mereka yang hebat

Monday, April 30, 2012

ice queen vs cinta


hai korang. hari ni aku nak bincangkan satu topik iaitu ice queen vs cinta. bukan ice cream ya. ice queen.



'ice queen' dan cinta memang dua perkara yang jauh berbeza. 'ice queen' - satu term yang kita gunakan kepada perempuan perempuan yang nampak cool dan takde perasaan pada zahirnya. sejuk. dingin. beku. ice queen ni, walaupun digoda macam mana sekalipun, jangan mimpi la nak menunjukkan respon yang positif. macam takde apa apa yang berlaku. susah untuk kau tengok dia menangis atas sebab cinta. entah entah, tak pernah pun bercinta.

cinta pulak ialah perasaan yang lahir dari hati tanpa dipaksa. perasaan yang hangat. perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. indah. jantung berdegup pantas dengan kadar nadi 120 denyutan seminit. butterfly fluttering in the stomach. entah. itu apa yang orang cakap. aku sekadar menulis semula dalam blog ni. kalau ditulis dalam persamaan linear, lebih kurang begini gaya gayanya :

ice queen + cinta = x

x ialah unknown yang perlu kita cari. suatu keberangkalian. kebarangkalian bahawa cinta itu berhasil ataupun tidak.


persoalannya, bolehkah dipersalahkan golongan ice queen ini bila dia memilih untuk mengatakan 'tidak' pada cinta? selalunya, bila golongan ice queen ini single dan tidak berpunya, macam macam persepsi yang boleh kita dengar :

1) ice queen terlalu memilih.
2) ice queen terlalu cerewet.
3) ice queen terlalu sombong.
4) ice queen jual mahal.
5) ice queen bajet bagus.

dan macam macam lagi.

agak agak korang, kenapa ice queen boleh wujud? adakah golongan ini tak percaya pada kewujudan cinta? aku ada juga fikirkan tentang faktor faktor kewujudan ice queen. mengapa ice queen boleh menjadi sejuk beku macam slurpee 7 eleven ataupun ice blended each a cup?

aku rasa berikut adalah faktor penyebab ice queen tegar menjadi seorang yang sejuk beku :


1. gagal dalam cinta pertama. perempuan ni lumrahnya ialah seorang yang setia. susah nak jumpa perempuan yang tak setia. kalau seseorang perempuan itu berkahwin, suami dia merupakan orang yang paling bertuah dalam dunia sebab perempuan ialah golongan yang paling susah nak buat sesuatu keputusan. sebab perempuan kebanyakannya tak tetap pendirian. tapi bukan semua ya. sesetengah je. terutamanya bila melibatkan sesuatu keputusan yang berlaku sekali seumur hidup. kena betul betul kuat hati untuk buat keputusan sebab takut menyesal kemudian hari. jadi, sama la jugak kalau seseorang perempuan bercinta. kalau dia dah ada seseorang yang istimewa dalam hati dia, susah untuk dia memikirkan ataupun nak pandang lelaki lain. sebab tu kalau perempuan gagal dalam cinta pertama, diorang akan frust menonggeng dan kadang kadang amik masa yang lama untuk pulih semula. perempuan ni hatinya rapuh. macam biskut oreo. kena rendam sikit dalam susu suam mulalah hancur bersepai.

solution : mereka decide untuk jadi lebih tegas. to be an ice queen is the answer.

2. pengalaman rakan rakan yang bercinta. selalunya, golongan ice queen ni terdiri daripada orang yang single. orang yang single selalu menjadi 'baldi' tempat bestfren diorang spill over segala masalah percintaan bagai yang selalunya dianggap masalah tahap dewa19.

boyfren aku merajuk - spill kat si single.
boyfren aku taknak belikan beg prada tu, padahal tengah sale 70% - spill kat si single.
boyfren aku tak reply text - spill kat si single.
boyfren aku busy - spill kat si single.
boyfren aku cakap perempuan lain lagi cantik dari aku - spill kat si single.
boyfren aku senyap senyap dah 5 bulan couple dengan bestfren aku sendiri - spill kat si single.

