mereka yang hebat
Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Tuesday, September 30, 2014
demi waktu demi nina
assalamualaikum.
dah lama tak menaip depan laptop macam ni. sejak ada smartphone, dah jarang online pakai laptop melainkan kalau balik rumah mak ayah. bagus juga. tak ada lagi masalah berat bahu nak mengangkut ke sana ke mari.
hari ini aku nak review sebuah novel hasil tulisan Nisyah. seorang novelis yang selalu buat orang berfikir dengan tulisannya. apa yang akan aku review ni memang tak ada kaitan dengan cik penulis sebab aku tulis review ni secara profesional. tiada attached feeling dengan penulis secara langsung ataupun tidak.
tajuk novel ini ialah 'Demi Waktu Demi Nina'. baru je keluar akhir bulan ogos. novel ini bagus untuk dibaca oleh manusia yang ingin berubah dan suka kepada perubahan. kita, manusia, selalu ada persepsi negatif pada masa silam orang lain. jangan tipu. kita semua bukan suci bersih hatinya. mesti akan ada tanggapan serong seolah-olah dekat dahi 'pendosa' tu ada label. macam macam kita labelkan orang sesedap rasa. tapi novel ini mengajar kita, jangan melabel orang. dan jangan takut untuk berubah.
novel ini mengisahkan tentang seorang sukarelawan yang bernama Nina *ehem* yang bekerja secara sukarela di rumah pengasih yang menempatkan penagih dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan. dah lama Nina buat kerja amal sebagai mentor di situ sehinggalah takdir menemukan dia dengan seorang lelaki yang ingin kembali ke pangkal jalan, yang bernama Din.
din.. seorang yang berkebolehan dalam banyak bidang. tapi sebab iman tak kuat, dia pilih jalan yang salah. iaitu menagih dadah. tapi itu semua cerita dulu. sejak datang ke rumah pengasih, banyak perkara dah ubah dia daripada seorang loser kepada seseorang yang tahu erti hidup.
aku paling suka dengan pengisian cerita ini. selain berjaya menyelitkan unsur alam yang banyak menenangkan jiwa pembaca, diselitkan juga banyak unsur nasihat dan motivasi. sentiasa mengingatkan kita bahawa Tuhan itu ada. melihat dan tahu segalanya. motivasi dan pengajaran.. jika kita tak kuat sehingga ke akhirnya, jangan mimpi untuk berjaya. jika kita merasa gagal sebelum berusaha hingga ke akhirnya, jangan mimpi untuk merasa cinta.
sungguh. cinta tak semestinya memiliki. cinta tak semestinya bersatu.
walaupun sebesar mana pun usaha kita ke arah itu.
Allah lebih tahu yang terbaik.
banyak benda yang buat kita muhasabah bila baca cerita ni. selain bahasa yang indah tersusun dari penulis, penghayatan yang diisi dengan jiwa membuatkan pembaca punya pelbagai rasa. marah, sedih, teruja.
tak boleh cerita sampai habis. karang ada banyak spoiler. hehe.
satu benda yang buat aku terharu. selain nama wataknya, ada beberapa perkara yang tertulis berkait dengan kesukaan aku. buku, iced mocha, bunga matahari, interior designer.. (which is somehow slightly related to my field of work now)
mungkin semuanya kebetulan. tapi tetap membuatkan aku tersenyum saat membaca novel ini sehingga ke ayat yang terakhir.
terima kasih atas ingatan dan tulisan yang bermanfaat. tahniah kepada penulis. aku galakkan sangat pembacaan ini bagi mereka yang ingin berubah ke pangkal jalan.. tak kira la atas apa pun sebabnya. semoga menjadi asbab hidayah. semoga Allah permudahkan segala urusan. in sha Allah.
review ini siap ditulis dalam masa sepuluh minit. bila idea mencurah, semua jadi.
sekian terima kasih.
Labels:
Islam is the way of life,
review,
sesi apresiasi,
terima kasih
Sunday, September 14, 2014
Monday, July 21, 2014
rapuh
"Sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan (hakikat kebenaran) dan Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus."
(Surah An-Nur (24) : ayat 46)
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya seumpama orang yang pekak dan buta."
(Surah Al-Furqan (25) : ayat 73)
semoga Allah beri hidayah dan rahmat-Nya untuk kita semua.
muhasabah.
Wednesday, July 2, 2014
penawar
tarikh : 1 julai 2014, selasa
tahun : 2 akram
hari ini entah apa angin dia. dia mengamuk nak pergi kelas pemulihan seperti selalu. padahal aku baru je masuk sebelah kaki dalam kelas. hati cikgu mana yang tak sedih bila budak dalam kelas lagi suka belajar kat kelas pemulihan berbanding kelas aku sendiri.
aku nampak dia menangis. sampai kesat air mata bagai. aku diam je. biasanya aku mesti pujuk dia dulu. baru mula kelas macam biasa. tapi hari itu aku diam. sebab aku nak pujuk hati aku dulu. aku tak nak masuk kelas dalam keadaan marah. aku kan cool. heh.
hari ni aku minta budak tulis pola ayat. latihan hari ni simple je. tulis semula empat ayat ikut jenis frasa dari buku teks. tapi lepas setengah jam, buku dia masih kosong tak bertulis apa apa. bila ditanya, macam biasa ayat keramat dia keluar..
