADHD sukar untuk dikesan dan tidak mudah untuk didiagnosis disebabkan tiada simptom boleh dilihat seperti penyakit lain namun tahap kenakalan kanak kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia mereka. [sumber : link]

menurutnya lagi, kanak kanak menjadi hiperaktif bukan disebabkan faktor persekitaran contohnya pengaruh cerita, kartun atau iklan yang ganas, sosiobudaya dalam keluarga dan komuniti, dan juga disebabkan pemakanan. sebaliknya, kanak kanak menjadi hiperaktif disebabkan ketidakseimbangan sistem neurotransmitter dalam otak termasuk dopamin menyebabkan mereka sukar untuk mengawal diri.

tanda dan simptom :
simptom hiperaktif dapat dikesan pada kanak kanak seawal usia mereka dalam lingkungan 2 hingga 5 tahun. antara simptom yang dapat dikesan pada kanak kanak hiperaktif ialah :

fizikal :
1) sering berpeluh.
2) lasak dan sukar untuk duduk diam.
3) menjawab/ suka membantah.
4) suka bercakap tanpa henti.
5) suka berlari atau memanjat.
6) suka menjerit.
7) suka memukul atau mengganggu rakan lain.
8) kadangkala bertindak di luar jangkaan.



mental :
1) cenderung untuk lupa sesuatu perkara. 
2) sukar untuk fokus apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.
3) cepat bosan dengan sesuatu perkara contohnya rancangan kartun ataupun permainan walaupun hanya selepas beberapa minit.
4) tumpuan terganggu, mudah melompat dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain tanpa menyelesaikan aktiviti yang dilakukan sebelumnya terlebih dahulu.
5) tidak mahu atau sukar untuk mendengar/patuh pada arahan.
6) cepat marah apabila permintaan tidak dipenuhi.
7) kurang sabar.
8) sukar untuk menunggu giliran.

simptom ini adalah rawak dan tidak semua simptom yang tersenarai seperti di atas ada pada seseorang kanak kanak. kadangkala, hanya ada tiga hingga empat simptom yang memperlihatkan bahawa seseorang kanak kanak itu mengalami hiperaktif.

menurut kajian, 60% peratus kanak kanak yang didiagnos ADHD akan berterusan mengalami simptom yang sama sehingga mereka dewasa. puncanya masih belum diketahui. walaubagaimanapun, usah risau ya tuan tuan dan puan puan, kerana ada kajian lain jugak yang mengatakan bahawa kanak kanak yang mengalami ADHD ataupun hiperaktif akan beransur pulih paling lewat pun pada usia mereka 12 tahun. kanak kanak di bawah usia 6 tahun yang dikenal pasti hiperaktif pula perlu dikawal tingkah laku mereka. hal ini kerana jika tidak dikawal, berkemungkinan kanak kanak ini akan sukar untuk fokus semasa pembelajaran berlangsung di dalam kelas dan cenderung untuk mengganggu rakan rakan mereka yang lain. disebabkan hal ini, kanak kanak yang hiperaktif selepas memasuki sekolah rendah akan ditempatkan dalam aliran pendidikan khas di mana guru pendidikan khas akan memantau dan mendidik murid murid ini. sekiranya kanak kanak hiperaktif masih boleh dikawal tingkah lakunya, maka kanak kanak ini masih boleh belajar dalam aliran perdana atau dengan kata yang lebih mudahnya, kelas biasa yang menempatkan kanak kanak normal.

kelebihan :
siapa kata kanak kanak hiperaktif ni lembab? tak.. tak semestinya. walaupun kajian menunjukkan prestasi akademik kanak kanak yang hiperaktif adalah lebih rendah berbanding kanak kanak normal, tetapi perlu diingat, kanak kanak hiperaktif sebenarnya lebih pintar dan lebih kreatif berbanding kanak kanak normal sebaya mereka yang lain. oleh itu, kanak kanak ini perlu dididik dengan cara yang betul agar segala tenaga dan metabolisma mereka yang tinggi tu dapat disalurkan dengan lebih berkesan supaya kanak kanak hiperaktif juga dapat berdiri sebaris dengan kanak kanak normal yang lain.

langkah mengatasi :
terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah kanak kanak hiperaktif. 

