mereka yang hebat

Monday, May 21, 2012

resipi sup ABC


macam nama dia jugak. senang je nak buat sup ABC ni. sambil pejam mata pun boleh.

hidangan untuk : 1 keluarga.

bahan-bahan A: (ditumbuk)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis / udang kering

bahan-bahan B:
3 batang crab stick (potong-potong selebar jari telunjuk anda. make sure jangan sampai terpotong jari telunjuk anda sudah..)
2 - 3 biji kentang sederhana besar (setiap kentang dipotong 6 bahagian)
1 peket suhun kering
1 batang lobak merah sederhana besar (dibersihkan kulit, dihiris nipis nipis dan bulat bulat)

1/2 ketul kiub pati ayam
lada sulah / lada putih.
garam dan perasa sesedap rasa.
minyak untuk menumis (lebih kurang 2 / 3 sudu besar)

cara-cara:
1. mula mula, rendam suhun kering dalam semangkuk air. biar sampai suhun jadi lembut. letak tepi dulu.
2. tumis bahan A dalam periuk sehingga naik aroma yang sedap itu. tapi jangan sampai hangus pulak.
2. lepastu, masukkan 2 mangkuk (sederhana besar) air ke dalam periuk. biarkan dalam 2-3 minit sampai air mendidih.
3. masukkan kiub pati ayam.
4. lepas air mendidih, masukkan kentang. tunggu barang 5 - 7 minit atau sampai kentang jadi separuh empuk.
5. masukkan lobak merah yang sudah dihiris nipis dan bulat bulat. biar sekejap dalam 2-3 minit.
6. masukkan crab stick. tunggu sampai crab stick kembang tapi jangan la melampau sangat kembangnya. biasa biasa je sudah.
7. last sekali, masukkan suhun yang dah rendam sampai lembut tadi.
8. masukkan garam dan perasa ikut sedap rasa anda.
9. for the final touch, masukkan lada sulah / lada putih. taknak letak pun takpe. tapi kalau letak lagi sedap kot. hehehe.
10. bila semua isi sup tu dah empuk, tutup api. angkat. dan hidang panas panas dalam mangkuk yang comel comel.
11. dah siap.

tadaaaaa. lebih kurang macam nilah rupanya. simple je. budak tadika pun boleh buat.


petua :
1. masukkan kentang dulu. tujuannya sebab nak bagi kentang empuk. kentang ni dia ambik masa sikit untuk empuk. sama jugak kalau nak masak kari yang bubuh kentang atau masak sayur campur yang ada kentang atau sambal goreng yang bubuh kentang. kalau nak tau dia dah empuk atau tak, cuba belah sikit kentang tu pakai hujung senduk sementara nak tunggu masukkan bahan yang lain. kalau senang dibelah pakai hujung senduk, maksudnya dah empuk la tu. lagi satu, warna kentang akan berubah jadi transparent sikit. sikit je tau. jangan lebih lebih sangat transparent nya tu.
2. lobak merah tu lebih baik dihiris nipis supaya cepat empuk dan senang untuk dimakan.
3. kalau alergik dengan udang kering, gantikan dengan ikan bilis.
4. jangan potong crab stick besar besar. sebab nanti bila dah masuk dalam sup tu, saiz dia akan kembang 2 kali ganda.

sup ABC ni sedap dimakan dengan nasi putih, bubur nasi, atau makan camtu je pun boleh. no hal punya.

selamat mencuba!

Saturday, May 19, 2012

selamat hari lahir, ayah.


puas aku cari filem pendek atau iklan tentang ayah yang made in malaysia. tapi sikit sangat. itu pun iklan raya yang banyak bertemakan ayah. jadi, nak tak nak aku gigih mencari filem pendek atau iklan tentang ayah kat youtube. last last aku terjumpa iklan kat bawah ni. pendek dan simple je. tapi bila aku tengok kanak kanak perempuan tu bonceng basikal yang ayah dia bawak, terus aku teringat kat ayah. bezanya ayah bawak motor. jalan petang petang naik motor lalu kat kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah, dengan kebun sayur cina belakang rumah yang dekat dengan airport tu. sekarang kebun bagai tu dah takde dah. dah jadi kawasan perumahan, kawasan lapang, dengan siap ada terpacak stesen minyak petronas pulak tu kat situ.

