mereka yang hebat

Thursday, December 29, 2011

a separation



selalunya kalau kita sebut tentang filem iran, apa yang bermain di fikiran korang? ya. kebiasaannya filem iran ni..
1) mempunyai dialog yang teramat ciput sekali bilangannya. contohnya filem where's my friend's home, childrens of heaven, dan the song of sparrow.
2) kebiasaannya mengetengahkan kanak kanak sebagai watak utama.
3) banyak berkisar kepada masyarakat kelas bawahan.
4) low-key dan minimalis. subject matter simple macam cerita pasal kasut, pasal pulangkan buku sekolah, etc.
5) bajet rendah tapi kualiti first class.
6) ada mesej yang tersirat yang mampu buat kita berfikir dalam dalam baru faham maksud di sebalik cerita tu.

tapi filem iran yang aku baru habis tengok yang bertajuk 'a separation' ni ada sikit kelainan berbanding filem filem iran yang lain iaitu :

1) filem ni ada dialog yang banyak. ya. maksud aku, serius BANYAK.
2) mengetengahkan pertembungan masyarakat antara kelas pertengahan dengan kelas bawahan. sesuatu yang jarang aku lihat dalam filem iran. tapi masih tak tipikal macam cerita melayu yang biasa kita tengok.

filem ni ditayangkan di iran pada 15 februari 2011. pengarah filem ni ialah asghar farhadi. beliau telah menerbitkan beberapa buah filem sebelum filem ni, dan filem sebelum 'a separation' ni (yang bertajuk about elly) juga memenangi banyak award. walaupun baru enam hari filem 'a separation' ni ditayangkan di iran, tapi filem ni tetap berjaya merangkul banyak gila award di seluruh dunia. ternyata hasil tangan pengarah ni ada magisnya yang tersendiri.

ceritanya mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang nak berhijrah ke luar negara. tapi disebabkan ayah kepada si suami yang bernama nader (peyman moaadi) mengalami alzheimer tahap kritikal, maka nader membatalkan rancangan untuk berhijrah sebab nak jaga dan rawat sendiri ayah dia. disebabkan perkara ni, si isteri yang bernama simin (leila hatami) memfailkan perceraian dan ingin berpindah ke rumah keluarganya (keluarga simin). beliau juga telah menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun bernama termeh (sarina farhadi). walaubagaimanapun, disebabkan undang undang di iran mengatakan bahawa anak kepada pasangan yang bercerai tidak boleh dibawa ke mana mana melainkan izin daripada bapanya, maka mahkamah tidak memberi hak penjagaan tersebut kepada simin.

masing masing buat muka blur tak faham

termeh (sarina farhadi)

nader bekerja sebagai pegawai bank. disebabkan desakan pekerjaannya itu, dia telah mengupah seorang perempuan yang berulang alik untuk menjaga dan merawat ayahnya yang tinggal berseorangan kat rumah sepanjang tempoh nader bekerja. perempuan tu namanya razieh dan direkemen bekerja oleh kawan simin. razieh nak jugak bekerja walaupun masa tu sebenarnya razieh tengah mengandung. jadi, cuba korang bayangkan kalau perempuan mengandung buat banyak kerja dalam sekaligus. kerja berat pulak tu. tapi tulah hakikat yang berlaku kat negara iran.


konflik berlaku apabila pada suatu hari, lepas nader balik daripada kerja, dia dapati yang razieh takde. dan dia terus check bilik ayah dia sebab ayah dia ditinggalkan sorang diri dalam rumah. punyalah terkejut beruk nader dan termeh bila ayahnya yang alzheimer dan bergantung pada tangki oksigen tu dah diikat kat palang katil dan terjatuh daripada katil. duit dalam bilik nader pun hilang. mengamuk la nader. beberapa minit lepas tu baru razieh balik ke rumah nader dari somewhere-only-she knows. disebabkan terlampau marah, nader pun usir perempuan tu keluar rumah tanpa mendengar penjelasan daripada razieh. akibatnya, nader secara tak sengaja tertolak razieh dan menyebabkan razieh keguguran.

kat sinilah turning point cerita

disebabkan hal itu, razieh dan suaminya pun ingin menyaman nader atas tuduhan mendatangkan kecederaan sekaligus membunuh bayi itu. so, nader pun datang ke tribunal dan menjelaskan semua permasalahan yang melibatkan pergaduhan antara dia dan razieh.

oke. cerita ni sebenarnya bertemakan kasih sayang antara keluarga, desakan mencari duit demi sesuap nasi, dan ada sedikit berunsurkan politik. dalam cerita ni, pada pertengahan cerita, kita akan dapat lihat bahawa secara realitinya, semua orang dalam dunia ni akan ada persepsi pada orang lain tambah lagi kalau melibatkan pertembungan golongan kelas masyarakat. sebagai contoh, disebabkan desakan mencari duit yang memerlukan razieh bekerja, dia telah dituduh oleh majikannya (nader) kerana mencuri duitnya semasa ketiadaan nader di rumah. dan disebabkan taraf hidup rendah yang dialami oleh razieh sekeluarga juga menyebabkan keluarga nader dan simin menganggap bahawa razieh sekeluarga mahu mendakwa nader disebabkan inginkan pampasan dan duit untuk membayar hutang yang ditanggung oleh suaminya. persoalan seperti ini memang biasa kita dengar dan memang berlaku dalam kehidupan seharian. maksud aku bukan pasal wang pampasan, tapi persepsi yang wujud antara satu sama lain berdasarkan kelas sosial. kita sendiri pun selalu jugak ada tanggapan pada orang lain. kalau orang miskin je, kita anggap dia tak pandai atau takde etika. kalau orang kaya je, kita anggap dia tak beradab atau pandang rendah pada orang yang lebih rendah status sosialnya. persepsi yang tipikal. betul tak apa yang aku cakap ni? korang boleh fikir sendiri.