jadi, bila si single ni menjadi tempat untuk meluahkan segala gala masalah lovey dovey ni, secara automatiknya si single akan mendengar dan cuba jugak untuk selesaikan setiap satu masalah tu. yela. kata BFF. bestfren forever. takkan tak boleh nak tolong kot. *mata ke atas*.

disebabkan si single dah terlalu kerap mendengar cerita cerita macam ni daripada kawan kawan diorang yang dah bercouple, maka secara automatiknya si single akan menjadi seorang yang lebih berhati hati dalam membuat sebarang keputusan untuk bercinta. selalunya golongan ice queen ni akan rasa bercinta tu lebih banyak keburukan daripada kebaikan.


solution : lebih baik tak payah bercinta. cukuplah sekadar menjadi golden bucket untuk semua bff diorang. i rela noks, i rela. to be an ice queen is the answer.


3. takut terluka atau dikecewakan. bercinta ni sama macam berani mengambil risiko untuk setiap tindakan yang kita buat. sebab tu orang selalunya bercinta pakai hati dan emosi. bukan pakai akal. masa bercinta semua indah. semua terbaik. semua terhebat. tapi bila dah putus, bawak haluan masing masing, mulalah nak cari kesalahan orang lain, ego tu tinggi melangit. masing masing taknak mengaku salah. masing masing taknak mintak maaf. yang perempuan ni selalu sangat jadi mangsa. yelah. we all girls ni kan berhati lembut selembut sutera kan.. *mata ke atas*. kalau tak salah pun, terpaksa jugak mengaku salah dulu. mintak maaf dulu. kalau tak mengaku dan mintak maaf dulu, dikatakan keras hati. kepala batu. perempuan tak sesuai keras keras ni, oke? kena la ikut je apa je cakap boyfren walaupun suruh terjun dalam gaung sama sama. *mata ke atas*

solution : sebab taknak sakit untuk kali kedua dan seterusnya, to be an ice queen is the answer.


4. hilang kepercayaan. selalunya terjadi apabila salah seorang dapat tau yang pasangan diorang curang. ada orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.


kepercayaan ni susah untuk kita bina. kadang kadang makan masa bertahun tahun barulah kita boleh percaya kat seseorang. tu pun aku tau bukannya 100%. betul tak? tapi untuk buat kepercayaan tu hilang, amik masa sekelip mata je. sebab tu kalau kita nak percaya kat orang, tak boleh 100%. sebab bila kita dikecewakan oleh orang yang kita percaya sungguh sungguh tu, impak dia dahsyat wooo. boleh makan masa untuk sembuh balik. macam trauma jugak la. satu je masalahnya. bila kepercayaan tu hilang untuk seseorang, kesannya ialah orang lain akan dapat tempiasnya sekali. contohnya, ice queen ni dah tawar hati untuk terima orang lain bila pengalaman first love dia membuatkan dia susah nak percayakan orang lain lagi. senang kata, takut sejarah yang sama berulang lagi.

solution : trust is like a paper. last paper *style lawak ke der*. to be an ice queen is the answer.


5. tak puas jadi single. rasa diri sendiri muda remaja lagi sepanjang masa. hei hei hei.. umur tu cuma nombor je kannn *mata ke atas*. yang sebenarnya belum puas berbakti dekat mak ayah lagi. belum beli rumah banglo. belum beli kereta ferrari. belum melancong pergi korea. selagi wishlist tu belum cross-off, selagi tu ice queen nak membatukan diri dan berhibernasi dalam gua yang gelap dan sejuk. dalam dunia sendiri. biarlah orang lain bahagia bercouple, tapi dia bahagia jadi single.

solution : selagi jodoh belum datang seru, to be an ice queen is the answer.




sebenarnya, bagi aku, tak salah menjadi seorang ice queen. aku respect golongan ice queen ni. golongan ni membuktikan bahawa perempuan pun boleh jadi independent. perempuan pun kuat dan tabah bila diduga dengan cabaran macam ni. tapi, ada juga sebenarnya pros and cons menjadi seorang ice queen :

pros : 
1. menjadi ice queen bermaksud menjadi tegas dalam lembut. kalau tegas memanjang pun tak boleh. nanti orang benci sebab tak boleh dibawa berbincang. lembut sangat pun tak boleh. nanti orang pijak kepala. kesilapan dalam pengalaman bercinta yang lepas lepas tu jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. we don't want banana to fruit two times, you know.

