hai korang. hari ni aku nak bincangkan satu topik iaitu ice queen vs cinta. bukan ice cream ya. ice queen.
'ice queen' dan cinta memang dua perkara yang jauh berbeza. 'ice queen' - satu term yang kita gunakan kepada perempuan perempuan yang nampak cool dan takde perasaan pada zahirnya. sejuk. dingin. beku. ice queen ni, walaupun digoda macam mana sekalipun, jangan mimpi la nak menunjukkan respon yang positif. macam takde apa apa yang berlaku. susah untuk kau tengok dia menangis atas sebab cinta. entah entah, tak pernah pun bercinta.
cinta pulak ialah perasaan yang lahir dari hati tanpa dipaksa. perasaan yang hangat. perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. indah. jantung berdegup pantas dengan kadar nadi 120 denyutan seminit. butterfly fluttering in the stomach. entah. itu apa yang orang cakap. aku sekadar menulis semula dalam blog ni. kalau ditulis dalam persamaan linear, lebih kurang begini gaya gayanya :
ice queen + cinta = x
x ialah unknown yang perlu kita cari. suatu keberangkalian. kebarangkalian bahawa cinta itu berhasil ataupun tidak.
persoalannya, bolehkah dipersalahkan golongan ice queen ini bila dia memilih untuk mengatakan 'tidak' pada cinta? selalunya, bila golongan ice queen ini single dan tidak berpunya, macam macam persepsi yang boleh kita dengar :
1) ice queen terlalu memilih.
2) ice queen terlalu cerewet.
3) ice queen terlalu sombong.
4) ice queen jual mahal.
5) ice queen bajet bagus.
dan macam macam lagi.
agak agak korang, kenapa ice queen boleh wujud? adakah golongan ini tak percaya pada kewujudan cinta? aku ada juga fikirkan tentang faktor faktor kewujudan ice queen. mengapa ice queen boleh menjadi sejuk beku macam slurpee 7 eleven ataupun ice blended each a cup?
aku rasa berikut adalah faktor penyebab ice queen tegar menjadi seorang yang sejuk beku :
1. gagal dalam cinta pertama. perempuan ni lumrahnya ialah seorang yang setia. susah nak jumpa perempuan yang tak setia. kalau seseorang perempuan itu berkahwin, suami dia merupakan orang yang paling bertuah dalam dunia sebab perempuan ialah golongan yang paling susah nak buat sesuatu keputusan. sebab perempuan kebanyakannya tak tetap pendirian. tapi bukan semua ya. sesetengah je. terutamanya bila melibatkan sesuatu keputusan yang berlaku sekali seumur hidup. kena betul betul kuat hati untuk buat keputusan sebab takut menyesal kemudian hari. jadi, sama la jugak kalau seseorang perempuan bercinta. kalau dia dah ada seseorang yang istimewa dalam hati dia, susah untuk dia memikirkan ataupun nak pandang lelaki lain. sebab tu kalau perempuan gagal dalam cinta pertama, diorang akan frust menonggeng dan kadang kadang amik masa yang lama untuk pulih semula. perempuan ni hatinya rapuh. macam biskut oreo. kena rendam sikit dalam susu suam mulalah hancur bersepai.
solution : mereka decide untuk jadi lebih tegas. to be an ice queen is the answer.
2. pengalaman rakan rakan yang bercinta. selalunya, golongan ice queen ni terdiri daripada orang yang single. orang yang single selalu menjadi 'baldi' tempat bestfren diorang spill over segala masalah percintaan bagai yang selalunya dianggap masalah tahap dewa19.
boyfren aku merajuk - spill kat si single.
boyfren aku taknak belikan beg prada tu, padahal tengah sale 70% - spill kat si single.
boyfren aku tak reply text - spill kat si single.
boyfren aku busy - spill kat si single.
boyfren aku cakap perempuan lain lagi cantik dari aku - spill kat si single.
boyfren aku senyap senyap dah 5 bulan couple dengan bestfren aku sendiri - spill kat si single.
jadi, bila si single ni menjadi tempat untuk meluahkan segala gala masalah lovey dovey ni, secara automatiknya si single akan mendengar dan cuba jugak untuk selesaikan setiap satu masalah tu. yela. kata BFF. bestfren forever. takkan tak boleh nak tolong kot. *mata ke atas*.
disebabkan si single dah terlalu kerap mendengar cerita cerita macam ni daripada kawan kawan diorang yang dah bercouple, maka secara automatiknya si single akan menjadi seorang yang lebih berhati hati dalam membuat sebarang keputusan untuk bercinta. selalunya golongan ice queen ni akan rasa bercinta tu lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
solution : lebih baik tak payah bercinta. cukuplah sekadar menjadi golden bucket untuk semua bff diorang. i rela noks, i rela. to be an ice queen is the answer.
3. takut terluka atau dikecewakan. bercinta ni sama macam berani mengambil risiko untuk setiap tindakan yang kita buat. sebab tu orang selalunya bercinta pakai hati dan emosi. bukan pakai akal. masa bercinta semua indah. semua terbaik. semua terhebat. tapi bila dah putus, bawak haluan masing masing, mulalah nak cari kesalahan orang lain, ego tu tinggi melangit. masing masing taknak mengaku salah. masing masing taknak mintak maaf. yang perempuan ni selalu sangat jadi mangsa. yelah. we all girls ni kan berhati lembut selembut sutera kan.. *mata ke atas*. kalau tak salah pun, terpaksa jugak mengaku salah dulu. mintak maaf dulu. kalau tak mengaku dan mintak maaf dulu, dikatakan keras hati. kepala batu. perempuan tak sesuai keras keras ni, oke? kena la ikut je apa je cakap boyfren walaupun suruh terjun dalam gaung sama sama. *mata ke atas*
solution : sebab taknak sakit untuk kali kedua dan seterusnya, to be an ice queen is the answer.