selain tu, aku terkesan gila dengan watak utama dia iaitu nader. nader melambangkan seorang anak yang taat kepada bapanya dan sanggup menjaga bapanya walaupun bapanya tu tak boleh menguruskan diri sendiri dan ada alzheimer yang kronik. disebabkan kasih sayang seorang anak yang sangat mendalam itu, nader sanggup untuk jaga bapa dia dan sanggup untuk tak berhijrah ke luar negara dan lagi dahsyat, sanggup memenuhi permintaan simin untuk berpisah walaupun dia sendiri masih sayangkan simin.

aku menangis bila tengok part nader jaga dan uruskan bapak dia. terus aku teringatkan seseorang. pengarah dia kejam la sebab dah buat aku menangis. sengal.


hairan jugak aku sekejap. sebab, selalunya kalau aku layan filem iran, mesti akan timbul syak wasangka di hati kecil ini sama ada aku ni sebenarnya tengok filem atau tengok dokumentari kehidupan sebenar masyarakat iran sebab tak nampak langsung yang diorang ni berlakon. memang pelakon yang terbaik wok dan kelas kau maria! tambahan lagi jalan ceritanya kemas dan ada suspens yang mengikut flow dan membuatkan aku tertanya tanya. bila membuatkan aku tertanya tanya dan selepas tu ada pula peleraian yang aku kira sempurna, itu maksudnya filem itu telah berjaya menawan hati aku. dan aku rasa, pengarahnya menjalankan kajian yang banyak sebelum menerbitkan filem ni. tabik kat asghar farhadi!


untuk filem ni, aku bagi lima bintang. jangan tanya aku kenapa aku bagi full star untuk movie ni. kalau nak tau lima bintang ke tak, tengok la sendiri. best wok cerita ni. rugi tak tengok.

trivia untuk filem ni : http://en.wikipedia.org/wiki/A_Separation

nah aku bagi link kot la korang nak download cerita ni. jangan risau. high quality baik punya.
http://www.mediafiremovie.org/720p/a-separation-2011-iran-720p-brrip-mkv/

sekian terima kasih.
*gambar semua ihsan google*

Wednesday, December 21, 2011

kenapa aku teringin nak pergi korea




baru baru ni aku tengok variety show 1 night 2 days kat KBS World. kali ni team dia pergi tengok autumn foliage kat lima buah tempat yang berlainan kat korea. seriously, bila aku tengok rancangan tu, menambahkan lagi keinginan aku untuk pergi korea. tapi aku nak pergi masa musim luruh sebab nak tengok daun mapel yang unik dan berwarna warni tu. even kat seoul pun ada autumn foliage cuma kebanyakannya warna kuning. kalau pergi dekat kawasan yang ada gunung, warnanya banyak yang merah dan memang banyak sangat pokok mapel bersusun dalam hutan siap kat tanah ada banyak gila daun mapel. waaaaaaaaaaahhhhh! teringin betul nak rasa golek golek kat atas daun tu. mesti best!


daun mapel kat asia dengan daun mapel kat barat ada beza sikit. kalau kat asia macam kat korea, jepun ni kebanyakan daun mapel dia runcing kat hujung dan saiz dia kecik.





yang ni daun mapel kat barat. saiz dia besar sikit dan bentuk dia macam kat bendera kanada tu.


kat bawah ni antara scenery autumn foliage yang ada kat korea. cantik kan?






teringin jugak nak berbasikal bawah pokok mapel macam gambar kat bawah ni..

 

kalau nak tau tempat menarik dan cantik kat korea, boleh pergi blog ni.

http://ajummasjournal.blogspot.com/2010/10/quintessential-autumn-colours-of-korea.html

doakan satu hari nanti aku dapat pergi korea. hehe. :)


*semua gambar google yang punya*

Friday, December 16, 2011

cinta si penjual burger



biar jual burger. jangan jual dadah.


seseorang telah request kat aku untuk tulis entry pasal ni. pertama sekali, aku nak tanya korang yang perempuan. berapa ramai antara korang yang pernah mengalami situasi di mana korang dah jatuh cinta dan declare couple, tapi after sometimes, tahun demi tahun berlalu, korang rasa menyesal yang korang couple dengan pasangan korang tu?

well, bagi aku, benda ni bukan satu benda yang baru. aku ada ramai kawan kawan yang pernah mengalami situasi macam yang kat atas ni. tak kisah la pihak mana pun yang regret dan turn down the relationship dulu. macam mana agaknya benda ni boleh terjadi? biar aku huraikan satu persatu antara faktor penyebab hubungan korang boleh jadi macam yang kat atas ni.

1. tak letak agama sebagai nombor satu. beragama ni tak semestinya yang lelaki kena pakai kopiah, berjubah atau berkain pelikat sepanjang masa, bela janggut, setiap kali solat wajib pergi surau. yang perempuan pulak tak semestinya bertudung labuh. Islam ialah sebuah agama yang praktikal dan universal. maksudnya di sini, bila kita sebut 'beragama', ia merujuk kepada cara kita mengamalkan agama dalam kehidupan seharian. kita tahu kalau bersentuh berpegang pegang dengan bukan muhrim tu haram. kita tahu kalau kita dedah aurat pada bukan muhrim tu haram. kita tahu kalau berdua-duaan sesama bukan muhrim boleh mendatangkan fitnah dan mendekatkan diri dengan maksiat dan zina. kita tahu jaga diri dan jaga maruah. kita tahu yang mana halal dan yang mana haram. itulah maksud sebenar beragama. bukan sekadar cakap atau luaran je nampak beragama, tapi hati tak mengamalkannya. kita pun tahu yang dalam Islam ada menganjurkan umatnya supaya bersederhana. jadi, disebabkan itu kita perlu letak agama sebagai kriteria yang nombor satu kalau kita berniat nak cari pasangan. bukannya berlandaskan asal hensem, cantik, kaya, ataupun sebab nafsu semata mata.

