mereka yang hebat

Showing posts with label saengil chukka hamnida. Show all posts
Showing posts with label saengil chukka hamnida. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

esok


alhamdulillah. masih diberi kesempatan menghirup udara percuma.
dikurniakan rezeki tak terhingga olehNya.
dikurniakan keluarga,
dikurniakan sahabat yang baik hati dan masih mengingati.
dikurniakan segala galanya.

syukur.

walaupun jadual waktu tahun ini tak semeriah tahun lalu, yang mana tahun lalu aku hanya mengajar subjek seni, pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, tapi aku tetap bahagia. sekurang kurangnya aku berehat dari kepenatan main kejar kejar dengan budak budak. tahun ni boleh praktis jadi lebih ladies daripada biasa. oh ok. aku berangan lagi. cita cita yang satu ini entah bila boleh menjadi. jangan harap. baju tahun tahun lepas aku rotate entah berapa ratus kali sampai aku jadi tak tahu hendak pakai apa. semua nampak sama je. haha.

tahun ni antara tahun tersibuk aku. balik dah macam office hour. malah lebih lagi sebab keluar awal pagi lagi. tiada lagi istilah berjimba di hujung minggu, sebab bagi aku, rumah itu syurga. tidur di rumah lebih baik daripada berlibur di luar. penat seminggu macam terubat bila dapat bermalas malasan di rumah bersama housemates tercinta.

buku rekod pun baru siap tulis. buku budak esok nak tanda.
lain kali aku update lagi.

Sunday, July 14, 2013

ulangtahun kedua


i'm sooo sorry darling!

makcik lupa semalam birthday kamu. argh! bad aunty!


happy 2nd birthday, aira mardhiyah.
may Allah bless you. :)

Friday, October 12, 2012

happy birthday



aira mardhiyah, 1 tahun 3 bulan. 


"happy birthday cik naniii!" :)




Saturday, May 19, 2012

selamat hari lahir, ayah.


puas aku cari filem pendek atau iklan tentang ayah yang made in malaysia. tapi sikit sangat. itu pun iklan raya yang banyak bertemakan ayah. jadi, nak tak nak aku gigih mencari filem pendek atau iklan tentang ayah kat youtube. last last aku terjumpa iklan kat bawah ni. pendek dan simple je. tapi bila aku tengok kanak kanak perempuan tu bonceng basikal yang ayah dia bawak, terus aku teringat kat ayah. bezanya ayah bawak motor. jalan petang petang naik motor lalu kat kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah, dengan kebun sayur cina belakang rumah yang dekat dengan airport tu. sekarang kebun bagai tu dah takde dah. dah jadi kawasan perumahan, kawasan lapang, dengan siap ada terpacak stesen minyak petronas pulak tu kat situ.

cerita pasal motor, aku teringat cerita tentang ayah yang jarang naik pengangkutan awam. walaupun ayah jarang menggunakan pengangkutan awam, tapi aku ni boleh dianggap anaknya yang paling bertuah. aku pernah cakap dengan ayah, kebetulan setiap kali ayah guna pengangkutan awam, mesti naik dengan aku. naik teksi, naik bas tambang.. kebetulan je naik sama dengan aku. bila difikirkan balik, kelakar jugak. sebab selalunya kitorang akan travel naik kereta je. tapi lain halnya bila aku dengan ayah. kenangan naik pengangkutan awam dengan ayah memang aku akan ingat sampai bila bila.

disebabkan kenangan aku naik pengangkutan awam dengan ayah tu banyak sangat, jadi aku nak share iklan ni dengan korang semua. ceritanya pasal budak perempuan yang ayahnya hantar dan amik dari sekolah setiap hari dengan menaiki basikal. sampai la dia besar dan dah masuk universiti pun, ayah dia tetap amik dia naik basikal yang sama. 

kemudian, lepas beberapa tahun, perempuan tu pun bekerja dan ada kereta sendiri. masa first time dia naik kereta nak balik ke kampung halaman, ayah dia pun tunggu dia depan kedai aiskrim faveret perempuan tu masa zaman dia kecik kecik dulu. walaupun perempuan tu pesan ayah dia tak payah tunggu, ayah dia tetap jugak tunggu sampai la hari senja. tau sebab apa?

sebab ayah dia takut yang anak perempuan dia dah lupa jalan balik ke rumah.

simple. tapi bermakna.




