mereka yang hebat

Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Monday, August 4, 2014

diorama


dua minggu selepas ramadhan bermula, aku buat pengajaran diorama dalam kelas dunia seni visual untuk tahun 4. aku mengajar dua buah kelas tahun 4 untuk subjek seni. diorama ni antara salah satu silibus dalam KSSR tahun 4.

diorama ni ialah sebuah hasil seni berbentuk 3D dalam bentuk miniatur. kenapa murid kena tahu buat diorama? sebab selalunya kalau zaman sekarang, diorama ni diaplikasikan contohnya masa ada pameran hartanah atau rumah.. perasan tak ada contoh contoh rekaan rumah dalam bentuk dan skala yang kecil? mungkin ada murid murid ni yang berbakat untuk jadi arkitek atau designer masa akan datang. so, kena la belajar buat diorama yang cantik dan menarik untuk masa depan. hehe.

walaupun buat dalam bulan puasa, tapi budak budak ni tetap bersemangat nak hasilkan diorama yang cantik dengan persembahan yang menarik. sanggup cari bahan dan perah otak untuk dapatkan idea diorama dari internet dan buat sama sama dengan adik beradik dan keluarga. diorama ni mereka buat secara berkumpulan.. tiga hingga enam orang untuk satu kumpulan.

setiap kumpulan diberi masa seminggu hingga dua minggu untuk siapkan diorama masing masing. lepas siap, setiap kumpulan kena buat pembentangan dalam kumpulan di hadapan kelas. lepas pembentangan selesai, ada sesi 'kerusi panas' untuk ahli kumpulan dari kumpulan lain. bab 'kerusi panas' tu yang paling seronok.. anak anak berdebat sampai tak nak balik kelas.. aku memang saja buka sesi soal jawab macam ni. murid murid ni kena diberi peluang untuk berhujah dan mengeluarkan kritikan, idea, dan pendapat masing masing. kadang kadang.. idea, hujah, kritikan atau cadangan murid murid ni lebih bernas dan kreatif berbanding kita sendiri. macam tu baru boleh menyerlahkan bakat kepimpinan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid murid.

berikut adalah sebahagian pembentangan dalam kumpulan dari anak anak 4 Akram dan 4 Akmal..












sesi 'kerusi panas'




contoh contoh hasil diorama









tema dan bahan bahan murid murid sendiri yang bincang, tentukan dan cari sendiri dalam kumpulan. kebanyakan bahan yang digunakan ada yang beli kat kedai Mr. DIY, beli kat DAISO, kedai alat tulis, print dari internet dan ada juga yang recycle dari barangan terbuang atau terpakai. alhamdulillah. objektif PdP tercapai.

cikgu ami sukaaaa sangat! :)


Tuesday, May 6, 2014

cubaan


saja test tulis blog pakai smartphone. walaupun tak seseronok pakai laptop, tapi bolehlah daripada takde, ye dak?

pada malam yang hening ni.. aku cuma nak share gambar ni dengan korang.




saja. rindu mereka.

selamat malam, anak anak. jumpa esok.


Thursday, March 20, 2014

origami rumah : tulisan berangkai


assalamualaikum.

pertama sekali, aku ucapkan tahniah pada adik adik dan kawan kawan aku yang dah tahu tempat posting. kekanda berharap agar adinda sekalian tabah menjalani tugas sebagai seorang guru. in sha Allah.

aku cuma nak share pengajaran yang aku rasa paling terkesan dalam hati aku sepanjang 2 bulan lebih mengajar bahasa melayu tahun 2. aku mengajar dua kelas tahun 2 untuk tahun ni. aku pun blur jugak sebenarnya mula mula, sebab BM ni kiranya macam subjek minor aku. maka, aku pun gabungjalin dengan subjek seni memandangkan aku memang major seni.

tak nak cakap banyak banyak kali ni. temanya semangat perpaduan; semangat kejiranan. objektif pengajaran ni adalah untuk memahirkan murid dalam tulisan berangkai. kemudian nak mantapkan psikomotor halus budak. buat origami.. buat tulisan berangkai.. aku selalu ajar tulis dalam buku latihan je. kan dalam buku latihan ada garisan banyak banyak tu, kan? kali ni tak ada garisan. buat free hand je. nak tengok budak boleh buat ke tak boleh. akhir sekali, budak boleh buat walaupun murid yang lemah.

ini adalah sebahagian hasil kerja yang baik daripada murid murid ni. aku gabung hasil kerja dari kedua dua kelas..



















aku ucapkan selamat bercuti kepada semua. cuti jangan tak cuti. yeyeahhh!!

itu sahaja. lain kali cerita lagi.

sekian terima kasih. assalamualaikum.


Tuesday, December 3, 2013

wau bulan KSSR


bidang : mengenal kraf tradisional
tahun : 1
tajuk : wau bulan

berikut adalah beberapa hasil karya anak anak murid aku dari empat buah kelas yang berbeza dalam tahun 1. markah tu saja je sebenarnya aku bagi. supaya murid dapat motivasi sikit dalam menghasilkan karya yang lebih baik.

aspek yang aku pentingkan dalam pengajaran wau bulan ni ialah unsur seni dan prinsip rekaan. unsur seni yang aku tekankan ialah garisan, rupa, dan warna. prinsip rekaan pulak dari segi imbangan (simetri), penegasan, dan kontra. mungkin ada yang pelik kalau tengok kenapa ada sesetengah murid yang hasil karyanya aku bagi markah tinggi walaupun hasil karya dia simple daripada yang lain. tapi macam yang aku cakap tadi, aspek pemarkahan diberi jika elemen unsur seni ada dalam hasil karya murid dan prinsip rekaan diaplikasikan, terutamanya ada prinsip imbangan dalam hasil karya murid (walaupun ada yang letak warna tak sama di kedua dua bahagian wau). dan markah tambahan diberi jika ada keaslian dalam karya. sebabnya, ini cuma pendedahan pada murid untuk mengenal bahasa seni visual. takkan la baru ajar sekali dah terus pandai kan? amboi. jangan gelojoh, please.

jadi, macam biasa, sebelum mulakan P&P aku terangkan unsur seni dan prinsip rekaan yang sepatutnya ada pada wau, ciri ciri wau bulan tradisional, contoh hasil karya yang dah siap, demonstrasi, dan macam biasa.. set induksi. nyanyi lagu 'wau bule' la. apa lagi? budak budak darjah satu memang suka menyanyi. kalau boleh dapat mikrofon sorang satu lagi suka gamaknya. rangka luar wau mudah je. aku lukis template nya pakai software paint. kemudian save dalam format jpeg. kemudian fotostat untuk 4 kelas. senang kan? play smart.

ini antara hasil karya murid yang dah siap. banyak lagi sebenarnya, tapi aku pilih randomly. kalau nak upload semua jawabnya makin panjang la entri ni.










yang ni pakai media krayon.










 


dah habis.

sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...