ini adalah bahagian terakhir travelog aku. lanjutan daripada entri gugurnya sebijik durian.
hari ketiga
pada pagi yang permai dan indah itu, aku satu family bangun pagi pagi kerana nak berlepas balik ke kajang. sebelum tu, sarapan pagi yang sedap dekat rumah makcik aku. terima kasih mak itam.. you are the best la mokcikku! hehe!
sebelum balik, kitorang sempat lalu satu round dekat dataran lumut. tempat ni sebenarnya baru dibangunkan. dulu dulu takde dataran lumut ni. sampai la lebih kurang tahun 2005, lepas aku pindah dari sitiawan baru la wujud tempat yang diberi nama dataran lumut ni. haish. time aku dah pindah baru nak wujud. saja je datuk bandar ni!
perasan tak tiang lampu tu bengkok?
kena langgar dengan bas ke? haha!
*sekadar spekulasi liar*
kat tengah simpang pun jadik aje nak letak arca. kan?
papan tanda dan simpang jalan masuk lama esplanade lumut
sekadar gambar hiasan penyedap anak tekak [link]
dekat situ jugak ada sebuah kapal yang berlabuh yang ditempatkan kat tepi laut tu. dulu kapal tu pernah belayar satu dunia. tapi sekarang bila dah tak belayar lagi sampai bila bila, kapal tu pun dibeli oleh orang perseorangan. kiranya kapal tu dah ada owner baru dan kemudian dijadikan pameran kat situ.
ni kalau anak sedara aku nampak ni.. kompem taknak balik!
sangatlah meriah
ada lampu gantung gantung kat pokok.
waktu malam pokok ni bertukar jadi macam usher penyanyi rap tu. bling bling, yow!
sehijau warna daun
kapal pirate of carribean. hehe. gurau je.
oke tak kelakar.
kemudian, lepas singgah lumut waterfront tu, kami singgah membeli hasil laut pulak. tak ingat apa nama kedai, tapi terletak betul betul dekat simpang jalan nak ke lumut.
yang sebenarnya, kitorang pakai main singgah je kat situ sebab dekat lumut ni memang banyak gila kedai yang jual hasil makanan laut. kedai tu ialah kedai borong yang menjual segala jenis hasil laut daripada ikan bilis timbang sampai la produk makanan siap. jom usha sikit macam mana rupa kedainya.
lepas membeli belah apa yang patut, kitorang pun singgah dekat sitiawan. pergi kedai kek paris kepunyaan jiran lama kitorang. dah jadi satu kemestian, mesti singgah kedai kek tu kalau dah turun sitiawan. so, apa lagi, aunty ken pun belanja minum cappucino panas dengan ice blended cappucino.
xie xie aunty ken!
kebanyakan decoration kek ni wan yeen yang design
pokcik paris!
adik aku, wan yeen, dengan jackie.
wan yeen tu dikira adik beradik susuan kitorang. sama umur dengan adik aku.
habis berchit chat dengan aunty ken and family, kitorang pun gerak balik. sempat lalu seround kat manjung sebab bayar saman parking. hahaha. sebabnya tak letak kupon. kemudian jalan jalan area sitiawan.
pasar senawi
salah sebuah rumah tradisional yang masih terpelihara kat pekan sitiawan
gambar kat atas ialah smk convent. dulu aku pernah belajar kat sini 4 tahun (setahun darjah 6 kat sk convent, 3 tahun kat sekolah menengah) sebelum pindah johor. bangunan sekolah rendah dengan sekolah menengah convent ni duduknya dalam satu pagar. berkongsi kantin dan padang yang sama. dulu dulu, banyak pokok rendang kat bahagian depan sekolah. jadi, sambil nak tunggu bas waktu balik sekolah, selalunya aku dengan kawan kawan aku akan duduk lepak kat bawah pokok pokok angsana yang besar dan rendang khasnya yang paling dekat dengan bus stop sekolah tu. syok gila rasanya lepak bawah pokok tambah pulak bila angin sepoi sepoi bahasa menampar lembut pipi kami semua. mak aih. sastera la pulak. mood tu penting weh. hehe. paling best sekali kalau waktu tiba tiba angin mula bertiup, kitorang akan berdiri sambil depangkan tangan luas luas sambil jerit 'inilah kehidupan!!'. haha. lagi satu kerja gila yang aku suka buat masa zaman sekolah. sampai ramai pulak kawan aku yang terikut ikut. sedar tak sedar dah lama aku tinggalkan sekolah ni. dah masuk 8 tahun dah. kawan kawan aku yang gila gila dulu pun ramai yang dah sambung belajar oversea sekarang.