"saya tak tahu.."
"tak tahu.."
aku tak tunggu lama. aku tarik kerusi kosong lebih yang memang tersedia kat depan kelas dan duduk sebelah dia. temankan dia buat kerja. terkebil kebil dia tengok aku. mungkin sebab aku jarang nak duduk berhadap macam tu dengan dia. mungkin dia mula merasakan aura keseriusan aku pada waktu tu.
aku tunjuk ajar dia satu persatu. aku minta dia eja, tanya maksud bagi faham dulu kemudian baru boleh tulis dalam buku latihan. empat ayat dalam masa setengah jam. tapi aku rasa berbaloi dan terharu sangat. sebab, inilah pertama kali dia siapkan kerja aku dengan tangan dia sendiri.. bukan dari tangan ayah, mak, atau kakak dia.
satu yang aku kena selalu ingat bila mendidik anak anak ini. mereka insan biasa. buat salah juga setiap masa. bila aku fikir balik, confirm tak jadi nak marah lebih lebih. bantu dia seadanya. itu paling penting.
terima kasih kerana membuat cikgu senyum hari itu.
Saturday, May 17, 2014
terlajak laris

lukisan ini pernah menjadi tugasan aku sewaktu aku masih bergelar guru pelatih.
disiapkan semasa aku berada di tahun ketiga, tiga tahun lepas.
tahun ini,
lukisan ini telah dipamerkan di Pameran Seni Visual 2014, PWTC sempena hari guru.
tiga hari lepas,
lukisan ini telah terjual.
alhamdulillah.
terima kasih para pensyarah atas kesudian mengangkut lukisan ini untuk dipamerkan.
hadiah hari guru paling bermakna untuk aku yang baru menyambutnya buat kali yang pertama.
Labels:
cikgu hush,
seni itu indah,
sesi apresiasi,
terima kasih
Friday, May 9, 2014
perjuangan belum selesai
hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
dipetik daripada sajak 'Perjuangan Belum Selesai' karya Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1996.
Tuesday, May 6, 2014
cubaan
pada malam yang hening ni.. aku cuma nak share gambar ni dengan korang.
saja. rindu mereka.
selamat malam, anak anak. jumpa esok.
Saturday, February 8, 2014
usaha lif kejayaan
manusia lumrahnya suka berusaha. sebab bila berusaha kita akan dapat sesuatu. sesuatu yang memberi kepuasan.
hari ini aku puas. sebab perbincangan yang siang tadi dengan cikgu dekat sekolah aku buat aku rasa macam ada cahaya terang tiba tiba. banyak yang dia kongsikan dengan aku. A sampai Z. segala ilmu. aku suka, sebab aku rasa aku masih baru untuk belajar benda benda macam ni.
manusia memang suka ada mentaliti masing masing. termasuk aku. aku pun kadang ada mentaliti sendiri terhadap orang lain. manusia. memang macam tu. tapi aku rasa, itu semua sebab kita suka pandang sesuatu dari sudut yang negatif. siang tadi macam wake up call aku. benda yang berselirat penuh dalam otak aku macam dah terungkai satu demi satu. macam cantuman jigsaw puzzle yang hampir siap. aku cuba melihat sudut yang sebelah sana. dari sudut positif. aku tak suka sesuatu, kerana aku tak cukup berusaha untuk memahami sesuatu itu. aku belum cuba, dan aku belum tahu hasilnya.
tahun ini banyak benda baru berlaku. bermakna setiap hari adalah pembelajaran baharu untuk aku.
benda yang susah boleh jadi mudah. kalau kita nak berusaha.
doakan aku tidak malas, ya?
sekian terima kasih.
Labels:
ceritaku,
cikgu hush,
petua,
terima kasih
Saturday, January 25, 2014
esok
alhamdulillah. masih diberi kesempatan menghirup udara percuma.
dikurniakan rezeki tak terhingga olehNya.
dikurniakan keluarga,
dikurniakan sahabat yang baik hati dan masih mengingati.
dikurniakan segala galanya.
syukur.
walaupun jadual waktu tahun ini tak semeriah tahun lalu, yang mana tahun lalu aku hanya mengajar subjek seni, pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, tapi aku tetap bahagia. sekurang kurangnya aku berehat dari kepenatan main kejar kejar dengan budak budak. tahun ni boleh praktis jadi lebih ladies daripada biasa. oh ok. aku berangan lagi. cita cita yang satu ini entah bila boleh menjadi. jangan harap. baju tahun tahun lepas aku rotate entah berapa ratus kali sampai aku jadi tak tahu hendak pakai apa. semua nampak sama je. haha.
tahun ni antara tahun tersibuk aku. balik dah macam office hour. malah lebih lagi sebab keluar awal pagi lagi. tiada lagi istilah berjimba di hujung minggu, sebab bagi aku, rumah itu syurga. tidur di rumah lebih baik daripada berlibur di luar. penat seminggu macam terubat bila dapat bermalas malasan di rumah bersama housemates tercinta.
buku rekod pun baru siap tulis. buku budak esok nak tanda.
lain kali aku update lagi.
