kali ni aku nak share cara cara nak pilih bottle cleaner. bottle cleaner ni digunakan untuk memudahkan proses mencuci botol susu bayi dan juga memberikan impak kebersihan seratus kali ganda daripada biasa. macam over sangat ayat aku kan? memang pun.
selain untuk mencuci botol susu bayi, bottle cleaner ni jugak boleh digunakan untuk membersihkan botol air (water tumbler) yang bentuknya macam tupperware tu. ala, yang selalu orang beli kaler kaler terang striking yang boleh ikut warna baju tu. so, kira 2 in 1 la jugak benda alah bottle cleaner ni.
pertama sekali, ada beberapa jenis bottle cleaner yang ada di pasaran. lemme introduce and explain to you macam mana jenis jenis bottle cleaner ni..
1. bottle cleaner jenis span.
pros : bottle cleaner jenis ni memang banyak kat pasaran. kelebihan menggunakan bottle cleaner jenis span ni ialah ianya senang digunakan dan spannya boleh dibeli berasingan dan ditukar ikut suka hati kita yang menggunakannya. bottle cleaner jenis span juga tidak meninggalkan kesan calar akibat menggunakan berus di dalam botol (siapa yang biasa cuci botol susu mungkin akan faham maksud aku) sebab span bersifat lembut. disebabkan sifatnya yang kembang, bottle cleaner jenis ini paling sesuai untuk mencuci botol yang ada mulut yang lebar contohnya botol susu untuk newborn dan boleh juga digunakan untuk mencuci gelas tinggi yang selalunya susah untuk dicuci dengan cara biasa.
cons : kalau span dah worn out, ianya akan jadi lembik dan menyukarkan proses mencuci botol susu dengan efektif. and the worst part, ianya akan tertinggal dalam botol susu tanpa kita pinta atau sedari. kemudian, bottle cleaner jenis span lambat untuk kering sebab ianya bersifat menyerap air. lepas tu, kalau kita basuh botol susu atau botol air dengan menggunakan bottle cleaner span yang belum kering atau masih lembap, ianya akan menggalakkan pembiakan bakteria dalam botol, sebab botol susu atau botol air sifatnya enclosed dan ada celah yang melengkung dan sukar untuk dibersihkan. lainlah kalau benda yang kita cuci itu bersifat terbuka contohnya macam cawan atau gelas tinggi (contohnya gelas untuk minum jus). disebabkan itu, bottle cleaner jenis span adalah kurang sesuai untuk tujuan travelling sebab sifatnya yang lambat kering. bila lambat kering, ianya sukar untuk disimpan dalam beg travelling.
2. bottle cleaner jenis berus yang ada span (BAS).
pros : bottle cleaner jenis BAS adalah yang paling famous dan common dalam pasaran. ianya bertindak dwi aksi, yang mana ianya membersihkan botol dengan gaya paling agresif tanpa mencalarkan bahagian dasar botol susu. mak oi ayat aku. macam iklan ubat gigi dengan berus gigi pulak. hahaha. oke tak kelakar. sifatnya yang separa berus sebenarnya adalah satu kelebihan sebab berus nilon cepat kering selepas digunakan. ianya tak memerangkap bakteria dan kadar pembersihannya mencapai tahap 90% efektif.
cons : disebabkan bahagian bawah BAS ni adalah span, maka macam biasa, kalau worn out, ianya akan tertanggal dan membuatkan hati kita membara bara apabila span yang kecik cinonet tu tertinggal dalam botol susu. kalau senang nak keluarkan takpe jugak. sabor je la. once kalau span kecik tu dah tertanggal, ianya irreplaceable. lainlah kalau korang seorang mcgyver yang berbakat, mesti dalam 10 saat je korang boleh replace span kecik tu dengan mudah. *sarkastik*. lepas span kecik tertanggal, ianya akan menyebabkan dawai berus yang lebih kat bahagian bawah BAS tu jadi togel. bila togel, ianya akan mencalarkan permukaan dasar botol susu apabila botol susu dicuci. kesan susu kat bahagian dasar botol susu pun akan menjadi sukar untuk dibersihkan.
3. bottle cleaner jenis berus nilon
pros : pada pendapat aku, bottle cleaner jenis ni adalah yang terbaik. sebab? sebab ianya fully nylon. takde span. jadi ianya cepat kering selepas digunakan dan juga efektif. dah la efektif, jimat pulak tu. ianya lebih murah dan berbaloi untuk digunakan. sifatnya yang keras menyebabkan kita boleh mencuci botol susu tanpa perlu menyental. (oke. yang ni macam iklan harpic pun ada). kemudian, disebabkan bentuknya macam fiber optik, ianya tidak memerangkap bakteria dan cepat kering. bottle cleaner jenis ni tidak mudah worn out dan bertahan dalam tempoh masa yang lama.
cons : kalau korang jenis yang cuci botol susu style hercules atau iron man (jenis yang sental kuat kuat), maka ianya akan meninggalkan kesan calar yang teruk pada botol. disebabkan aku ialah seorang lovely lady-gadis ayu-dan bersopan santun, maka aku tak guna kekerasan bagai ni untuk mencuci botol *sarkastik lagi*. takde la. aku acah je weh. kalau korang sental gaya iron lady sekalipun, botol susu takkan calar kalau pakai bottle cleaner jenis ni. serius best pakai bottle cleaner ni. chewah aku ni. promote lelebih pulak. haha.
yang ni cantik.. tapi ada iras iras toilet brush pun ye jugak..
uuuu.. yang ni my faveret. perfect brush to clean a bottle.
yang kecik sikit tu namanya teether. untuk membersihkan puting botol susu.
botol susu atau botol air perlu dibersihkan sebersih bersihnya untuk mengelakkan bakteria. sebab bakteria punca sakit perut dan keracunan makanan. tambah pulak kalau ianya berpunca dari susu yang dah basi. kalau orang tua macam kita ni boleh lagi pergi klinik mintak ubat kat doktor. tapi kalau budak budak, camno nak buek haa? susah nak paham pelat budak budak ni melainkan sign language je la. itupun nasib la kalau faham. kalau tak? hmm..
entri ni aku tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku je. tak. aku tak kahwin lagi. aku tak beranak lagi dan aku ada tiga orang anak saudara yang comel comel.
boleh isi borang kalau nak.
haha. aku gurau je. apa? tak boleh bergurau? tak boleh bergurau pergi tangkap ikan kurau.
sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment