cuti sekolah dah mula jumaat lepas. 12hb haritu.. sekarang ni kat rumah. tapi, minggu lepas merupakan minggu paling sibuk dalam hidup aku tahun ni. jadi, apa kaitan 'aku sibuk' dengan tajuk kat atas ni?? haa.. ni la yang aku nak cerita ni..
ya. semuanya bermula dengan PBS. PBS tu maksudnya Pengalaman Berasaskan Sekolah. kalau cikgu-cikgu yang melawat blog aku, mesti tau apa tu PBS. tipu la taktau.. huhu.. aku buat PBS kat SK Methodist ACS kat Seremban. dekat je dengan Terminal 1. kemudahan nak balik pun senang memandangkan ada banyak pengangkutan awam bersepah di situ. depan sekolah je. tempat shopping-mopping pon kat situ. bercanda ria pon di situ gak, hehe~ ^-^. jadi, apa yang istimewanya cerita PBS aku ni? bagi aku PBS aku kali ini biasa-biasa saje.. yang buat jadi rasa lain tu sebab ni la pertama kali aku buat PBS dengan kawan-kawan aku: rafhan, che yaya ngan ati. gegurls je, oke. huhu.. dipendekkan cerita, pada hari pertama PBS, kami berempat ni balik asing-asing. ati ngan rafhan balik naik bas. aku dan che yaya naik bas gak, bezanya kami punya perjalanan nak balik maktab tu memang panjang.. haish..malu pulak nak share ngan korang.. tapi aku cerita je la, buat pengajaran untuk kita semua.. khususnya bakal-bakal cikgu kat luar sana..
ceritanya camni. aku dan che yaya baru balik dari membeli barang-barang kat The Store yang besar yang ada KFC lebih kurang arah timur laut dari The Store tu. kami naik bas Plusliner no.7 dari situ. biasa la adat naik bas, mana ada tempat duduk kalau dah naik separuh jalan lepas bas keluar dari terminal tu, kan.. jadi tempat yang single and available cuma yang dekat tepi tingkap nun jauh di belakang sekali. kami duduk la dengan barang-barang yang sarat di tangan. dengan keadaan dalam bas macam dalam tin sardin, sardin pon tak berhimpit camni kot.. dengan penat. dengan banyak barang.. fuh..dugaan.. kami berdua tabahkan hati dalam bas no.7 tu sambil mengunyah muruku yang dibeli di depan The Store tu. agak keras jugak la. masing-masing melayan perasaan dalam bas. sedar-sedar bas semakin menghampiri kawasan maktab, dan masa tu bas penuh dengan murid-murid SMK Dato' Hj Mohd Redza.. sabar je la.
tiba-tiba je terpacul dialog ni dari mulut aku:
aku: kita tak payah la keluar dulu, che yaya.. bukan boleh keluar pon.. kite jalan-jalan nak..?? mesti ko tak penah melancong kat Megaway, kan che yaya?? (macam la Megaway tu Disneyland kan..)
che yaya: (dengan kudusnya) ha'a boleh jugak. tak payah la keluar. huhu..
setelah mengambil keputusan berani mati tu, aku dan che yaya sambung makan muruku yang keras tu sambil melayan jiwang karat masing-masing. aku bertindak sebagai pemandu pelancong, menunjukkan pada che yaya 'tempat-tempat menarik' yang ada kat Megaway tu sampai pokok gajus dengan delima pon sibuk nak tunjuk gak.. dah lepas kawasan Coral Heights, aku nampak che yaya menunjukkan simptom-simptom Darth Vader di sebelah aku. dah mula dah.. dah selamat tidur rupanya dak sorang ni. nasib baik tak berdengkur. hihihi :D. aku pon mengantuk jugak sebenarnya. tak disedari aku pon hanyut kat belakang tu melayan mata. haha. lepas tu aku tersedar bila che yaya goyang bahu aku.. hmm.. SMK Dato' Hj Mohd Redza.. hmm.. bila masa bilik aku berjiran dengan sekolah ni.. sekejap.. apakah?? what the... aku toleh sebelah. che yaya buat muka. "woi, bangun. kita dah terlepas woi.." katanya.. aku pandang depan. budak-budak lelaki dari kolej tafe (kot??) seronok gelakkan kitorang. pakcik bas berbangsa india tu baru perasan, toleh belakang, buat muka pelik, "korang nak pergi mana?? nape tak turun??".. aku dan che yaya muka blur je. tak tau nak kata apa. nak turun masa tu hujan, esok PBS lagi.. takut demam la pulok.. aku cakap, "takpe pakcik, kitorang pegi terminal jela. hehe (sambil buat muka seposen)". che yaya muka tension je aku tengok (sebab masa tu dia mamai tak dapat nak cerna apa yang berlaku), walhal aku dah start gelak-gelak sebab tak sangka pulak boleh jadik camni. hahaha..
pastu kitorang pun start fikir..
1. mana nak turun ni?
2. berapa agaknya tambang bas ni?
3. nak balik naik apa lepas ni? bas ke teksi?
4. alamak.. duit cukup ke tak ni? ke nak pegi bank dulu cucuk duit? haila..
masing-masing senyap. aku tau che yaya bengang. yela.. penat, mengantuk, semua bercampur aduk. tapi aku rasa cam lawak sangat. camne la aku dan dia boleh tak sedar ni?? hadoi.. :P
dipendekkan cerita lagi, pakcik bas tu sanggup hantar kitorang balik. tak payah turun, katanya. tapi dia nak charge rm9.00 kat kitorang sebab route nya pergi, balik, dan pergi semula ke maktab. so 3 x (rm1.50x2) = rm9.00. dia kata itu lagi baik daripada nak ambik teksi, rm8.00 lagi + duit tambang bas yang belum ditentukan untuk kami ni lagi.. huhu.. aku kata oke je. kami pon balik la dengan bas no.7 tu hinggala selamat sampai ke depan maktab. akhirnya. setelah 2 jam 45 minit berada dalam bas tu, kami pon berjaya menghirup udara segar (cheh, selama ni tak pernah hargai pun bila lalu-lalu depan kawasan maktab tu pon.. huhu.. :) )
jadi kawan-kawan, ingat la.. jangan tido dalam bas. nanti penat. rugi masa, tenaga, duit, emm.. semua la.. sendiri mau ingat maa.. dah la esok PBS. pukul 5.15 bangun, pukul 6.30 gerak, sebelum pukul 7.00 dah sampai kat ACS. keje pon banyak nak bagi settle. peh.. bila ingat balik mesti senyum sorang-sorang, walaupun senyum sorang-sorang tu makruh sebenarnya. hehehe.. tu la hari pertama PBS aku. nanti aku cerita benda lain pulak k. penat dah ni. haha. :)
haha....adoi. seb bek x penah terjadi kat aku lagi :P mmg lucky kot..dpt nek bas nombor 7. huhu.
ReplyDeletehaha.. tu la pasal.. aish..
ReplyDeleteentah napa jadik camtu pulak..
yang tak tahan tu boleh pulak pikir sekolah tu jadik jiran bilik aku.. lol.. :P