2. menjadi lebih berhati hati dalam membuat sesuatu keputusan. buat keputusan secara rasional. bukan emosional. act like a lady. think like a man. fikirkan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah. ambil masa secukupnya supaya kita tak menyesal bila dah buat sesuatu keputusan. masa ialah sahabat kita yang paling baik. sebab tu ada pepatah, masa boleh mengubah segalanya. masa boleh meredakan kemarahan. masa boleh membuatkan kita lebih mengenali seseorang dengan lebih baik. masa boleh mengubah perasaan benci kepada sayang. masa boleh menyembuhkan.

3. muhasabah dan perbaiki diri. ice queen juga seorang manusia yang ada banyak kelemahan. tempoh menjadi single adalah masa yang paling baik untuk melakukan perubahan. akui kelemahan dalam diri dan perbetulkan. belum terlambat untuk berubah. masa single inilah takde pengaruh dan gangguan luar. kalau tak nanti sikit sikit main mesej. sikit sikit call. sikit sikit keluar dating. bila nak belajar mempersiapkan diri? yang dah bercouple perlu bahagi masa antara cinta dengan persiapan menghadapi rumah tangga. ice queen, masa single inilah masanya untuk anda membentuk jatidiri yang lebih elok dan sempurna. belajar masak. belajar mengurus rumah tangga. jangan sedih sedih. dah terer nanti boleh la jadi isteri yang pandai menguruskan segala galanya. kan?

cons :
1. kita tak tahu jodoh kita ialah siapa. ice queen, bila sampai masanya jodoh itu tiba, jangan pulak menolak takdir. jodoh tu rahsia Allah. jangan malas untuk berusaha. jodoh takkan jatuh dari langit macam tu je. jodoh itu juga rezeki. maksudnya kalau kita tak berusaha, jodoh takkan datang menyerah diri naik kuda putih bagai macam dalam fairytale. no no no. Allah dah siapkan jodoh kita. berdoalah. mohon supaya jodoh kita dapat menerima dan menyayangi diri kita seadanya.

kesimpulannya, aku harap entri ni dapat dijadikan pengajaran buat semua. tak kira la sama ada korang single mahupun double. jangan dipersalahkan golongan ice queen kerana masih single lagi. ini tidak adil bagi mereka. mungkin mereka just being protective ke atas diri masing masing. who knows? jangan risau. ice queen pun sebenarnya ada perasaan jugak. saja je taknak tunjuk sebab nak tunggu orang yang betul betul kuat semangat bawak cinta sejati diorang. kan? entah. mana aku tau. aku pun pakai main agak je. haha.

sekian sahaja entri aku. sekian terima kasih.


Sunday, April 22, 2012

gasing (KSSR)


07.02.2012
lokasi : kelas 2 baiduri, sk seremban jaya
bidang : mengenal kraf tradisional (KSSR)
tajuk : gasing

aku tak pernah lagi post entri dan gambar hasil kerja untuk tahun 2, kan? maaf atas kelewatan. aku baru ada peluang untuk edit gambar ni setelah sekian lama. soriiii!

tahun ni tahun 2 ikut syllabus baru. KSSR. lebih kurang macam syllabus KBSR cuma bezanya KSSR ada RPH yang lain sikit. kemudian aktiviti dia dah ditetapkan. ikut minggu je. lain kali aku terangkan pasal KSSR dengan panjang lebar, oke?

sekarang ni aku tunjuk dulu hasil karya gasing yang anak anak murid aku dah buat. enam gasing yang pertama ni antara yang terbaik. kena uji dulu sama ada boleh berpusing ataupun tidak. kemudian baru tengok corak yang diorang hasilkan. kalau menarik dan ada penggunaan prinsip rekaan macam kontra, harmoni, keseimbangan.. bolehlah bagi band 4 ke atas. yup. pemarkahan KSSR sekarang dah pakai band. macam MUET jugak.









aku terangkan langkah langkah dan demonstrasi dulu sebelum diorang buat benda ni :

