mereka yang hebat

Friday, February 28, 2014

nescafe


hari ni aku jalan jalan cuci mata dekat U Mall. saja je. taktau nak buat apa. dekat U Mall ni ada dua benda je yang aku rasa best. satu, ada wayang. kedua, ada butik baju yang banyak pilihan dan murah gila. aku pun bukan jenis membeli baju pun. dalam setahun, sekali dua kali je aku beli baju kurung.

aku pun masuk satu butik ni. baju dia memang gila murah. baju pun rotate seratus kali setahun, apa salahnya pakai baju murah ye dak? fikirku. aku belek belek satu satu. tak sampai dua minit aku tarik sepasang baju. aku try. then aku nak beli tudung bawal. peh. semua tudung dia jual bling bling bak ang. tak reti aku. aku tanya cik penjual yang manis tu.. tudung bawal kosong ada tak?

ada. RM7 je sehelai.. beli 2 helai RM12. beli 5 RM25.

peh. murahnyaa! fikirku.

aku pun pilih sehelai yang match dengan baju kurung tu. sehelai lagi aku ingat nak beli warna nescafe. trending tuuu kat rumah sewa aku. semua pakat nak pakai tudung bawal kosong kaler nescafe.

kaler nescafe ada tak, wak?

ermm.. takde la. kaler kat sini je yang ada.

aku pun pilih lagi sehelai tudung bawal. tapi bukan kaler nescafe.

ok. aku pun malas nak lama lama kat situ. lepas bayar baju kurung dengan dua helai tudung, aku pun keluar dari butik tu.

tak lama lepas tu, aku beli barang barang rumah.. last sekali bila aku dengan gigihnya menolak troli barang, aku pun 'ter'lalu la dekat sebuah butik tudung dan..

aku ternampak sign harga kat situ "1pc RM6, 2pcs RM10"

AKU DAH KENA TIPUUUUU!!! warghhh! stress!

aku pun jalan dengan laju. separuh jiwaku pergi mengenangkan tudung bawal nescafe murah yang tergantung kat situ. mungkin jodoh aku dengan tudung bawal nescafe belum sampai agaknya.

akan aku miliki dirimu suatu hari nanti, wahai tudung bawal nescafe!


Saturday, February 8, 2014

usaha lif kejayaan


manusia lumrahnya suka berusaha. sebab bila berusaha kita akan dapat sesuatu. sesuatu yang memberi kepuasan.

hari ini aku puas. sebab perbincangan yang siang tadi dengan cikgu dekat sekolah aku buat aku rasa macam ada cahaya terang tiba tiba. banyak yang dia kongsikan dengan aku. A sampai Z. segala ilmu. aku suka, sebab aku rasa aku masih baru untuk belajar benda benda macam ni.

manusia memang suka ada mentaliti masing masing. termasuk aku. aku pun kadang ada mentaliti sendiri terhadap orang lain. manusia. memang macam tu. tapi aku rasa, itu semua sebab kita suka pandang sesuatu dari sudut yang negatif. siang tadi macam wake up call aku. benda yang berselirat penuh dalam otak aku macam dah terungkai satu demi satu. macam cantuman jigsaw puzzle yang hampir siap. aku cuba melihat sudut yang sebelah sana. dari sudut positif. aku tak suka sesuatu, kerana aku tak cukup berusaha untuk memahami sesuatu itu. aku belum cuba, dan aku belum tahu hasilnya.

tahun ini banyak benda baru berlaku. bermakna setiap hari adalah pembelajaran baharu untuk aku.

benda yang susah boleh jadi mudah. kalau kita nak berusaha.

doakan aku tidak malas, ya?

sekian terima kasih.



Saturday, January 25, 2014

esok


alhamdulillah. masih diberi kesempatan menghirup udara percuma.
dikurniakan rezeki tak terhingga olehNya.
dikurniakan keluarga,
dikurniakan sahabat yang baik hati dan masih mengingati.
dikurniakan segala galanya.

syukur.

walaupun jadual waktu tahun ini tak semeriah tahun lalu, yang mana tahun lalu aku hanya mengajar subjek seni, pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, tapi aku tetap bahagia. sekurang kurangnya aku berehat dari kepenatan main kejar kejar dengan budak budak. tahun ni boleh praktis jadi lebih ladies daripada biasa. oh ok. aku berangan lagi. cita cita yang satu ini entah bila boleh menjadi. jangan harap. baju tahun tahun lepas aku rotate entah berapa ratus kali sampai aku jadi tak tahu hendak pakai apa. semua nampak sama je. haha.

tahun ni antara tahun tersibuk aku. balik dah macam office hour. malah lebih lagi sebab keluar awal pagi lagi. tiada lagi istilah berjimba di hujung minggu, sebab bagi aku, rumah itu syurga. tidur di rumah lebih baik daripada berlibur di luar. penat seminggu macam terubat bila dapat bermalas malasan di rumah bersama housemates tercinta.

buku rekod pun baru siap tulis. buku budak esok nak tanda.
lain kali aku update lagi.

