mereka yang hebat

Showing posts with label cikgu hush. Show all posts
Showing posts with label cikgu hush. Show all posts

Thursday, July 16, 2015

ar-rahmaan


assalamualaikum guys.

aku nak kongsi pengalaman aku mengendalikan tadarus di sekolah pada bulan ramadhan setiap tahun. tahun ni masuk tahun ketiga aku menyambut ramadhan di sekolah sebagai seorang cikgu. tadarus kat sekolah aku dijalankan pada waktu rehat selama setengah jam.


jadi, dipendekkan cerita.. tiap tiap tahun pada hari pertama tadarus, sebelum aku mulakan dengan surah surah lain.. aku akan mulakan dengan surah Ar-Rahmaan dulu. kenapa surah ni yang aku pilih?

1. sebab ianya surah Ar-Rahmaan yang membawa maksud 'Yang Maha Pemurah'.
2. sebab ayatnya pendek pendek, sesuai dengan budak budak yang baru nak belajar membaca Al-Quran.
3. sebab isinya. sarat pengajaran dan peringatan.

selalunya hari pertama memang kami takkan baca ayat demi ayat bersama sama. sebaliknya, aku akan tadabbur ayat ayat dalam surah Ar-Rahmaan ini untuk anak anak aku dengar. beri pemahaman. bahawa Allah Maha Pemurah. tak banyak yang aku tadabbur bagi anak anak ni. lima ayat sahaja. dengan harapan, lima ayat yang pertama ini bakal membuka hati mereka untuk mengenal Pencipta mereka.


A001
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

A002
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

A003
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

A004
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

A005
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;


ayat yang rigkas. tapi mudah untuk difahami. aku tarik perhatian anak anak tentang pentingnya syukur atas segala nikmat Tuhan. sungguh indah kalam Allah. sungguh hebat kebesaran-Nya. sehinggakan dalam surah yang dinamakan Ar-Rahmaan.. Allah ceritakan tentang kejadian manusia dahulu.. dan bukannya makhluk lain seperti malaikat, syurga, haiwan dan tumbuhan. kerana Dia telah mencipta manusia dengan sebaik baik kejadian. diberikan akal fikiran untuk berfikir dengan waras. lengkap dengan kebolehan berbicara sehingga mampu menghasilkan idea idea yang bijaksana. Allah beri pancaindera selengkapnya. Allah beri hirup udara percuma. tanpa bayaran walau satu sen pun.


A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


lepas tu baru aku terangkan tentang keindahan syurga. syurga yang lengkap segala. syurga yang dikhaskan untuk manusia yang beriman dan beramal soleh kerana-Nya. indahnya surah ini, Allah ceritakan satu persatu mengikut turutan tanpa ada cacat cela. bagaikan bait kata dalam puisi syair yang indah. kerana Allah bersifat sukakan keindahan. maka Allah mengajarkan manusia agar mencintai keindahan dalam kalam-Nya yang agung.

mungkin aku tak boleh ceritakan semuanya dalam setengah jam waktu tadarus yang singkat itu. tapi aku sentiasa berharap agar anak anak ini dapat mengambil ibrah daripada surah ini. nilai yang semakin terhakis, hanya dapat disuburkan kembali melalui penghayatan Al-Quran. aku ingatkan mereka lagi.. khatam jangan hanya pada tulisan arab yang tidak diketahui hujung pangkal maksudnya, sebaliknya bukalah tafsirnya dan carilah maksud di sebalik ayat-ayat cinta-Nya. aku sendiri bukan huffaz, jauh sekali ustazah. tapi tak salah mengingatkan anak anak ini sementara aku masih berpeluang menjadi guru mereka. 

semoga Allah sentiasa memeluk kita semua dalam rahmat-Nya. manalah tahu, esok lusa kita akan dipanggil pulang oleh-Nya.. dan bakal ditanya tentang masa yang telah kita guna semasa masih bernyawa.


semoga kita sama sama mendapat manfaat. semoga Allah sentiasa sayang kita.





sekian terima kasih.