1. mula mula, buat corak dan warnakan corak tu atas kertas yang aku dah fotostat awal awal (guna kertas A4). jangan gunting dulu. kang susah nak buat corak dan warnakan corak tu pulak.
2. lepastu, gunting ikut bentuk bulat tu.
3. kemudian, tampalkan atas kotak yang cikgu bagi ni. cikgu cikgu, lebih baik anda provide siap siap kotak tu. potong kecil kecil saiz segiempat sama mengikut saiz yang anda kehendaki. kalau tak nanti, murid murid bawak kotak yang tak sama jenis dan saiz. silap haribulan, ada pulak nanti yang bawak kotak peti sejuk yang sebesar alam tu datang kelas. jenuh la kalau masa tu jugak la korang nak menggunting nanti. oh ya. cikgu kena tolong murid yang tak boleh gunting sendiri masa buat langkah ni.
4. lepas dah siap gunting, tebuk lidi sate kat tengah tengah kotak bentuk bulat tu. make sure hati hati masa buat ni. step yang ni pun cikgu kena tolong. kang tak memasal ada yang berdarah tangan pulak nanti.
5. bila dah siap tebuk, gamkan dengan gam UHU kat tengah bulatan tu. ni untuk mengelakkan kotak tu longgar masa gasing berpusing nanti.
6. tadaaaa. siap doh. buleh main doh.

ada beberapa masalah yang aku boleh kenal pasti masa menjalankan aktiviti buat gasing ni dalam kelas :

1) bagi aku, kebanyakan aktiviti untuk KSSR ni bertahap tinggi. maksudnya, kemahiran murid tak selaras dengan tahap aktiviti yang disediakan untuk KSSR ni. contohnya, kalau nak buat gasing ni, kena pakai lidi sate untuk buat pancang dia. kena tebuk kotak yang dah digunting tu dengan lidi sate. kalau korang nak tahu, kotak tu memang tebal. aku sendiri pun makan masa dan agak terhegeh hegeh jugak nak tebuk kotak tu pakai lidi sate. bayangkan budak darjah 2 pulak? zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. zaman dulu budak budak main dengan pisau pun tak heran - lasak tak ingat. berdarah darah tangan dengan kaki pun boleh lagi muka tu selamba-cool-rilek gila je macam takde apa apa yang berlaku. tapi sekarang? *errk*

2) kotak yang tebal. murid murid tahun 2 selalunya akan pakai gunting plastik yang bersaiz kecik tu untuk potong kertas. sedangkan kalau nak potong kotak, memerlukan gunting yang besar. tangan budak budak ni pun.. alahai comel comel belaka. what do you expect? akhirnya, cikgu diorang yang baik hati ni jugak yang tolong potongkan. nasib baik cikgu diorang ni baik hati. kan? kan? hahaha. oke tak kelakar pun.

3) potong bentuk bulat. ni lagi satu. budak budak ni, kemahiran menggunting pun masih tahap paling rendah. nak potong garis lurus pun terkial kial menggigil gigil tangan, inikan pulak nak gunting bentuk yang lebih mencabar.. bulat melengkung bagai. guna kotak pulak tu. kalau kertas biasa takpe jugak. yang aku ajar ni murid kelas depan. itu pun dalam 4-5 orang je yang boleh gunting sendiri ikut bentuk bulat. itu pun bukan perfect bentuk bulat betul. so, what do you expect? hero ini jugak yang akhirnya menyelamatkan keadaan.


don't worry kids! you have me - your light saber. haha.

kalau bab mencorak takde masalah. aku bagi kebebasan kat diorang. jangan sampai kreativiti diorang terbatas. cuma aku ingatkan supaya buat corak tu biar penuh bentuk bulatan tu. warnakan dengan warna yang pekat dan terang supaya gasing tu jadi lagi menarik.

murid yang yakin boleh buat sendiri, biar diorang buat sendiri. bagi peluang dan kepercayaan kat diorang. didik murid supaya berdikari dan bertanggungjawab atas hasil karya masing masing. lepastu, puji murid yang berjaya buat sendiri tu. ini untuk bagi motivasi dan naikkan keyakinan murid untuk buat sendiri. lain kali mesti diorang nak buat sendiri. siap boleh jadi mentor dan 'cikgu' untuk kawan kawan lain lagi. mudah sikit kerja cikgu lepas ni.