4. hilang kepercayaan. selalunya terjadi apabila salah seorang dapat tau yang pasangan diorang curang. ada orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.
kepercayaan ni susah untuk kita bina. kadang kadang makan masa bertahun tahun barulah kita boleh percaya kat seseorang. tu pun aku tau bukannya 100%. betul tak? tapi untuk buat kepercayaan tu hilang, amik masa sekelip mata je. sebab tu kalau kita nak percaya kat orang, tak boleh 100%. sebab bila kita dikecewakan oleh orang yang kita percaya sungguh sungguh tu, impak dia dahsyat wooo. boleh makan masa untuk sembuh balik. macam trauma jugak la. satu je masalahnya. bila kepercayaan tu hilang untuk seseorang, kesannya ialah orang lain akan dapat tempiasnya sekali. contohnya, ice queen ni dah tawar hati untuk terima orang lain bila pengalaman first love dia membuatkan dia susah nak percayakan orang lain lagi. senang kata, takut sejarah yang sama berulang lagi.
solution : trust is like a paper. last paper *style lawak ke der*. to be an ice queen is the answer.
5. tak puas jadi single. rasa diri sendiri muda remaja lagi sepanjang masa. hei hei hei.. umur tu cuma nombor je kannn *mata ke atas*. yang sebenarnya belum puas berbakti dekat mak ayah lagi. belum beli rumah banglo. belum beli kereta ferrari. belum melancong pergi korea. selagi wishlist tu belum cross-off, selagi tu ice queen nak membatukan diri dan berhibernasi dalam gua yang gelap dan sejuk. dalam dunia sendiri. biarlah orang lain bahagia bercouple, tapi dia bahagia jadi single.
solution : selagi jodoh belum datang seru, to be an ice queen is the answer.
sebenarnya, bagi aku, tak salah menjadi seorang ice queen. aku respect golongan ice queen ni. golongan ni membuktikan bahawa perempuan pun boleh jadi independent. perempuan pun kuat dan tabah bila diduga dengan cabaran macam ni. tapi, ada juga sebenarnya pros and cons menjadi seorang ice queen :
pros :
1. menjadi ice queen bermaksud menjadi tegas dalam lembut. kalau tegas memanjang pun tak boleh. nanti orang benci sebab tak boleh dibawa berbincang. lembut sangat pun tak boleh. nanti orang pijak kepala. kesilapan dalam pengalaman bercinta yang lepas lepas tu jadikan sebagai iktibar dan pengajaran. we don't want banana to fruit two times, you know.
2. menjadi lebih berhati hati dalam membuat sesuatu keputusan. buat keputusan secara rasional. bukan emosional. act like a lady. think like a man. fikirkan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah. ambil masa secukupnya supaya kita tak menyesal bila dah buat sesuatu keputusan. masa ialah sahabat kita yang paling baik. sebab tu ada pepatah, masa boleh mengubah segalanya. masa boleh meredakan kemarahan. masa boleh membuatkan kita lebih mengenali seseorang dengan lebih baik. masa boleh mengubah perasaan benci kepada sayang. masa boleh menyembuhkan.
3. muhasabah dan perbaiki diri. ice queen juga seorang manusia yang ada banyak kelemahan. tempoh menjadi single adalah masa yang paling baik untuk melakukan perubahan. akui kelemahan dalam diri dan perbetulkan. belum terlambat untuk berubah. masa single inilah takde pengaruh dan gangguan luar. kalau tak nanti sikit sikit main mesej. sikit sikit call. sikit sikit keluar dating. bila nak belajar mempersiapkan diri? yang dah bercouple perlu bahagi masa antara cinta dengan persiapan menghadapi rumah tangga. ice queen, masa single inilah masanya untuk anda membentuk jatidiri yang lebih elok dan sempurna. belajar masak. belajar mengurus rumah tangga. jangan sedih sedih. dah terer nanti boleh la jadi isteri yang pandai menguruskan segala galanya. kan?
cons :
1. kita tak tahu jodoh kita ialah siapa. ice queen, bila sampai masanya jodoh itu tiba, jangan pulak menolak takdir. jodoh tu rahsia Allah. jangan malas untuk berusaha. jodoh takkan jatuh dari langit macam tu je. jodoh itu juga rezeki. maksudnya kalau kita tak berusaha, jodoh takkan datang menyerah diri naik kuda putih bagai macam dalam fairytale. no no no. Allah dah siapkan jodoh kita. berdoalah. mohon supaya jodoh kita dapat menerima dan menyayangi diri kita seadanya.
kesimpulannya, aku harap entri ni dapat dijadikan pengajaran buat semua. tak kira la sama ada korang single mahupun double. jangan dipersalahkan golongan ice queen kerana masih single lagi. ini tidak adil bagi mereka. mungkin mereka just being protective ke atas diri masing masing. who knows? jangan risau. ice queen pun sebenarnya ada perasaan jugak. saja je taknak tunjuk sebab nak tunggu orang yang betul betul kuat semangat bawak cinta sejati diorang. kan? entah. mana aku tau. aku pun pakai main agak je. haha.
sekian sahaja entri aku. sekian terima kasih.
i do love this entry..:)
ReplyDelete