rujukan :
surah Ar-Rahmaan (terjemahan dalam Bahasa Melayu) : http://www.surah.my/55

Sunday, June 21, 2015

epal


assalamualaikum guys.

lama sudah tak bersua. banyak dah tempat yang aku pergi. banyak juga aktiviti yang aku buat. dan banyak juga cerita yang ingin aku kongsi. tapi maaf, guys. sejak aku dah tak pakai portable broadband, masa aku terhad untuk update blog. hati ini ingin meluah pelbagai rasa. tapi keupayaan terbatas jua. nampak madah pujangga di situ? yes. aku memang poyo awesome.

kali ni aku nak share pengajaran seni yang aku dah buat dengan anak anak murid aku di tahun 3. sebenarnya pengajaran ni aku buat awal tahun. tajuk pertama iaitu menggambar : buah epal dan oren. tajuk yang simple dimple.

dari segi warna, aku fokuskan pada ton warna dan campuran warna asas. aku ajar anak anak ni mengenal campuran warna dan lapisan warna. bagi mereka yang kurang asas seni, mesti akan warnakan epal dengan satu warna sahaja, kan? warna apa lagi kalau bukan warna merah makngah itu. kaler paling win. kali ni aku ubah sikit. caranya mudah je. warnakan lapisan pertama dengan warna kuning. kemudian lapisan kedua warnakan dengan warna merah. buat pengulangan sampai warna tu nampak blending nya.

dari segi lukisan, aku tak sediakan template. aku ajarkan anak anak melukis step by step. sebesar besar kertas lukisan. dari segi psikologi, lukisan yang besar, jelas, dan memenuhi hampir keseluruhan ruang kertas melambangkan yakin diri seseorang kanak kanak. cuma tu lah.. dari segi penggunaan pemadam semasa melukis, masih out. habit murid memang suka memadam, padam, dan padam. takpelah nak. kita belajar perlahan lahan, ya.

dari segi teknik, aku gunakan glazing dalam bentuk melengkung/lengkungan. aku perasan anak anak ni suka guna teknik pelbagai arah. serabut dan menyebabkan buah epal tak nampak 3D. psikomotor halus masih belum berapa menjadi mungkin. tujuan aku guna teknik ni adalah untuk melembutkan tangan, membina psikomotor halus dan kesedaran ruang dan bentuk dalam diri murid.

dari segi media, aku gunakan oil pastel. oil pastel lebih lembut, pekat, terang dan menjimatkan masa. lagipun lebih senang nampak campuran warna berbanding guna media kering yang lain.

okay. tak perlu buang masa lagi.. ni beberapa hasil karya murid yang berjaya aku snap. moga bermanfaat sebagai bahan rujukan.














dari segi emosi, aku mahu mereka berani mencuba dan jadi lebih yakin. jangan stick dengan cara lama sahaja sehingga beku idea dan imaginasi mereka. jadi lebih kreatif dan inovatif. walau tangan masih keras, mudah mudahan dengan proses cuba jaya, anak anak ini boleh mewarna dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

tu saja perkongsian kali ni. in sha Allah kalau ada ilmu dan kemahiran lain aku akan kongsi lagi di sini.


sekian terima kasih.


Saturday, November 15, 2014

pengalaman camping di sekolah tercinta


sekolah terchentaku. di sini lahirnya sebuah cerita camping.

ini first time aku join camping sekolah. selalunya kalau namanya camping.. aku bayangkan mesti buat kat tempat luar kan.. dengan deruan bunyi air terjun, nyanyian unggas dan cengkerik yang mendamaikan.. angin sepoi sepoi bahasa tamil.. tapi itu semua cuma tergambar dalam minda aku je. sebab agaknya memang dah jadi trend sekarang, camping buat kat sekolah. jimat masa, duit dan tenaga agaknya.

aku dengan kawan kawan cikgu yang masih bergelar 'cik' ni ditugaskan berkawal malam. ada la dalam enam orang 'cik guru'. biasa la tu. nama pun 'cik', belum ada anak kecik nak jaga tengahmalam, maka kitorang pun jaga la anak anak murid kat sekolah. 'cik' dan 'mak guard camping' berpisah tiada.