Tuesday, December 3, 2013

wau bulan KSSR


bidang : mengenal kraf tradisional
tahun : 1
tajuk : wau bulan

berikut adalah beberapa hasil karya anak anak murid aku dari empat buah kelas yang berbeza dalam tahun 1. markah tu saja je sebenarnya aku bagi. supaya murid dapat motivasi sikit dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

aspek yang aku pentingkan dalam pengajaran wau bulan ni ialah unsur seni dan prinsip rekaan. unsur seni yang aku tekankan ialah garisan, rupa, dan warna. prinsip rekaan pulak dari segi imbangan (simetri), penegasan, dan kontra. mungkin ada yang pelik kalau tengok kenapa ada sesetengah murid yang hasil karyanya aku bagi markah tinggi walaupun hasil karya dia simple daripada yang lain. tapi macam yang aku cakap tadi, aspek pemarkahan diberi jika elemen unsur seni ada dalam hasil karya murid dan prinsip rekaan diaplikasikan, terutamanya ada prinsip imbangan dalam hasil karya murid (walaupun ada yang letak warna tak sama di kedua dua bahagian wau). dan markah tambahan diberi jika ada keaslian dalam karya. sebabnya, ini cuma pendedahan pada murid untuk mengenal bahasa seni visual. takkan la baru ajar sekali dah terus pandai kan? amboi. jangan gelojoh, please.

jadi, macam biasa, sebelum mulakan P&P aku terangkan unsur seni dan prinsip rekaan yang sepatutnya ada pada wau, ciri ciri wau bulan tradisional, contoh hasil karya yang dah siap, demonstrasi, dan macam biasa.. set induksi. nyanyi lagu 'wau bule' la. apa lagi? budak budak darjah satu memang suka menyanyi. kalau boleh dapat mikrofon sorang satu lagi suka gamaknya. rangka luar wau mudah je. aku lukis template nya pakai software paint. kemudian save dalam format jpeg. kemudian fotostat untuk 4 kelas. senang kan? play smart.

ini antara hasil karya murid yang dah siap. banyak lagi sebenarnya, tapi aku pilih randomly. kalau nak upload semua jawabnya makin panjang la entri ni.










yang ni pakai media krayon.










 


dah habis.

sekian, terima kasih.

Wednesday, November 20, 2013

relakan jiwa


aku bukan peminat hazama, tapi entah kenapa aku rasa lagu ni ada feeling dan style macam lagu lagu kumpulan MUSE.

nice music arrangement. 



Saturday, November 9, 2013

kau


rindu yang tak bertangguh saat kau jauh
mengisyaratkan sesuatu dalam jiwa
aku yang tidak bernama

rasa ini
tak pernah kuraih, tak pernah kunanti
aku benci lelah ini

akal dan jiwa tak pernah bersatu
yang terungkapkan lain di zahir, lain di hati

dalam senyap sunyi kau dera perasaan ini
dalam seribu kepayahan aku cuba untuk mengerti

ruang seluas langit bagaikan berpenghuni

kau.


hush,
2240 p.m.

Sunday, November 3, 2013

kemajuan


sepanjang lebih kurang tiga bulan aku mengajar seni tahun 1, anak anak aku yang tahun 1 ni dah pandai :


menyatakan warna asas dan membuat sendiri campuran 
dua warna primer menjadi warna sekunder.




1. mengaplikasi garisan berpancar dalam aktiviti menggambar
2. mengaplikasi campuran dua warna dalam aktiviti menggambar
3. mengendalikan bahan / media basah secara bersih dan selamat


1. membuat confident line terus menggunakan magic pen


mengaplikasikan penegasan dan kontra dalam pemilihan warna dan bahan


1. membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris
2. membezakan antara oil pastel dan krayon



conclusion : never underestimate the power of year 1.




lain kali aku update lagi. buh-bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...