Labels:
ceritaku,
cikgu hush,
saengil chukka hamnida,
terima kasih
Tuesday, July 16, 2013
how to tie your tie
macam ni la cara aku selalu ikat tie masa zaman sekolah rendah dulu. heh. kecik kecik dah belajar ikat tie. mula mula memang la tergeliat jugak tangan nak buat. lama lama dah biasa dah ikat tie sendiri.
terima kasih kat ayah. orang pertama yang ajar aku cara cara nak ikat tie.
p/s : teringat nak tulis entri ni bila tengok pengawas sekolah pakai tie. sekarang ni zaman dah maju. tie pun pakai main zip je. kan?
Labels:
ceritaku,
petua,
terima kasih,
zaman purbakala
Tuesday, June 18, 2013
gurindam gula-gula
22022013
pertama kali bersua muka
pertama kali bertentang mata
pertama kali mengatur bicara
pertama kali mengenal mereka
hati mempersoal sejuta tanya
mata memerhati seribu gaya
bibir menguntum senyum bermakna
kata berbicara penuh rasa
tidak siap kerja sekolah
buku teks tertinggal di rumah
tidur bila datang sekolah
melawan bila disuruh diarah
pelbagai alasan pelbagai hujah
cikgu mendengar penuh hikmah
denda diberi pada yang salah
nasihat diberi memperbetul tingkah
menjadi guru bukanlah mudah
sabar melayan bermacam kerenah
walaupun hati panas dan marah
berdendam sekalipun tidak pernah
12062013
tak terkarang ayat yang indah
tak tersusun bicara bermadah
tak sempurna kata yang terluah
tak tertafsir hati yang gundah
berat hati menanggung resah
berat kaki mengatur langkah
tak terasa penat dan lelah
mengakhiri semua teramat payah
meninggalkan bukan perkara yang mudah
rindu di hati tak pernah kebah
pelajarku,
jadilah hamba-Nya yang taat setia
jadilah anak yang memberi bahagia
jadilah pelajar yang mendengar kata
jadilah sahabat gembira dan duka
jadilah manusia berpekerti mulia
walau siapapun gurumu
tuntutlah ilmu tanpa jemu
hormatilah guru ibarat ibu
taatlah pada gurumu itu
kerana di situ letaknya keberkatan ilmu
walau di mana kamu berada
cikgu doakan sihat sentiasa
cikgu doakan aman sejahtera
cikgu doakan kamu bahagia
cikgu doakan kamu berjaya
di dunia hingga akhirat sana
kenangan bersama mungkin singkat
jauh di mata, di hati dekat
terpahat di ingatan sepanjang hayat
berpisah di sini bukanlah penamat
maafkan cikgu andai terasa
cikgu juga insan biasa
cikgu juga insan biasa
merindu cikgu janganlah selalu
rindulah pada Allah yang satu
salam sayang,
cikgu hush.
18062013, 3.50. a.m.
johor bahru.
Labels:
ceritaku,
cikgu hush,
sesi apresiasi,
terima kasih,
zaman purbakala
Monday, June 10, 2013
Friday, May 17, 2013
penjenayah fesyen
kadang kadang kita rasa banyak benda kita nak buat, tapi masa makin suntuk.
membuatkan apa yang kita rancang dan nak sangat buat tak tercapai.
aku seorang fashion disaster. penjenayah fesyen. dulu dulu masa zaman sekolah ataupun belajar kat maktab, aku akan pakai baju kurung dengan sneakers dan backpack converse kesayangan aku walaupun aku pergi ke kuliah. tudung dengan baju kurung jarang matching. selamba badak je aku sauk apa yang ada dan pakai. pernah sekali tu sebab kemalasan yang menggila, aku pakai je apa yang aku nampak depan mata. aku pakai tudung biru muda dengan baju kurung hijau pekat. betul betul macam bangla. sampai pernah kena tegur dengan pensyarah. dan digelar 'penjenayah fesyen' oleh kawan aku. betapa susahnya aku nak biasakan diri pakai pakaian formal dari atas sampai bawah full set dan memakan masa bertahun tahun untuk aku berubah.
