mereka yang hebat

Monday, February 22, 2010

picture of the month



kenapa aku katakan ini merupakan picture of the month yang aku pilih?? haa.. sebab kan..cuba korang tengok apa yang ada dalam gambar ni.. jom kita tengok sama-sama.. dalam gambar ni ada orang berdiri kat ruang paling kiri. orang tu tengah tengok orang lain tengah amik gambar. ada sorang perempuan lain pun tengah amik gambar. dan aku pulak mengambil gambar mereka semua ni dan jadik satu gambar yg lain pulak. itula cerita yang aku nak sampaikan dalam gambar ni. lagipun korang rasa tempat ni kat mana sebenarnya?? kat kampung sungai buntu, pontian?? bukan.. bukan.. tempat ni ialah kat kawasan lapang depan Pejabat HEP kat maktab tempat aku belajar sekarang ni.. hehe.. very sceneric, rite? nice one.. lighting pon oke dah.. korang pulak? apa pandangan korang?? huhu.. :)

Thursday, February 4, 2010

mata ini sudah mengantuk, tapi..

waktu dalam laptopku ini dah menjejak angka 2.13 pagi tapi mata ini degil taknak tutup tutup..masa-masa macam ni la aku sibuk teringat kelas Dr. Maridah siang tadi. assignment yang macam agak mission impossible yang dipintanya tatkala lambakan kerja kursus dan ISL yang entah apa-apa bertimbun-timbun dalam bilik aku ni..tugasannya..apa lagi..tulis sajak la..nama pun masuk kelas BM takkan buat artwork seni pulak kan..

jadi, camne ni..?? otak dah seberat 24 karat tak pernah diasah balik. lepas habis sekolah dulu kerja aku hanya makan tidur makan tidur tiba-tiba sekarang kena tulis sajak..memang bagus sangat dan sesungguhnya aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Dr. sebab menggesa minda aku yang gila ini untuk berfikir bahasa sastera. apa jugak la yang aku tengah buat sekarang ni..aku tengah cuba dapatkan ilham dengan mendengar lagu..

Pergi - Aizat.
Maha Melihat - Opick ft Amanda
Hati - Siti Nurhaliza
(apakah berkesan?? semua tema yang berbeza..huhu..)

biarlah hanya telinga yang mendengar lagu Pergi ni..jangan idea yang pergi sudeh. hehehe. lepas ni takkan nak kena dengar lagu Sampai Menutup Mata baru mata ni mau tidur kot? apa apa sajalah janji semua orang bahagia.. :)

Tuesday, February 2, 2010

picture for january month


pertama sekali aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak post kat blog ni. so kali ni aku nak share gambar ni dengan korang. sebenarnya kan, gambar ni dah lama dah ada dalam folder gambar aku. aku bongkar balik semua. aku jumpa balik gambar ni. dan aku suka tengok gambar ni. macam ada sesuatu yang lebih daripada apa yang kita lihat secara zahirnya. macam orang putih kata apa.. more than words la ni kira-kiranya..huhu.. gambar ni diambil semasa aku PBS kat SK Kangkar Pulai 2, Johor. ni la hasilnya. simple but meaningful, kan? enjoy! :)

Friday, December 18, 2009

you are beautiful :)


sepanjang cuti sekolah ni, agak-agak kalau ada masa lapang, korang cuba layan cerita drama Korea yang baru release kat Korea ni. tajuknya You're Beautiful aka YAB aka Minami Shineyo dalam bahasa Koreanya.




drama ni mengisahkan tentang seorang nun-to-be yang bernama Go Mi Nyu yang terpaksa menggantikan abang kembarnya yang bernama Go Mi Nam (kalau dalam bahasa Korea Go Mi Nam tu maksudnya 'lelaki hensem'.. haha poyo sungguh) dalam sebuah kumpulan band A.N.Jell. A.N.Jell ni satu group yang konon-kononnya sangat la popular kat Korea tu. Go Mi Nyu yang menyamar ni akhirnye terpaksa jugak gantikan abang dia tu dan tinggal serumah dengan ahli-ahli A.N.Jell yang lain.. Hwang Tae Kyung, Kang Shinwoo, dan Jeremy. cerita ni memang best giler dan mencatat rating 10.5 juta penonton di Korea sepanjang siaran cerita drama ni di sana. antara pelakon yang berlakon dalam drama feveret aku ni ialah Park Shin Hye (Go Mi Nam/Go Min Yu), Jang Geun Suk (Hwang Tae Kyung), Jung Yonghwa (Kang Shinwoo), dan Lee Hongki (Jeremy). korang boleh view trivia tentang drama Korea yang best ni kat Facebook Group. selamat menonton! huhu :)

picture of the month

this is my favourite pic. gambar ni diambil masa jamuan hari raya kat maktab. kebetulan diorang berdua ni pakai baju warna hijau. nampak sesuai sangat. tambah lagi masa tengah candid, kebetulan che yaya dengan babab punya ekspresi macam pasangan bahagia. huhu :) . look at their smiles... :). hope pada masa-masa akan datang aku dapat amek gambar macam ni lagi yang merakam ekspresi yang tak ternilai.

Sunday, November 8, 2009

photography and me




It's kinda weird to tell everyone that I love photography. But this is the truth I'm telling you : I'm craving for the best picture ever. I never had an idea on how I can have that sensation in this field, but maybe this is the reason : I got the chance to take pictures with an SLR in 2008. That is my first time ever in my life, and it's really an honorable and precious moment for me. Right up there are some pictures from that SLR that I had captured as my private collections.

I also posted a few of pictures that I captured by myself and friends. Just check it out at http://foto-manic.blogspot.com/2009/08/nature-by-07.html . Feel free to drop by there. It is a photo blog that is manage by one of my bestfriend, Aie.

welcome to my newborn :)

Alhamdulillah.. Here it is. My newborn blog, finally. Pain and gain make this blog is very worthy for me. I always wanted to publish and have created a blog, but it always seems to be a blank white blog without any post..since 2007. So I decided to start a new one, maybe this is not much that you can expect from me, but I'm really happy that this blog is finally done this year.

Talking about myself of course, I'm going to sit for my exam next week. And within two weeks, we will have our year end semester break. I wonder why the time is passing by so fast.. (sigh) and next year will be my second year of degree. How I wish I could turn back the time.. Sometimes I just feel that life can be so cruel.. and also sweetest than ever. That fate and destiny will lead us to our path.

Whatever it is, dear Allah, may You bless me with health and peace to go through my life. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...