1) zikir. untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang hiperaktif, zikir ini merupakan zikir pelembut hati. aku dapat tahu tentang zikir ni masa aku dengar ceramah agama masa usia aku 11 tahun. tak silap aku nama ustaz tersebut ialah ustaz badrul amin. beliau telah mengaplikasikan zikir ini kepada semua anak anak beliau. disebabkan aku dah lupa zikir yang penuh, aku pun search kat internet dan terjumpa potongan ayat zikir ni..



cara cara :
1) masa anak anda tidur, usap kepalanya dengan perlahan.
2) kemudian, mulakan dengan membaca 'ya latif' sebanyak tujuh kali.
3) lepastu, baca potongan ayat zikir di atas sebanyak tiga kali sambil menyapu ubun ubun kepala anak anda.
4) kalau boleh buat setiap malam.

insyaAllah sikit demi sikit anak anda akan menjadi anak yang baik dan lembut hatinya selembut sutera. err.. selembut kapas pun boleh. mana mana pun bolehhh.

2) jangan marah atau pukul anak sekiranya mereka nakal. sebaliknya, tegur kesalahan mereka dengan cara yang berhemah. tunjukkan cara melakukan sesuatu dengan betul. contohnya, instead of  "jangan la berlari!", tukarkan kepada "cuba jalan elok elok.. kan lagi bagus". didik anak supaya bercakap dengan ton yang rendah dan bukan dengan bercakap secara menjerit. sekiranya kelakuan mereka terlalu sukar untuk dikawal, tegaskan suara dan arahan dan bukannya menjerit memarahi anak sehingga memalukan mereka di khalayak ramai. jika perlu untuk pukul sekalipun, jangan sampai meninggalkan bekas yang teruk kerana dikhuatiri mereka akan mengingati kesan pukulan itu sehingga usia mereka meningkat naik, dan tidak mustahil bahawa mereka akan cenderung untuk berkelakuan ganas dan mencederakan orang lain sama seperti apa yang pernah diterimanya sewaktu kecil.



3) beri arahan yang simple serta mudah difahami. kanak kanak hiperaktif sukar untuk mendengar arahan. oleh itu, beri arahan yang mudah difahami kanak kanak. seeloknya, jangan menggunakan perkataan 'jangan'.


4) tegur kelakuan kanak kanak apabila perlu sahaja. sekiranya kelakuan mereka ditegur setiap masa, kanak kanak akan menjadi immune dan lali. tegur satu atau dua kelakuan kanak kanak apabila betul betul patut ditegur. terangkan kepada mereka kenapa mereka tidak sepatutnya melakukan sesuatu tingkah laku yang anda tegur itu.

5) puji kelakuan yang baik dan positif. kanak kanak hiperaktif sukakan perhatian. oleh itu, puji mereka apabila mereka melakukan perkara yang baik. peneguhan positif seperti ini akan meningkatkan kelakuan positif dalam diri kanak kanak.

6) salurkan tenaga kanak kanak pada aktiviti yang berfaedah. contohnya, kalau dia suka berlari, ajak dia jogging keliling taman perumahan atau main bola sepak. ataupun kalau dia suka memanjat, ajak dia hiking atau pergi kat playground tu, ada tempat gayut gayut tu kan.. suruh dia bergayut dari satu palang ke palang yang lain. atleast ada gak benda berfaedah yang dia buat.

7) jangan memberi label pada anak atau mengeluarkan perkataan yang negatif. kanak kanak hiperaktif mudah dipengaruhi. jika perkataan seperti 'bodoh', 'nakal', 'malas' diulang ulang setiap hari, kanak kanak akan percaya bahawa diri mereka memang 'bodoh', 'nakal', dan 'malas' dan akan mengulangi tingkah laku dan perkataan yang negatif itu kepada orang lain pula.

