mereka yang hebat

Tuesday, September 30, 2014

demi waktu demi nina


assalamualaikum.

dah lama tak menaip depan laptop macam ni. sejak ada smartphone, dah jarang online pakai laptop melainkan kalau balik rumah mak ayah. bagus juga. tak ada lagi masalah berat bahu nak mengangkut ke sana ke mari.

hari ini aku nak review sebuah novel hasil tulisan Nisyah. seorang novelis yang selalu buat orang berfikir dengan tulisannya. apa yang akan aku review ni memang tak ada kaitan dengan cik penulis sebab aku tulis review ni secara profesional. tiada attached feeling dengan penulis secara langsung ataupun tidak.



tajuk novel ini ialah 'Demi Waktu Demi Nina'. baru je keluar akhir bulan ogos. novel ini bagus untuk dibaca oleh manusia yang ingin berubah dan suka kepada perubahan. kita, manusia, selalu ada persepsi negatif pada masa silam orang lain. jangan tipu. kita semua bukan suci bersih hatinya. mesti akan ada tanggapan serong seolah-olah dekat dahi 'pendosa' tu ada label. macam macam kita labelkan orang sesedap rasa. tapi novel ini mengajar kita, jangan melabel orang. dan jangan takut untuk berubah.

novel ini mengisahkan tentang seorang sukarelawan yang bernama Nina *ehem* yang bekerja secara sukarela di rumah pengasih yang menempatkan penagih dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan. dah lama Nina buat kerja amal sebagai mentor di situ sehinggalah takdir menemukan dia dengan seorang lelaki yang ingin kembali ke pangkal jalan, yang bernama Din.

din.. seorang yang berkebolehan dalam banyak bidang. tapi sebab iman tak kuat, dia pilih jalan yang salah. iaitu menagih dadah. tapi itu semua cerita dulu. sejak datang ke rumah pengasih, banyak perkara dah ubah dia daripada seorang loser kepada seseorang yang tahu erti hidup.

aku paling suka dengan pengisian cerita ini. selain berjaya menyelitkan unsur alam yang banyak menenangkan jiwa pembaca, diselitkan juga banyak unsur nasihat dan motivasi. sentiasa mengingatkan kita bahawa Tuhan itu ada. melihat dan tahu segalanya. motivasi dan pengajaran.. jika kita tak kuat sehingga ke akhirnya, jangan mimpi untuk berjaya. jika kita merasa gagal sebelum berusaha hingga ke akhirnya, jangan mimpi untuk merasa cinta.

sungguh. cinta tak semestinya memiliki. cinta tak semestinya bersatu.

walaupun sebesar mana pun usaha kita ke arah itu.

Allah lebih tahu yang terbaik.

banyak benda yang buat kita muhasabah bila baca cerita ni. selain bahasa yang indah tersusun dari penulis, penghayatan yang diisi dengan jiwa membuatkan pembaca punya pelbagai rasa. marah, sedih, teruja.

tak boleh cerita sampai habis. karang ada banyak spoiler. hehe.

satu benda yang buat aku terharu. selain nama wataknya, ada beberapa perkara yang tertulis berkait dengan kesukaan aku. buku, iced mocha, bunga matahari, interior designer.. (which is somehow slightly related to my field of work now)

mungkin semuanya kebetulan. tapi tetap membuatkan aku tersenyum saat membaca novel ini sehingga ke ayat yang terakhir.

terima kasih atas ingatan dan tulisan yang bermanfaat. tahniah kepada penulis. aku galakkan sangat pembacaan ini bagi mereka yang ingin berubah ke pangkal jalan.. tak kira la atas apa pun sebabnya. semoga menjadi asbab hidayah. semoga Allah permudahkan segala urusan. in sha Allah.

review ini siap ditulis dalam masa sepuluh minit. bila idea mencurah, semua jadi.



sekian terima kasih.


Sunday, September 21, 2014

sang pengembara


lelahku berlari
mengejar pelangi

aku hadam
dan tenggelam

basah dalam daerah resah
suara mereka mencapah menerjah

langkah ini masih pincang
namun ingin terus berjuang

langkah ini belum sempurna
tapi hati gigih bersuara

siapapun kau
walau pincang
walau kerdil
walau cela
walau hina
walau belum sempurna
di mata manusia,

berjalanlah dengan ilmu
atas bumi Tuhanmu

berpekerti seperti Nabi
moga ada yang mencontohi

berbaik sangka sesama manusia
mudahan kita lapang dada

Tuhanmu tidak kejam
mungkin mata kita yang masih pejam

saat resah jangan rebah
saat duka jangan kecewa
saat gembira jangan teruja
saat bahagia jangan leka




Tuhanmu ada
pulangkan segalanya pada Dia


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Ar-Ra'd, 13 : ayat 28)




hush
0102am

Tuesday, September 16, 2014

bukan bidadari


sedarlah diri
kau dan dia bagai langit dan bumi
sejak awal lagi

jangan mimpi
menjadi bidadarinya
walau sekelumit pun kau takkan mampu
kau tiada pesona yang jernih
kau tiada sayap putih
kau tiada peribadi bersih
kau tiada tutur nan lirih

kau tiada apa apa

usah berharap setinggi gunung
kerana kau bukan bidadarinya
kau hanya manusia biasa

cukuplah.
usah kau paksa apa yang mustahil terjadi

ada perkara yang kau takkan mampu ubah sampai bila-bila





ruang seluas langit kini kosong tak berpenghuni.






sabarlah hati.
suatu hari kau pasti akan mengerti







hush.
1322 pm.