2. tak bersyukur dengan apa yang dah ada depan mata. firstly, berdasarkan situasi kat atas ni, diorang berdua ditakdirkan jumpa dan bercinta, kemudian bertunang. but after a period of time, perempuan ni secara secretly pasang lain dan menyebabkan dia nak putuskan pertunangan antara dia dengan lelaki yang bernama samad tu. kenapa boleh jadi macam tu? jom kita kaji semula sama sama. pada mulanya, mungkin perempuan ni rasa samad tulah yang terbaik. samad tulah yang paling hensem. samad tulah cinta hati. samad tulah cinta mati.. etc.. etc.. tapi bila jumpa orang lain yang lebih baik sikit dari samad, dia pun mulalah rasa samad la yang hina, samad la yang miskin, samad tak mampu nak sara hidup dia, dan samad tak mampu nak bahagiakan dia lepas dia kahwin nanti. ceritanya sama la macam cerita guru yang menyuruh anak muridnya mencabut rumput yang terbaik kat sebuah padang yang luas. boleh google untuk baca cerita tu. famous kot cerita tu. lagi famous dari cerita ombak rindu.

well, aku nak tanya balik kat korang. apa beza sara hidup dengan kemewahan hidup? ya. sara hidup maksudnya kau cukup makan, cukup pakai, bersederhana dalam segala hal dan bersyukur dengan apa yang korang ada. yang penting basic living things mesti ada. kalau susah, sama sama susah dan kalau senang pun sama sama senang. kalau kemewahan hidup pulak, korang bukan setakat cukup makan dan cukup pakai, tapi korang siap boleh pilih kualiti dan jenama yang korang suka, tak kisahlah berapa mahal pun janji korang puas hati. kalau rumah nak yang paling besar. kalau kereta pun nak yang import, lagi mahal lagi bagus. kalau nak makan pun kat tempat high class. lima bintang. paling cikai pun yang ada plak jalan jalan cari makan. tak main la makan kat mapley, gerai, warung tepi jalan, atau cendol yang tarik pakai basikal tu. tak bersih. tak standard, kata korang.

kepada golongan perempuan, memilih tak salah. tapi kalau korang terlalu menjaga standard sampai macam tu sekali, yang susah akhirnya nanti ialah korang jugak. sebab tu, bagi kaum perempuan, jangan pilih seseorang disebabkan harta je. sebab kalau asas agama pun zero, yang lain pun insyaAllah ke laut jugak. lelaki yang korang pilih tulah yang akan memimpin korang dan bakal anak anak korang pada masa depan. yang lelaki pun sama. jangan la cari yang cantik je, tapi tak reti nak urus hal hal rumah tangga macam masak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain, sapu sampah, jaga anak, bla bla.. nanti korang jugak yang merana. ni aku cakap berdasarkan fakta ni. kalau tak caya tanya la kawan kawan perempuan korang. kesian la kat kaum perempuan yang duduk dalam kategori biasa biasa ni. (macam tuan punya blog ni jugak)

kalau korang bernasib baik, ditemukan jodoh yang hampir perfect.. iaitu yang beriman, kaya, hensem pulak tu, jawatan tinggi, kereta dan rumah ada empat lima bijik, melancong oversea paling kurang setahun sekali.. dan bla bla.. sebenarnya, bertemu jodoh seperti itu adalah disebabkan dua faktor je :

1. sama ada korang yang perempuan ni adalah dalam kalangan perempuan yang baik baik sebab tu Allah temukan dengan jodoh yang hampir perfect macam tu, ataupun

2. Allah bagi semua tu sebagai satu ujian. bayangkan, mungkin hari ni korang dapat seorang husband yang hampir perfect, tapi lepastu terjadi sesuatu yang menyebabkan husband korang hilang keupayaan sampai jadi OKU, jatuh bankrap, rumah terbakar, duit kena tipu, syarikat rugi besar, dan macam macam lagi la kemungkinan, pada masa tu, adakah korang yang perempuan ni akan simply tinggalkan husband korang macam tu je? dekat situlah Allah nak tengok sejauh mana seseorang hamba-Nya itu bersabar dan melalui dugaan yang macam tu. seperti mana firman Allah :

"..Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah buahan. dan khabarkanlah berita gembira kepada orang orang yang bersabar.." -Surah Al-Baqarah : 155-

3. rasa diri sendiri dah bagus sangat. sebenarnya, kalau kita nak pilih pasangan terutamanya pasangan hidup, kita kena jugak amik cermin dan cermin diri kita. orang yang macam mana yang sesuai dengan diri kita? orang yang macam mana yang dapat terima baik dan buruk kita? orang yang macam mana yang dapat tahan dengan perangai kita? semua tu bukan benda remeh makcik dan pakcik oi. sebab kita kahwin bukan sehari dua. tapi kalau boleh sampai akhir hayat atau bak kata faizal tahir, sampai syurga. besar maknanya tu. kalau macam kes di atas, aku rasa ada hikmahnya bila samad putus tunang. Allah nak bagi kat dia perempuan yang lebih baik. kaum lelaki, dengar sini, kalau pasangan anda cari lain disebabkan faktor kebendaan macam tu, lebih baik anda redha dan cari pengganti yang lebih baik. kalau sebelum kahwin pun dah mintak macam macam walaupun lelaki tu bukan suami dia, apatah lagi kalau dah kahwin. confirm mintak benda lain yang tak terfikir dek akal seorang suami pun.