aku pun tak tau adakah sebab aku ini degil ataupun ego. tapi yang pastinya, aku sangat selesa tanpa kasut tumit dan beg tangan yang merimaskan. fungsi sneakers yang aku pakai adalah untuk mengelakkan aku jatuh terpelecok tiba tiba di khalayak ramai ataupun melecet dekat tumit kaki akibat lama berjalan atau berdiri. dan fungsi backpack adalah untuk aku letakkan telekung bila aku nak berjalan ke mana mana, dan mengelakkan daripada aku sakit bahu akibat pakai beg tangan yang cuma boleh bawak sebelah bahu je. tapi seriously, dengan gaya yang macam tu membuatkan orang rasa pelik dan asyik suruh aku berubah untuk jadi lebih feminin.
tapi sejak aku masuk mengajar kat sekolah menengah, benda tu berubah sikit sikit. aku agak pelik bila students lebih pandai fesyen berbanding aku. nampak sangat yang aku ni out-dated dan buta fesyen. haha. aku ada seorang student, yang lebih suka tengok aku pakai tudung bawal berbanding selendang. bukan ke selendang dah jadi satu trend sekarang ni? ramai je umat manusia yang pakai selendang lilit lilit bagai nak gila. cantik je aku tengok. aku pakai selendang sebab ianya lebih mudah dipakai berbanding tudung bawal. ada selendang aku yang tak payah digosok. tapi student aku yang sorang ni terbalik. dia lebih suka the plain tudung bawal. whaaa? satu persoalan bermain di fikiran aku..
hipsterkah dia??
HAHAHA. oke tak kelakar.
dan kebanyakan masa bila aku pakai selendang, dia akan minta aku pakai tudung bawal. peliknya dia.
kesian selendang selendang aku dah lama terabai. dan aku pulak kena rajinkan diri menggosok tudung bawal pada setiap malam sebelum pergi ke sekolah. dan ini menyebabkan kebanyakan masanya aku sentiasa bertudung bawal daripada berselendang. pelik tapi benar.
kadang aku pakai juga selendang, kalau aku malas nak pakai tudung bawal ataupun sebab aku rasa selendang tu lebih matching berbanding tudung bawal.
dan sekarang ni, 24 jam yang kita ada sehari, terasa cepat berlalu pergi.
masa hari guru semalam, ada antara students yang hadiahkan selendang pada aku. masa makin suntuk. aku rasa tak sempat untuk aku pakai semuanya. lagipun kebanyakannya selendang bercorak, dan baju kurung aku pulak tak banyak yang plain colour.
bilanya aku nak pakai kedua duanya macam ni?
banyak benda yang tak terlaksana lagi. dan semakin hari itu dekat, aku semakin rasa kosong.
aku rasa macam apa yang aku bagi kat mereka selama ni tak pernah cukup. kalau boleh, aku memang nak puaskan hati semua orang sebelum aku pergi. supaya tak ada hajat yang tak tertunai dan tak ada hati yang terkilan disebabkan sikap aku yang tidak peka.
biar masa ini beku dan menjadi kenangan terindah untuk kita semua.
apa yang pasti, lepas ni keadaan takkan sama macam rutin hidup aku yang sekarang.
tipu kalau aku tak rasa apa apa.
oh. how i hate this feeling!
Labels:
ceritaku,
cikgu hush,
terima kasih,
zaman purbakala
Sunday, April 21, 2013
u-turn
dalam hidup ini, tak semua benda akan berlaku seperti yang kita rancang.
aku menghadiri perlawanan sofbol empat hari lamanya. sampai aku dah tak tau apa yang dah terjadi kat sekolah. empat hari sebenarnya bukan sekejap.
sepanjang ketiadaan dia, aku cuba biasakan diri tanpa kehadiran dia dalam kelas. aku tahu perit untuk terima hakikat, sebab pernah sekali itu aku denda dia berdiri dalam kelas sebab tak bawa buku teks untuk subjek aku. bila aku kenang semula, aku rasa bersalah yang teramat. dia bukan murid kesayangan aku, dan aku tak pernah ada murid kesayangan. kasih sayang aku tiada bezanya. tapi aku melihat dia dari sudut yang berbeza. dia berbeza. kerana dalam nakalnya dia, ada sesuatu yang istimewa tentang dia. aku tahu dia tidak menantikan kehadiran aku di dalam kelas. tetapi ketekunan yang dia tunjukkan sungguh membuatkan aku terharu.
hari isnin minggu seterusnya, aku masuk ke kelas dia seperti biasa. masa aku melangkah masuk ke dalam kelas, perkara pertama yang aku perhatikan adalah mejanya. walaupun sentiasa kosong, aku tetap juga perhatikan meja kosong itu. meja kosong itu ibarat tanda kegagalan aku sebagai seorang guru. dalam hati, aku sering berdoa meja itu takkan kosong seperti sekarang. aku berharap keajaiban muncul dan dia duduk semula di tempatnya itu.
