mereka yang hebat

Saturday, May 19, 2012

selamat hari lahir, ayah.


puas aku cari filem pendek atau iklan tentang ayah yang made in malaysia. tapi sikit sangat. itu pun iklan raya yang banyak bertemakan ayah. jadi, nak tak nak aku gigih mencari filem pendek atau iklan tentang ayah kat youtube. last last aku terjumpa iklan kat bawah ni. pendek dan simple je. tapi bila aku tengok kanak kanak perempuan tu bonceng basikal yang ayah dia bawak, terus aku teringat kat ayah. bezanya ayah bawak motor. jalan petang petang naik motor lalu kat kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah, dengan kebun sayur cina belakang rumah yang dekat dengan airport tu. sekarang kebun bagai tu dah takde dah. dah jadi kawasan perumahan, kawasan lapang, dengan siap ada terpacak stesen minyak petronas pulak tu kat situ.

cerita pasal motor, aku teringat cerita tentang ayah yang jarang naik pengangkutan awam. walaupun ayah jarang menggunakan pengangkutan awam, tapi aku ni boleh dianggap anaknya yang paling bertuah. aku pernah cakap dengan ayah, kebetulan setiap kali ayah guna pengangkutan awam, mesti naik dengan aku. naik teksi, naik bas tambang.. kebetulan je naik sama dengan aku. bila difikirkan balik, kelakar jugak. sebab selalunya kitorang akan travel naik kereta je. tapi lain halnya bila aku dengan ayah. kenangan naik pengangkutan awam dengan ayah memang aku akan ingat sampai bila bila.

disebabkan kenangan aku naik pengangkutan awam dengan ayah tu banyak sangat, jadi aku nak share iklan ni dengan korang semua. ceritanya pasal budak perempuan yang ayahnya hantar dan amik dari sekolah setiap hari dengan menaiki basikal. sampai la dia besar dan dah masuk universiti pun, ayah dia tetap amik dia naik basikal yang sama. 

kemudian, lepas beberapa tahun, perempuan tu pun bekerja dan ada kereta sendiri. masa first time dia naik kereta nak balik ke kampung halaman, ayah dia pun tunggu dia depan kedai aiskrim faveret perempuan tu masa zaman dia kecik kecik dulu. walaupun perempuan tu pesan ayah dia tak payah tunggu, ayah dia tetap jugak tunggu sampai la hari senja. tau sebab apa?

sebab ayah dia takut yang anak perempuan dia dah lupa jalan balik ke rumah.

simple. tapi bermakna.




SELAMAT HARI LAHIR, AYAH.
SEMOGA TERUS DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.
DAN TERUS SETIA MENJADI AYAH DAN KETUA KEPADA KAMI SEKELUARGA.
AMIN..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...