kerja biasa biasa pun boleh bahagia, asalkan suami isteri saling memahami dan membantu antara satu sama lain. kalau isteri jenis yang bekerja, jangan asyik suami je yang kena keluar duit. buat la deal, separate dua segala mak nenek pembayaran macam bil, kereta, rumah, etc.. ewah ewah. macam la aku dah kahwin. tak ah. ni bercakap berdasarkan pengalaman je ni. eh. ni kan preparation sebelum kahwin. tak salah kan? hehe.

jadi, lepas kita kenal pasti faktor faktornya, macam mana pulak nak selesaikan masalah macam ni? hmm. ni antara solution yang aku dapat fikirkan untuk situasi ni :

1. buat solat istikharah. benda ni bukan untuk jodoh saje ye. harap maklong. solat istikharah ni kita buat kalau kita diberi beberapa pilihan, tapi kita taktau yang mana satu ialah pilihan yang terbaik. andai kata apa yang kita harapkan tu bukan pilihan yang terbaik, mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi kita apa yang kita nak tu. sebab, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. pernah dengar tak, Allah takkan bagi kita apa yang kita mahukan, sebaliknya memberi apa yang kita perlukan. kalaulah yang kita dapat tu seorang yang panas baran, takde kerja tetap, takde kereta mewah, mesti ada sebab yang hanya Allah je tahu. mungkin hikmah yang tersembunyi tu ialah dengan mendapat pasangan yang macam tu, kita belajar untuk bersabar. kita belajar untuk menerima hakikat yang takde sorang pun manusia dalam dunia ni adalah perfect. kita belajar cara menyelesaikan masalah bersama sama. kita belajar untuk tidak membazir. dan kita belajar untuk hidup bersederhana.

2. cari pasangan yang sekufu. sekufu ni maksudnya yang sama taraf. sama taraf dari segi keturunan. sama taraf dari segi harta. sama taraf dari segi pendidikan. mesti ada yang pelik. habistu kalau tak sekufu maksudnya tak boleh kahwin la? eh. sape kata tak boleh. mesti la boleh. tapi, dikhuatiri perkahwinan tu tak serasi dan berlaku masalah yang tak diingini di kemudian hari. masa tulah nanti timbul soal sekufu. melainkan kalau pasangan tu bersedia untuk menerima keburukan dan kebaikan masing masing dan tak kisah sama ada diorang sekufu atau tak janji dapat kahwin dan hidup bahagia together-gether. dalam hadith pun dah sebut,

daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu." -Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim-
kalau rasa pasangan kita tak boleh terima kita kerana tak sekufu, cuba belajar untuk terima hakikat tu. mungkin kalau hubungan tu diteruskan pun tak membawa bahagia sebab takut jugak kalau lepas kahwin pasangan kita akan ungkit tentang sekufu. masa tu nak nangis bergelen gelen macam air terjun niagara pun dah tak guna dah. jadi, beringat sebelum kena.

3. belajar terima kelemahan dan perbaiki diri. kenapa Allah temukan kita dengan pasangan yang salah? muhasabah balik diri. ada baiknya kalau kena reject macam kes samad atau kes sape sapelah. korang rasa adakah pihak perempuan je yang salah? jawapan aku, tidak. kaum lelaki, kalau anda terjebak dalam situasi macam ni, tolong jadikan itu sebagai satu cabaran. tak kaya pun takpe. janji anda yang lelaki lelaki ni boleh berubah ke arah yang lebih baik. jadi lebih beriman. jadi lebih bertanggungjawab. jadi pandai mengurus kewangan dengan baik. dan lain lain lagi la.

kalau ikut rakaman x-fm ni, kita dengar banyak cerita daripada sheryl (tunang samad) sebaliknya kita tak tahu cerita sebenar dari samad. mungkin samad bekerja pagi petang siang malam tapi tak pernah pun banyak duit sampai boleh beli kereta. cuma cara sheryl tu sendiri tak kena. ini apa yang aku lihat dari sudut seorang perempuan la. apa yang sheryl cuba luahkan ialah dia rasa tak secure sebab samad seorang penjual burger. dia risau kalau samad tak mampu nak tanggung hidup dia lepas kahwin apatah lagi kalau dah ada anak berderet nanti.

cuma silapnya di sini ialah apa yang sheryl nak ialah kemewahan which is apa yang samad tak dapat nak bagi dalam masa yang terdekat contohnya dalam tempoh dua atau tiga tahun. tapi, sebagai seorang perempuan yang sepatutnya memberi support kepada orang yang akan menjadi ketua keluarga dia one fine day, dia boleh je bagi galakan dan motivasi sampai la samad tu boleh cari duit sampai jadi kaya. benda tu tak mustahil pun. sebab korang mesti pernah dengar pepatah, di sebalik kejayaan seorang lelaki adalah seorang perempuan. seorang perempuan yang macam mana? seorang perempuan yang boleh bertolak ansur, seorang perempuan yang rasional dan tahu mana kepentingan yang perlu didahulukan dan mana yang dikemudiankan, seorang perempuan yang tahu merancang kewangan dan perbelanjaan untuk keluarganya, seorang perempuan yang boleh menyenangkan hati seorang suami, seorang perempuan yang akan menjadi ibu yang baik kepada anak anaknya. kalaulah seorang perempuan tu sendiri high maintainance, memang la tak dapat nak dipenuhi hajat kalau si lelaki kerja biasa biasa. barang mekap, baju, kasut je dah berapa. belum lagi untuk keperluan keluarga macam groceries dan pendidikan anak anak lagi.