cikgu cikgu yang berkawal malam ni terbahagi kepada dua shift. shift pertama pukul 11.00 malam sampai 2.00 pagi. shift kedua pukul 2.00 pagi sampai 5.00 pagi. aku, zatul dan kak arifah amik first shift. kak ina, kak bad dengan kak huda amik second shift.

aku ingatkan takde la mencabar sangat kalau setakat nak jaga budak budak bawah umur ni. ada la dalam 50 orang. rupanya susah jugak! dalam setengah jam pertama hingar macam pasar malam downtown kat cheras tu. aku diamkan lagi. sabar dulu cik kak oi.. biasa la tu budak budak. sekali bila dah nak masuk pukul 12 tengahmalam.. tak diam diam juga.. aku pun terus mengumpul segenap tenaga aku, menarik nafas dalam dalam dan..

"SIAPA YANG TAK TIDUR LAGI SAYA HERET KHEMAH DIA PERGI PADANG!! PERGI TIDUR PADANG SANA!!"

suasana kat dewan yang tadi bising sampai bergema dengan suara terus senyap sunyi. yang tadinya pintu khemah terbuka terus ada yang zip perlahan lahan.. pijak semut pun tak mati. langsung takde bunyi.

baru tau diam yaa.. baru tau cikgu ami ni garang? ehem.

tak lama lepas aku mengeluarkan pitch keramat aku yang sampai oktaf kelapan tengah malam tu, aku pun terus pergi ke port baik punya.. iaitu kiosk kat tepi dewan. tempat yang aku kira paling best untuk tidur. takdenya baring baring kat khemah der. tidur pun tidur duduk. tidur tidur ayam. ayam pun tidur lagi lena agaknya sebab malam tu memang sejuk gila. angin sepoi sepoi bahasa tamil walaupun tengah hutan batu.

habis je shift, kitorang bertiga pun tukar shift dengan cikgu cikgu second shift. apa lagi, untuk menghilangkan ngantuk yang teramat, kitorang pun decide untuk pergi mengeteh. tak la jauh mana. setakat kat BBU je pun. kak arifah jadi supir tak bergaji.

malam bertuah tu, aku hanya sarung selipar bijik bijik je. kaler oren striking pulak tu. dah la tak glamer, sakit pulak tapak kaki memakainya. tapi tu je selipar yang ada. maka redha je la.


sempat lagi kitorang minum teh sambil supper roti john dengan fries pagi tu. lapar woh. almaklum je la.. western je yang available masa tu walaupun tekak ni sebenarnya meronta ronta nak makan mi goreng mamak.


miss zatul aka soulmate makan makan

habis makan, kitorang pun balik ke sekolah. sambung stay sampai pukul 5.30 pagi. habis berkawal, masing masing pun pulang ke 'sarang'. mandi dan solat kat rumah dan kemudian qadha tidur.

tu la pengalaman camping sekolah aku.





dah habis.
bateri smartphone ku 'mogok lapar' waktu tu. harap maklum.

gambar semua ehsan rakan rakan seperjuangan.








sekian terima kasih.

Sunday, September 14, 2014

ikat dan celup


tarikh : 03.09.2014
bidang : membuat corak dan rekaan
tajuk : ikat dan celup (tie and dye)
tahun : 4 akram

pengajaran yang dah berlangsung lebih kurang seminggu lebih yang lepas. tak sempat update atas sebab kekangan masa. ini pertama kali aku mengajar ikat dan celup. kebetulan pewarna batik memang banyak ada kat bilik seni, free pulak tu (hehe) jadi apa salahnya manfaatkan barang barang percuma ni, ye dak? aku cuma keluar modal untuk beli kain je. aku beli kain putih 10 meter, kemudian potong lebih kurang berukuran 8 inci x 8 inci. kelas ni ada 34 orang, jadi aku potong lebih kurang 40 helai untuk buat sekali demonstrasi depan kelas.

