mereka yang hebat

Sunday, April 22, 2012

gasing (KSSR)


07.02.2012
lokasi : kelas 2 baiduri, sk seremban jaya
bidang : mengenal kraf tradisional (KSSR)
tajuk : gasing

aku tak pernah lagi post entri dan gambar hasil kerja untuk tahun 2, kan? maaf atas kelewatan. aku baru ada peluang untuk edit gambar ni setelah sekian lama. soriiii!

tahun ni tahun 2 ikut syllabus baru. KSSR. lebih kurang macam syllabus KBSR cuma bezanya KSSR ada RPH yang lain sikit. kemudian aktiviti dia dah ditetapkan. ikut minggu je. lain kali aku terangkan pasal KSSR dengan panjang lebar, oke?

sekarang ni aku tunjuk dulu hasil karya gasing yang anak anak murid aku dah buat. enam gasing yang pertama ni antara yang terbaik. kena uji dulu sama ada boleh berpusing ataupun tidak. kemudian baru tengok corak yang diorang hasilkan. kalau menarik dan ada penggunaan prinsip rekaan macam kontra, harmoni, keseimbangan.. bolehlah bagi band 4 ke atas. yup. pemarkahan KSSR sekarang dah pakai band. macam MUET jugak.









aku terangkan langkah langkah dan demonstrasi dulu sebelum diorang buat benda ni :

1. mula mula, buat corak dan warnakan corak tu atas kertas yang aku dah fotostat awal awal (guna kertas A4). jangan gunting dulu. kang susah nak buat corak dan warnakan corak tu pulak.
2. lepastu, gunting ikut bentuk bulat tu.
3. kemudian, tampalkan atas kotak yang cikgu bagi ni. cikgu cikgu, lebih baik anda provide siap siap kotak tu. potong kecil kecil saiz segiempat sama mengikut saiz yang anda kehendaki. kalau tak nanti, murid murid bawak kotak yang tak sama jenis dan saiz. silap haribulan, ada pulak nanti yang bawak kotak peti sejuk yang sebesar alam tu datang kelas. jenuh la kalau masa tu jugak la korang nak menggunting nanti. oh ya. cikgu kena tolong murid yang tak boleh gunting sendiri masa buat langkah ni.
4. lepas dah siap gunting, tebuk lidi sate kat tengah tengah kotak bentuk bulat tu. make sure hati hati masa buat ni. step yang ni pun cikgu kena tolong. kang tak memasal ada yang berdarah tangan pulak nanti.
5. bila dah siap tebuk, gamkan dengan gam UHU kat tengah bulatan tu. ni untuk mengelakkan kotak tu longgar masa gasing berpusing nanti.
6. tadaaaa. siap doh. buleh main doh.

ada beberapa masalah yang aku boleh kenal pasti masa menjalankan aktiviti buat gasing ni dalam kelas :

1) bagi aku, kebanyakan aktiviti untuk KSSR ni bertahap tinggi. maksudnya, kemahiran murid tak selaras dengan tahap aktiviti yang disediakan untuk KSSR ni. contohnya, kalau nak buat gasing ni, kena pakai lidi sate untuk buat pancang dia. kena tebuk kotak yang dah digunting tu dengan lidi sate. kalau korang nak tahu, kotak tu memang tebal. aku sendiri pun makan masa dan agak terhegeh hegeh jugak nak tebuk kotak tu pakai lidi sate. bayangkan budak darjah 2 pulak? zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang. zaman dulu budak budak main dengan pisau pun tak heran - lasak tak ingat. berdarah darah tangan dengan kaki pun boleh lagi muka tu selamba-cool-rilek gila je macam takde apa apa yang berlaku. tapi sekarang? *errk*

2) kotak yang tebal. murid murid tahun 2 selalunya akan pakai gunting plastik yang bersaiz kecik tu untuk potong kertas. sedangkan kalau nak potong kotak, memerlukan gunting yang besar. tangan budak budak ni pun.. alahai comel comel belaka. what do you expect? akhirnya, cikgu diorang yang baik hati ni jugak yang tolong potongkan. nasib baik cikgu diorang ni baik hati. kan? kan? hahaha. oke tak kelakar pun.

3) potong bentuk bulat. ni lagi satu. budak budak ni, kemahiran menggunting pun masih tahap paling rendah. nak potong garis lurus pun terkial kial menggigil gigil tangan, inikan pulak nak gunting bentuk yang lebih mencabar.. bulat melengkung bagai. guna kotak pulak tu. kalau kertas biasa takpe jugak. yang aku ajar ni murid kelas depan. itu pun dalam 4-5 orang je yang boleh gunting sendiri ikut bentuk bulat. itu pun bukan perfect bentuk bulat betul. so, what do you expect? hero ini jugak yang akhirnya menyelamatkan keadaan.


don't worry kids! you have me - your light saber. haha.

kalau bab mencorak takde masalah. aku bagi kebebasan kat diorang. jangan sampai kreativiti diorang terbatas. cuma aku ingatkan supaya buat corak tu biar penuh bentuk bulatan tu. warnakan dengan warna yang pekat dan terang supaya gasing tu jadi lagi menarik.

murid yang yakin boleh buat sendiri, biar diorang buat sendiri. bagi peluang dan kepercayaan kat diorang. didik murid supaya berdikari dan bertanggungjawab atas hasil karya masing masing. lepastu, puji murid yang berjaya buat sendiri tu. ini untuk bagi motivasi dan naikkan keyakinan murid untuk buat sendiri. lain kali mesti diorang nak buat sendiri. siap boleh jadi mentor dan 'cikgu' untuk kawan kawan lain lagi. mudah sikit kerja cikgu lepas ni.

sampai sini dulu. lain kali aku cerita pasal hasil karya yang lain pulak oke.
babai.
sekian terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...