mereka yang hebat

Thursday, October 21, 2010

kuetiau goreng seremban parade


makanan kegemaran aku kuetiau goreng seremban parade. asalnya aku tak suka pun kuetiau. tapi kenapa boleh suka pulak? sebab? sebab masa mula-mula aku datang belajar kat seremban ni, aku taktau mana tempat yang paling best kat seremban ni selain seremban parade (sebab ada tempat boling kot). bila dah lama sikit duduk baru pandai sikit-sikit berjalan-jalan melihat alam. hehe..

dipendekkan cerita, rasa kuetiau goreng seremban parade yang dulu dengan sekarang dah banyak berubah. mula-mula aku fikir "alaa.. perasaan aku je kot".. tapi bila kawan-kawan aku yang lain pun cakap "ha'a.. dah lainla.. tak macam dulu.." maka aku pun merumuskan bahawa sememangnya rasa dia dah berubah. dah jadi makin pedas, kurang manis, kadang-kadang terlebih masin, dan sebagainya.

bila aku fikir-fikir balik, kuetiau goreng seremban parade ni sama je macam hati manusia. boleh berubah. bila-bila masa aje. dulu sedap, sekarang dah kurang sedap. hati manusia pun macam tu. bila sedap, suka. tak sedap, tinggal. rasa tak adil, kan? manusia memang suka yang baik, cantik, wangi, bagus, sedap. bila dah tak cantik, tak wangi, tak bagus, tak sedap, tunggu masa je nak dibuang. cuba fikir, tukang masak kuetiau tu orang yang sama, tapi macam mana rasa kuetiau yang dia buat tu boleh berubah pulak? mungkin ramuannya dah tak sama macam dulu. kilang dah tutup ke. ape ke. takkan kita cuma expect benda yang sama. contohnya, takkan aku nak expect rasa dia takkan berubah sampai bila-bila. tak boleh macam tu. itu tak adil bagi si tukang masak. bukan salah dia pun.

hati orang pun, sama jugak. kita tak boleh expect akan kekal sampai bila-bila. kalau setia, baguslah. kalau tak? nak paksa jugak ke? uish.. tak adil.. tak adil.. semua orang ada hak memilih. cuma bergantung pada apa yang kita pilih. hari ni suka, esok tak suka. lepas tu tukar lain. bila dah bosan tukar lagi. sampai bila? bila nak puas hati kalau macam tu? hmm.. dah besar kan.. semua boleh fikir sendiri..

bagi aku, berubahlah macam mana pun, aku tetap suka kuetiau goreng seremban parade walaupun rasa dah tak sama macam dulu.

*untuk abang aka daddy aina, selamat hari lahir ke 27, 20.10.2010. semoga Allah merahmati abang sekeluarga. amin. :) *

Tuesday, October 5, 2010

IRIS



ni entri pertama aku untuk bulan oktober ni. aku nak kongsi tentang satu drama korea yang bertajuk 'IRIS'. sebenarnya cerita ni tahun lepas lagi dah ada. tapi baru sekarang ni free sikit nak update blog. huhu..

berbalik pada IRIS. cerita ni adalah tentang dua orang sahabat baik yang bernama kim hyun-jun (dilakonkan oleh lee byung-hun) dan jin sa-woo (jung joon-ho). dua orang kawan ni askar dalam latihan. tapi sebab dua orang manusia ni sangat terer berlawan sebab mereka ketua platun Alpha dan Bravo, maka mereka ni terpilih sebagai ejen National Service Security (NSS) iaitu satu badan pertubuhan perisikan negara Korea Selatan. kat situla diorang berdua ni berjumpa dengan choi seung-hee (kim tae-hee).

