makanan kegemaran aku kuetiau goreng seremban parade. asalnya aku tak suka pun kuetiau. tapi kenapa boleh suka pulak? sebab? sebab masa mula-mula aku datang belajar kat seremban ni, aku taktau mana tempat yang paling
best kat seremban ni selain seremban parade (sebab ada tempat boling kot). bila dah lama sikit duduk baru pandai sikit-sikit berjalan-jalan melihat alam. hehe..
dipendekkan cerita, rasa kuetiau goreng seremban parade yang dulu dengan sekarang dah banyak berubah. mula-mula aku fikir "alaa.. perasaan aku je kot".. tapi bila kawan-kawan aku yang lain pun cakap "ha'a.. dah lainla.. tak macam dulu.." maka aku pun merumuskan bahawa sememangnya rasa dia dah berubah. dah jadi makin pedas, kurang manis, kadang-kadang terlebih masin, dan sebagainya.
bila aku fikir-fikir balik, kuetiau goreng seremban parade ni sama je macam hati manusia. boleh berubah. bila-bila masa aje. dulu sedap, sekarang dah kurang sedap. hati manusia pun macam tu. bila sedap, suka. tak sedap, tinggal. rasa tak adil, kan? manusia memang suka yang baik, cantik, wangi, bagus, sedap. bila dah tak cantik, tak wangi, tak bagus, tak sedap, tunggu masa je nak dibuang. cuba fikir, tukang masak kuetiau tu orang yang sama, tapi macam mana rasa kuetiau yang dia buat tu boleh berubah pulak? mungkin ramuannya dah tak sama macam dulu. kilang dah tutup ke. ape ke. takkan kita cuma
expect benda yang sama. contohnya, takkan aku nak
expect rasa dia takkan berubah sampai bila-bila. tak boleh macam tu. itu tak adil bagi si tukang masak. bukan salah dia pun.
hati orang pun, sama jugak. kita tak boleh
expect akan kekal sampai bila-bila. kalau setia, baguslah. kalau tak? nak paksa jugak ke? uish.. tak adil.. tak adil.. semua orang ada hak memilih. cuma bergantung pada apa yang kita pilih. hari ni suka, esok tak suka. lepas tu tukar lain. bila dah bosan tukar lagi. sampai bila? bila nak puas hati kalau macam tu? hmm.. dah besar kan.. semua boleh fikir sendiri..
bagi aku, berubahlah macam mana pun, aku tetap suka kuetiau goreng seremban parade walaupun rasa dah tak sama macam dulu.
*untuk abang aka daddy aina, selamat hari lahir ke 27, 20.10.2010. semoga Allah merahmati abang sekeluarga. amin. :) *