kesimpulannya, sebab tu la Islam menggalakkan sederhana dalam semua hal. kalau tak bersederhana inilah akibatnya. material mengatasi rasional. dalam hidup ni kena pandai bersyukur. sebab bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup. kita takkan rasa kekurangan. memang la duit tak boleh beli cinta. duit tak boleh beli bahagia. tapi duit boleh menyebabkan seseorang bahagia. cuma bergantung kepada cara seseorang menguruskan duit dan macam mana orang menilai sesuatu dengan duit. kalau rasa duit tu banyak, jadilah banyak. kalau rasa duit tu sikit, jadilah sikit. tu je. simple tak? simple kan? macam simple plan.

oke. cukup panjang entri aku ni. aku bukan ustazah. dan aku sekadar berkongsi pendapat aku. maaf kalau korang penat nak baca dan scroll sampai bawah. berikut ialah link yang aku amik sebagai rujukan. kalau masih tak cukup, korang boleh google lagi ya. jangan segan segan.


akhir kata, jadilah Islam pada hati. bukan pada nama dan rupa semata mata.
sekian terima kasih.

Tuesday, December 13, 2011

feedjit lebih hebat dari kata kata




i maybe don't know who you are miss anonymous, but thanks sebab letak blog saya dalam bloglist awak, ya.
serius saya terharu.

selamat berkenalan! terima kasih sebab sudi baca blog saya. :)




*maaf. sepatutnya saya nak tulis kat ruangan comment ataupun chatbox tapi tak ada pulak. hehe.*



Friday, December 9, 2011

ombak rindu



aku baru berkesempatan untuk menonton filem ombak rindu siang tadi dengan sepupu dan adik adik aku. sejujurnya, filem ni ialah filem kedua yang aku nak sangat tengok untuk tahun ni selepas filem final destination 5 yang keluar bulan ogos haritu. sebab apa aku nak sangat tengok dua filem ni? sebab..

1) final destination merupakan favourite movie aku. jadi aku expect yang movie final destination 5 ni akan jadi best jugak.
2) ombak rindu ialah sebuah filem yang diadaptasi daripada novel Melayu best selling (selain lagenda budak setan). sangat rare. jadi aku expect yang movie ni akan jadi best jugak.

seperti yang semua orang tau, filem ombak rindu ni ialah adaptasi dari novel best selling 'ombak rindu' yang ditulis oleh novelis fauziah ashari pada tahun 2002 dan telah diulang cetak sebanyak 23 kali (gila banyak). pulangan royalti dari hasil jualan buku sahaja telah mencecah RM219 000. ya. jumlah yang sangat banyak. filem ini pulak telah diarahkan oleh osman ali. beliau ialah pengarah yang sama yang telah mengarahkan filem anak halal dan cun! yang mana kedua dua filem itu boleh dianggap buah tangan yang sangat bagus oleh osman ali. mungkin disebabkan faktor itulah osman ali berkenan untuk menjadikan novel ini suatu realiti dan mengulang semula kejayaan yang sama untuk filem ombak rindu pula.

persoalannya, adakah hasil karya yang menjadi siulan ramai ini tetap sama feeling nya bila diangkat menjadi sebuah filem?
secara peribadi, jawapan aku.. tidak.

cerita ni mengisahkan tentang izzah yang datang dari kampung telah dijual kepada bapak ayam di ibu kota oleh pakcik izzah sendiri. kemudian hariz, seorang usahawan terkemuka yang tinggal kat kl pun beli izzah daripada owner club merangkap bapak ayam tu dan beri dia tempat tinggal di rumah hariz. then izzah merayu kat hariz supaya hariz nikah dengan dia sebab nak perhubungan yang halal dan sah. dan plot seterusnya adalah sama macam dalam novel dan ada antara dialog yang diambil sebijik dari dalam novel. sila baca novelnya kalau nak tahu jalan ceritanya yang full ataupun cara mudah, sila baca di blog orang lain ya.. huhu.


sudah tentu dalam sesebuah filem tu mesti ada pros and cons. tapi aku nak tekankan pada kelemahan yang aku nampak dalam filem ni. sebab kebanyakan kelemahan yang wujud tu adalah nyata dan tidak sepatutnya berlaku apabila pengarah menggarap semula cerita yang telah menjadi igauan, bedtime story dan mimpi indah hampir setiap rakyat kat Malaysia ni. seriously.

1. setiap babak diakhiri dengan fade out transition antara satu babak dengan babak yang lain. adakah ini menjadi satu masalah? bagi aku, ya. sebab, korang bayangkan, tengah tengah dua watak penting berbual, tiba tiba babak tu hilang dengan fade out tu yang menyebabkan dialog watak tu nampak tergantung. takde feel arise pun bila dah jadi macam tu. kalau kita tengok filem nur kasih, kebanyakan pertukaran babak akan diakhiri dengan pergerakan kamera yang semakin menjauh ataupun background music yang membuatkan penonton beremosi sekejap. waktu yang sekejap tu yang membuatkan penonton berfikir, memberi mood dan menghayati perasaan tak kisahlah emosi sedih ke, gembira ke, apa ke. hadui. agak fail di situ.