lepas tu, dipendekkan cerita, kim hyun-jun ditugaskan untuk membunuh seorang VVIP kat budapest, hungary. tapi lepas dia berjaya, baru dia dapat tau yang dia sebenarnya dah diperangkap dan lepas tu bermulalah cerita sebenar. memang thrill gile kot. aku tengok dua episod je memula, tapi pastu takleh berenti pulak. hehehe :) . memang terbaik la cerita ni walaupun ada gak yang cakap kat aku "ei.. hero dia tak hensem la sebab tu aku taknak tengok..". so what? ade aku k? haha.. lagipun ada T.O.P bigbang kot. dia rapper dalam bigbang, ingatkan tak pandai berlakon, setakat harap muka je, tapi memang best gile kot dia ada. tambah lagi watak dia kan kejam. secret assassin. cayalah T.O.P!! :)

untuk trivia cerita ni, boleh klik link ni.

*kepada sesiapa yang sukakan benda-benda comel, mellow, sila jangan tengok cerita ni. sekian terima kasih~ *

Sunday, September 5, 2010

bintang hatiku



cepatnya kamu besar, aina. acik nina rasa macam semalam kamu baru lahir. sekarang dah pandai ye kamu.. nak tidur pun beralas lengan acik nina. bila acik nina ganti dengan bantal kecik pun kamu dah merengek. aina..aina..

dah besar besar ni pandai pulak kamu dengar lagu yang bukan bukan ye aina adani.. lagu ape omputih tu.. baby baby ooohh? justin bieber? aduyyai.. nobody nobody - wondergirls, it's you - super junior?? apakah ini semua aina? acik nina tak ajar pun aina ikut jadik macam acik nina tau.. dengar lagu korea bagai. acik nina cuma plan kita tengok movie dengan drama korea aje bila aina dah besar sikit nanti. ni mesti keje ayah ngan ibu aina ni kan? kan? haa.. tak baik tipu acik nina tau! acik nina tahu~~ ^-^

aina tau tak umur aina sekarang ni berapa? ha.. kira pakai jari cepat dah berapa bulan. tak cukup? ha.. pegi tambah jari kaki sekali. dah 1 tahun 3 bulan. 1 tahun ade berapa bulan aina? ye.. 12 bulan. tambah dengan 3 bulan jadik 15 bulan. pandai anak acik nina ni. pasni kita kira bintang kat langit pulak ek. pastu pegi jalan jalan naik kereta. tapi aina jangan tidur kat lengan acik nina pulak tau? nanti camne acik nina nak drive. hehe. nakal aina ni. dah besar nanti jadik budak baik tau!

nape la acik nina rase biar aina lambat je besar. tak mau cepat sangat. aina pengubat duka lara acik nina. aina cute macam ni. kalau acik nina membebel banyak banyak pun aina tak mengamuk, tak bising, tak marah. aina diam je dengar acik nina membebel. aina pendengar yang setia. sambil dengar, sambil aina tengok dalam dalam mata acik nina. padahal tak paham ape ape pon. hehehe. kesian aina. tapi takpe. aina tau kan acik nina aina ni baik orangnye? aduh. terpuji diri sendiri lak. sori aina. sengaje. hehehe :)

oke aina. acik nina ade kerja sikit nak buat. nanti kita jumpa lagi. aina jangan main lari lari jauh jauh tau. nanti kalau jatuh siapa susah? bukan acik nina ye. ayah ibu aina jugak yang susah. acik nina jauh ni. tak dapek den nak nolong. hehe. jangan nakal nakal. acik nina rindu aina. i do miss u so much! :)

Saturday, September 4, 2010

haru haru




neon neul jeo haneulgachi hayake
tteun gureumgwado gachi saeparake
neon neul geureoke useojwo amu il eopdeusi

Tuesday, August 31, 2010

picture of the month



tarikh : 09082010
lokasi : medan selera ampangan, seremban

"bukan selalu kita dapat macam ni"

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53.
senyum selalu.

