mereka yang hebat

Friday, June 8, 2012

pulau pinang jauh ke tengah


27-30.05.2012
lokasi : pulau pinang, kedah, perlis, perak.

merentas empat buah negeri dalam masa tiga hari.

siapa kata mustahil? nak seribu daya. kalau taknak, macam macam la dalih yang keluar. bermula dengan perjalanan pada waktu pagi straight away to penang dari kajang. kali ni aku dan family berkereta untuk pelencongan ke utara. kebetulan dah lama tak berjalan jalan kat penang. kalau dulu masa aku duduk bermastautin kat perak, hampir setiap minggu jugak berjalan jalan kat penang. selalunya balik hari je. kalau dari perak ke penang cuma ambik dua jam je kalau naik kereta. dari pembangunan yang baru nak membangun sampailah macam macam bangunan naik termasuk la kedai mydin depan bazar chowrasta tu wujud. asalnya dulu kedai mydin tu bangunan pawagam tapi dah lama tutup.

hari pertama
kami menginap kat tempat biasa biasa je. nama dia hotel merchant. dari aku kecik sampai aku dah ada anak buah, memang kat situ la hotel tempat kitorang satu family duduk kalau stay lebih daripada sehari kat sana. sekarang lagi best sebab hotel tu ada sediakan suratkhabar pada waktu pagi dan sarapan pagi. dua dua percuma.

masa sampai penang dan check-in hotel tu lebih kurang pukul 3 petang. solat jamak qasar terus. kemudian decide nak pergi makan dan shopping. speciality kat penang ni semua orang dah tau.. ya. mestilah the famous nasi kandar. kitorang pun pergi makan kat satu restoran ni yang diberi nama line clear yang diambil bersempena tagline aswad AF (aku tak ingat AF berapa). err.. tolong jangan buat spekulasi liar sebab aku bukan peminat AF bagai ni. sori. tempat dia kat lorong dekat sebelah bazar chowrasta. tapi yang aku pelik tu, ramai pulak artis datang makan kat situ. entah ek. mungkin sebab restoran tu dekat dengan bazar chowrasta, jadi kalau lalu atau pergi bazar chowrasta, mesti nak singgah makan kat situ.


wall of fame

nasi kandar yang sangat besssstt! nyam nyam!

lepas makan, kitorang jalan jalan dalam bazar chowrasta. saja cuci mata. cuma beli kaftan je kat dalam tu. sebab kaftan yang dijual kat situ murah dan best. kemudian singgah mydin pulak. shopping macam macam kat situ. biasalah. kalau dah namanya shopping, terus tak ingat apa apa termasuk la nak amik gambar kat dalam bazar chowrasta tu. haish.

lebih kurang pukul 6 petang, kitorang pun balik hotel. on the way nak balik hotel, sempat snap beberapa gambar yang menggambarkan kota pulau pinang.




hari kedua
bangun pagi.. gosok gigi.. cuci muka.. dan mandi. eh. korang baca sambil menyanyi ke? baik mengaku cepat! hahaha. lepas subuh, aku teringin nak tengok pemandangan kota penang pada waktu pagi. bila bukak je tingkap..



cantiknya awan pagi! orang penang ni pulak tak agak agak kalau nak cat bangunan. semua nak cat pakai kaler terang terang. haiyo kakak. meriah sangat! tapi yang best nya, mestilah rekabentuk bangunan kat penang ni. semuanya antik belaka. macam bangunan kat bawah ni. nama kedai pun masih guna ejaan lama. sharikat chermin mata world. siap ada skuter pulak tu kat tempat parking lot bawah bangunan tu. entah entah owner tu punya kot? *sekadar spekulasi liar sahaja*


dalam pukul 8.40 pagi, kitorang check-out dan decide untuk pergi sarapan kat sungai petani. sebab teringin nak makan pasemboq the best in town punya pasal, sanggup jugak turun kedah. eh. nama pun jalan jalan cari makan, kan?

disebabkan masa datang haritu kitorang naik jambatan, jadi waktu balik ni saja ngade ngade nak naik feri. sama je sebenarnya. tambang pun sama jugak. RM7 untuk perjalanan sehala. bezanya view dia lain sikit. aku rasa naik feri lagi best sebab dekat sini senang sikit nak tengok pemandangan penuh bandar pulau pinang dan jugak objek objek menarik yang boleh terapung kat atas laut ni. contohnya bot, kapal, jeti, dan apa apa yang relevan untuk diapungkan kat atas laut ni.

pemandangan jeti feri dan sebahagian dari bandar pulau pinang.

bot dari luar negara yang singgah kat jeti pulau pinang.

cuba perhatikan betul betul gambar ni. bangunan yang paling tinggi tu namanya menara KOMTAR. 
perasan tak menara tu condong ke barat sikit?
ke mata aku yang kero?

obviously bukan tangan aku.

ada iras iras macam kapal dalam battleship tak? 
bau bau bacang kot. haha.

wooosshh!

 
bot nelayan 

setakat ni dulu. penat woo cari idea nak tulis entri ni. tu yang tertangguh seminggu tu. next entry aku cerita pasal perjalanan yang seterusnya pulak oke?

sampai nanti. have a nice holiday!

2 comments:

  1. lama tak singgah sini...

    gmbar makan makan tu sume membutakan perut yang kenyang ini..

    oho....

    ReplyDelete
  2. haha. ya. lama jugak dah tak singgah blog anda, encik. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...