8) luangkan masa bersama kanak kanak. kadangkala, dengan memberikan tumpuan dan perhatian kepada kanak kanak, dapat mengurangkan bebanan emosi kanak kanak dan mengurangkan perilaku negatif kanak kanak. didik mereka untuk bercakap dan bertutur dengan cara yang baik, makan dengan baik, berjalan dengan baik, bergaul dengan rakan dan adik beradik dengan baik.. dan pendek kata.. buat semuanya dengan baiklah. anda, ibu bapa, adalah role model kepada anak anak anda.

9) jaga pemakanan kanak kanak. sebolehnya, elakkan makanan fast food dan makanan yang tinggi glukosa kerana metabolisma kanak kanak hiperaktif adalah sangat tinggi. kandungan gula dan garam mineral yang ada dalam fast food akan menyebabkan metabolisma kanak kanak akan meningkat secara mendadak dan menyebabkan kanak kanak melakukan pelbagai aktiviti fizikal di luar jangkaan seperti berlari, memanjat, dan sebagainya. gantikan dengan snek yang sihat seperti kismis atau buah kurma. senang kata, segala jenis buah buahan.

akhir kata, ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak yang hiperaktif. mendidik mereka ini merupakan suatu ujian yang Allah turunkan untuk insan insan yang terpilih. Allah sayang kita sebab tu Dia bagi ujian tu kat kita..


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. dia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dan berkata) : "wahai Tuhan kami! janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau telah bebankan kepada orang orang yang terdahulu kepada kami. wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum kaum yang kafir".
(Surah Al-Baqarah :  ayat 286)

jangan risau. jika Allah turunkan penyakit, maka Allah juga akan sediakan penawarnya.

"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku"
(Surah Asy-Syu'araa : ayat 80)

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah buahan. dan khabarkan berita gembira kepada orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah : ayat 155)


berikut ialah link yang menjadi rujukan aku untuk entri ni :

zikir ya latif : http://lifeofladyell.blogspot.com/2010/11/zikir-ya-latiff-yang-melembutkan.html

jenis jenis hiperaktif : http://en.wikipedia.org/wiki/Attention_deficit_hyperactivity_disorder

simptom dan cara menangani kanak kanak hiperaktif :
1) http://www.blog.rahsiaanakpintar.com/2010/06/24/anak-hiperaktif/
2) http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanak-kanak-yang-hiperaktif.html
3) http://www.tasputraperkim.org.my/press_harian-metro.htm
4) http://alkindi10autisme.blogspot.com/2012/02/cara-mengatasi-anak-hiperaktif.html
5) http://sitik.wordpress.com/2011/03/04/petua-menangani-kanak-kanak-hiperaktif-adhd/
6) http://ppkismkkl.blogspot.com/2011/03/segera-rawat-anak-hiperaktif_27.html
7) http://hanikasina.blogspot.com/2012/05/anakku-hiperaktif.html

*semua gambar ehsan google*

semoga entri ni dapat memberi manfaat kepada semua. kepada guru dan ibu bapa yang mendidik kanak kanak hiperaktif, mohon tingkatkan kesabaran dan ikhlaskan hati dalam mendidik mereka ini.

sekian terima kasih.

Sunday, July 8, 2012

sign


sebenarnya, dah lama jugak aku tak melayan cerita korea ni lebih lebih lagi drama korea. last drama korea yang aku layan ialah heart string. tu pun tak habis tengok. hehe.

tapi tiba tiba, pada suatu pagi selepas aku detect yang broadband aku tertangguh perkhidmatannya, maka entah kenapa tangan aku ni gatal je nak pegang hard disk aku yang memang dah overload dengan drama korea sejak tahun lepas lagi. susah jugak sekarang ni aku nak melayan drama korea. mungkin genre ceritanya atau jalan cerita yang hampir sama dan stereotaip membuatkan aku bersikap choosy dalam memilih cerita. kalau setakat love story cintan cintun yang biasa biasa ni mungkin akan membuat aku mengantuk dan bosan. lainlah macam cerita IRIS, my boss my hero, atau sungkyunkwan scandal yang bukan cerita cinta semata mata. 


aku mahu kelainan. boleh?


dan kelainan itu ada pada cerita ini..



