mereka yang hebat

Monday, February 22, 2010

picture of the month



kenapa aku katakan ini merupakan picture of the month yang aku pilih?? haa.. sebab kan..cuba korang tengok apa yang ada dalam gambar ni.. jom kita tengok sama-sama.. dalam gambar ni ada orang berdiri kat ruang paling kiri. orang tu tengah tengok orang lain tengah amik gambar. ada sorang perempuan lain pun tengah amik gambar. dan aku pulak mengambil gambar mereka semua ni dan jadik satu gambar yg lain pulak. itula cerita yang aku nak sampaikan dalam gambar ni. lagipun korang rasa tempat ni kat mana sebenarnya?? kat kampung sungai buntu, pontian?? bukan.. bukan.. tempat ni ialah kat kawasan lapang depan Pejabat HEP kat maktab tempat aku belajar sekarang ni.. hehe.. very sceneric, rite? nice one.. lighting pon oke dah.. korang pulak? apa pandangan korang?? huhu.. :)

Thursday, February 4, 2010

mata ini sudah mengantuk, tapi..

waktu dalam laptopku ini dah menjejak angka 2.13 pagi tapi mata ini degil taknak tutup tutup..masa-masa macam ni la aku sibuk teringat kelas Dr. Maridah siang tadi. assignment yang macam agak mission impossible yang dipintanya tatkala lambakan kerja kursus dan ISL yang entah apa-apa bertimbun-timbun dalam bilik aku ni..tugasannya..apa lagi..tulis sajak la..nama pun masuk kelas BM takkan buat artwork seni pulak kan..

jadi, camne ni..?? otak dah seberat 24 karat tak pernah diasah balik. lepas habis sekolah dulu kerja aku hanya makan tidur makan tidur tiba-tiba sekarang kena tulis sajak..memang bagus sangat dan sesungguhnya aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Dr. sebab menggesa minda aku yang gila ini untuk berfikir bahasa sastera. apa jugak la yang aku tengah buat sekarang ni..aku tengah cuba dapatkan ilham dengan mendengar lagu..

Pergi - Aizat.
Maha Melihat - Opick ft Amanda
Hati - Siti Nurhaliza
(apakah berkesan?? semua tema yang berbeza..huhu..)

biarlah hanya telinga yang mendengar lagu Pergi ni..jangan idea yang pergi sudeh. hehehe. lepas ni takkan nak kena dengar lagu Sampai Menutup Mata baru mata ni mau tidur kot? apa apa sajalah janji semua orang bahagia.. :)

Tuesday, February 2, 2010

picture for january month


pertama sekali aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak post kat blog ni. so kali ni aku nak share gambar ni dengan korang. sebenarnya kan, gambar ni dah lama dah ada dalam folder gambar aku. aku bongkar balik semua. aku jumpa balik gambar ni. dan aku suka tengok gambar ni. macam ada sesuatu yang lebih daripada apa yang kita lihat secara zahirnya. macam orang putih kata apa.. more than words la ni kira-kiranya..huhu.. gambar ni diambil semasa aku PBS kat SK Kangkar Pulai 2, Johor. ni la hasilnya. simple but meaningful, kan? enjoy! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...