mereka yang hebat

Wednesday, February 20, 2013

my way


dah lama rasanya aku tak buat review movie (tak habis habis, itu mukadimah aku setiap kali nak review movie. hehehe). kali ni aku nak review sebuah filem korea yang dibuat berdasarkan sebuah kisah sebenar. tajuknya 'my way'. sebuah filem tahun 2011. diarahkan oleh kang je-gyu. watak utama dibintangi oleh joe odagiri dan jang dong-gun.


filem ni mengisahkan tentang dua orang manusia yang dikurniakan dengan kelebihan berlari iaitu tatsuo (joe odagiri) dan kim jun-shik (jang dong-gun). kat mana mana ada pertandingan larian atau maraton, mesti mereka berdua ni ikut serta. disebabkan itu, mereka berdua selalu bersaing untuk jadi nombor satu dalam pertandingan larian yang mereka sertai. tatsuo selalu iri hati dengan kim jun-shik sebab kim jun-shik lebih terer berlari daripada dia. dan benda ni berlarutan sampai la mereka dewasa.


dipendekkan cerita, bila dah dewasa, disebabkan rasa tak puas hati, tatsuo mencabar kim jun-shik untuk menyertai maraton untuk pemilihan ke sukan olimpik. selepas bersetuju, akhirnya mereka bertanding. disebabkan keputusan pertandingan yang berat sebelah, berlakulah rusuhan yang akhirnya menyebabkan mereka yang terlibat dalam rusuhan tersebut (termasuk la kim jun-shik dan rakan rakan) dihantar untuk menyertai angkatan perang di bawah naungan tatsuo. dalam sekelip mata, plingg.. kim jun-shik dan rakan rakannya pun bertukar menjadi askar jepun.

perjalanan cerita ni mengisahkan tentang dua orang pesaing (rival) yang akhirnya bertukar menjadi musuh, dan kemudian menjadi sahabat baik. sebuah kisah perang yang sangat menyayat hati. bila aku tengok cerita ni, aku terus teringat cerita taegukgi (juga sebuah filem arahan kang je-gyu), yang mana jang dong-gun juga yang menjadi teraju utama dalam filem tu. siapa siapa yang dah tengok filem taegukgi mesti tahu betapa hebat dan besarnya impak filem tersebut. bezanya, taegukgi adalah sebuah kisah benar antara dua orang adik beradik, manakala cerita my way pulak adalah tentang dua orang rival yang akhirnya menjadi sahabat baik. namun kedua dua filem adalah cerita sebenar dan berlatarkan zaman perang yang berlaku pada awal abad ke-20 antara tahun 1938 - 1950.

filem ni banyak mengajar kita erti sebenar sebuah persahabatan. seseorang yang tidak akan meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan walaupun sahabatnya itu banyak menimbulkan masalah, sombong, dan keras kepala. filem ini jugak banyak mengajar erti kesusahan hidup pada masa zaman perang berlaku. masa tu nak mintak tolong dengan orang lain pun susah. makanan dan ubat ubatan dicatu. dan sakit akibat luka dan kesan perang yang banyak sekali secara fizikal dan mental. kecelaruan emosi dan psikologi. dan banyak lagi. filem ini mendesak kita supaya turut sama merasai sakit dan peritnya orang yang berjuang bukan sekadar untuk mempertahankan sebuah negara, tapi juga perjuangan untuk meneruskan sebuah kehidupan. 








aku tidak kira siapapun pengarahnya, berapa bajetnya, ataupun berapa banyak filem ini menang anugerah. apa yang pasti, filem ini lima bintang. serius.

link : http://en.wikipedia.org/wiki/My_Way_(2011_film)

aku sarankan filem ini. selamat menonton. sekian terima kasih.



p/s : tak putus putus aku terima banyak undangan perkahwinan, pertunangan dan random events daripada sahabat handai di facebook. aku terharu. walaupun dah berzaman waktu zaman belajar di sekolah dan maktab dah berlalu, tapi ingatan sebagai seorang sahabat tu tak pernah putus. syukur alhamdulillah. dan terima kasih sebab masih ingat dan sudi menjemput aku untuk meraikan majlis korang.

2 comments:

  1. Replies
    1. cerita ni saya download kat torrent je..
      cuba try search kat google untuk tengok online. hehe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...