SELAMAT HARI LAHIR, AYAH.
SEMOGA TERUS DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
DAN TERUS SETIA MENJADI AYAH DAN KETUA KEPADA KAMI SEKELUARGA.
AMIN..


Tuesday, May 8, 2012

happy birthday, mak! (part 2)


yang sebenarnya.. aku pun tak tau kenapa mak aku suka lagu ni.. hehehe :)

happy birthday, mak! (part 1)


sempena birthday emak aku.. lagu favourite mak.

Thursday, October 20, 2011

bertambah setahun


semalam hari lahir siblingku ejad yang ke-22. tahniah ejad. welcome to the club.


malas nak salin balik resipi. klik je link kat bawah ni :

semoga panjang umur, murah rezeki.
semoga menjadi lebih matang dalam berfikir dan bertindak.
terima kasih sebab jadi bro aku. huhu :)

Sunday, June 19, 2011

picture of the month


19.06.2011.
selamat hari lahir ke-2 tahun, aina adani.
semoga kau cepat besar.
:)

Thursday, May 19, 2011

of my beloved hero




tarikh : 19.05.2011
lokasi : bilik, hostel.

hari ni hari khamis. aku tak balik rumah. bukan sebab hari ni hari khamis dan bukannya hari sabtu atau ahad. tapi sebab hari ni aku ada exam.

huh.

tetiba rasa nak sangat balik rumah. nak jumpa ayah.

aku ingat lagi masa kecik dulu, aku ni memang budak degil. suka nak ikut kepala sendiri je. tak fikir orang lain. dulu masa kecik kecik, aku selalu mintak benda bukan bukan kat ayah.

"ayah, nak komik doraemon ni, yah."
"ayah, nak cd linkin park - hybrid theory ni, yah."
"ayah, nina nak amik banyak barang ni nak bawak balik asrama. boleh, yah?"

dan macam macam lagi. ayah kata oke je. tapi yang cd linkin park tu je. ayah tak tunaikan. entah ya? agaknya kalau aku mintak cd uji rashid mesti laju je ayah belikan. huhu.

ayah tak reti nak tunjuk dia sayang kat aku. tapi ada sekali tu time aku sakit, ayah la yang paling sibuk hantar aku pergi hospital sampai ayah sendiri lambat masuk kerja. siap amik cuti lagi. aduh la ayah. buat apa la ayah susah susah.

bila aku dah besar sikit, ayah tegur cara aku berpakaian. mesti sopan. mesti tutup aurat. kalau tak ayah suruh tukar balik baju. bukan sebab ayah orang kariah surau. tapi ayah malu tengok anak dia yang keluar kadang kadang dah macam nangka balut bergerak dah rupanya. oke fine. last last sebab geram, aku sarung t-shirt kerja aku yang warna hijau yang orang nepal kat tempat kerja aku selalu pakai tu siap dengan handsock. baru la ayah nak hantar aku pegi driving school. haha.. ayah.. ayah..

tapi hari ni, birthday ayah. tapi, aku, anak dia ni tak balik. padahal, time aku sakit dulu, dia la yang sampai amik cuti sebab nak hantar aku pegi hospital. sanggup datang kerja lambat. hmm. teruk kan aku?

mungkin minggu ni pun aku tak balik. sampai minggu depan. tu pun balik lambat sebab nak pindah rumah sewa lagi. dari ayah balik umrah hari tu, aku belum lagi tengok muka ayah secara live. rindu pulak tiba tiba kat ayah.

ayah,
happy birthday.
nina tengah sengkek ni. tak dapat belikan ayah apa apa. tapi nina ada amik cerita hindustan lama dari kawan nina. nanti nina burnkan dalam cd eh bagi kat ayah. nanti kalau free free boleh ayah tengok. ayah kan suka tengok cerita hindustan? bila fikir balik, kesian kat mak dengan ayah. time nina birthday, sampai pass kek kat abang (macam pass baton pulak hehehe) suruh hantar kat nina. tapi time birthday ayah ngan mak, sebijik kek pun nina tak mampu nak belikan. haish. terkilannya rasa. dah la duduk jauh dengan mak ayah.

ayah,
sebab nina ni anak yang degil, nina nak mintak maaf banyak banyak la kat ayah. banyak susahkan ayah. maafkan nina ek ayah? boleh?




SELAMAT HARI JADI, AYAH.
semoga Allah panjangkan umur ayah. limpahkan rezeki yang berkat untuk ayah. sejahterakan hidup ayah.

amin.

*gambar ihsan google*

Sunday, May 8, 2011

of the birthday girl


07.05.2011
lokasi : seremban ke johor bahru

hari ni hari sabtu. dan minggu ni merupakan hari ibu. patutnya hari ni kalau ikut plan, aku, mira dan ejad nak pergi rembau. nak riki sekolah tempat aku dan mira bakal berpraktikum nanti. maka, dalam pukul 1.15 petang tu, kami pun gerak la dari seremban. sebelum tu, pergi makan dulu dekat kedai kak ana. lepas tu, doze off pergi jusco s2 pulak. hantar servis printer adik ejad. saja. yela. nama pun tengah takde kerja kan..

then, paham paham sendiri la wok kalau dah kat jusco tu. kiri kanan depan belakang sepanjang jalan kat kedai kedai tu memanjang ada je sale hari ibu. memang menggoda, oke. fine. sabar nina sabar. aku cuma mampu pandang pandang jeling jeling je. tahan la hati weh. pastu aku jalan lagi ke depan. aku terpandang iklan ni..

Mother is the biggest blessing and gift for you, so why don't you celebrate?

hmm. rasa macam kena perli pulak. haha. oke fine. tak boleh jadi ni! aku cari mira dan nekad dah. aku mesti balik rumah. ad-hoc. aku nak jumpa mak. nak ucap selamat hari ibu depan mak.

aku pun decide nak cari hadiah. aku dan mira pergi cari kasut. yang sebenarnya, aku suka betul bagi mak aku kasut. bukan apa. sebabnya aku suka bila tengok mak aku pakai kasut yang aku belikan. em. bukan. yang sebenarnya bukan kasut tapi sandal. mak aku lagi suka pakai sandal. minggu lepas bila aku balik rumah, aku rasa kesian sangat tengok sandal yang mak aku pakai. sandal yang lain, dan bukan yang aku bagi dulu. sebabnya sandal yang aku bagi dulu tapaknya dah haus. maka, ibuku yang tercinta ini pun simpan la sandal tu sebelum sandal tu rosak teruk.

oke back to our story. kitorang pun pergi la mencari. sebenarnya, ada sepasang kasut ni la haii.. aku dah 'ter'berkenan la pulak tapi.. argh! TAKDE SAIZ LA PULAK.. HATOIYYAI PUUNN! grr. geram ni. sabar lagi. belek kasut lain. belek punya belek.. tetiba.. terpandang sepasang sandal yang baik punyaa. aku apa lagi. terus amik dan bayar kat kaunter. pinjam jusco card ejad jap.

pastu, disebabkan mak aku suka sangat minum air buah, aku pun belikan la air buah. dan. hmm. part ni la yang aku rasa macam ala ala rancangan 'bersamamu' sikit. aku ingat nak beli kek. sekali pergi survey.. mak datuk. rasa nak tercekik. huii.