2. babak yang tak ada pun takpe tapi ada. contohnya babak atas ranjang tu. tak perlu pun sebenarnya. dan aku tak setuju pun bila part tu ada sebab nampak tak kena. bagi aku banyak lagi cara lain yang boleh osman ali gunakan untuk gantikan babak yang direct macam tu. kebijaksanaan pengarah tidak terlihat kat situ. contohnya kalau kita tengok cerita i'm not single. takde pun babak ranjang tapi feeling romantik tu tetap ada. simple tapi orang faham. oke. bukan babak ranjang je, ada lagi babak lain yang tak perlu contohnya babak hariz menjerit panggil izzah dan cari izzah dalam rumah pun mengambil masa yang lama. babak pak dollah membongkar rahsia sebenar, lepastu dia ada berjalan balik ke kereta, babak tu tak ada pun takpe. yang aku pelik, ada jugak tu babak yang nampak macam seram tapi sebenarnya tak seram pun. mungkin pengarah nak timbulkan mood sedih tapi last last tertimbul mood seram pulak. kecelaruan sungguh. banyak lagi la babak yang tak perlu sebenarnya, tapi diwujudkan dalam filem tu. korang boleh check sendiri.

3. stylist dan pakaian yang pelik dan tak sesuai. dari segi mekap mungkin sesuai. agak la. tapi dari segi pakaian.. macam tangkap muat je. contoh paling ketara ialah baju mama hariz, datuk sufiah (azizah mahzan). nampak awkward. memang sepatutnya nampak vogue tapi tak sesuai dengan azizah mahzan. ada satu babak tu masa datuk sufiah mintak hariz pilih pelamin, dengan gaya rambut dan baju.. adik aku bisik kat sebelah aku.. "kak, sebijik macam ***.. haha". erk. aku nak kata apa lagi? memang ya pun. hahah. contoh lain ialah baju izzah. ada sekali tu baju kurung yang dia pakai yang warna merah jambu tu agak jarang (kain sifon) tapi waktu tu dia ajar mengaji.. memang la pakai inner tapi.. aduh. apakah? atleast bagi la baju yang tak payah pakai inner untuk part mengaji tu. aduih *pening*. baju julia ziegler yang warna putih yang dia pakai kat cameron highland tu jangan cakap la.. aduhhh. kesian dia nampak spare tyre. *double pening*

4. sinematografi sehampas tebu. setting dah cantik dah. laut ada, gunung ada, sungai ada, rumah pun cantik. just name it. tapi tulah, kualiti shot dekat dan jauh yang lemah, penggunaan ruang yang lemah, angle kamera yang lemah. hadui. lemah aku menengoknya. sabotaj ke apa? entah. kesian jugak bila muka izzah (maya karin) dah dua kali nampak blur dalam dua babak yang berlainan walaupun waktu tu ialah babak penting. padahal dalam anak halal tak berlaku pun macam tu. di manakah silapnya? bila benda benda kecik macam ni berlaku, secara tak langsung mood penonton pun akan jadi terganggu jugak. maka berkurang la feel dan mood itu.

antara lain lain aspek ialah :

5. jalan ceritanya yang rushing. 2 jam 30 minit yang sepatutnya digarap dengan baik oleh pengarah dan penulis skripnya. tapi.. uh.
6. fesyen tudung izzah. tak perlulah aku sebut sebab pergi mana mana blog pun ada yang rasa fesyen tudung izzah nampak pelik. ya. aku akui itu. secara peribadi aku lagi suka kalau watak izzah pakai tudung bawal macam gadis biasa. simple but nice.


7. pelakon dan watak. bagi aku oke la kalau tengok pembawaan watak hariz (aaron aziz), izzah (maya karin), dan mila (lisa surihani). tahniah kat lisa surihani sebab bagi aku dia dah berjaya bawak watak mila dengan baik. oke la bagi lisa yang first time jadi watak jahat. macam tu jugak dengan watak hariz dan mail (bront palare). cuma aku rasa watak izzah kurang terkesan dalam hati aku. macam ada yang ganjil. entah. cuma aku rasa agak pelik bila dia bawak watak izzah. aku rasa cara terbaik ialah osman ali buat casting dulu untuk cari muka fresh dan sesuai yang boleh menjiwai watak dalam filem ni khasnya izzah. tak semestinya bersandarkan populariti dan pengalaman semata mata. mungkin osman ali amik maya karin jadi watak izzah sebab dia dah selesa amik maya karin bekerja di bawah filem arahannya dan maya karin pun dah dua kali berlakon filem arahan osman ali iaitu anak halal dan cun!. tapi sayang impaknya berbeza sama sekali. gagal buat emosi aku terdera dan yang lebih teruk lagi, gagal buat aku menangis. bergenang air mata lagilah takde.


8. lokasi untuk rumah dan pejabat. bukan ke sepatutnya rumah hariz yang menjadi tempat tinggal izzah ialah kondominium milik hariz? apasal tiba tiba berubah jadi rumah banglo diperbuat daripada kayu pulak? *confuse sekejap". pejabat tu aku bayang macam pejabat dalam cerita 'protect the boss' atau 'soal hati'. paling cikai pun macam pejabat dalam cerita 'the confession of a shopaholic' ataupun 'the proposal'. paling lagi cikai pun macam dalam bangunan baru karangkraf beserta pejabatnya (yang ni realiti). deko yang moden dan simple tapi tetap nampak sofistikated. tapi dalam filem ni langsung tak. hadui. terbunuh sekejap imaginasi aku. memang betul kata orang. imaginasi tak sama dengan realiti.