drama korea ni bertajuk 'sign'. disiarkan dekat korea pada awal tahun 2011. kebetulan, ada sekali tu aku pernah 'ter'tengok satu episod drama ni dekat channel SBS kat astro, dan terus aku jatuh chenta dengan drama ni. sudah tentu genre nya bukan cinta. tapi lebih kepada penyiasatan based on forensic dan crime scene investigation, misteri, dan suspense-thriller


drama ni mengisahkan tentang seorang doktor pakar forensik yang bernama yoon ji hoon (dilakonkan oleh park shin yang) yang merungkai sebuah misteri pembunuhan ala homicide yang terjadi kepada salah seorang ahli band k-pop yang bernama seo yoon hyung. dr. yoon ji hoon bekerja di salah sebuah institut forensik yang diberi nama national forensic service (NFS) yang beribu pejabat di seoul. ujian autopsi yang dilakukan oleh dr. yoon ji hoon mendapati yang seo yoon hyung ni sebenarnya dibunuh, tapi disebabkan politik wang, salah seorang rakannya yang juga seorang pakar forensik yang bernama dr. lee myung han telah memalsukan data dan mengatakan bahawa seo yoon hyung mati secara mengejut (sudden deathakibat keracunan potassium cyanide. 

dipendekkan cerita, ada seorang lagi penyelidik forensik yang kebetulan menyiasat tentang kes seo yoon hyung iaitu go da kyung. semasa kali pertama autopsi terhadap seo yoon hyung dijalankan, go da kyung (lakonan kim ah jung) juga menjadi saksi semasa autopsi dijalankan oleh dr. yoon ji hoon. maka, disebabkan go da kyung ingin menegakkan keadilan, maka mereka berdua pun turun padang ke lokasi pembunuhan untuk mencari bukti di sebalik kes pembunuhan seo yoon hyung. malangnya, setelah mereka hampir hampir mendapat bukti bahawa seo yoon hyung dibunuh, mereka akhirnya gagal mendapatkan senjata yang digunakan oleh pembunuh untuk membunuh seo yoon hyung yang menjadi bukti kes pembunuhan tersebut yang hilang tanpa dapat dikesan.

semasa menjalankan autopsi seo yoon hyung

nah amekaw. tulah kau.. aku bagitau kau taknak percaya..
sekarang percaya tak?

disebabkan percanggahan data ni, pihak NFS mendakwa bahawa dr. yoon ji hoon telah membuat kesalahan semasa menjalankan autopsi dan gagal membuktikan bahawa seo yoon hyung sebenarnya bukan mati mengejut, tetapi telah dibunuh. maka, pihak NFS pun memindahkan dr. yoon ji hoon ke NFS di cawangan selatan. walau bagaimanapun, beliau tetap berjanji dengan musuhnya iaitu dr. lee myung han untuk membuktikan kebenaran di sebalik pemalsuan data tentang pembunuhan seo yoon hyung itu. go da kyung juga akhirnya menarik diri daripada pasukan forensik dan masing masing membawa haluan mereka sendiri. kes seo yoon hyung pun ditutup selepas itu yang akhirnya disifatkan sebagai sudden death.


selepas setahun, nak dijadikan cerita, dr. yoon ji hoon ditemukan semula dengan go da kyung di NFS cawangan selatan. go da kyung yang sememangnya ingin berkhidmat di NFS berniat untuk menyambung semula penyiasatan kes pembunuhan seo yoon hyung walaupun kes tu dah lama ditutup. selepas mereka team-up semula, pelbagai kajian terhadap pelbagai kes pembunuhan dan autopsi yang telah dijalankan oleh pasukan forensik NFS di cawangan selatan yang dinaungi oleh dr. yoon ji hoon. walaupun makmal dan dewan autopsi di cawangan selatan tersebut dalam serba kekurangan, tetapi dr. yoon ji hoon dan pasukan forensiknya tetap menjalankan tugas mereka dengan jujur dan berusaha untuk mendapatkan keputusan autopsi yang sebenar dan jitu tanpa berlakunya kesalahan dan pemalsuan data. 