cerita pasal motor, aku teringat cerita tentang ayah yang jarang naik pengangkutan awam. walaupun ayah jarang menggunakan pengangkutan awam, tapi aku ni boleh dianggap anaknya yang paling bertuah. aku pernah cakap dengan ayah, kebetulan setiap kali ayah guna pengangkutan awam, mesti naik dengan aku. naik teksi, naik bas tambang.. kebetulan je naik sama dengan aku. bila difikirkan balik, kelakar jugak. sebab selalunya kitorang akan travel naik kereta je. tapi lain halnya bila aku dengan ayah. kenangan naik pengangkutan awam dengan ayah memang aku akan ingat sampai bila bila.

disebabkan kenangan aku naik pengangkutan awam dengan ayah tu banyak sangat, jadi aku nak share iklan ni dengan korang semua. ceritanya pasal budak perempuan yang ayahnya hantar dan amik dari sekolah setiap hari dengan menaiki basikal. sampai la dia besar dan dah masuk universiti pun, ayah dia tetap amik dia naik basikal yang sama. 

kemudian, lepas beberapa tahun, perempuan tu pun bekerja dan ada kereta sendiri. masa first time dia naik kereta nak balik ke kampung halaman, ayah dia pun tunggu dia depan kedai aiskrim faveret perempuan tu masa zaman dia kecik kecik dulu. walaupun perempuan tu pesan ayah dia tak payah tunggu, ayah dia tetap jugak tunggu sampai la hari senja. tau sebab apa?

sebab ayah dia takut yang anak perempuan dia dah lupa jalan balik ke rumah.

simple. tapi bermakna.




SELAMAT HARI LAHIR, AYAH.
SEMOGA TERUS DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
DAN TERUS SETIA MENJADI AYAH DAN KETUA KEPADA KAMI SEKELUARGA.
AMIN..


Sunday, May 13, 2012

filem pendek sempena hari ibu


sebuah lagi filem pendek arahan saifulnang selepas 'surat seorang ibu'
jom kita layannn..
sila tengok sampai habis, ya.. 



SAYANGI DAN HARGAI IBU ANDA.

SELAMAT HARI IBU. 





Tuesday, May 8, 2012

happy birthday, mak! (part 2)


yang sebenarnya.. aku pun tak tau kenapa mak aku suka lagu ni.. hehehe :)

happy birthday, mak! (part 1)


sempena birthday emak aku.. lagu favourite mak.

Sunday, May 6, 2012

sweet child o' mine. swing swing.


*credits to guns n' roses and also the all-american rejects for the title of this entry.*

jiran depan rumah aku memang sweet. i mean.. SANGAT sweet. hmm. serius. setiap hujung minggu.. jumaat malam sabtu, diorang akan pacak khemah dan tidur kat laman rumah. memula, aku tak perasan pun yang setiap hujung minggu, diorang akan berkhemah kat luar rumah. mungkin sebab praktikum 3 bulan, jadi aku dan housemate jadi macam zombie.. tak perasan sangat perubahan perubahan aneh yang berlaku kat luar rumah. sampai la pada suatu pagi ni, housemate aku nampak khemah berwarna biru yang suspicious di laman rumah jiran aku. kemudian, minggu depannya.. hujung minggu jugak.. housemate aku notice benda yang sama. then kitorang pun conclude yang setiap hujung minggu, jiran aku memang suka buat  'mini vacation' kat laman rumah diorang setiap hujung minggu.

aku pun taktau berapa umur jiran aku tu. taktau berapa ramai anak anak dia. tapi yang aku pasti ada anak lelaki dan anak perempuan. semua masih sekolah lagi. yang suka berkhemah tu anak sulung kot. mungkin dalam form 2 ke form 3 kot. kadang kadang kawan kawan dia join jugak dua tiga orang. adik adik lelaki dia yang kecik tu pun tumpang sekaki jugak. comelnya la hai. tidur ramai ramai dalam satu khemah. pagi paginya pulak sarapan sama sama kat luar khemah..

AAWWWWW SWEETNYAA!



jiran aku ni jugak ada sebatang pokok mangga yang besar dan rendang dekat laman rumah diorang. jadi khemah tu redup sikit bila dipacak dekat dengan bawah pokok mangga tu. yang lagi best tu, ada buaian kat pokok tu. anak jiran aku yang paling kecik (kalau tak silap aku la) tu seorang budak perempuan. umur dalam 6 ke 7 tahun kot. selalu kalau petang petang dalam pukul 5 macam tu, dia akan naik buaian tu dan main buai buai dengan lagi sorang kawan dia. pun budak perempuan jugak. seronok betul aku tengok dia main buai. kadang kadang tu dia leka sangat main sampai tak perasan yang aku tengah stalk dia main buai sambil sambil aku siram pokok bunga kat depan rumah. haha.

