mereka yang hebat

Sunday, April 21, 2013

u-turn


dalam hidup ini, tak semua benda akan berlaku seperti yang kita rancang.

aku menghadiri perlawanan sofbol empat hari lamanya. sampai aku dah tak tau apa yang dah terjadi kat sekolah. empat hari sebenarnya bukan sekejap.

sepanjang ketiadaan dia, aku cuba biasakan diri tanpa kehadiran dia dalam kelas. aku tahu perit untuk terima hakikat, sebab pernah sekali itu aku denda dia berdiri dalam kelas sebab tak bawa buku teks untuk subjek aku. bila aku kenang semula, aku rasa bersalah yang teramat. dia bukan murid kesayangan aku, dan aku tak pernah ada murid kesayangan. kasih sayang aku tiada bezanya. tapi aku melihat dia dari sudut yang berbeza. dia berbeza. kerana dalam nakalnya dia, ada sesuatu yang istimewa tentang dia. aku tahu dia tidak menantikan kehadiran aku di dalam kelas. tetapi ketekunan yang dia tunjukkan sungguh membuatkan aku terharu.

hari isnin minggu seterusnya, aku masuk ke kelas dia seperti biasa. masa aku melangkah masuk ke dalam kelas, perkara pertama yang aku perhatikan adalah mejanya. walaupun sentiasa kosong, aku tetap juga perhatikan meja kosong itu. meja kosong itu ibarat tanda kegagalan aku sebagai seorang guru. dalam hati, aku sering berdoa meja itu takkan kosong seperti sekarang. aku berharap keajaiban muncul dan dia duduk semula di tempatnya itu.

dan hari ini, mejanya tidak kosong seperti selalu. dia ada di situ. aku tak sedar dan tak tahu langsung yang dia dah kembali semula ke sekolah. kali ini, imejnya lebih kemas.

setahu aku, buku tulis dia dah hilang. tak ada pun pada aku. aku dah bagi balik kepada semua murid semasa dia dah tak ada dulu. kesian dia. tapi entah macam mana buku itu dia jumpa semula. dan dia simpan. tahu tahu bila aku minta buat latihan, dia gunakan buku latihan yang sama dia gunakan sejak dulu. dan dia orang pertama yang menyiapkan latihan dan menghantarnya terus ke mejaku.

minggu lepas, pertama kali dalam sejarah, dia bawa buku teks sivik semasa subjek aku. aku tak mahu prejudis, tapi sebab tak percaya, aku datang padanya. aku selak helaian pertama buku teks tersebut. dia senyum tanpa kata kepadaku. kemudian terus dia selak bahagian paling belakang buku teks itu..

tertera namanya di ruangan peminjam. baris yang terakhir sekali.

aku terkaku kat situ jugak.

"cikgu tak percaya? hari ni saya bawa buku teks tau, cikgu" katanya bangga.

aku nak menangis. terharu sangat. tapi aku tahan. mana boleh menangis depan student!



dia kembali semula. dan akulah orang pertama yang tersenyum sebab dia.


syukur.

sesungguhnya doa kita semua telah termakbul. syukur ya Allah. dan terima kasih kepada yang mendoakan.
aku mahu buat yang terbaik. peluang sebaik ini takkan datang berulang kali.

terima kasih juga kepada dia. sumber kekuatan, semangat, dan inspirasi untuk aku teruskan perjuangan aku.

Thursday, April 18, 2013

TIGERS bangkit dari lena


1 - 4 april 2013
lokasi : kajang, selangor.

pertama kali selepas kemarau emas.

aku pergi sekolah macam biasa je haritu. pakai baju kurung hijau yang tak payah digosok dengan tudung express je. cuti sekolah dua minggu membuatkan aku jadi malas untuk memulakan hari pertama di sekolah. walaupun malas, aku pergi jugak sebab dekat sekolah tu la tempat aku mencari rezeki. gaji hari bermaksud kalau tak datang sehari, jawabnya tak ada la gaji untuk hari itu.

sedang elok je aku baru nak 'punch card' pukul 7.15 pagi isnin yang permai itu, tiba tiba kawan aku si farius bagitau ada cikgu cari aku. urgent. ah sudah. ni apa pulak yang tak kena pagi pagi ni? belum lagi aku jumpa atau tegur dengan siapa siapa pagi tu. cuak dan nervous bersatu jadi satu.

sampai library, still ada yang kata ada cikgu cari aku. apa kes pulak aku dah buat kali ni.. adoiyai!

rupanya aku kena pergi join softball tournament dekat sk sungai kantan! fuiyyoo! dapat job yang sangat menarik di hari pertama wooo! sukan yang dah lama sangat aku tinggalkan. di kala kemalasan memuncak dalam diri, aku diberi peluang untuk 'bermain main'. straight untuk empat hari pulak tu! yahooo! hahah!

balik rumah pagi tu, terus tukar baju sukan full set head to toe.

aku bawak students. hari isnin dan selasa girls team lawan. hari rabu dan khamis boys team pulak lawan. hari khamis jugak adalah final untuk dua dua pasukan girls and boys team.

