mereka yang hebat

Saturday, July 31, 2010

aku terbaca dari sebuah buku..


keutamaan cinta ibu bapa dari cinta isteri

setiap wanita sudah tentu tidak akan menyukai lelaki yang menjadi suaminya memiliki kerosakan mental dan tidak mengerti tanggungjawabnya yang sebenar.

sebaliknya, dia mengharapkan lelaki yang mempunyai kesihatan mental dan memiliki tanggungjawab tinggi dalam menjalani kehidupan sehari-hari, mencintai ibu bapanya dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga. sebab cinta suami kepada ibu bapanya lebih utama daripada cintanya kepada isteri.

suami yang mengabaikan ibu bapanya tidak dapat diharapkan akan berlaku adil ke atas isteri dan anak-anaknya. oleh itu para muslimah hendaklah memilih bakal atau calon suaminya lelaki yang mencintai dan menyayangi ibu bapanya.

untuk mengetahui apakah calon suami termasuk orang yang taat kepada orang tua atau suka menentang dan melawan kepada orang tuanya, seorang muslimah dapat menyelidiki dengan bertanya hal tersebut kepada ahli keluarga, kerabat terdekat atau jirannya.

memandangkan tingkah laku baik seorang suami dan kecintaannya kepada ahli keluarga sangat penting, para wanita muslimah perlulah meneliti sikap calon suaminya terhadap kedua orang tuanya. jika dia termasuk lelaki yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya, lelaki seperti ini baik untuk dijadikan suami. insyaAllah, kelak rumah tangganya akan berbahagia.

p/s: aku pon bukanlah baik sangat, tapi tak salah kalau kita saling mengingatkan, kan? ^^
sayangilah ibu bapa kita sebelum kita sayang orang lain. sekian terima kasih.

Thursday, July 29, 2010

selamat hari lahir




chaill, 25 julai




mijan, 25 julai




wak, 27 julai




lala, 28 julai




ah hoong, 29 julai




abg amin, 30 julai




e lyn, 31 julai


HAPPY BIRTHDAY. may all your wishes come true. :)


Wednesday, July 21, 2010

picture of the month




gambar ni diambil masa kat ASEAN School Games (ASG) ke-2. gambar ni amek kat Stadium MABA belakang petaling street. budak yang kat tengah tu sebenarnya injured masa 1st half. tapi dia punya semangat memang kuat, dia tak keluar pun dan teruskan permainan macam biasa. nama dia sacre, player indon. jersi nombor 7. peh memang jadik sumber inspirasi akula pasni. huhu :)

Monday, July 12, 2010

suatu masa dulu, aku..


insyaAllah hari ni aku akan memulakan tugas-tugas menyiapkan buletin bersempena Asean School Games kali ke-2 2010 (ASG2), lebih kurang 10 hari juga aku akan berada di KL bersama-sama 10 lagi rakan-rakan lain. kami akan bertugas sebagai krew fotografi, dan sesungguhnya jauh di sudut hati aku bersyukur dan rasa bertuah sangat kerana sekali lagi IPG kami diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. peringkat antarabangsa tu. (menggigil jugak aku mula-mula takut tak dapat laksanakan tugas dengan baik, tapi aku kuatkan semangat). syukur alhamdulillah.

suatu masa dulu, aku masih ingat lagi satu peristiwa yang masih segar lagi dalam ingatan aku ni. peristiwa yang susah betul agaknya untuk aku lupa sampai bila-bila. waktu tu beberapa hari sebelum aku pergi bertugas di KAGUM 2009 kat bandar penawar, kota tinggi. ada satu audition untuk mencari peserta untuk pertandingan nyanyian KAGUM. maka ramai la penyertaan. aku tak pergi pun. nak buat macam mana kalau hati aku bukan di situ. lagipun, aku terlalu teruja untuk bertugas sebagai wartawan merangkap jurufoto nanti bila dekat KAGUM sana. aku tak kisah langsung walaupun aku bukan pergi sebagai peserta. biarlah orang lain teringin nak pergi sana sebagai peserta, tapi maaf, aku bahagia jadi wartawan yang kerjanya ambil gambar walaupun orang hanya pandang sebelah mata. silap-silap orang tak pandang langsung pun agaknya.

dipendekkan cerita, sebenarnya ada seseorang yang telah memperlekeh tugas aku sebagai wartawan merangkap jurufoto tu. yelah, kerja tak glamer la katakan. aku ingat lagi kata-katanya “eleh, bagi jela tugas jadik wartawan tu kat orang lain. ramai lagi boleh buat kerja tu. pergi la sebagai penyanyi maktab. sebagai peserta. pergi sana berpanas-panas, amek gambar klik-klik, posing sikit.., dapat apa? dapat penat ja. baik pegi jadik penyanyi dapat pakai cantik-cantik. dapat bawak nama maktab. dikenali sebagai peserta. kan lagi baik?”. sambil tersengih. jujur aku katakan, aku terguris dengan kata-katanya itu. dan kata-kata itulah yang menjadi pembakar semangat aku sampai hari ni.