Sunday, September 14, 2014

syukur


alhamdulillah.
syukur.
tiada kata menggambarkan rasa.

syukur Ya Allah! :)






ikat dan celup


tarikh : 03.09.2014
bidang : membuat corak dan rekaan
tajuk : ikat dan celup (tie and dye)
tahun : 4 akram

pengajaran yang dah berlangsung lebih kurang seminggu lebih yang lepas. tak sempat update atas sebab kekangan masa. ini pertama kali aku mengajar ikat dan celup. kebetulan pewarna batik memang banyak ada kat bilik seni, free pulak tu (hehe) jadi apa salahnya manfaatkan barang barang percuma ni, ye dak? aku cuma keluar modal untuk beli kain je. aku beli kain putih 10 meter, kemudian potong lebih kurang berukuran 8 inci x 8 inci. kelas ni ada 34 orang, jadi aku potong lebih kurang 40 helai untuk buat sekali demonstrasi depan kelas.

kepentingan belajar buat ikat dan celup ni untuk masa depan adalah lebih kepada art and design. misalnya kalau anak murid tu suka menjahit, mungkin dia boleh hasilkan beg duit, sling bag, baju atau alas meja daripada teknik ikat dan celup. ataupun deko hiasan dalaman rumah gaya bali atau oriental yang boleh mengetengahkan corak batik pelangi atau batik ikat dan celup ni.

alat dan bahannya pun mudah je.. pewarna batik, berus lukisan, kain, getah tempe dan guli.

kemudian, anda boleh google untuk cara cara buat ikat dan celup.

hehe. sekali sekala aku taknak bagi school feed kat korang.

aku cuma nak share beberapa hasil karya ikat dan celup yang telah dihasilkan oleh anak anak 4 akram ni.. terharu aku tengok. yelah.. first time buat, ada yang jadi, ada yang tak berapa nak jadi.. tapi dalam tak berapa nak jadi tu, ada juga yang nak bawa balik nak tunjuk kat mak ayah diorang. tak ke mengundang air mata keterharuan seorang cikgu mendengar alasan macam tu?


 






















ni antara sebahagian hasil karya murid. ada yang hantar minggu depannya. tapi aku tak sempat snap pun gambarnya. 

itu sahaja perkongsian untuk kali ini. kelas 4 akmal tak sempat lagi nak buat benda ni. belum berkesempatan lagi. takpe nak.. naik cuti nanti kita buat sama sama yee..


sekian terima kasih.


Tuesday, September 2, 2014

kembali


hari ini Allah sentuh lagi hati aku dengan ayat ayat cinta-Nya. lama aku termenung atas sejadah lepas isyak hari tu. malam tadi kali kedua aku tadabbur surah al-Mulk. aku pernah dengar bahawa barangsiapa yang membaca surah al-Mulk pada setiap malam, kuburnya akan terang dan bercahaya. siapa yang tak nak, kan? bila memikirkan yang kubur itu tempat yang sangat sempit, gelap.. siapa agaknya yang sudi nak tinggal selama-lamanya dalam keadaan macam tu? atas dasar tu, aku putuskan untuk cuba juga tilawah surah al-Mulk waktu malam walaupun itu bukannya satu kebiasaan aku. aku cuba cari hikmah di sebaliknya. kenapa ya Allah pilih surah ini untuk dibaca setiap malam?

aku hanya terfikir satu jawapan sahaja.

sebab Allah sayang kat kita. Dia tahu kita ni hamba yang selalu ikut nafsu. bila ikut nafsu, mudah je rasa malas nak buat semua benda. sebab Allah sayang kitalah, Allah hanya pilih surah yang hanya mengandungi 30 ayat sahaja untuk kita tadabbur setiap hari.

indah bukan cinta dari Allah?

itu pun aku tak terbuat setiap malam.

sampai aku pernah terfikir.

kalau orang macam aku ni yang baru dua kali nak tadabbur surah al-Mulk. diulangi.

baru.
dua.
kali.

layak ke dapat kubur bercahaya idaman semua orang tu?

pendosa. macam. aku.

layak ke?

memikirkan hal macam tu pun aku dah menggigil satu badan kalah orang demam kura-kura. entah berapa kali aku menangis baca huruf demi huruf sambil nak fahamkan maknanya tu aku pun dah tak ingat. yang aku ingat : lalainya aku. lekanya aku. ruginya aku. rugi yang teramat untuk mengetahui bahawa Allah itu sentiasa ada. saat susah atau senang. Tuhan yang tidak pernah gagal untuk menyayangi pendosa ini tanpa syarat.

benar kata mereka. hanya dengan membaca Al-Quran, walau tak faham maksudnya pun mampu buatkan hati kita jadi tenang. apatah lagi mendalami setiap maksud yang tersirat di sebalik setiap ayat.


aku tak tahu dah kenapa dengan aku.
aku tak pernah minta untuk berubah sejauh ini.
mungkin ada yang mendoakan tidak berhenti.
agar imanku bertambah baik dari hari ke hari.
agar Al-Quran menjadi jawapan kepada setiap masalah hati.
yang menjadi sahabat di kala sunyi.
yang menjadi pelengkap setiap hari.

hati ini sentiasa rindu dengan ayat-Mu.
walau sebaris aku pastikan kita sentiasa bertemu selepas sujudku.


hati ini.
sudah tidak betah untuk berpatah balik ke masa lalu.




bukan kerana tidak mampu,

tetapi kerana tidak mahu.




doakan aku istiqamah dalam perjuangan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...