MURAH BETUL la pun!
takde yang lagi mahal ke?
i tak main la yang murah murah ni.
hahaha.

nasib baik aku tengok ada alternatif lain. aku pergi kat big apple donuts kat sebelah baker's cottage tu. beli 6 pieces punya. ehem. bukan 6 packs ye.. huhu..

mak, ini je yang nina mampu bagi kat mak.
*gambar amik dari google*

niat nak riki sekolah terbantut. akibatnya, ejad dan mira jela yang pergi rembau sambil melawat adik ejad. eager nak balik punya pasal kan.. dah habis membeli belah, ejad dan mira pun hantar aku kat terminal bas. aku terus amik tiket balik waktu tu jugak. dah la sehelai sepinggang. haha. aku kan memang suka buat kerja gila. berlenggang la aku dengan big apple dan sandal hadiah untuk mak aku tu kat tangan sambil menggalas beg sandang converse kaler purple yang berisi air buah dengan dompet je. dah la bateri handphone pun dah nak kong. alahai. redah jela.

disebabkan konon konon nak buat surprise ala ala eric leong..

surprise!! cantik tak..?? cantik kan..

maka aku hanya menelefon mak aku bila dah sampai tol skudai. yela. ayah aku pergi umrah. macam mana nak amik aku kat stesen bas ni pulak ye tak? memula tu, konon tanya kabor mak. apa khabar mak? cheh! bajet anak mithali la ni? tetiba call tanya kabor bagai? pastu dah ngok ngek tanya macam macam, berbual macam macam, baru la aku cakap yang aku dah nak sampai stesen bas. terkejut beruk mak aku dibuatnya. ampun mak! sori mak! hehe. mak pun apa lagi. terus datang amik kat stesen bas. yela. aku pun dah lupa bas tambang nombor berapa nak naik nak sampai ke rumah aku tu. dah lama sangat tak naik bas tambang kat situ. kesian mak. dah la hari ibu. buat surprise eric leong pulak tu. nasib baik la mak aku ni penyabar orangnya. macam anaknya jugak. hehehe.

sampai kat rumah, biasa la. apa lagi. bercerita sampai ke pagi. kitorang termasuk adik lelaki aku kat rumah makan big apple sama sama.

mak,
nina nak cakap sikit ni. nina tahu nina banyak sangat buat salah kat mak. mintak yang bukan bukan kat mak. selalu sakitkan hati mak. mintak mak masakkan makanan feveret nina. nina minta maaf. sebab tak jadi anak yang baik. mak doakan la nina jadi anak yang solehah. yang dengar cakap mak. tengok tu. nina mintak lagi macam macam kat mak.. hehe..

sempena hari baik bulan baik ni, nina nak ucapkan selamat hari ibu. bukan kat mak sorang je, tapi untuk semua ibu orang lain sekali kat luar sana. ibu ibu pembaca blog nina. semua la. mesti diorang pun ada ibu yang hebat macam mak. kan?

mak,
nina pun tak tahu la sama ada mak akan baca entri ni atau tidak. nina tak pandai la nak cakap 'nina sayang mak'. tapi, mak mesti tahu benda tu kan walaupun nina tak cakap? hehe. biasa la. nina kan anak mak. :)

sebelum terlambat. ni untuk mak. selamat hari ibu. dan SELAMAT HARI LAHIR, MY SWEET BIRTHDAY GIRL. thanks for being my mother. :)


Sunday, January 16, 2011

happy birthday, encik syed azman



15.01.2011.
sabtu.
sudah 25 tahun rupanya.
hari ini.


saya doakan ;
1. anda jadi orang yang soleh.
2. anda jadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa.
3. anda jadi cikgu yang cemerlang.
4. semoga panjang umur.
5. dilimpahkan rezeki yang berkat.

amin. :)

*usia hanyalah angka. ia tidak bermakna apa-apa.*

yang penting hati.. sentiasa muda?? err.. hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...