kepentingan belajar buat ikat dan celup ni untuk masa depan adalah lebih kepada art and design. misalnya kalau anak murid tu suka menjahit, mungkin dia boleh hasilkan beg duit, sling bag, baju atau alas meja daripada teknik ikat dan celup. ataupun deko hiasan dalaman rumah gaya bali atau oriental yang boleh mengetengahkan corak batik pelangi atau batik ikat dan celup ni.

alat dan bahannya pun mudah je.. pewarna batik, berus lukisan, kain, getah tempe dan guli.

kemudian, anda boleh google untuk cara cara buat ikat dan celup.

hehe. sekali sekala aku taknak bagi school feed kat korang.

aku cuma nak share beberapa hasil karya ikat dan celup yang telah dihasilkan oleh anak anak 4 akram ni.. terharu aku tengok. yelah.. first time buat, ada yang jadi, ada yang tak berapa nak jadi.. tapi dalam tak berapa nak jadi tu, ada juga yang nak bawa balik nak tunjuk kat mak ayah diorang. tak ke mengundang air mata keterharuan seorang cikgu mendengar alasan macam tu?


 






















ni antara sebahagian hasil karya murid. ada yang hantar minggu depannya. tapi aku tak sempat snap pun gambarnya. 

itu sahaja perkongsian untuk kali ini. kelas 4 akmal tak sempat lagi nak buat benda ni. belum berkesempatan lagi. takpe nak.. naik cuti nanti kita buat sama sama yee..


sekian terima kasih.


Monday, August 4, 2014

diorama


dua minggu selepas ramadhan bermula, aku buat pengajaran diorama dalam kelas dunia seni visual untuk tahun 4. aku mengajar dua buah kelas tahun 4 untuk subjek seni. diorama ni antara salah satu silibus dalam KSSR tahun 4.

diorama ni ialah sebuah hasil seni berbentuk 3D dalam bentuk miniatur. kenapa murid kena tahu buat diorama? sebab selalunya kalau zaman sekarang, diorama ni diaplikasikan contohnya masa ada pameran hartanah atau rumah.. perasan tak ada contoh contoh rekaan rumah dalam bentuk dan skala yang kecil? mungkin ada murid murid ni yang berbakat untuk jadi arkitek atau designer masa akan datang. so, kena la belajar buat diorama yang cantik dan menarik untuk masa depan. hehe.

walaupun buat dalam bulan puasa, tapi budak budak ni tetap bersemangat nak hasilkan diorama yang cantik dengan persembahan yang menarik. sanggup cari bahan dan perah otak untuk dapatkan idea diorama dari internet dan buat sama sama dengan adik beradik dan keluarga. diorama ni mereka buat secara berkumpulan.. tiga hingga enam orang untuk satu kumpulan.

setiap kumpulan diberi masa seminggu hingga dua minggu untuk siapkan diorama masing masing. lepas siap, setiap kumpulan kena buat pembentangan dalam kumpulan di hadapan kelas. lepas pembentangan selesai, ada sesi 'kerusi panas' untuk ahli kumpulan dari kumpulan lain. bab 'kerusi panas' tu yang paling seronok.. anak anak berdebat sampai tak nak balik kelas.. aku memang saja buka sesi soal jawab macam ni. murid murid ni kena diberi peluang untuk berhujah dan mengeluarkan kritikan, idea, dan pendapat masing masing. kadang kadang.. idea, hujah, kritikan atau cadangan murid murid ni lebih bernas dan kreatif berbanding kita sendiri. macam tu baru boleh menyerlahkan bakat kepimpinan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid murid.

berikut adalah sebahagian pembentangan dalam kumpulan dari anak anak 4 Akram dan 4 Akmal..












sesi 'kerusi panas'




contoh contoh hasil diorama









tema dan bahan bahan murid murid sendiri yang bincang, tentukan dan cari sendiri dalam kumpulan. kebanyakan bahan yang digunakan ada yang beli kat kedai Mr. DIY, beli kat DAISO, kedai alat tulis, print dari internet dan ada juga yang recycle dari barangan terbuang atau terpakai. alhamdulillah. objektif PdP tercapai.

cikgu ami sukaaaa sangat! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...