 ahli pasukan forensik NFS cawangan selatan


persoalannya, bolehkah pasukan forensik yoon ji hoon bertahan walaupun ditentang hebat oleh musuhnya yang berada di ibu pejabat NFS di seoul?
berjayakah beliau membuktikan dan merungkai semua misteri di sebalik pembunuhan seo yoon hyung?


entah. aku baru tengok sampai episod 7. ada lagi 13 episod lagi ni belum habis tengok. hahaha.


aku rekemen cerita ni kat sape sape yang suka cerita penyiasatan. cerita ni ala ala CSI season yang pertama campur cerita bones sikit. tapi aku nak ingatkan, korang tak boleh expect pelakon yang hensem hensem sebab even hero dia pun dah nampak berumur dan takde la jambu macam penyanyi k-pop kesukaan korang tu. cuma kim ah jung dengan detektif choi yi han (lakonan jung gyu woon) je yang aku rasa agak muda dan good-looking dalam cerita ni. walau bagaimanapun, yang aku cari bukanlah muka hensem atau cantik dalam cerita ni, tapi jalan cerita ni ada kualiti yang tersendiri dan macam biasa, aku suka genre suspense-thriller sebab mampu membuat aku berfikir. makin banyak aku berfikir, makin aku suka. cerita yang mampu membuatkan emosi aku rabak dan dalam masa yang sama geram pun ada jugak padahal ini cuma cerita semata mata kan.. nak buat macam mana.. kalau cerita tu memang bagus, macam ni la impak pada penonton. ye dak? 


lagi satu, cerita ni ada menunjukkan pembedahan autopsi yang memang nampak real siap ada darah darah bagai. jadi pada siapa yang mabuk darah, tolong give up awal awal. please. mengikut cerita belakang tabir yang aku tau, cerita ni menelan kos 120 juta won untuk kos dummy mayat untuk kegunaan autopsi sahaja. memang menelan kos yang tinggi. aku pun taktau dummy tu mayat sebenar ataupun tipu je.




apapun, aku tabik spring dekat kim ah jung sebab sepanjang aku tengok dia berlakon, tak kira la dalam 200 pounds of beauty (movie korea), the accidental couple, ataupun cerita ni sebab kebanyakan hero yang berlakon dengan dia semuanya muka tak hensem mana pun. tapi jalan cerita untuk setiap cerita yang dia berlakon memang bagus sampai dia dapat award aktres terbaik untuk movie 200 pounds of beauty.


dr. go da kyung (kim ah jung)

aku suka jugak dengan pakar forensiknya, dr. yoon ji hoon. umur bukan halangan sebab bagi aku dia memang sangat cool, simple, dan teliti orangnya. memang sesuai dan berkesan sungguh lakonan dia sebagai doktor pakar forensik. 

argh! *pengsan kejap*

kat bawah ni merupakan link untuk drama sign ni.

http://www.koreandrama.org/?p=5908
http://asianwiki.com/Sign_(Korean_Drama)
http://www.facebook.com/pages/Sign-korean-Drama/226018557414781

selamat menonton. sekian terima kasih.

Wednesday, July 4, 2012

tanjung piai


malam semalam hujan lebat. aku dah sampai depan rumah sebenarnya. tapi sebab malas nak redah hujan untuk masuk ke dalam rumah, maka aku membatukan diri di dalam kereta. aku matikan enjin kereta. 

dalam setengah jam jugak aku duduk diam diam dalam kereta. hanya bertemankan cahaya lampu jalan di malam hari. dan sebenarnya, pada masa tu aku baru tahu satu hakikat bahawa..

menikmati hujan di malam hari bertemankan cahaya lampu jalan dari dalam kereta sebenarnya suatu perasaan yang sangat indah. 

oke aku jiwang. dah habis selingan. tak percaya? anda cuba.

cuti hari tu aku sempat turun ke tanjung piai. dekat je dengan kampung aku. mengapa tanjung piai? sebab haritu aku dah pergi padang besar. padang besar dah dekat gila dengan sempadan thailand. kiranya aku dah sampai ke penghujung utara malaysia. kali ni aku nak pergi ke penghujung selatan benua asia pulak. baru la lengkap percutian aku kali ni. kan? kan? oke lame.