*spoiler alert* masa hariz call guna telefon rumah, yang keluar kat skrin handphone izzah ialah 'abang hariz'. aik? benda ni buat aku terfikir sekejap. kalau first time hariz pakai telefon rumah untuk call izzah, takkan la izzah dah save number tu sebagai 'abang hariz'? ke hariz memang suka bergayut dengan izzah pakai telefon rumah? entah. itu memang hobi hariz kot. call guna telefon rumah mungkin lebih jimat bil handphone dia agaknya. HAHAHA oke tak kelakar.

benda benda ni bagi aku tak sepatutnya berlaku setelah promosi filem ni yang hampir setahun dan menyebabkan ramai orang berharap yang filem ni akan menjadi filem terbaik tahun 2011. tambahan pulak barisan pelakon yang hebat, popular, bergaya dan berkaliber semua semualah dan yang paling penting.. pengarah yang dah pun berjaya menghasilkan dua buah filem yang akan diingat sepanjang zaman tapi untuk filem ni.. err.. korang fikirlah sendiri.

sebenarnya, aku agak kecewa dengan filem ni. tak seperti filem lagenda budak setan yang juga diadaptasi daripada novel ahadiat akasyah. walaupun cerita LBS macam mengarut tapi jalan cerita dan plotnya berjaya disusun dengan kemas tambahan lagi yang paling penting shot kamera yang cantik. memang la aku datang sebab aku tau novel ombak rindu tu best sampai ulang ulang kali baca, tapi bila aku tengok filem ni, aku buang persepsi yang ianya sebuah filem adaptasi untuk mengelakkan diskriminasi. tapi sayang, kelemahan yang utama khasnya sinematografi dan jalan cerita yang tak disusun dengan baik yang menggoyahkan filem ombak rindu ni. kalau dua dua aspek ni diambil kira, confirm filem ni dapat mengatasi filem nur kasih yang setakat ni bagi aku filem cinta terbaik berdasarkan skrip dan sinematografinya. tabik kabir bhatia!

secara peribadi juga, aku rasa, kalaulah kabir bhatia yang jadi pengarah filem ni, mesti impak dia lebih besar. ini pendapat peribadi aku je. dan andai kata review kali ni macam pedas dan ada peminat filem ombak rindu yang tak setuju dengan pendapat aku, itu terserah. setiap orang ada pendapat masing masing. mungkin expectation terhadap filem ni tinggi menyebabkan apa yang aku harap tak berlaku pun pada akhirnya. mungkin. jadi, berhentilah berharap benda yang bukan bukan. nanti harap lain, jadik lain. dah kecewa. macam aku; mengharap dua filem tu best, tapi dua dua pun tak memuaskan hati aku sebaliknya filem yang tak famous pulak yang lebih best daripada filem yang promosinya bukan main gah lagi.



untuk filem ni, aku bagi 2.5/5 bintang. aku tak bermaksud yang filem ni teruk, tapi kalau diambil dari sudut positif, banyak aspek yang perlu dikaji semula untuk filem filem adaptasi novel yang akan datang. kelemahan kelemahan yang ada perlu diperbaiki supaya mutu sesebuah filem tu meningkat.

apapun, syabas dan tahniah osman ali! satu percubaan yang berani!

*semua gambar adalah ehsan google*

Thursday, December 8, 2011

seni beras (kolam)



gambar kat bawah ni aku amik masa pertandingan membuat kolam sempena deepavali dekat terminal 1, seremban. lebih kurang 25 kolam telah dihasilkan. kolam ni bukan kolam renang atau kolam ikan, tapi kolam ni seni yang diperbuat menggunakan beras yang diwarnakan yang dihasilkan di atas lantai.

selalunya yang buat kolam ni ialah kaum perempuan India. kalau ikut kepercayaan tradisional kaum India, kolam dibuat bertujuan untuk mengalu-alukan tetamu yang bertandang ke rumah dan dewi kemakmuran iaitu dewi lakshmi ke rumah mereka. tapi sekarang ni, dah jarang dah orang buat kolam sebab proses nak buat tu banyak dan memakan masa. lagipun, bukan kaum India je yang buat kolam. kaum kaum lain pun dah mula menghargai seni beras ni dan selalu jugak aku nampak kolam ni dekat shopping complex macam kat jusco, giant, dan macam macam lagi la. (kat seremban ni pun balik balik ke jusco jugak jelah yang aku tau. haha)

kalau tengok hasil kolam ni, mesti akan buat kita terfikir berapa lama agaknya masa yang diorang amik untuk siapkan satu kolam ni. usaha pun mesti banyak dan kena betul betul teliti supaya beras yang berwarna warni tu tak bercampur. kena pulak design yang dibuat tu perlu dilukis dengan betul kalau tak hasil akhir nanti akan jadi pelik.

antara hasil kolam yang dipertandingkan.

kalau ikut sukatan pelajaran pendidikan seni visual, seseorang cikgu tu kena pandai menerapkan nilai nilai kebudayaan dalam menyampaikan isi pelajaran dalam kelas. takkan la asyik belajar kebudayaan yang sama je contohnya kebudayaan Melayu je. tak syok la. kita kan satu malaysia. banyak kaum dan berbilang bangsa. negara lain mana ada macam kita? negara kita ni bukan kaum Cina dan India je ada. kaum nepal, bangla, indon, filipina, siam, negro semua ada. kan unik tu *erk*. kaum Melayu ada seni ukir, seni tenun, seni batik. kaum Cina ada seni buat tanglung, seni lukisan Cina, seni tembikar. kaum India pulak ada the famous kolam. adil la kan? jangan sempitkan fikiran bahawa seni tu melukis je. totally wrong. seni tu luas maknanya. banyak lagi benda lain yang kita boleh panggil seni.