sekarang ni yang aku dengar peraturan sekolah dah makin ketat. sebab tu dah ada guard house dengan palang kat depan pintu pagar tu. dulu dulu pakai main lenjan je masuk. mak ayah berduyun duyun hantar anak pagi pagi dan amik anak bila dah habis sekolah. masuk sampai betul betul depan pejabat baru turunkan anak. adoiyai. sampai jam kawasan sekolah dengan kereta parents. tu belum lagi kereta cikgu cikgu. almaklum saja. jalan sekolah tu sempit. jalan tu pun muat sebuah kereta je dalam satu masa. tambah pulak selalu ada accident depan pagar keluar sekolah tu. mana la taknya semua pokok habis ditebang. sebab nak bagi jalan nampak clear.
memang la clear macam syampu clear.. tapi nilai estetik dan nostalgik tu dah habis dibawa pergi bersama. haish.
dah habis mengimbau nostalgia, kami pun lunch dekat gulam rasul. kalau dulu port dia yang sebenar dekat teluk intan. sekarang dia bukak branch baru dekat dengan trans-kerian, perak. memang tepi jalan betul.
kemudian sebelum balik, kitorang round pergi teluk intan. saja nak tengok menara condong teluk intan. kebetulan waktu lalu, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. ya. bangunan lama balai polis ni. aku tak tahu berapa usia sebenar bangunan ni. tapi bangunan ni berpagar dan bangunannya masih kukuh lagi walaupun pokok dah menjalar di sana sini. mungkin bangunan ni dah wujud sejak zaman penjajahan J.W.W Birch kot. entah. belum sempat lagi aku kaji tentang ini.
gambar kat bawah ni pulak ialah gambar menara condong teluk intan. selalunya, aku lihat kebanyakan bangunan yang condong ni kebiasaannya akan condong ke arah barat. ke aku yang pandai pandai buat andaian sendiri? tapi mengapa barat ya? mungkin pusat graviti lebih tinggi tarikannya ke arah barat berbanding arah utara, timur, dan selatan agaknya. mari kita fikirkan secara berjemaah. hmmm.. *berfikir dengan serius*
menara condong teluk intan ni sebenarnya lebih cantik kalau dilihat pada waktu malam. sebab bangunan yang berbentuk pagoda ni dihiasi dengan lampu di setiap bumbung tingkat tingkat berkenaan. dekat sini aku berikan link kalau korang nak tahu sejarah dan serba sedikit fakta tentang menara condong teluk intan ni.
http://en.wikipedia.org/wiki/Teluk_Intan
jadi, inilah dia.. menara condong teluk intan..
habis sudah perjalanan ke utara pada kali ni. lepastu kitorang terus balik kajang. seronok gila bila berjalan cara sempoi macam ni. yang penting momen momen indah sempat aku rakam dan post dalam blog ni.
sekian terima kasih.
wah..teluk intan dengan parit 9 cuma 45 minit jer jalan lengang..huhuhu
ReplyDeleteoh.. tak terlajak sampai ke situ pulak..
ReplyDeletehuhu..
part esplanade tue sama . time kecik egtkan apa jadah planet la. :3
ReplyDeletemiss klanika : haha.. tu la.. masa kecik entah kenapa la boleh fikir camtu.. haish. :P
ReplyDelete