dan hari ini, mejanya tidak kosong seperti selalu. dia ada di situ. aku tak sedar dan tak tahu langsung yang dia dah kembali semula ke sekolah. kali ini, imejnya lebih kemas.
setahu aku, buku tulis dia dah hilang. tak ada pun pada aku. aku dah bagi balik kepada semua murid semasa dia dah tak ada dulu. kesian dia. tapi entah macam mana buku itu dia jumpa semula. dan dia simpan. tahu tahu bila aku minta buat latihan, dia gunakan buku latihan yang sama dia gunakan sejak dulu. dan dia orang pertama yang menyiapkan latihan dan menghantarnya terus ke mejaku.
minggu lepas, pertama kali dalam sejarah, dia bawa buku teks sivik semasa subjek aku. aku tak mahu prejudis, tapi sebab tak percaya, aku datang padanya. aku selak helaian pertama buku teks tersebut. dia senyum tanpa kata kepadaku. kemudian terus dia selak bahagian paling belakang buku teks itu..
tertera namanya di ruangan peminjam. baris yang terakhir sekali.
aku terkaku kat situ jugak.
"cikgu tak percaya? hari ni saya bawa buku teks tau, cikgu" katanya bangga.
aku nak menangis. terharu sangat. tapi aku tahan. mana boleh menangis depan student!
dia kembali semula. dan akulah orang pertama yang tersenyum sebab dia.
syukur.
sesungguhnya doa kita semua telah termakbul. syukur ya Allah. dan terima kasih kepada yang mendoakan.
aku mahu buat yang terbaik. peluang sebaik ini takkan datang berulang kali.
terima kasih juga kepada dia. sumber kekuatan, semangat, dan inspirasi untuk aku teruskan perjuangan aku.
Thursday, April 18, 2013
TIGERS bangkit dari lena
1 - 4 april 2013
lokasi : kajang, selangor.
pertama kali selepas kemarau emas.
aku pergi sekolah macam biasa je haritu. pakai baju kurung hijau yang tak payah digosok dengan tudung express je. cuti sekolah dua minggu membuatkan aku jadi malas untuk memulakan hari pertama di sekolah. walaupun malas, aku pergi jugak sebab dekat sekolah tu la tempat aku mencari rezeki. gaji hari bermaksud kalau tak datang sehari, jawabnya tak ada la gaji untuk hari itu.
sedang elok je aku baru nak 'punch card' pukul 7.15 pagi isnin yang permai itu, tiba tiba kawan aku si farius bagitau ada cikgu cari aku. urgent. ah sudah. ni apa pulak yang tak kena pagi pagi ni? belum lagi aku jumpa atau tegur dengan siapa siapa pagi tu. cuak dan nervous bersatu jadi satu.
sampai library, still ada yang kata ada cikgu cari aku. apa kes pulak aku dah buat kali ni.. adoiyai!
rupanya aku kena pergi join softball tournament dekat sk sungai kantan! fuiyyoo! dapat job yang sangat menarik di hari pertama wooo! sukan yang dah lama sangat aku tinggalkan. di kala kemalasan memuncak dalam diri, aku diberi peluang untuk 'bermain main'. straight untuk empat hari pulak tu! yahooo! hahah!
balik rumah pagi tu, terus tukar baju sukan full set head to toe.
aku bawak students. hari isnin dan selasa girls team lawan. hari rabu dan khamis boys team pulak lawan. hari khamis jugak adalah final untuk dua dua pasukan girls and boys team.
kedua dua pasukan girls and boys team SAAS memang terbaik wok! tapi sayang girls team tak ada rezeki untuk melangkah ke final. tapi tak apa, sebab boys team meneruskan perjuangan sehingga ke final dan alhamdulillah, pasukan boys team under 18 SAAS jadi juara MSSD. kejayaan ini sekaligus menamatkan kemarau emas pasukan sofbol TIGERS SAAS yang dah lama 'tidur lena' lebih 20 tahun lamanya. berkat usaha berterusan dan tak kenal jemu dari para coach alumni TIGERS SAAS yang tak pernah kenal erti penat, jauh sekali nak mengeluh. mengajar students ni dari zero to hero. dari nobody kepada somebody.
terima kasih, coaches!
selepas empat hari jadi 'coach' tak bertauliah, aku kembali normal menjadi seorang guru yang berbaju kurung dan mengajar di kelas seperti biasa. tapi penangan turun padang dan berpanas selama empat hari, tidak dinafikan aku dapat pakej sun-tanning free dan vokal bukan sekadar rupa yang memang terbaik dari ladang. mahal tuu! tapi berbaloi. dan ajaibnya aku tak demam walaupun sakit tekak keluar suara macam itik serati tak cukup zat. seminggu jugak baru baik. dua minggu jugak baru putih sikit. putih sikit je pun. terima kasih BB cream free - not for sale! seminggu jugak aku kena 'bahan' dengan students. senyum meleret je kalau terserempak dengan aku. ada aku kesah? janji johan. haha. tapi, ada satu benda yang buat aku terharu. dah gelap gelap macam ni pun students boleh kata aku pakai mekap. hek eleh. perli le tu. ni natural tan style J.Lo oke. no mekap mekap. haha. (saja sedapkan hati)
betul kata coach. pengalaman macam ni sekali sahaja seumur hidup.
