sebenarnya, dah lama jugak aku tak melayan cerita korea ni lebih lebih lagi drama korea. last drama korea yang aku layan ialah heart string. tu pun tak habis tengok. hehe.
tapi tiba tiba, pada suatu pagi selepas aku detect yang broadband aku tertangguh perkhidmatannya, maka entah kenapa tangan aku ni gatal je nak pegang hard disk aku yang memang dah overload dengan drama korea sejak tahun lepas lagi. susah jugak sekarang ni aku nak melayan drama korea. mungkin genre ceritanya atau jalan cerita yang hampir sama dan stereotaip membuatkan aku bersikap choosy dalam memilih cerita. kalau setakat love story cintan cintun yang biasa biasa ni mungkin akan membuat aku mengantuk dan bosan. lainlah macam cerita IRIS, my boss my hero, atau sungkyunkwan scandal yang bukan cerita cinta semata mata.
aku mahu kelainan. boleh?
dan kelainan itu ada pada cerita ini..
drama korea ni bertajuk 'sign'. disiarkan dekat korea pada awal tahun 2011. kebetulan, ada sekali tu aku pernah 'ter'tengok satu episod drama ni dekat channel SBS kat astro, dan terus aku jatuh chenta dengan drama ni. sudah tentu genre nya bukan cinta. tapi lebih kepada penyiasatan based on forensic dan crime scene investigation, misteri, dan suspense-thriller.
drama ni mengisahkan tentang seorang doktor pakar forensik yang bernama yoon ji hoon (dilakonkan oleh park shin yang) yang merungkai sebuah misteri pembunuhan ala homicide yang terjadi kepada salah seorang ahli band k-pop yang bernama seo yoon hyung. dr. yoon ji hoon bekerja di salah sebuah institut forensik yang diberi nama national forensic service (NFS) yang beribu pejabat di seoul. ujian autopsi yang dilakukan oleh dr. yoon ji hoon mendapati yang seo yoon hyung ni sebenarnya dibunuh, tapi disebabkan politik wang, salah seorang rakannya yang juga seorang pakar forensik yang bernama dr. lee myung han telah memalsukan data dan mengatakan bahawa seo yoon hyung mati secara mengejut (sudden death) akibat keracunan potassium cyanide.
dipendekkan cerita, ada seorang lagi penyelidik forensik yang kebetulan menyiasat tentang kes seo yoon hyung iaitu go da kyung. semasa kali pertama autopsi terhadap seo yoon hyung dijalankan, go da kyung (lakonan kim ah jung) juga menjadi saksi semasa autopsi dijalankan oleh dr. yoon ji hoon. maka, disebabkan go da kyung ingin menegakkan keadilan, maka mereka berdua pun turun padang ke lokasi pembunuhan untuk mencari bukti di sebalik kes pembunuhan seo yoon hyung. malangnya, setelah mereka hampir hampir mendapat bukti bahawa seo yoon hyung dibunuh, mereka akhirnya gagal mendapatkan senjata yang digunakan oleh pembunuh untuk membunuh seo yoon hyung yang menjadi bukti kes pembunuhan tersebut yang hilang tanpa dapat dikesan.
semasa menjalankan autopsi seo yoon hyung
nah amekaw. tulah kau.. aku bagitau kau taknak percaya..
sekarang percaya tak?
selepas setahun, nak dijadikan cerita, dr. yoon ji hoon ditemukan semula dengan go da kyung di NFS cawangan selatan. go da kyung yang sememangnya ingin berkhidmat di NFS berniat untuk menyambung semula penyiasatan kes pembunuhan seo yoon hyung walaupun kes tu dah lama ditutup. selepas mereka team-up semula, pelbagai kajian terhadap pelbagai kes pembunuhan dan autopsi yang telah dijalankan oleh pasukan forensik NFS di cawangan selatan yang dinaungi oleh dr. yoon ji hoon. walaupun makmal dan dewan autopsi di cawangan selatan tersebut dalam serba kekurangan, tetapi dr. yoon ji hoon dan pasukan forensiknya tetap menjalankan tugas mereka dengan jujur dan berusaha untuk mendapatkan keputusan autopsi yang sebenar dan jitu tanpa berlakunya kesalahan dan pemalsuan data.
ahli pasukan forensik NFS cawangan selatan
persoalannya, bolehkah pasukan forensik yoon ji hoon bertahan walaupun ditentang hebat oleh musuhnya yang berada di ibu pejabat NFS di seoul?
berjayakah beliau membuktikan dan merungkai semua misteri di sebalik pembunuhan seo yoon hyung?
entah. aku baru tengok sampai episod 7. ada lagi 13 episod lagi ni belum habis tengok. hahaha.
aku rekemen cerita ni kat sape sape yang suka cerita penyiasatan. cerita ni ala ala CSI season yang pertama campur cerita bones sikit. tapi aku nak ingatkan, korang tak boleh expect pelakon yang hensem hensem sebab even hero dia pun dah nampak berumur dan takde la jambu macam penyanyi k-pop kesukaan korang tu. cuma kim ah jung dengan detektif choi yi han (lakonan jung gyu woon) je yang aku rasa agak muda dan good-looking dalam cerita ni. walau bagaimanapun, yang aku cari bukanlah muka hensem atau cantik dalam cerita ni, tapi jalan cerita ni ada kualiti yang tersendiri dan macam biasa, aku suka genre suspense-thriller sebab mampu membuat aku berfikir. makin banyak aku berfikir, makin aku suka. cerita yang mampu membuatkan emosi aku rabak dan dalam masa yang sama geram pun ada jugak padahal ini cuma cerita semata mata kan.. nak buat macam mana.. kalau cerita tu memang bagus, macam ni la impak pada penonton. ye dak?
lagi satu, cerita ni ada menunjukkan pembedahan autopsi yang memang nampak real siap ada darah darah bagai. jadi pada siapa yang mabuk darah, tolong give up awal awal. please. mengikut cerita belakang tabir yang aku tau, cerita ni menelan kos 120 juta won untuk kos dummy mayat untuk kegunaan autopsi sahaja. memang menelan kos yang tinggi. aku pun taktau dummy tu mayat sebenar ataupun tipu je.
apapun, aku tabik spring dekat kim ah jung sebab sepanjang aku tengok dia berlakon, tak kira la dalam 200 pounds of beauty (movie korea), the accidental couple, ataupun cerita ni sebab kebanyakan hero yang berlakon dengan dia semuanya muka tak hensem mana pun. tapi jalan cerita untuk setiap cerita yang dia berlakon memang bagus sampai dia dapat award aktres terbaik untuk movie 200 pounds of beauty.
dr. go da kyung (kim ah jung)
argh! *pengsan kejap*
http://www.koreandrama.org/?p=5908
http://asianwiki.com/Sign_(Korean_Drama)
http://www.facebook.com/pages/Sign-korean-Drama/226018557414781
selamat menonton. sekian terima kasih.
woh.. cool... ada tak citer ni? aku pon suke citer korea yg ad kelainan... hehe
ReplyDeletemenariklah cerita ni...
ReplyDeleteversi kartun ada tak? huhuh
ReplyDeleteHCA : eh.. mestilah ada. dalam hard disk aku. turun la tempat aku meh!
ReplyDeletesari yusa : memang menarik dan sangat best! :)
cryclown : versi kartun takde. versi komik yang hampir sama macam ni ada la. tajuknya penyiasat remaja hajime kindaichi.