lagi satu, jangan campur adukkan agama dan budaya. ianya adalah dua perkara yang berbeza. manalah tahu nanti ada yang kata belajar buat kolam tu haram.. sampai bila bila la tanggapan kita tu akan sentiasa salah. jangan amik semua bulat bulat. yang tak sesuai dengan tuntutan agama tak payah la amik. kita boleh je belajar buat kolam ni dengan tujuan seni estetik. kalau macam tu, lukis figura even binatang pun dah sah sah la haram. tapi imam al-ghazali kata diharuskan dengan tujuan tertentu macam nak belajar ilmu anatomi dan kadar banding. memang niat tak menghalalkan cara, tapi kita sendiri yang kena betulkan niat kita tu sebab seni tu pun satu ilmu jugak. Allah takkan ciptakan sesuatu tu tanpa sebab.

seni ni boleh meningkatkan tahap kesabaran dan ajar orang supaya tak cepat putus asa. kalau tak sabar, cepat sangat putus asa macam mana la hasil seni nak siap, ye dak?

jadi, sebagai cikgu, salah satu tanggungjawabnya ialah menyatupadukan semua kaum tanpa mengira bangsa. kalau murid murid boleh mengetahui dan menghargai seni daripada bangsa dan kaum lain, secara tak langsung mereka sebenarnya dididik untuk menghormati kaum lain jugak. jadi, kalaulah ada antara anak murid kita yang akan further study kat luar negara nanti, mesti dah boleh hidup aman tak gaduh gaduh sebab pandai bawak diri dan boleh memahami adat resam dan budaya orang lain yang berbeza beza. sebab mereka dah terdidik sebegitu. siapa cikgunya? korang jugak. :)

berikut ialah kolam yang dapat tempat pertama, kedua, dan ketiga untuk pertandingan membuat kolam kat terminal 1 seremban haritu :

tempat ketiga

tempat kedua

tempat pertama


link untuk research tentang entri ni :

Deepavali dan kolam :

Kaum lain pun buat kolam :

Konsep seni menurut perspektif Islam :


sebab apa aku wujudkan entri ni? sebab kita 1 Malaysia.
sekian terima kasih.

Friday, December 2, 2011

our new hero


01.12.2011
lokasi : hospital sultanah aminah, johor bahru.

anak sulung abang aku yang kedua, amin dengan kak ipar aku kak linda.
dan anak sedara aku yang ketiga.

selamat lahir pukul 5.53 petang. berat 3.4 kg. sihat dan cukup sifat.
disebabkan masih belum diberi nama, maka aku dengan suka sukinya memanggil hero ini dengan nama..

Daniel..

an-nyong!




alolololo somel!


selamat datang ke dunia, Daniel. :)

Thursday, December 1, 2011

blind



pertama sekali, selamat berada di bulan 12. ada lagi 30 hari sebelum kita masuk tahun 2012.

hari ni, aku nak review satu movie yang telah pun release pada 11 ogos 2011. tajuknya ialah 'blind'. filem ni diarahkan oleh ahn sang-hoon dan skrip ditulis oleh choi min-suk. genre filem ni ialah crime-murder / suspense/ thriller. lebih kurang sama macam genre filem the case of itaewon homicide. genre ni merupakan genre kegemaran aku sebab filem filem yang ada genre macam ni yang banyak buat otak aku berjalan.

plot cerita dia mengisahkan tentang seorang pegawai polis perempuan yang bernama min soo-ah (kim ha-neul) yang kehilangan seorang adik lelaki dalam satu kemalangan jalan raya. masa tu, min soo-ah yang bawak kereta. kemalangan tu menyebabkan min soo-ah hilang penglihatan. sejak kejadian tu, min soo-ah bela seekor anjing iaitu seul-ki untuk jadi kawan dan pembantu dia.

min soo-ah dengan the loyal seul-ki.

tiga tahun lepas tu, min soo-ah telah terlibat dalam satu kes pembunuhan. dia jadi saksi dalam kes pembunuhan tu walaupun dia buta. tapi, walaupun dia buta, deria dia yang lain macam deria pendengaran, deria sentuhan, tetap tajam. disebabkan tu dia pun beranikan diri untuk datang buat report kat balai polis.

tapi, lepas tu, tiba tiba ada lagi sorang mat delivery yang bernama kwon ki-sub (yoo seung-ho) datang kat balai polis yang sama dan mengaku yang dia pun saksi kes pembunuhan tu. tapi masalahnya, mat delivery tu beri keterangan yang bercanggah dengan kenyataan yang diberikan oleh min soo-ah. so, mana satu yang betul ni? detektif tu pun jadi keliru. kalau nak percaya pada keterangan min soo-ah, dia buta. mesti dia taktau nombor plat dan muka penjenayah tu. kalau nak percaya pada mat delivery, detektif tu rasa yang mat delivery tu cuma datang untuk dapatkan duit ganjaran je sebab tu dia datang sebagai saksi kes tu.

haish. mana satu yang betul ni?

detektif yang pening.

siasat pakcik.. jangan tak siasat..


apa yang menarik, persoalan yang banyak ni akan terlerai satu persatu berdasarkan keterangan yang detektif tu dapat. jalan ceritanya smooth dan tersusun. suspens dalam cerita ni pun meningkat ikut flow dan boleh membuatkan adrenalin seseorang merembes dengan pesatnya. macam betul betul ada dekat tempat tu. pelakon dan pengarah filem ni harus diberi tabik spring sebab berjaya menghasilkan sebuah filem yang boleh membuatkan orang berfikir secara berterusan sampai habis cerita ni.


siapa pembunuh sebenar kes tu? apa jadi pada min soo-ah nanti? setiap orang dalam ni ada kaitan tak antara satu sama lain? macam biasa. tengok la filem ni dari mula sampai habis kalau nak tahu.


sekian terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...