momen yang sama takkan berulang lagi dalam hidup kita.
pija
kamariah (catcher)
hanis, athirah (captain cum pitcer) & kak su (coach)
athirah catat rekod double strike-outs for the game
the girls team under 18.
boys team under 18
menang semi final, masuk ke pusingan final
sebelum start final game
shidi (captain cum pitcher)
3 strike-outs for the last inning!
3 saat selepas kemenangan
johan sofbol MSSD boys team under 18!!
the happy faces of players, coaches and teachers!
perjuangan masih diteruskan. semoga pasukan sofbol SAAS TIGERS Junior akan terus melakar sejarah dalam sukan sofbol di Malaysia. in sha Allah..
and trust me.
it's SO colourful.
it's SO wonderful.
thank you, SAAS.
p/s : credits to azley kassim, che an and suhaimi ahmad for these awesome shots! :)
Monday, March 11, 2013
Monday, March 4, 2013
belajar untuk menghargai
manusia memang tak pernah puas dengan hidup. kita kena ingat satu benda :
rezeki kita ini, Allah yang beri. bukan manusia. kalau sesuatu itu memang dah tertulis menjadi rezeki kita, buatlah macam mana sekalipun, takkan ada tangan yang boleh menghalang rezeki itu daripada sampai kepada kita. dengan apa cara sekalipun.
ya. peluang dan rezeki itu bukan datang selalu. usaha. dan belajarlah untuk menghargai.
semenjak dua menjak ni, rezeki untuk aku tak putus putus datang. macam air sungai. deras. lepas satu, satu. alhamdulillah. aku rasa hidup jadi terlalu sempurna. terlalu cukup. walaupun sekarang ni hebat diperdebat isu penempatan guru yang masih kabur lagi hujung ceritanya, tapi sekali pun dalam hidup ini aku tak pernah rasa kekurangan. aku tak pernah menyesal memilih untuk menjadi seorang guru. malah bersyukur.
aku masih hidup hari ini, dan masih diberi peluang untuk mendengar perkataan keramat 'cikgu' dari anak anak murid. masih diberi peluang untuk mencurah ilmu dan mendidik anak anak bangsa. masih diberi peluang menjadi seorang guru, walaupun hakikatnya tauliah pun belum lagi.
masih diberi peluang untuk mengenal dunia yang luas. masih diberi peluang untuk mengenal kemahuan anak anak remaja. masih diberi peluang mengenal senyuman ikhlas huluran tangan seorang kawan.
masih lagi.
yang tinggal hanyalah belajar untuk menghargai.
dua minggu lepas, 22.2.2013, hari jumaat. aku mula bertugas. semua ahli keluarga menyokong. gembira yang teramat sampaikan baru lepas dapat panggilan untuk bertugas serta merta, terus sanggup kedua dua orang tuaku berdesup meredah lebuhraya utara selatan pada hari yang sama. mak memborong baju kurung untuk aku. katanya buat temuduga dan mengajar. biar jangan selekeh. biar jangan sememeh. belikan palang penggantung baju kurung. katanya gosok baju siap siap untuk seminggu. biar lebih bersedia.
esoknya, abang aku belikan ironing aid dan penyangkut pewangi untuk digantung. dua dua wangi. abang macam tahu aku suka benda yang wangi wangi. abang tak cakap apa apa. tapi aku tahu abang pun bagi sokongan moral sebenarnya.
aku tak tahu nak cakap apa. terima kasih semua.
aku ini ibarat patah sayap. baru belajar untuk terbang semula. benar. kita hanya manusia biasa. dan kita tak boleh tagih janji manusia. kita hanya boleh berusaha yang terbaik untuk diri kita. selebihnya urusan Allah. Allah tahu siapa yang berusaha. dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
sabarlah.
dan belajarlah untuk lebih menghargai.
sumber : [link]
sekian terima kasih.
p/s : takziah kepada pejuang negara yang terkorban di lahad datu. al-fatihah.