tanjung piai ni merupakan salah satu tempat pelancongan kat negeri johor. tempatnya berdekatan dengan laut dan ada muara sungai kat situ. jadi of course la banyak pokok bakau dekat pesisir pantai. sebenarnya, kitorang tak plan pun nak ke tanjung piai. tapi sebab dah 'ter'balik kampung punya pasal, jadi alang alang singgah sekali kat sini. sebenarnya, lagi best kalau korang datang dan tengok sunset kat tanjung piai ni sambil feeling feeling bajet orang kaya bersiar siar kat tepi laut.

kitorang sempat singgah dekat salah sebuah restoran ni untuk menikmati the famous asam pedas johor. restoran ni biasa biasa je. menghidangkan masakan kampung dan memang la super sedap tak hengat. tak silap aku papan tanda kedai pun takde. chill weh. ni bukan cerita seram ala ala pau suri oke. haha. restoran ni cuma hidangkan lauk asam pedas sahaja. lauk tambahan yang lain boleh gak order. tukang masak akan masak lauk tambahan yang kita pesan tu waktu tu jugak. best kan? heeee *senyum sampai telinga*

highlight of the day.
sedap dimakan panas panas bersama nasi putih.

ini sahaja. 
simple.

jadi, cakap banyak pun tak guna.. mesti korang pun tak berapa nak suka baca panjang panjang, jadi biar gambar ni jadi pengganti bebelan aku.. silalah menikmati.

ni papan tanda ke tanjung piai. lebih kurang 5 kilometer lagi.

jeti untuk para nelayan

close-up gambar jeti


apa yang aku suka pada gambar kat atas ni ialah tiang yang diperbuat daripada batang pokok pinang tu. fungsi tiang tu ialah untuk menambat bot dan sampan kat tepi tepi jeti. jadi bila tiang pokok pinang dah banyak bersusun tu, nampak cam klasik pulak. 

tak sengaja 'ter'amik gambar ni. masa tu bot tu tengah buat u-turn.


gambar kat atas ni ialah gambar pokok bakau. 
mungkin sebab angin kuat, ada pokok yang dah tumbang. 
yang senget benget pun ada.
biasalah. langit tak selalu cerah kan.. (apa kaitan entah?)


kat hujung jambatan ni ialah restoran dan resort terapung. owner dia ialah seorang usahawan melayu. tempat ni ialah tempat favourite pasangan pengantin baru *bunyi kompang sikit* untuk buat wedding photoshoot. mungkin sebab dekat tepi laut kot tambah lagi bila sunset pulak tu.. pergh. toksah cakap ah.

ni signboard rasmi. nampak tulisan bawah tu?
the southern most tip of the mainland asia continent.
welcome welcome adik kakak abang sedaghe sedaghi!

klik gambar untuk besarkan

korang rasa yang kat bawah pokok kelapa yang macam pintu suka hati doraemon tu apa benda? woih.. bukan.. bukan tandas ali baba bujang lapok yang kena tandakan dengan 'X' tu laaa.. tapi siapa sangka tepi laut ada paintball arena? sape jugak la yang ada idea gila nak buat paintball arena ni. underneath pokok kelapak pun jadik aje. haha. ni khas untuk sape sape yang nak lepas gian main paintball atau sayang sangat dengan game paintball ni di mana jua anda berada. agak agak kalau ada buah kelapa gugur tu boleh terus belah and minum. bak kata pepatah, sambil main paintball minum air kelapa. eh? apa aku merepek ni? *geleng kepala laju laju* 

korang tengah geleng kepala laju laju ke sekarang ni? HAHA!

tak bahaya ke kalau buah kelapa gugur time kita tengah syok aim nak shoot orang lain nanti? entah. *sekadar imaginasi liar*

dan last wrap.. aku tinggalkan korang dengan gambar yang paling aku suka kat tanjung piai ni..

this is what we call reflection

oke dah habis. semoga terhibur. eh. macam rancangan tv pulak gaya gayanya.

sekian terima kasih. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...