sampai sini dulu. lain kali aku cerita pasal hasil karya yang lain pulak oke.
babai.
sekian terima kasih. :)

Thursday, April 19, 2012

cuci-cuci services


16.04.2012
lokasi : bilik seni, sk seremban jaya

hari ni aku buat gambar bunga sakura dengan murid murid tahun 5 kristal. guna teknik capan dan tiupan. dalam bilik seni ada sinki. jadi takde masalah untuk murid murid amik dan tukar air masa diorang gunakan warna air. 

tapi satu je masalahnya..

habis je kelas seni, aku mintak murid murid bersihkan kelas sama sama. dipendekkan cerita, walaupun langkah langkah menjaga kebersihan tu dah dijalankan gila gila punya, memang tak boleh nak buat apa kalau sinki bocor. habis satu bilik seni banjir. banjir oo banjir oo banjir rumah kita naik aiiirrr eh oh. pening jugak kepala aku bila tengok situasi macam tu. nak diharap murid murid bersihkan, diorang ada kelas pulak lepas ni. tak boleh tak boleh. aku pun mintak salah sorang murid aku tu untuk carikan mop. 

aku nak transform jadik mop girl kejap.

ketua kelas 5 kristal, nurin athirah pun pergi la mencari mop. sekali dapat dua mop terus. magic betul. macam the flash. mana entah dia dapat. mintak kat mokcik cleaner kot? 

aku pun amik mop tu. sambil tu cakap kat murid murid aku..

"dah.. balik kelas ye. nanti cikgu awak tunggu"

"taknak. kitorang nak tolong cikgu"

kemudian, tak lama kemudian, taktau datang dari mana, tiba tiba ada penyapu keras untuk bilik air pulak. lepastu datang pulak penyapu lidi. entah dari mana mana je budak budak ni amik. diorang kata jumpa kat dalam bilik air. 

ada sorang murid aku amik mop dari tangan aku. namanya qayyum. qayyum ni agak pendiam dalam kelas. 

"takpe cikgu. biar saya yang mop."

oh mannnn. gentleman gila!

mula mula dua tiga orang je yang nak tolong aku kemas bilik seni tu semula. tapi last last hampir satu kelas tolong aku sampai bilik tu jadi bersih dan kering gila gila. kesian tau bila aku ingat balik. cuba korang bayangkan, sinki yang last tu bocor. aku dengan murid murid aku ni taktau pun yang sinki yang last tu ada problem. jadi, diorang yang kudut ni pergi basuh palet, berus lukisan dengan bekas air dekat sinki tu. jadi, bila air dah melimpah, bilik seni tu memang banjir sangat sangat sampai kasut pun boleh basah terendam. tapi budak budak ni enthusiastic sangat dalam bab bab membersih ni. 

isma amik kain lap, dia pergi lap kawasan sinki sampai berkilat.
mustaqim, rowena, presha pergi basuh semua berus lukisan dengan palet sampai semuanya bersih. siap pergi jemur tepi tingkap pulak tu.
atasha, si kembar nurin, dengan murid perempuan lain pergi lap semua meja dalam tu dengan kain basah sampai bersih.
luqman, hakim, davinraj, brendan dengan yang lain lain kutip semua suratkhabar dengan sampah, kemudian clearkan tong sampah.
max pergi tolak air dengan penyapu keras.
syawal pun sama. tapi dia pakai penyapu lidi.
qayyum mop sampai kering. siap pergi perah mop tu sampai kering.


aku mintak diorang balik kelas cepat. biar aku setel yang selebihnya. tapi diorang tak benarkan langsung aku pegang penyapu atau mop. diorang taknak aku penat. 

aku pun taktau nak cakap apa. terharu gila.  

jadi, aku pun amik gambar masa diorang tengah gotong-royong bersihkan bilik seni tu.




 maximiliano

 syawal

qayyum

dalam masa 10 minit, kelas pun jadi bersih semula macam biasa. aku bukak kipas kuat kuat biar bilik seni cepat kering. 