(^_^)Y

Wednesday, August 18, 2010

aku ingin sangat



ramadhan datang lagi. ni la entri baru aku lepas 8 hari umat Islam berpuasa. pemalas sungguh aku ini nak menulis. huhu.. selalu kalau ramadhan ni yang paling nikmat sekali mestila masa berbuka dengan pegi solat tarawih.

tahun ni tak macam ramadhan lain aku rasakan. kalau dulu mesti nak pegi bazar ramadhan setiap hari, tapi kali ni aku dan kawan-kawan putuskan untuk berjimat sahaja. janji ada nasi, janji kenyang. sudah. tak demand lebih lebih macam zaman dulu kala. kalau ada duit tapi tak ada selera pon tak guna jugak kan? ^^

lepas tu solat tarawih. tahun ni aku tengok balai islam penuh je saf dari depan sampai la belakang. alhamdulillah. mungkin jugak sebab budak budak PIA semester 1 dengan 3 memenuhkan ruang saf muslimah itu, tapi aku tengok batch dan unit lain pon ramai jugak. ceh, aku ni datang buat solat tarawih ke buat inspection ha? hahaha! apa apa pun syukur masih ramai lagi umat Islam menghayati nikmat solat tarawih kat IPG tercinta ni. :)

dalam ramai ramai muslimah yang hadir tu, aku kagum tengok budak budak PIA. suka tengok diorang. cemburu sebenarnya, sebab yang sebenarnya cita cita aku nak jadi ustazah. tapi aku ni sekolah agama pun takat darjah 3 saje. sedih tau. huu.. ilmu agama tak cukup lagi tapi kena pindah. masa belajar kat sekolah agama aku paling suka subjek bahasa arab dengan tajwid walaupun tak terer tapi aku peduli apa. aku punye suka la. hehehe. hmm.. agaknya kalau ade mesin masa yang doraemon pakai tu kan, aku nak balik zaman aku sekolah agama dulu, aku nak belajar sekolah agama sampai abes. entah. rasa terkilan pun ada. lagi 3 tahun je patutnye nak abeskan belajar kat sekolah agama tapi apakan daya takdir dah tentukan.

dulu aku baca surah Yasin pun gagap. masa arwah nenek meninggal dulu, aku tingkatan 3 tapi baca Yasin tergagap gagap. sedih aku. mak pesan kalau mak ayah tak ada nanti, aku kena bacakan Yasin untuk diorang jangan gagap gagap nanti mak ngan ayah sedih tengok. tahun 2005 aku pindah lagi. aku masuk hostel masa tingkatan 4. kawan kawan lain lancar gila baca Yasin, aku dok tengok huruf huruf tu, memang boleh baca tapi tak lancar. masa tu menitis air mata aku pandang helaian-helaian surah Yasin tu. tapi sekarang alhamdulillah, lepas practice makes perfect yang aku amalkan, hasilnya menjadi. mula saat tu aku tak gagap lagi baca Yasin. sukenye! :)

tapi sekarang ni aku masih lagi dalam proses belajar lagi ilmu ilmu agama yang lain. ibadah, feqah, tajwid. tengok buku, dengar ayah aku bercerita. aku belajar sikit sikit lama lama jadik bukit. aku pandang diri aku dan aku tengok jugak orang lain. orang lain belajar agama tinggi tinggi sedangkan aku belajar agama pon tak abes. huuu sedihnya.. :( . rasa diri ni kecik sangat. kerdil sangat. tak sempurna sangat. kawan kawan, tolong ajar kalau aku salah ye? ilmu tu kalau kongsi makin lama makin berkat tau.. ngee :)

kepada semua pemblogger tegar di luar sana, aku ucapkan salam ramadhan al-mubarak. semoga segala amal ibadah kita walau seberat biji sawi tapi berkatnye berpanjangan. insyaAllah.. :)

Tuesday, August 3, 2010

today's learning outcome


hari ni belajar satu benda baru.
keyakinan yang kita bina sikit demi sikit dengan penuh susah payah boleh hilang dalam sekelip mata.
baru aku rasa susahnya untuk jadi diri aku hari ni.
aku putuskan untuk biarkan saja.
aku kan kuat. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...