masih aku ingat lagi bagaimana pada suatu petang yang hening dengan tiba-tiba dia memanggil aku ke kelas dan meminta aku menyanyi, padahal calon penyanyi KAGUM sudah pun berada di situ tanpa aku ketahui terlebih dahulu. apakah motifnya? ingin menyakitkan hati akukah? maaf, anda tidak berjaya sama sekali berbuat demikian. dengan tenang dan bersahaja aku tetap menyanyi demi memenuhi permintaannya tanpa ada persediaan rapi. aku tunaikan juga permintaannya walaupun berbuih mulut aku meyakinkannya dengan berkata ‘tidak’. aku tunaikan juga permintaannya walaupun aku terguris dengan kata-katanya yang pedih itu. aku tunaikan juga permintaannya, atas dasar aku masih hormatkan dirinya. aku tunaikan juga permintaannya walaupun aku tidak cukup ikhlas sekalipun untuk datang ke kelas pada petang yang hening itu. aku menyanyi secara off-key tanpa memikirkan perasaannya. aku mahu calon peserta itu berbahagia dengan ‘persembahan nyanyian’ aku yang tak seberapa itu. sekurang-kurangnya peluang peserta tersebut cerah bila mendengar aku menyanyi macam tu. kerana sudah jelas dan nyata aku pernah berkata banyak kali kepada ‘dia’ yang aku hormati itu, “ini bidang yang saya suka. walaupun tak glamour macam jadi penyanyi maktab, tapi saya nekad. saya bahagia dengan apa yang saya pilih dan saya takkan menyesal langsung. biar apa pun orang nak kata”. aku tak pernah pulak merendahkan bidang nyanyian atau seumpama dengannya. bagiku, nyanyian itu seni. bukan juga aku bodoh sombong, tapi untuk menyanyi di khalayak ramai bukanlah sesuatu yang dapat aku lakukan dengan sepenuh keyakinan aku. bukan sesuatu yang suka-suka untuk aku lakukan. aku mahu lakukan sesuatu dengan ikhlas, dan keikhlasan aku itu untuk tugas-tugas mengambil gambar walaupun tak ada baju cantik, tak ada mekap, muka selekeh, berpanas, tak glamour, dan sebagainya tapi itulah yang aku suka. bidang fotografi menyebabkan aku jadi diri aku yang sebenar. aku tak kisah dengan semua itu malah berbangga jadi sebahagian daripada beribu-ribu orang yang menjayakan pesta KAGUM itu walaupun dengan peranan hanya sekecil menjadi seorang wartawan merangkap jurufoto.

sekarang, selepas lebih kurang setahun peristiwa tu berlalu, aku menoleh semula ke belakang. melihat apa yang telah aku lakukan sepanjang berada di IPG tercinta ini. orang yang pernah berkata pedas suatu masa dahulu itu kini menjadi sebahagian daripada tugas yang aku lakukan hingga ke hari ini. bidang yang paling tak glamour sekali. ambil gambar klik-klik. posing sana posing sini. berpanas. apa yang aku dapat? ya, orang itu kini juga masuk dalam bidang yang dah lama aku ceburi ini. setiap kali aku pandang wajahnya, aku akan teringat setiap patah kata ‘manis’ yang pernah dia ‘hadiahkan’ pada aku dulu. aku terluka, tapi dalam masa yang sama aku tersenyum sinis melihatnya. entahlah. memang tak patut kan aku ni? tapi itulah yang aku katakan 'ferris wheel'. sampai sekarang, aku bersyukur kerana menolak permintaannya untuk menjadi penyanyi ke KAGUM. syukur sangat-sangat. sekurang-kurangnya dengan tugas yang tak seberapa ni telah membawa aku merantau jauh mencari pengalaman ke SIPMA seterusnya ke ASEAN. terima kasih kepada ‘dia’ kerana telah menghadiahkan kata-kata yang menjadi pembakar semangat aku itu. dan terima kasih juga kepada sesiapa yang mempercayai bakat dan minat aku ini. insyaAllah dengan minat aku ini, aku nak realisasikan banyak impian aku berkaitan bidang fotografi ni. moga-moga Allah permudahkan jalan aku. insyaAllah.

p/s: kuatkan semangat. buatlah sesuatu kerana minat dan keikhlasan dari hati. tanyalah hati, percayalah dengan kebolehan sendiri, sebab hanya kita yang tau apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. insyaAllah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...