seriously, bila aku teringat balik masa kitorang sama sama bersihkan kelas tu, aku rasa seronok dan terharu. seronok sebab at last aku ada jugak gambar dengan murid murid 5 kristal walaupun bukan semua masuk dalam frame. terharu sebab aku tau kerja kerja membersih tu penat, tapi diorang sanggup tolong sampai semuanya habis. tak tinggal satu pun. paling ingat sekali bila berebut mop dengan anak murid sendiri. rasa macam kat rumah pulak. haha. bezanya, kalau kat rumah kita takkan berebut mop. kita yang memang akan membuat kerja mop mengemop. jadi istilah berebut mop di rumah takkan ada dalam kamus hidup ya. harap maklong. haha.

*selingan kejap. credits to housemate tersayang sebab dia memang rajin mengemop satu rumah. 
sayang kau ketat ketat! :)*

last but not least..


terima kasih 5 kristal!
you made my day. 
cikgu sayang kamu.
:)

Sunday, April 8, 2012

corak titisan


26.03.2012
lokasi : bilik seni & badminton court, sk seremban jaya
bidang : membuat corak dan rekaan
tajuk : corak titisan
teknik : titisan, resis
media : lilin & warna air / warna poster



minggu ke-8, aku buat corak titisan menggunakan lilin untuk murid murid tahun 5. budak budak suka explore sesuatu. daya inkuiri diorang ni sangat tinggi. lagi kita kata tak boleh, lagi tu dia nak jugak buat. tambah lagi kalau benda tu melibatkan sesuatu yang baru dan agak bahaya. contohnya main api. masa kecik kecik dulu, kalau kat rumah, mesti dah lama kena marah kalau kita main api, kan? tapi kali ni tak. aku saja suruh budak budak ni main api. atleast main api dengan aku dapat gak hasil, kan? 

jadi, aku pun decide untuk buat corak titisan pakai lilin. murid murid ni tak pernah buat lagi benda ni. jadi diorang rasa excited bila dapat tau nak buat corak titisan pakai lilin. 

berikut ialah antara tips yang aku nak share dengan anda semua kalau nak jalankan aktiviti ni :

1. first, cari tempat lapang. jadi aku pilih untuk buat kat ruang kat luar bilik seni iaitu badminton court. senang sikit murid murid nak bergerak. takde la bersesak sesak. tambah lagi gunakan lilin dan api. kalau tempat tertutup macam bilik seni nanti, dikhuatiri kalau apa apa jadi dalam tu nanti, habis karang bilik tu tinggal kenangan sejarah mungkin berulang karang. urgh. tak sanggup aku.

2. sebelum aku bagi murid murid ni duduk luar, aku terangkan dulu demonstrasi macam mana nak buat corak ni dalam kelas. dari A sampai Z. sebab kalau dah duduk luar nanti, aku tau keadaan akan jadi macam pasar. kemudian murid murid pun sibuk la bancuh warna dan hidupkan api. lepastu terkebil kebil taktau nak buat macam mana. lepastu nanti tak jadi hasil karya. lepastu nanti objektif P&P pun tak tercapai. 

3. tunjukkan hasil karya seni yang dah siap pada murid murid. ni bertujuan untuk bagi pemahaman dan konsep visual murid murid. supaya diorang dapat idea dan gambaran macam mana nak buat. boleh jugak dijadikan set induksi. buat brainstorming dengan murid murid tentang macam mana agaknya karya ni boleh dihasilkan? mesti nanti korang dapat macam macam jawapan daripada murid murid.

4. untuk kekemasan, minta murid murid bawa apron / baju lama / pakai baju sukan untuk mengelakkan baju kotor sebab kita nak gunakan warna air/warna poster. tak pasal pasal nanti bila balik rumah kena piat telinga dengan mak sebab kotorkan baju sekolah. haha.. lepastu, alas tempat kerja (sebelum mula bancuh warna dan masa mewarnakan kertas lukisan) dengan kertas suratkhabar. karang tak pasal pasal lantai court jadi tempat buat mural free je karang. haha lagi..