Wednesday, February 20, 2013
my way
dah lama rasanya aku tak buat review movie (tak habis habis, itu mukadimah aku setiap kali nak review movie. hehehe). kali ni aku nak review sebuah filem korea yang dibuat berdasarkan sebuah kisah sebenar. tajuknya 'my way'. sebuah filem tahun 2011. diarahkan oleh kang je-gyu. watak utama dibintangi oleh joe odagiri dan jang dong-gun.
dipendekkan cerita, bila dah dewasa, disebabkan rasa tak puas hati, tatsuo mencabar kim jun-shik untuk menyertai maraton untuk pemilihan ke sukan olimpik. selepas bersetuju, akhirnya mereka bertanding. disebabkan keputusan pertandingan yang berat sebelah, berlakulah rusuhan yang akhirnya menyebabkan mereka yang terlibat dalam rusuhan tersebut (termasuk la kim jun-shik dan rakan rakan) dihantar untuk menyertai angkatan perang di bawah naungan tatsuo. dalam sekelip mata, plingg.. kim jun-shik dan rakan rakannya pun bertukar menjadi askar jepun.
perjalanan cerita ni mengisahkan tentang dua orang pesaing (rival) yang akhirnya bertukar menjadi musuh, dan kemudian menjadi sahabat baik. sebuah kisah perang yang sangat menyayat hati. bila aku tengok cerita ni, aku terus teringat cerita taegukgi (juga sebuah filem arahan kang je-gyu), yang mana jang dong-gun juga yang menjadi teraju utama dalam filem tu. siapa siapa yang dah tengok filem taegukgi mesti tahu betapa hebat dan besarnya impak filem tersebut. bezanya, taegukgi adalah sebuah kisah benar antara dua orang adik beradik, manakala cerita my way pulak adalah tentang dua orang rival yang akhirnya menjadi sahabat baik. namun kedua dua filem adalah cerita sebenar dan berlatarkan zaman perang yang berlaku pada awal abad ke-20 antara tahun 1938 - 1950.
filem ni banyak mengajar kita erti sebenar sebuah persahabatan. seseorang yang tidak akan meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan walaupun sahabatnya itu banyak menimbulkan masalah, sombong, dan keras kepala. filem ini jugak banyak mengajar erti kesusahan hidup pada masa zaman perang berlaku. masa tu nak mintak tolong dengan orang lain pun susah. makanan dan ubat ubatan dicatu. dan sakit akibat luka dan kesan perang yang banyak sekali secara fizikal dan mental. kecelaruan emosi dan psikologi. dan banyak lagi. filem ini mendesak kita supaya turut sama merasai sakit dan peritnya orang yang berjuang bukan sekadar untuk mempertahankan sebuah negara, tapi juga perjuangan untuk meneruskan sebuah kehidupan.
aku tidak kira siapapun pengarahnya, berapa bajetnya, ataupun berapa banyak filem ini menang anugerah. apa yang pasti, filem ini lima bintang. serius.
link : http://en.wikipedia.org/wiki/My_Way_(2011_film)
aku sarankan filem ini. selamat menonton. sekian terima kasih.
p/s : tak putus putus aku terima banyak undangan perkahwinan, pertunangan dan random events daripada sahabat handai di facebook. aku terharu. walaupun dah berzaman waktu zaman belajar di sekolah dan maktab dah berlalu, tapi ingatan sebagai seorang sahabat tu tak pernah putus. syukur alhamdulillah. dan terima kasih sebab masih ingat dan sudi menjemput aku untuk meraikan majlis korang.
Labels:
korea,
review,
terima kasih,
zaman purbakala
Sunday, February 10, 2013
kebahagiaan adalah hak milik setiap insan
aku baru selesai mengulang baca novel 'tunas' karya hlovate. entah kenapa, euforia dalam badan boleh meningkat kalau baca novel ni. mungkin sebab aku rindu zaman sekolah. mungkin sebab aku rindu kawan kawan. atau mungkin juga sebab aku rindu 'benz alif'. haha. rindu 'benz alif' takkan mungkin. sebab aku all girls school. hahaha. tak kelakar.
ada seseorang request kat aku untuk tulis sebuah entri tentang happiness. kebahagiaan. apakah kau sedang dilamun cinta, sahabat? hehe. tak. aku saja saja je meneka. mungkin aku salah. tapi kalau betul pun apa salahnya, kan?
kebahagiaan, suatu definisi yang sukar untuk digambarkan dengan kata kata. kebahagiaan, hanya boleh diinterpretasikan dari dalam hati. kalau kau rasa kau bahagia, bahagialah jadinya. kalau kau rasa sedih, sedih la jadinya.
bagi aku, kebahagiaan itu datang bila hati kita merelakan sesuatu perkara itu dibuat tanpa paksaan. contohnya pergi sekolah untuk belajar. kalau kau rasa pergi sekolah itu suatu paksaan, maka kau tak rasa bahagia. kalau kau rasa main bola sepak itu satu paksaan, maka kau takkan rasa bahagia. pokoknya, perkara yang kau buat dengan paksaan sebenarnya membuatkan kau rasa tak bahagia. cuba kalau buat dengan rela hati, mesti rasa bahagia je, kan? contohnya, kau ada crush. dan crush kau buat perkara yang menyakitkan hati kau. tapi sebab kau suka dia, kau rela hati kau disakitkan. malah kau rasa bahagia pulak tu. haish. pelik memang pelik. tapi sebab rela. bila kita rela melakukan sesuatu tanpa paksaan, maka kita akan rasa bahagia.
