malam semalam hujan lebat. aku dah sampai depan rumah sebenarnya. tapi sebab malas nak redah hujan untuk masuk ke dalam rumah, maka aku membatukan diri di dalam kereta. aku matikan enjin kereta.
dalam setengah jam jugak aku duduk diam diam dalam kereta. hanya bertemankan cahaya lampu jalan di malam hari. dan sebenarnya, pada masa tu aku baru tahu satu hakikat bahawa..
menikmati hujan di malam hari bertemankan cahaya lampu jalan dari dalam kereta sebenarnya suatu perasaan yang sangat indah.
oke aku jiwang. dah habis selingan. tak percaya? anda cuba.
cuti hari tu aku sempat turun ke tanjung piai. dekat je dengan kampung aku. mengapa tanjung piai? sebab haritu aku dah pergi padang besar. padang besar dah dekat gila dengan sempadan thailand. kiranya aku dah sampai ke penghujung utara malaysia. kali ni aku nak pergi ke penghujung selatan benua asia pulak. baru la lengkap percutian aku kali ni. kan? kan? oke lame.
tanjung piai ni merupakan salah satu tempat pelancongan kat negeri johor. tempatnya berdekatan dengan laut dan ada muara sungai kat situ. jadi of course la banyak pokok bakau dekat pesisir pantai. sebenarnya, kitorang tak plan pun nak ke tanjung piai. tapi sebab dah 'ter'balik kampung punya pasal, jadi alang alang singgah sekali kat sini. sebenarnya, lagi best kalau korang datang dan tengok sunset kat tanjung piai ni sambil feeling feeling bajet orang kaya bersiar siar kat tepi laut.
kitorang sempat singgah dekat salah sebuah restoran ni untuk menikmati the famous asam pedas johor. restoran ni biasa biasa je. menghidangkan masakan kampung dan memang la super sedap tak hengat. tak silap aku papan tanda kedai pun takde. chill weh. ni bukan cerita seram ala ala pau suri oke. haha. restoran ni cuma hidangkan lauk asam pedas sahaja. lauk tambahan yang lain boleh gak order. tukang masak akan masak lauk tambahan yang kita pesan tu waktu tu jugak. best kan? heeee *senyum sampai telinga*
highlight of the day.
sedap dimakan panas panas bersama nasi putih.
ini sahaja.
simple.
jadi, cakap banyak pun tak guna.. mesti korang pun tak berapa nak suka baca panjang panjang, jadi biar gambar ni jadi pengganti bebelan aku.. silalah menikmati.
ni papan tanda ke tanjung piai. lebih kurang 5 kilometer lagi.
jeti untuk para nelayan
close-up gambar jeti
apa yang aku suka pada gambar kat atas ni ialah tiang yang diperbuat daripada batang pokok pinang tu. fungsi tiang tu ialah untuk menambat bot dan sampan kat tepi tepi jeti. jadi bila tiang pokok pinang dah banyak bersusun tu, nampak cam klasik pulak.
tak sengaja 'ter'amik gambar ni. masa tu bot tu tengah buat u-turn.
gambar kat atas ni ialah gambar pokok bakau.
mungkin sebab angin kuat, ada pokok yang dah tumbang.
yang senget benget pun ada.
biasalah. langit tak selalu cerah kan.. (apa kaitan entah?)
kat hujung jambatan ni ialah restoran dan resort terapung. owner dia ialah seorang usahawan melayu. tempat ni ialah tempat favourite pasangan pengantin baru *bunyi kompang sikit* untuk buat wedding photoshoot. mungkin sebab dekat tepi laut kot tambah lagi bila sunset pulak tu.. pergh. toksah cakap ah.
ni signboard rasmi. nampak tulisan bawah tu?
the southern most tip of the mainland asia continent.
welcome welcome adik kakak abang sedaghe sedaghi!
klik gambar untuk besarkan
korang rasa yang kat bawah pokok kelapa yang macam pintu suka hati doraemon tu apa benda? woih.. bukan.. bukan tandas ali baba bujang lapok yang kena tandakan dengan 'X' tu laaa.. tapi siapa sangka tepi laut ada paintball arena? sape jugak la yang ada idea gila nak buat paintball arena ni. underneath pokok kelapak pun jadik aje. haha. ni khas untuk sape sape yang nak lepas gian main paintball atau sayang sangat dengan game paintball ni di mana jua anda berada. agak agak kalau ada buah kelapa gugur tu boleh terus belah and minum. bak kata pepatah, sambil main paintball minum air kelapa. eh? apa aku merepek ni? *geleng kepala laju laju*
korang tengah geleng kepala laju laju ke sekarang ni? HAHA!
tak bahaya ke kalau buah kelapa gugur time kita tengah syok aim nak shoot orang lain nanti? entah. *sekadar imaginasi liar*
dan last wrap.. aku tinggalkan korang dengan gambar yang paling aku suka kat tanjung piai ni..
this is what we call reflection
oke dah habis. semoga terhibur. eh. macam rancangan tv pulak gaya gayanya.
sekian terima kasih.
Seronokkan kalau dah sampai dua2 penghujungnya... hehe. Akak dah sampai dua-dua tempat tu, Padang Besar dekat dgn kampung husband, Tanjung Piai dekat dgn rumah sndiri, hihi.
ReplyDeleteGambar last tu memang cantik.
One day nak pergi makan asam pedas tulah..
masa hujan rintik2 lebat, ada teo panas dengan sedikit biskut mayat...perghhh!!!
ReplyDeletepun jiwang gak...
hot coklat lahi mantap:)
utara dah , selatan je belum sampai lg . (:
ReplyDeletesari yusa : yup. baru rasa lengkap perjalanan kat malaysia ni. hehe.
ReplyDeletekedai asam pedas tu dekat dengan signboard tanjung piai dekat gambar 1st tu.
cryclown : hot coklat memang mantop tak kira la bila bila pun. cicah biskut mayat memang terbaik!
miss klanika : jemput la singgah selatan. boleh saya bawak jalan jalan.
macam pantun pulak. :)