kedua dua pasukan girls and boys team SAAS memang terbaik wok! tapi sayang girls team tak ada rezeki untuk melangkah ke final. tapi tak apa, sebab boys team meneruskan perjuangan sehingga ke final dan alhamdulillah, pasukan boys team under 18 SAAS jadi juara MSSD. kejayaan ini sekaligus menamatkan kemarau emas pasukan sofbol TIGERS SAAS yang dah lama 'tidur lena' lebih 20 tahun lamanya. berkat usaha berterusan dan tak kenal jemu dari para coach alumni TIGERS SAAS yang tak pernah kenal erti penat, jauh sekali nak mengeluh. mengajar students ni dari zero to hero. dari nobody kepada somebody.


terima kasih, coaches!

selepas empat hari jadi 'coach' tak bertauliah, aku kembali normal menjadi seorang guru yang berbaju kurung dan mengajar di kelas seperti biasa. tapi penangan turun padang dan berpanas selama empat hari, tidak dinafikan aku dapat pakej sun-tanning free dan vokal bukan sekadar rupa yang memang terbaik dari ladang. mahal tuu! tapi berbaloi. dan ajaibnya aku tak demam walaupun sakit tekak keluar suara macam itik serati tak cukup zat. seminggu jugak baru baik. dua minggu jugak baru putih sikit. putih sikit je pun. terima kasih BB cream free - not for sale! seminggu jugak aku kena 'bahan' dengan students. senyum meleret je kalau terserempak dengan aku. ada aku kesah? janji johan. haha. tapi, ada satu benda yang buat aku terharu. dah gelap gelap macam ni pun students boleh kata aku pakai mekap. hek eleh. perli le tu. ni natural tan style J.Lo oke. no mekap mekap. haha. (saja sedapkan hati)

betul kata coach. pengalaman macam ni sekali sahaja seumur hidup.
momen yang sama takkan berulang lagi dalam hidup kita.




pija

kamariah (catcher)

hanis, athirah (captain cum pitcer) & kak su (coach)
athirah catat rekod double strike-outs for the game

the girls team under 18.

boys team under 18 

menang semi final, masuk ke pusingan final

sebelum start final game

shidi (captain cum pitcher)
3 strike-outs for the last inning!

3 saat selepas kemenangan


johan sofbol MSSD boys team under 18!!

the happy faces of players, coaches and teachers!

perjuangan masih diteruskan. semoga pasukan sofbol SAAS TIGERS Junior akan terus melakar sejarah dalam sukan sofbol di Malaysia. in sha Allah..


and trust me.
it's SO colourful.
it's SO wonderful.




thank you, SAAS.




p/s : credits to azley kassim, che an and suhaimi ahmad for these awesome shots! :)

Monday, April 15, 2013

lagu damai penghujung benua asia


selamat datang ke kampung sungai buntu, pontian. johor darul takzim.



pucuk ubi. tepi jalan je sepanjang laluan. 
kalau nak makan petik je terus. segar!




 cari benda tersembunyi.



surau yang dibina semula menggantikan surau lama.
jauh lebih baik dari sebelumnya, siap tambah pagar lagi.

aku anak kampung!


bunga jenjuang.

kelapa muda yang sangat sedap diminum kalau waktu tengah hari panas terik.

tampuk kelapa. kalau rajin, kumpul banyak banyak jadikan bunga hiasan.
kalau malas macam aku, jawabnya.. err.. faham faham sendiri.

kepada sesiapa yang tak tau, benda ni namanya tajak kelapa.
buat daripada kayu.
fungsinya ialah untuk asingkan sabut dengan tempurung kelapa.

sabut kelapa. selalunya kalau kat kampung aku, 
sabut kelapa ni tujuannya sebagai bahan bakar.
*kita bakor~*










pokok nibong. tujuannya sebagai tiang untuk menambat bot.


yang bulat bulat kat sepanjang laluan berlumpur tu ialah 
bekas tapak kaki nelayan yang menolak bot ke laut.


sarang burung helang. buat pakai ranting kayu.


pokok api api.

pokok sebaru.

pokok piai - asal usul nama tanjung piai. 

pisang kapas. spesies pisang yang susah nak jumpa, bak kata ayah aku.

buah nam nam.

buah kelapa sawit.

heliconia sp. / bird of paradise / bunga sepit udang

buah pinang yang dah dibelah dua.
pinang ni yang orang selalu buat makan sirih tu. 
mula mula jemur buah pinang tengah panas sampai kering, 
kemudian dicungkil keluar isinya pakai sudu atau pisau.
aku dulu kecik kecik pernah amik upah buat benda ni.

ridiculously photogenic goat.

terima kasih pada ayah yang sudi bawak kami jalan jalan melihat alam di kampung sungai buntu, kampung tercinta ni time cuti sekolah. memang faveret ayah aku bawak jalan jalan tempat semulajadi meredah hutan macam ni. style kan ayah aku? yeah. oppa komando style.

disebabkan gambar terlalu banyak, maka aku malas mahu membebel panjang panjang. pepatah ada mengatakan, picture worth a thousand words. jadi, silalah menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. semoga kita sama sama mendapat manfaatnya.

berjumpa lagi di lain entri.
sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...