sebenarnya, bila aku tengok buaian kat pokok mangga tu, aku teringat balik zaman kanak kanak aku. banyak betul kenangan aku dengan buaian yang diikat dekat pokok mangga ni. arwah atok dengan pakcik aku dulu pun ada buatkan buai kat pokok mangga kat tepi rumah atok aku. masa tu aku kecik lagi. dalam 5 tahun. jadi, bila setiap kali aku balik kampung, aku mesti akan main buai tu. tak kira la walau tengah hari rembang pun mengada ngada jugak nak main buai bajet princess princess. pernah aku main buai kat luar rumah atok sampai aku demam. peh. penangan buai kat kampung tu sampai buat aku demam jadinya. cucu atok yang perempuan bukan aku seorang. ada ramai. jadi kadang kadang tu sampai berebut rebut main chop chop siapa nak main buai dulu. jadi kalau dah dapat je buai tu, mesti susah nak bagi kat orang lain pulak. hahaha. memang tak matang langsung waktu tu!

untuk selesaikan masalah ni, arwah atok dengan pakcik aku binakan tiga buai serentak. macam yang ada kat playground tu. tapi ni buat sendiri. pakai kayu pulak tu. mana ada orang lain buat? haha. selesai. tak payah nak berebut bagai kalau nak main buaian. yang dekat pokok mangga ada dua, yang atok buatkan ada tiga. penuh keliling rumah atok dengan buaian jadinya. kadang kadang boleh siap buat pertandingan pulak tu. heiiii. malu pulak kalau ingat ingat balik. aku ke tu yang buat benda benda macam tu dulu? hahaha. hadoi.


main sampai demam.

habit main buai kalau balik kampung ni terbawa bawa sampai umur aku 14 tahun. aku stop pun sebab lepas tu buaian yang macam kat playground tu dah roboh. so dah tak mampu la nak main lagi. lama gila buaian tu berkhidmat. nak dekat 8 tahun. tinggal la buaian kat pokok mangga. tapi lepas arwah nenek pergi, aku pun dah tak main buai lagi walaupun buai kat pokok mangga tu masih ada lagi. sebab sayu. selalunya kalau aku main buai, aku mesti nampak nenek kat luar rumah. sekarang takde dah. 

jadi, setiap kali aku nampak lagi buaian yang diikat kat pokok, nak nak kat pokok mangga pulak tu..




aku mesti akan teringat arwah atok dengan nenek. sebab selalunya kalau kitorang main kat luar rumah, atok dengan nenek ada sekali kat luar rumah. kadang kadang nenek sapu sampah, jemur kain.. atok pulak kadang kadang bertukang, petik kelapa muda, pastu ajak cucu cucu dia minum air kelapa kat bawah pokok nangka. indah betul masa tu.

bila aku fikir fikir balik, dan relate dengan apa yang aku lalui masa kecik dulu, aku dapat rasa yang buaian tu jadi tanda kasih sayang atok kat cucu cucu dia suatu masa dulu. yela.. family aku duduk jauh dengan atok. jadi kalau sebulan sekali balik, yang aku dan adik perempuan aku serbu ialah buaian dulu. atok mungkin tak tau nak tunjuk kasih sayang dia. tapi dia tunjukkan dengan buatkan buaian supaya cucu cucu dia ada hiburan kalau balik kampung. terharu pulak rasa. bukan senang nak buat buaian tu. tambah lagi kalau nak ikat buaian tu kat pokok mangga, nak pindahkan kayu kayu besar jadi tiang buaian, nak cari tali sauh kapal tu, nak potong dan haluskan kayu untuk jadi papan buaian.. semua tu bukan kerja senang. tapi sebab atok sayang, atok buat jugak.

disebabkan kerinduan yang teramat pada buaian kat kampung sampai terngigau ngigau, mak aku pun buatkan la buaian kat laman rumah. ikat kat pokok mangga. tapi tak sampai dua minggu, dahan pokok mangga pun patah sebab buaian tu naik dua orang sekaligus. err.. apapun, terima kasih mak. end of story.

aku sure.. dalam sepuluh tahun akan datang, anak anak jiran aku akan faham kenapa mak ayah diorang buatkan buaian dan bagi permission untuk berkhemah dengan adik beradik dan kawan kawan kat luar rumah diorang.

agaknya, kalau aku dah ada family sendiri nanti, aku pun nak berkhemah kat laman rumah. aku nak tanam pokok mangga lepas tu buatkan buaian untuk anak anak aku. biar diorang ada kenangan masa kecik. cheh! berangan like a boss! kahwin pun tak lagi. haha.

yela yela. nak pergi belajar masak la ni. *berlalu ke dapur*

oke semua. jumpa lagi lain kali.
sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...