aku tak reti sangat nak define erti kebahagiaan. sebab bahagia itu sesuatu yang subjektif. definisi bahagia berbeza bagi setiap manusia. ada juga manusia yang bahagia bila kena paksa. ada yang bahagia bila duduk bersendirian. ada yang bahagia bila duduk dalam keramaian. ada yang bahagia bila dapat membeli belah. ada yang bahagia bila dapat makan sedap sedap. ada yang bahagia bila dapat keamanan. dan ada yang bahagia bila dapat tidur dengan lena tanpa gangguan. setiap kebahagiaan tak boleh diukur dengan material dan wang ringgit. sebab kadang kadang, kalau kita ada duit dan harta yang banyak pun, tapi kalau hati tak tenang, pun tak bahagia jugak. ye dak? maka, kalau nak hati tenang, dekatkanlah diri dengan Allah. makanan rohani kena cukupkan jugak. dalaman kena kuatkan jugak. barulah luaran tu nampak ceria sentiasa. in sha Allah akan bahagia walaupun tak ada harta. sebab Allah akan cukupkan rezeki kepada hamba-Nya yang merasa cukup. err.. faham tak maksud yang aku nak sampaikan ni? harap harap la faham. hehe.
aku harap perkongsian dan pendapat aku yang tak seberapa ni dapat memberi manfaat untuk kita semua.
kepada yang request entri ni, terima kasih.
kepada waiting list entry yang lain, harap bersabar.
idea tak boleh dipetik terus dari pokok macam tu je.
hehe.
sekian terima kasih.
Sunday, December 30, 2012
overly attached girlfriend
assalamualaikum. hai.
miss me?
yeah. i knew it. HAHA. *narcissist mode*
back to our main topic. pernah tak korang mengalami situasi di mana korang ada kawan dekat facebook. dan kita jarang pun bercakap dengan dia. jauh sekali la nak tag post atau gambar bagai. tapi girlfriend / boyfriend kawan korang yang korang tak kenal pergi add korang tiba tiba kat facebook. err.. korang rasa awkward tak?
serius benda ni pernah berlaku kat aku. aku tak pernah pun bercakap, bertegur, bergurau senda, atau main merry-go-round pun dengan orang yang add aku tu. tak pernah langsung. dan seriously, bagi aku ianya awkward gila. kalau sebelum ni kita oke je dengan kawan kita, tiba tiba kita akan rasa satu barrier yang kita tak boleh bercakap langsung dengan kawan kita tu. tak. aku tak salahkan pihak yang add aku. kalau nak add, itu suka hati facebook beliau. aku tak marah pun. yang menjadikan ianya awkward adalah apabila tiba tiba dia post status atau reply comment ala ala 'overly attached girlfriend'. terpaksa la aku membaca status tersebut tanpa kerelaan aku.
lagi satu, aku akan berada dalam dilema untuk approve request dari orang orang macam ni. kalau approve, aku tak kenal pun siapa orang yang add aku tu. kalau tak approve, surely orang itu akan suspicious dan akan tanya macam macam pulak dekat kawan aku tu. do you understand what i mean? aku ni dah la tak berapa nak centre sangat. kadang kadang kalau aku melawak pun orang ingat serius. kadang kadang bila aku serius, orang ingat aku buat lawak. karang tak pasal pasal ada yang perang dunia ketiga sebab aku. disebabkan itu, aku dah jarang nak like atau comment status orang walaupun kadang kadang aku rasa teringin nak buat macam tu. rasa macam fake gila dan tak jadi diri sendiri pun ada but for the sake of everyone's happiness, aku tak kisah. i'll let it pass for everyone's good.
oleh sebab itu, kepada kawan kawan aku yang lelaki, tak payah like atau comment status atau gambar gambar aku kalau korang dah ada girlfriend atau isteri. jangan buat aku rasa serba salah untuk reply comment tersebut. terima kasih banyak banyak sebab concern dan aku tak marah pun kalau korang tak like. aku lagi suka. aku tak nak jadi penyebab keretakan hubungan orang lain. itu tak baik punyaaa.
dan kepada girlfriend atau isteri kepada kawan kawan aku, tak payah la add aku. melainkan kalau kita sama sama kenal dan pernah bercakap. aku tak famous pun dan aku akan rasa serba salah untuk approve orang yang aku tak kenal. so, please.. jangan buat aku rasa kesian atau serba salah. aku tahu niat korang baik, tapi jangan risau. aku akan jaga diri aku baik baik, dan aku harap korang pun jaga la hubungan korang baik baik.. k?
facebook itu bagus, kalau kita gunakan untuk kebaikan.
sekian terima kasih.
Labels:
petua,
suka suka kau je ek,
terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)









