5. pesan murid murid supaya berhati hati bila gunakan lilin. kalau tak nanti ada jugak yang teringin nak buat wayang kulit la, wayang opera cina la.. tak kuasa i nak layan. lebih baik ingatkan sebelum jadi benda benda yang tak diingini.

6. untuk jimatkan masa, gantikan berus lukisan dengan span basuh pinggan untuk membuat sapuan warna. lagipun, efek dia lagi berkesan sebab sapuan warna akan jadi lebih rata, sekata, pekat, dan kemas. 

7. pesan kat murid, bila nak bancuh warna, jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. kalau terlalu banyak air nanti warna jadi cair dan pudar. kalau terlalu pekat, warna susah nak disapu. jadi biarlah bancuhan warna tu sederhana tapi warnanya terang dan pekat.

jadi, aku terangkan cara cara nak buat sekali dengan demonstrasi kat depan kelas :

1. titiskan lilin atas kertas lukisan yang kosong. pastikan kertas tu diletak atas kawasan yang rata supaya lilin yang dititiskan tu nampak bulat bulat je.
2. lepastu, lepas titisan lilin kering, warnakan latar belakang dengan warna favourite anda. cikgu suka purple. jadi cikgu pun letak la warna purple. lagi bagus kalau warnakan lebih dari satu warna.. baru la menarik sikit. takdela satu warna je nanti. 
3. warnakan latar belakang tu dengan pekat dan terang. kalau pudar nanti, hasil jadi kurang menarik.
4. jemur sekejap dalam 1-2 minit bawah cahaya matahari. kena angkat terus lepas kering kalau tak nanti titisan lilin tu akan cair.
5. lepas kering, angkat kertas lukisan tu. titiskan lilin lagi sekali atas permukaan kertas yang dah diwarnakan tadi. kali ni, serongkan / sendengkan sikit kertas lukisan tu supaya titisan lilin akan jadi panjang panjang macam titisan hujan.
6. kalau nak kreatif lagi, sendengkan kertas dalam pelbagai arah untuk mendapatkan impak yang berbeza.
7. lepas titisan lilin yang kedua tu kering, warnakan keseluruhan kertas dengan warna hitam pulak. pastikan sapuan warna hitam tu kemas dan pekat untuk timbulkan warna kat belakang tu.
8. jemur kertas lukisan bawah cahaya matahari. jangan lama sangat takut nanti lilin cair.
9. lepas kering, angkat hasil karya. kikis lilin dengan pembaris. ini bertujuan untuk menimbulkan warna latar belakang yang dah dibuat (yang berwarna warni tu).

berikut adalah antara hasil karya yang murid murid aku dah pun siapkan. aku ajar 3 buah kelas tahun 5. semua boleh buat dan hantar pada hari yang sama. sempat lagi buat apresiasi dalam 2-3 minit.
cantik, kan?
















ada antara murid murid ni yang takut takut masa nak guna lilin.. diorang cakap..

" mak saya tak bagi saya main lilin kat rumah.. nanti dia marah.."

aku pun jawab..

"takpe. ni cikgu dah bagi main ni. main la puas puas. buat cantik cantik tau. yang paling cantik antara kawan kawan awak. dah. jangan takut."

ada antara mereka ni yang tak boleh mengeja, membaca dan menulis.. tapi hasil karya superb. tak semestinya kalau murid tu lemah dalam sesuatu subjek, dia lemah jugak untuk subjek lain. saja aku letak random macam ni. takde perbezaan. sebab semuanya nampak sama je kan? tetap nampak cantik walaupun dalam kelas yang berbeza.

itu saja perkongsian kali ni. lain kali aku cerita tentang hasil karya seni yang lain pulak oke.
sampai nanti.
sekian terima kasih.


Friday, April 6, 2012

yang terindah


05.04.2012.
lokasi : sk seremban jaya, senawang.

1. akak rasa, lepas awak posting dan jadi cikgu betul nanti, awak train la budak budak untuk jadi wakil sekolah untuk bola tampar.
2. kami sayang cikgu.
3. terima kasih ya sebab tolong cantikkan kelas akak.
4. cikgu, nak salam.

empat perkara yang terindah untuk hari ni.

aku harap aku tak menangis bila tiba minggu terakhir nanti.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...